Perihal Komuniti Adam
Menurut teks agama, Adam adalah seorang Nabi.
Jika jiwa (nafs) Adam (as) disambungkan ke badan biologikal yang berada di kalangan
kumpulan yang lebih rendah tahap kemajuan rohnya, bagaimana beliau hidup
bersama mereka? Bagaimana sikap beliau di kalangan mereka? Ke manakah mereka
pergi?
Jawapannya adalah seperti berikut:
Perlu kita ambil perhatian bahawa untuk jiwa (nafs)
Adam dihubungkan dengan sebuah jasad, jasad tersebut perlu dipersiapkan untuk
menerima sambungan tersebut. Otak perlu mempunyai saiz dan kualiti yang
bersesuaian, yang mencukupi untuk kemampuan berfikir, kesedaran dan penaakulan
(intelektual dan logik). Ini bermakna, saiz purata otak adalah 1400 ml, seperti
otak kita.
Perkara yang sama untuk kualiti otak yang mengembangkan
sel-sel, struktur dan korteks (lapisan luar) otak juga perlu berevolusi
sewajarnya.
Jika Adam (as) dilahirkan ke kelompok ini,
maka komuniti tersebut pastinya adalah sebuah masyarakat berfikir yang
berkeupayaan untuk mempunyai kesedaran dan saling memahami. Oleh itu, sebagai
Nabi, Adam (as) boleh sahaja diutuskan kepada makhluk Allah setelah mereka mempunyai
keupayaan untuk untuk mengenali Allah pada tahap risalah yang Adam diutuskan.
Oleh itu, jiwa Adam (as) diturunkan dan
dihubungkan kepada sebuah jasad,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 162
dan beliau menyeru mereka kepada penyembahan Allah
SWT. Setelah itu, Adam, isterinya dan mereka yang beriman, telah mengasingkan
diri mereka dari keseluruhan masyarakat, seperti mana yang telah dilakukan oleh
Ibrahim. Ibrahim dan isterinya telah meminggirkan diri mereka serta berhijrah
jauh dari mereka, setelah beliau berdakwah namun ditolak oleh komuniti beliau.
Kemudian, Allah mahu menjadikan Adam (as),
keturunannya dan pengikutnya menang ke atas komuniti mereka, dan seterusnya
menjadikan komuniti tersebut pupus, walaupun ia berlaku dalam suatu tempoh
masa. Sebagai contoh, peristiwa kepupusan ini boleh sahaja berlaku di zaman Nuh
(as), setelah spesis Adam dan keturunannya telah terpelihara dalam suatu tempoh
masa.
Al-Quran menyebutkan Allah telah memilih Adam
(as). Dengan kata lain, Dia telah memilih Adam dari suatu kumpulan:
﴿إنَّ اللّهَ اصْطَفَى آدَمَ وَنُوحاً
وَآلَ إبْرَاهِيمَ وَآلَ عمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ﴾
Terdapat sebuah riwayat yang menunjukkan
seorang Nabi diutuskan kepada suatu kaum yang langsung tidak mengetahui
beberapa hal rohani sebelumnya. Mereka juga tidak mengetahui cara Allah memberi
kesaksian kepada para KhalifahNya di muka bumi, iaitu melalui rukya, seperti
yang disebutkan di dalam Al-Quran. Hakikatnya, kisah ini merujuk kepada kaum
yang mendahului pengutusan para nabi dari keturunan Adam. Kumpulan ini tidak
lain dan tidak bukan pasti merujuk kepada nabi pertama dari umat manusia kita –
Adam (as) – yang telah diutuskan kepada mereka.
Dari Al-Hasan bin Abdi Al-Rahman dari Abi
Al-Hasan (as) katanya: “Mimpi tidak wujud di awal penciptaan. Sebaliknya ia
bersifat baru.” Aku bertanya: “Apakah sebabnya begitu?” Beliau menjawab: “Allah
telah mengutuskan seorang Rasul kepada sekumpulan kaum di zamannya, dan beliau
menyeru mereka untuk menyembah dan mentaati Allah. Mereka berkata: “Jika kami
berbuat demikian, apa yang kami dapat? Maka demi Allah, kamu bukanlah lebih
kaya dari kami, dan bukan juga dari kabilah yang lebih baik.” Sang Rasul itu
berkata: “Jika kamu mentaatiku, Allah akan memasukkan kamu ke dalam syurga, dan
dan jika mendurhakaiku kamu akan dimasukkan ke neraka.” Mereka bertanya: “Apa
itu syurga dan neraka?” Maka beliau menerangkan kepada mereka, lantas terus
bertanya: “Bilakah kita akan pergi ke sana?” Beliau menjawab: “Selepas kamu
mati.” Mereka berkata: “Kami telah melihat orang mati dari kalangan kami hanya
menjadi mayat dan tulang.” Maka semakin bertambahlah mereka mendustakannya dan
meremehkannya. Kemudian Allah menjadikan mereka mendapat mimpi. Lalu terus
mereka mendatangi sang rasul tersebut dan menceritakan kepada beliau apa yang
telah mereka lihat dan nafikan sebelumnya. Beliau bersabda: “Allah mahu
menjadikan mimpi ini sebagai bukti ke atas kalian. Inilah yang akan terjadi
kepada roh kalian setelah kalian mati dan jasad kalian mereput: Roh akan
dihukum sehingga jasad dibangkitkan.”[2]
Jelas dari riwayat di atas, bahawa kaum yang
disebutkan tidak mengetahui apa-apa tentang perhubungan rohani dengan langit
atasan. Jika mereka telah pun mempunyai agama sebelum ini, maka peringkatnya
adalah lebih rendah dari peringkat Adami yang kita ketahui. Adam adalah seorang
Nabi, dan keturunannya mempunyai ilmu dalam bab ini serta ilmu tersebut
diajarkan kepada sesama mereka. Oleh itu, adalah mustahil bagi keturunan Adam
untuk tidak mengetahui tentang rukya, atau syurga dan neraka, walaupun hanya
secara umum sahaja. Sebagai tambahan, urusan penyeruan dilaksanakan oleh Adam
dan para Khalifah selepasnya.
_______________________
[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Ali Imran Ayat:
33
[2] Sumber (Al Kulaini - Al Kafi): J 8 ms 90
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 163
Ini bermakna, riwayat ini hanya terhad kepada
Adam, yang mana kaumnya telah diseru buat pertama kali untuk menyembah Allah
Yang Maha Suci berdasarkan kaedah agama Adam.
Dari Imam Ali (as): “Bahawa Allah TWT berfirman,
{Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi}
yang akan menjadi Hujjah Ku ke atas makhluk di bumi… dan aku akan
hapuskan Nisnas dan membersihkan bumi darinya.”
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan