Sebuah Pandangan
Haiwan berkongsi kemampuan kita untuk berfikir
dan memberi respon. Wujud banyak contoh perkara ini di dalam alam haiwan, dan
contoh paling jelas mungkin adalah kemampuan Mawas Besar dan kemampuan mereka
untuk menggunakan alat seperti batu dan pohon pokok. Chimpanzi mampu
mempelajari bahasa isyarat dan mampu menggunakan bahasa dengan pintar. Mereka
mampu mengenalpasti dengan tepat musuh mereka, atau sesiapa sahaja yang
menganggu mereka atau membahayakan mereka, malah mereka akan cuba untuk
menyerang jika diberikan
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 271
peluang. Chimpanzi dalam beberapa eksperimen
telah menunjukkan mereka mempunyai kemampuan untuk berfikir, mengenal pasti
masalah dan mencari penyelesaian. Orangutan mempunyak kebolehan meniru dan
belajar.
Alfred Russel Wallace,[1]
seorang yang turut sama menemui teori evolusi, menyatakan:
“Bahawa bayi
orangutan[2] mempunyai sikap yang “sangat sama seperti bayi manusia dalam keadaan tertentu.” [3]
Kepintaran orangutan untuk bersembunyi daripada
mereka yang berinteraksi dengan mereka.
Pakar psikologi
Beatrice dan Robert Gardner dari University of Nevada telah mendapati bahawa
farinks dan laring cimpanzi tidak sesuai untuk pertuturan manusia.............
Pasangan Gardners menghasilkan
idea yang bernas: Ia mengajarkan seekor chimpanzi Bahasa Isyarat Amslan Amerika,
atau kadangkala dikenali sebagai “bahasa pekak dan bisu”. Ia sangat sesuai
dengan keupayaan anatomi cimpanzi dan juga mempunyai semua ciri penting bahasa
pertuturan....... Apabila Washoe - cimpanzi ujian - pertama kali melihat seekor
itik mendarat (terapung) di dalam kolam, Washoe memberi isyarat “burung air”,
iaitu frasa sama yang digunakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain, namun
dicipta oleh Washoe untuk peristiwa tersebut. Lava, seekor cimpanzi ujian,
tidak pernah melihat buah bulat selain epal, tetapi dia tahu bahasa isyarat
untuk warna asasnya, setelah melihat seorang juruteknik makmal makan buah oren,
dia telah melakukan isyarat “epal jingga”. Setelah merasa buah tembikai, Lucy -
cimpanzi ujian - menyifatkannya sebagai “air gula-gula” atau “air buah” yang
pada asasnya sama bentuk dengan perkataan bahasa Inggeris “watermelon”. Namun setelah mulutnya merasa sakit kerana memakan lobak panas,
Lucy selamanya menyebutkan ia sebagai “makanan sakit menangis”. Apabila anak
patung diletakkan secara tidak sengaja pada cawan Washoe, ia memberi respon “bayi
di dalam minuman saya”. Apabila Washoe membuang air besar pada samada pakaian
atau perabot rumah, beliau diajar perkataan “kotor”, yang kemudiannya dia kembangkan sebagai terma umum untuk
mencela. Apabila monyet tertentu mengganggunya akan diberikan bahasa isyarat: “monyet
kotor, monyet kotor, monyet kotor.” Kadang kala Washoe akan mengusik penyelia seperti
“Si Jack yang kotor,
berikan aku minuman.” Lava menggambarkan jurulatihnya dengan berkata,
"Kotoran hijau", dan Lucy dapat membezakan antara Roger yang mengusik
Lucy dan Lucy yang mengusik Roger, sambil berlatih mana-mana aktiviti dengan
penuh semangat.
___________________
[1] Alfred Wallace (1823-1913) naturalis
British. Dia dianggap sebagai penemu bersama teori evolusi melalui pemilihan
semula jadi dengan Darwin. Wallace menemuinya secara bebas daripada Darwin dan
Wallace menghantar artikelnya kepada Darwin.
[2] Terdapat dua cabang evolusi beruk besar
yang berasingan, satu daripadanya berakhir dengan gorila dan cimpanzi, dan satu
lagi berakhir dengan orang utan, iaitu perkataan daripada bahasa Melayu atau
Melayu, yang bermaksud manusia hutan.
[3] Sumber (Sagan - Reflections on the
Evolution of Human Intelligence).
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 272
Cimpanzi dan haiwan
primat lain (selain manusia) telah mempelajari bahasa isyarat selain daripada
hiburan. Di Pusat Penyelidikan Primat Yerkes di Atlanta, Georgia, haiwan itu
mempelajari bahasa komputer khas yang dipanggil “Yerkish”. Lava - cimpanzi -
memerhati ayatnya sambil ia dirakam oleh komputer dan memadamkan kesalahan tatabahasanya.
Pada suatu ketika, semasa Lava sedang membentuk ayat yang kompleks, jurulatih
sengaja memasukkan beberapa kali perkataan yang merosakkan maksud ayat Lava. Lava
melihat skrin komputer dan melihat jurulatih itu di atas mejanya, seterusnya
menulis ayat yang baru: Tolong, Wahai Tim, keluar dari bilik .......................
Adalah mungkin untuk
mengharapkan perkembangan bahasa pada cimpanzi dalam beberapa hayat jika semua
cimpanzi menjadi tidak dapat berkomunikasi dan kehilangan keupayaan mereka
untuk hidup atau membiak. Bahasa Inggeris asas terdiri daripada kira-kira
seribu patah perkataan, dan terdapat cimpanzi yang mampu menggunakan seratus patah
perkataan, dan mungkin selepas beberapa generasi cimpanzi boleh bercakap,
pembaca akan dapat menulis memo mereka dalam bahasa Inggeris atau Jepun dengan
frasa sebagai cimpanzi memberitahunya kepada orang tertentu!!
Jika chimpanzi
mempunyai kewarasan, jika mereka mampu untuk memahami sesuatu yang abstrak,
bukankah mereka juga sepatutnya mempunyai apa yang kita sebut sekarang sebagai “hak
asasi manusia”? Sehingga ke tahap mana seekor chimpanzi itu harus pintar untuk
kita menganggap pembunuhannya sebagai jenayah yang setaraf dengan membunuh
manusia lain? Sifat apa lagi yang perlu mereka tunjukkan sebelum para mubaligh
agama dapat menganggap mereka sebagai layak untuk cuba didakwahkan?
Baru-baru ini saya
telah diiringi dalam sebuah makmal kajian primat yang besar oleh pengarahnya.
Kami menghampiri sebuah koridor panjang, dengan chimpanzi yang terkurung. Ada
satu, dua atau tiga kurungan, dan saya pasti penginapan di situ boleh dicontohi
untuk institusi sebegitu (atau zoo tradisional). Apabila kami menghampiri
kurungan yang paling hampir, kedua-dua chimpanzi di dalamnya menunjukkan gigi
mereka dan dengan ketepatan yang tinggi, meludah sehingga membasahi sedikit
baju pengarah fasiliti tersebut. Mereka kemudiannya mengeluarkan beberapa
jeritan pendek, yang kemudiannya diulangi oleh chimpanzi yang lain, yang
sememangnya belum lagi melihat kami, sehingga keseluruhan koridor itu
digegarkan dengan jeritan dan ketukan palang. Pengarah itu memaklumkan kepada
saya bahawa jika begitu keadaannya, bukan ludahan sahaja yang akan terbang,
malah mungkin objek lain; maka atas nasihat beliau, kami berundur dan ini
mengingatkan saya. saya dari filem-filem tahun tiga puluhan dan empat puluhan
di mana banduan menghentak peralatan makanan pada sangkar besi mereka apabila warden
yang kejam muncul.
Semua chimpanzi itu
sihat dan diberi makan yang cukup. Jika mereka “hanya sekadar” binatang, haiwan
yang tidak mampu memahami perkara abstrak, maka perbandingan yang saya buat
dengan filem tersebut hanyalah sekadar kebodohan sentimental. Namun
chimpanzi mampu memahami perkara abstrak. Seperti mamalia lain, mereka mampu
menonjolkan emosi yang kuat.......... Keupayaan kognitif cimpanzi mengenakan
kepada kita beberapa piawaian moral yang
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 273
mesti diambil kira,
serta diharapkan dapat membantu perspektif etika kita terhadap penduduk bumi
dan malah terhadap penduduk tertinggi di angkasa lepas, jika mereka wujud.[1]
Kesemua kenyataan di atas, jika benar
perincian yang beliau sebutkan, tidak sama sekali bermakna manusia hanyalah
jasad haiwan yang berevolusi dari jasad-jasad yang mendahuluinya. Idea bahawa
haiwan dan kita mempunyai daya pemikiran dan kemampuan memahami abstrak pada
tahap rendah adalah isu yang diakui oleh agama, sekurang-kurangnya oleh Islam.
Perkara berikut disebutkan di dalam Quran:
﴿حَتَّىٰ
إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ
ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا
يَشْعُرُونَ ............ وَتَفَقَّدَ
الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ ............ فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا
لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِن سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ﴾
[Hingga apabila mereka sampai ke "Lembah-Semut",
berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu
masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu,
sedang mereka tidak menyedari"............ Dan Nabi Sulaiman memeriksa
kumpulan burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk?
Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? ............Burung belatuk itu tidak
lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata: "Aku dapat
mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya,
dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang
diyakini kebenarannya.”[2]
﴿وَمَا
مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ
أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ﴾
[Dan tidak seekor pun
binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan
kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan
sesuatu pun di dalam kitab ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan
kepada Tuhan mereka.][3]
Jika kita memahami evolusi, maka kita pastinya
mempercayai kemampuan berfikir manusia telah berevolusi mengikut masa selari
dengan evolusi otak manusia dari segi saiz dan kualiti. Bagaimanapun, ia adalah
kemampuan yang unik apabila dibandingkan dengan keseluruhan haiwan. Kami telah
menunjukkan sebelumnya bahawa evolusi mesin kecerdikan adalah bukti kepada
matlamat pasti evolusi di bumi ini. Kemudian kami juga telah menunjukkan
bagaimana kelajuan relatif evolusi otak manusia sejak dua juta tahun yang lalu
dan transformasinya kepada sebuah otak superior adalah bukti otak kita secara
khusus adalah matlamat evolusi. Apabila kita boleh membuktikan evolusi itu
bermatlamat, maka kita telah membuktikan kewujudan Tuhan di sebaliknya.
Sekarang kami ingin berpindah topik dari mesin
kecerdikan kepada hasil mesin kecerdikan, di mana kita dapat lihat dengan
jelas, apa yang membezakan kita secara budaya dari keseluruhan binatang.
Sekarang kami ingin membuktikan kewujudan
Tuhan melalui budaya unik tersebut secara khusus, dan bukan melalui kemampuan
berbeza manusia untuk mempunyai sebuah kehidupan sosial atau persefahaman, dan
perkembangan kaedah bahasa
________________
[1] Sumber (Sagan - Reflections on the Evolution
of Human Intelligence).
[2] Al-Quran Al-Karim Surah An-Naml: Ayat
18-22
[3] Al-Quran Al-Karim Surah Al-An’am Ayat: 38
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 274
yang mendampinginya. Wujud banyak haiwan yang
mempunyai kehidupan sosial yang tersusun pada pelbagai peringkat, seperti
semut, lebah, dubuk, singa, chimpanzi dan orangutan. Mereka mempunyai kaedah
bahasa untuk saling memahami antara satu sama lain, termasuklah penggunaan
bahasa isyarat oleh lebah dan organisme yang lebih rendah darjatnya dari
chimpanzi.
Oleh itu, kajian kami ke atas budaya manusia
dan indikasinya pada kewujudan Tuhan tidak akan sama sekali menyentuh berkenaan
otak atau mesin kecerdikan, atau kemampuan untuk berfikir dan kemampuan
pengabstrakan. Sebaliknya, ia akan menanggapi budaya unik manusia yang muncul
secara tiba-tiba beberapa ribu tahun yang lepas, serta budaya tersebut
menunjukkan kewujudan Tuhan. Budaya ini mewakili sebuah sistem moral hidup yang
maju. Kita dapat mengenalpasti budaya ini dengan jelas berdasarkan beberapa
aspek yang telah memasuki kehidupan manusia pada waktu yang spesifik: memberi
hak kepada orang lain, menegakkan hukum-hukum yang relevan dengan hal ini dan
altruisme sejati yang tidak dibina di atas sifat genetik mementingkan diri atau
mengharapkan manfaat. Ini termasuklah membina asas untuk ilmu, kemajuan dalam
standard kehidupan, termasuk hukum-hukum jenayah, pembacaan, penulisan, sistem
pengiraan dan lain-lain. Kami mahu menunjukkan semua ini datang melalui ajaran
dari luar dan perubahan radikal yang terjadi secara tiba-tiba dalam sejarah
manusia.
Petikan berikut adalah pengakuan yang jelas
oleh Dawkins bahawa isu ini datang dari pengajaran, dan ia jelas bercanggah
dengan biologi kehaiwanan yang mengawal jasad haiwan kita:
“Saya tidak menyokong
moraliti berdasarkan evolusi. Saya hanya menyatakan bagaimana perkara-perkara
ini telah berevolusi. Saya tidak mengatakan bagaimana kita manusia harus
bersikap secara moral. Saya ingin menekankan perkara ini, kerana wujud bahaya
disalah faham oleh orang-orang ini, yang terlalu ramai bilangannya, yang tidak
dapat membezakan antara sebuah kenyataan kepercayaan mengenai sesuatu perkara,
dan sokongan terhadap apakah perkara itu sebenarnya. Saya merasakan masyarakat
manusia yang berasaskan semata-mata kepada hukum mementingkan diri yang kejam
milik gen kita akan menjadi sebuah masyarakat yang tidak baik untuk hidup di
dalamnya. Namun malangnya, tanpa mengira betapa kita membenci sesuatu perkara,
ia tidak dapat menafikan kebenaran. Buku ini ditulis dengan niat untuk
menjadikan ia sebagai sebuah buku yang menarik, namun jika anda mahu mengambil
pengajaran darinya, maka bacalah ia sebagai amaran. Sedarlah bahawa jika anda
seperti saya, ingin membina sebuah masyarakat di mana semua individu di
dalamnya bekerjasama dengan sifat pemurah dan tidak mementingkan diri ke arah
kebaikan bersama, jangan mengharap sangat dari sifat biologikal. Mari kita
cuba mengajarkan kemurahan hati dan altruisme, kerana kita dilahirkan dengan
sifat mementingkan diri. Mari kita cuba
memahami apa yang dirancang oleh gen penting-diri milik kita, kerana kita
mungkin mempunyai peluang untuk merosakkan rekaannya,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 275
sesuatu yang tiada
spesis lain dapat melakukannya.”
Kita perlu mempelajari altruisme, dan inilah
yang akan saya bincangkan dalam bahagian seterusnya. Bersama, kita akan cuba
membongkar siapa yang mengajarkan kita altruisme, atau dari mana kita
mempelajarinya, iaitu sifat yang sangat bercanggah dengan komposisi biologikal
kita yang bersifat penting diri, yang seterusnya membawa kita kepada sifat
genetik yang penting diri.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan