Rabu, 23 Februari 2022

4.23 Teori Rekaan Pintar

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 261

 

Teori Rekaan Pintar

 

Teori Rekaan Pintar adalah teori yang bergantung kepada pembuktian wujudnya rekaan pintar dalam susur galur organisme dan bahagian-bahagiannya serta menyatakan rekaan ini menunjukkan kewujudan pereka kepada semua organisme ini, sekaligus membuktikan kewujudan Tuhan. Ada dua perbahasan Rekaan Pintar.

 

Perbahasan pertama menyatakan bahawa penciptaan terjadi dalam hanya satu peringkat. Perkara yang ingin dibuktikan adalah organisme-organisme ini telah direka dengan menunjukkan ketepatan dan kerumitan jasad hidup dan bahagian-bahagiannya, maka menunjukkan semuanya dicipta dalam keadaan yang kita lihat hari ini, tanpa melalui apa-apa proses evolusi. Ini adalah pendekatan yang paling terkenal dan biasa ke atas teori rekaan pintar. Bagaimanapun, kami telah menunjukkan bukti-bukti evolusi, di mana bukti-bukti tersebut masyhur dan kukuh sehingga kepercayaan bahawa penciptaan terjadi dalam satu peringkat boleh dianggap naif.

 

Pendekatan kedua adalah dengan membentuk teori rekaan pintar dengan cara yang berselari dengan evolusi. Pendekatan ini bermatlamat untuk membuktikan bahawa organisme itu telah direka melalui kerumitan, kecanggihan dan ketelitian susunan jasad-jasad hidup dan bahagian-bahagian mereka. Ia juga bermatlamat untuk membuktikan evolusi itu bermatlamat. Maka wujud suatu Tuhan di sebalik evolusi yang mahukan agar matlamat ini tercapai. 

Permasalahan kedua-dua pendekatan ini ialah kewujudan "lubang-lubang besar" dalam rekaan itu, sedangkan pereka tersebut adalah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Tuhan dengan kedudukan seperti itu sepatutnya mencipta sebuah rekaan bersepadu yang tidak mempunyai sebarang cacat-cela, contohnya seperti kelemahan tulang belakang dalam badan manusia. Sebab utama kelemahan ini adalah tulang belakang manusia direka untuk jasad yang melengkung. Ia bukan secara ideal untuk jasad tegak seperti jasad manusia. Itulah sebabnya ramai manusia di bumi ini mengalami sakit belakang, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Selain itu, wujud juga isu saraf laring (laryngeal) dan pemanjangannya, yang dianggap oleh para pakar perbandingan anatomi sebagai kesalahan dalam rekaan. Pastinya saraf ini tidak direka secara individu untuk setiap spesis kerana panjangnya tidak memberi apa-apa manfaat untuk individu. Malah, ia sangat buruk, kerana panjangnya menjadikan saraf ini lebih terdedah kepada kerosakan, berbanding jika ia lebih pendek, mengikut kadar yang diperlukan. 

Berkenaan dengan mereka yang mempercayai penciptaan terjadi dalam satu peringkat, mereka tidak boleh membantah penghujahan di atas secara logik. Ini kerana kecacatan saraf laryngeal adalah kecacatan besar. Ia adalah kesalahan yang cukup untuk membantah teori rekaan pintar badan dan segala bahagian badan untuk setiap spesis. Oleh kerana kecacatan  ini menunjukkan sesuatu yang bercanggah dengan rekaan yang sempurna dan rekaan yang direka dengan pintar, ia hanya boleh dilihat sebagai warisan evolusi.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 262

 

 

Berkenaan dengan mereka yang mempercayai kedua-dua evolusi dan rekaan pintar, iaitu mempercayai bahawa sang pereka tersebut adalah Tuhan Mutlak, dengan kata lain Dia adalah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, hujah ini masih terpakai, kerana kewujudan kecacatan  dalam rekaan jasad hidup yang membantah sifat Maha Mengetahui si pereka. Walaubagaimanapun, jika mereka mengatakan apa yang Tuhan katakan dalam Quran, iaitu penciptaan, atau rekaan dan perlaksanaan proses penciptaan dilakukan oleh Tangan-tangan Tuhan, iaitu wujud makhluk Tuhan lain yang menjadi orang tengah dalam proses penciptaan, maka rekaan yang tidak sempurna ini boleh dijustifikasikan sebagai kesalahan kecil pada awal rekaan yang kemudiannya menjadi lebih besar akibat proses evolusi, sehingga ia menjadi warisan evolusi yang terkumpul, yang tampak sebagai kecacatan  yang jelas dalam rekaan.

Ia juga adalah indikator utama bahawa pencipta yang asal itu adalah Tuhan Maha Kuasa, iaitu Tuhan Mutlak. Bagaimanapun, pencipta lansung itu bukan Tuhan Maha Kuasa. Sebaliknya, pencipta yang langsung itu adalah satu makhluk yang telah disucikan, yang memulakan proses ciptaan berdasarkan perintah Tuhan Maha Kuasa. Ketidaksempurnaan itu dijelmakan sebagai makhluk ciptaan cahaya yang mengandungi sedikit kegelapan, kerana hanya Tuhan  Maha Kuasa sahaja yang merupakan entiti cahaya tanpa kegelapan, pencipta yang terbaik. Dia telah mencipta intelek yang pertama, Muhammad, seterusnya menciptakan cahaya-cahaya pertama darinya, dan memerintahkan baginda untuk memulakan proses penciptaan seperti yang dikehendakiNya, dengan kekuatan dan keperkasaanNya. Inilah sebabnya, Tuhan yang Maha Kuasa berfirman :

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ * ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ *‏ ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

 [Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.] [1]

                    

Lihat sahaja bentuk bentuk tunggal dan bentuk majmuk yang digunakan di dalam ayat tersebut: “kami ciptakan, kami jadikan, kami ciptakan, maka kami ciptakan, maka kami ciptakan, maka kami balut.. kami membentuknya.” Ayat tersebut diakhiri dengan kenyataan entiti yang lebih dominan dari mereka yang memulakan proses penciptaan adalah Tuhan Maha Kuasa: {Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.}. Tuhan menjelaskan status para pencipta ini sebagai tangan-tanganNya, dengan kata lain, Tuhan, sebagai pencipta terbaik, memulakan proses penciptaan melalui mereka:

﴿وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

[Dan langit itu Kami dirikan dengan tangan Kami. Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.][2]

Sesetengah orang mungkin mengatakan tulang belakang manusia yang bengkok, atau cara saraf laryngeal disambungkan mungkin mempunyai manfaat tertentu dalam perjalanan evolusi, atau pada waktu tertentu dalam kehidupan. Hakikatnya, walaupun jika hal tersebut terbukti tanpa keraguan, ia masih tidak menafikan isu ini

 

___________________

[1] Al-Quran Surat Al-Muminun ayat: 12 14

[2] Al-Qur’an Surat Al-Zhariyat ayat 47:

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 263

 

 

menunjukkan sejarah warisan evolusi, dan oleh itu, ia menafikan dakwaan proses ciptaan terjadi dalam satu peringkat.

Sebagai tambahan, ia juga masih tidak menafikan hakikat bahawa ia bukan sebuah rekaan dari pencipta Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Sebuah rekaan yang lebih baik boleh dibayangkan, maka ini menunjukkan ia bukan rekaan yang terbaik, paling ideal dan paling sempurna. Oleh itu, tiada jalan keluar dari menerima apa yang Tuhan sebutkan dalam Quran: Tangan-tangan Tuhan adalah orang tengah” dalam proses penciptaan.

 

Rumusan:

Di dalam bab ini, kami telah membuktikan evolusi sebagai bermatlamat dengan membuktikan mesin kecerdikan superior adalah matlamatnya dari awal. Setelah itu, melalui tanda-tanda dan isyarat, kami telah membuktikan bahawa:

Mutasi kadang-kala bersifat patuh-hukum dan oleh itu, membuktikan ia bermatlamat.

Evolusi juga merupakan hasil dari aktiviti terancang mutasi dan pemilihan, adalah patuh-hukum dan bermatlamat.

 

Para penentang kami mengandaikan yang sebaliknya, namun tidak mampu mempersembahkan bukti tuntas dan kukuh untuk kerambangan mutlak, samada pada tahap mutasi genetik atau pada hasil terakhir evolusi, atau kita sebutkan sebagai hasil yang telah dicapai evolusi setakat ini. Ini sendiri telah memadai kerana mereka yang mahu menyangkal kewujudan tuhan telah berada dalam keadaan tangan kosong tanpa sebarang bukti tuntas, dan tidak mampu untuk menyimpulkan bahawa tuhan itu tidak ada pada tahap ini. Inilah isunya jika mereka tidak mahu untuk mengakui kewujudan tuhan berdasarkan bukti yang dipersembahkan di dalam bab ini, atau sekurang-kurangnya mengakui bukti berkenaan mesin kecerdikan sebagai matlamat evolusi.


 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: