Gen Tidak
Aktif
Antara perkara yang menunjukkan mutasi genetik
itu bersifat patuh-hukum dan langsung tidak rambang adalah gen tidak aktif,
atau gen yang tidak mempunyai fungsi pada waktu ini. Ia mewakili majoriti gen,
pada waktu tertentu melebihi sembilan puluh tujuh peratus. Malah di hari ini,
ahli genetik tidak mengetahui fungsi khusus mereka. Sesetengah ahli biologi dan
genetik menganggap mereka hanyalah warisan evolusi.
Perlu diambil maklum bahawa, jika gen tidak
aktif tidak patuh-hukum, dan jika gen ini hanyalah warisan evolusi yang tidak
mengikuti hukum, maka mereka sepatutnya meneruskan peranan mereka memberi kesan
kepada badan. Namun, jika mereka terus berfungsi, maka badan akan mendapat
kecacatan yang signifikan, malah mungkin akan menyebabkan kehilangan dan
kepupusan pelbagai spesis secara berperingkat, pada setiap masa. Hakikat bahawa
gen ini tidak berfungsi menunjukkan sisi patuh-hukumnya dan sifat tidak rambang
pelan genetik. Apa yang terjadi di sini adalah sama dengan apa yang terjadi
apabila projek kejuruteraan dilaksanakan. Apabila beberapa bahagian pelan
kejuruteraan dilaksanakan, ia tidak akan berulang dalam projek yang sama.
Bayangkan kecacatan dan kegagalan yang akan terjadi jika asas projek
kejuruteraan dilaksanakan dua atau tiga kali, atau jika sebahagian dari
struktur kejuruteraan diaplikasikan dua kali atau lebih. Oleh itu perlaksanaan
sistematik
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 100
sesebuah plan kejuruteraan menunjukkan
perekanya dan pelaksananya kepada pemerhati luar. Begitu juga, kewujudan sistem
yang begitu tepat di dalam pelan genetik, yang menyahaktifkan secara sendiri
bahagian yang telah dilaksanakan, secara mutlak menunjukkan suatu kuasa yang
bijaksana, membuat hukum dan peka yang menulis hukum kepada struktur dan fungsi
pelan ini, serta melaksanakannya dengan cara yang sangat tepat dan patuh-hukum.
Mungkin sebuah contoh untuk perkara ini adalah
bebulu tebal tidak tumbuh semula pada manusia apabila mereka keluar dari Afrika
ke bahagian sejuk di bumi ini semasa Zaman Ais terakhir, walaupun hakikatnya,
mereka pastinya memerlukan sifat ini untuk menahan kesejukan. Jika gen-gen
telah menyediakan sifat bebulu tebal, pada kuantiti yang mencukupi untuk
menyebabkan evolusi, kita pastinya akan menemui satu jenis lagi manusia yang
dipenuhi bulu badan seperti gorilla muncul di Russia, Eropah dan Amerika Utara.
Sama seperti kehilangan bulu badan dan ciri perpeluhan yang telah menyebabkan
penyejukan badan dan memberikan manusia kelebihan melebihi pemangsa lain di
savana Afrika, ciri rerambut dan bebulu yang menutupi badan manusia pastinya
akan memberikan mereka kelebihan besar, atau sekurang-kurangnya, menjadikan
mereka lebih mampu untuk bersaing, khususnya semasa Zaman Ais terakhir.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan