Rabu, 2 Februari 2022

Bab 2.12 Bukti Evolusi: Penternakan dan Pemeliharaan

 Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 92

 

Penternakan dan Pemeliharaan

 

Penternakan dan pemeliharaan adalah satu proses pembangunan (evolusi tiruan) yang dibuat oleh manusia. Manusia mengambil sekumpulan haiwan yang mempunyai sifat-sifat yang berbeza dan memilih sifat-sifat terbaik dan mengekalkannya dengan membiak haiwan yang mempunyai sifat-sifat pilihan penternak ini. Sifat yang terbaik dipilih dari sekumpulan haiwan. Di satu sisi yang lain, haiwan yang mempunyai sifat-sifat yang tidak disukai tidak akan dibiakkan. Maka, lama-kelamaan, kawanan haiwan tersebut akan mendapatkan sifat pilihan penternak dan tiada sifat-sifat yang tidak diingini. Ini diketahui oleh penternak lembu sebagai contoh. Jika diberi masa, kita boleh sahaja membayangkan situasi yang sama terjadi kepada baka-baka ayam yang mempunyai sifat berbeza secara signifikan, dan juga baka anjing yang mempunyai saiz dan rupa malah kegarangan yang berbeza, atau baka burung merpati dan sebagainya.

 

Proses membangunkan sifat-sifat yang terbaik melalui pemeliharaan adalah terhad kepada penambahbaikan mutasi yang sedia ada kepada penternak. Bagaimanapun, dengan kemajuan dalam bidang genetik hari ini, penambahbaikan mutasi boleh dihasilkan di makmal, ditempah dan seterusnya disebarkan dikalangan kawanan lembu, sebagai contoh.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: