Ahad, 6 Februari 2022

Bab 3.3 Teori Evolusi Dan Quran

                          

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 132

 

Teori Evolusi Dan Quran

 

Teori evolusi adalah sebuah teori sains, oleh kerana itu, apabila kami menyebut teks-teks keagamaan yang bertepatan dengannya, ini bukanlah bermakna kami ingin membuktikan teori evolusi menerusi teks keagamaan. Tetapi apa yang kami inginkan adalah untuk menunjukkan teks keagamaan bertepatan dengan penemuan sains , selain memperlihatkan kebenaran agama dengan penetapan pengetahuan-pengetahuan ghaib yang terkandung dalam teks keagamaan, kerana mungkin dikatakan sebagai contohnya, Quran menyebutkan tentang evolusi di dalam firmanNya:

﴿وَاللَّهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا﴾

(Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna). [Al-Quran Nuh:17]

Sedangkan manusia tidak mampu menyingkapkan hakikat sains ini melainkan baru-baru ini, sekaligus menetapkan kebenaran Al-Quran dan kebenaran Muhammad Rasulullah (S) menerusi pengkhabaran ghaibnya lebih seribu tahun dahulu tentang hakikat sains sebelum ianya disingkapkan pada hari ini. Hal yang sama juga dikatakan pada pengkhabaran-pengkhabaran Keluarga Muhammad AS, ketikamana mereka telah mengkhabarkan lebih daripada seribu tahun dahulu tentang kewujudan Nisnas atau makhluk yang menyerupai manusia (keserupaan manusia) sebelum kewujudan manusia lagi, dan kebenaran sains ini telah didedahkan sekarang. Berdasarkan kajian genetik yang menetapkan kewujudan manusia “Neanderthal" adalah berbeza genetiknya daripada manusia moden, begitu juga pendedahan tentang Homo erectus dan Homo sapiens di Afrika.

 

Firman Allah SWT:

 

﴿وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا *‏ أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا *‏ وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا *‏ وَاللَّهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا﴾

Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat. Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang), Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna.[1]

 

Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat: peringkat (Al-Thaur) adalah perihal karakter yang meningkat naik atau maju. Dinamakan gunung sebagai peringkat (Thur) kerana karakter ketinggiannya dan tingkatan naik dari kakinya. Dinamakan burung-burung – kata jamaknya Al-Thaair dari kata Al-Thair), kerana karakternya yang memiliki mekanisma kepak yang membolehkannya meningkat naik lebih tinggi daripada tempat asal persekitarannya. Dan peringkat-peringkat (الأطوار  - Al-Athwaar), adalah perihal-perihal karakter yang meninggi dan meningkat naik. Dengan ini makna ayat

﴿وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا﴾:

"Dan Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat" adalah: sesungguhnya Allah telah menciptakan kamu di masa lalu, yang mana penciptaan itu telah pun terlaksana dan selesai,[2] serta melepasi kamu dengan hal keadaan yang berbagai-bagai, unik dan meningkat maju. Bererti peringkat-peringkat fizikal tubuh yang meningkat naik atau maju secara progresif, yang telah kita lalui sehingga sampai kepada fizikal tubuh yang memiliki mekanisma kecerdikan yang ulung. Seterusnya menjadikan ia layak untuk berhubung dengan nafs (jiwa) Adam AS. Terlaksananya peringkat-peringkat kemajuan ini selama jutaan tahun bukanlah satu halangan, sehinggalah

 

_______________________

[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Nuh Ayat: 14 - 17

[2] "Qad - sesungguhnya" : kata pengesahan di sini, bermakna penciptaan bahawa penciptaan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat telah dicapai dan berakhir pada masa lalu, dan dengan itu yang dimaksudkan dengan kata - Bi Al-Athwaar - ialah peringkat kemajuan dan pembangunan fizikal yang mendahului turunnya jiwa Adam (as) ke dunia ini dan hubungannya dengan tubuh Adam (as).

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 133

 

 

urusan ini sampai kepada fizikal tubuh yang bersesuaian untuk diturunkan nafs (jiwa) Adam AS, yang dipindahkan kepada seseorang individu yang berada di dalam rahim.

﴿أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا﴾

(Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat): Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana kamu diciptakan berperingkat-peringkat, maka persoalannya adalah sama dengan persoalan penciptaan langit-langit. Oleh itu, jika makna berperingkat-peringkat yang dijelaskan sebelum ini masih lagi belum jelas buat kita, maka perihalnya adalah sama seperti tujuh petala langit yang berbeza-beza karakter, sebahagiannya lebih tinggi daripada yang lain dan sebahagiannya pula lebih baik kedudukannya berbanding yang lain. Ayat ini seterusnya membawa kita kepada natijah yang sama sebelum ini, iaitu fizikal tubuh Adam telah melalui peringkat-peringkat kenaikan atau kemajuan sebagaimana langit-langit yang digred berdasarkan peringkat-peringkat ketinggian dan kenaikannya.

 

﴿وَاللَّهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا﴾:

Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna: Saya mengandaikan ayat ini tidak memerlukan sebarang penjelasan kerana maksudnya amat jelas dan ayat ini menyebutkan kamu adalah benih-benih di muka bumi ini yang tumbuh dan memproduksi hasil.

 

Allah telah menumbuhkan kamu sebagaimana tumbuh-tumbuhan dan ia tidak terhasil secara serta-merta, tetapi secara berperingkat-peringkat dan meningkat naik. Di permulaannya ia adalah sebiji benih kecil yang ditabur di tanah dan menyerap air, yang kemudiannya menumbuhkan tumbuhan kecil daripada biji benih, tanah dan air, lalu tumbuhan ini membesar dan meningkat naik daripada satu peringkat ke satu peringkat, sehinggalah ia menjadi sempurna untuk menghasilkan buah-buahan. Inilah apa yang terjadi pada kamu, pelan genetik Tuhan telah ditanam di atas muka bumi ini dan meningkat maju sehingga sampai ke penghujungnya dan merealisasikan tujuannya. Dengan izin Allah saya akan dijelaskan nanti bagaimana pelan ini adalah bukti yang jelas akan kewujudan Tuhan, dan dengan ini teori evolusi menjadi bukti akan kewujudan Tuhan dan bukan sebaliknya.

 

Firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ * ‏ ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ *‏ ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ ﴾

[Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati dari tanah. Kemudian kami jadikan "pati" itu air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.]

 

﴿الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ ۖ وَبَدَأَ خَلْقَ الْإِنسَانِ مِن طِينٍ *‏ ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِن سُلَالَةٍ مِّن مَّاءٍ مَّهِينٍ﴾

[Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari saripati air yang hina.] [2]

 

Saripati (Al-Sulalah), adalah kumpulan terpilih dan disaring daripada yang lainnya untuk menjadikannya unik dan lebih baik dari saringan yang lain. Makna firman Allah SWT: (Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati dari tanah), bererti manusia

 

_______________________

[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Mukminun: Ayat 12-14

[2] Al-Qur’an Al-Karim Surah As-Sajadah: Ayat 7-8

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 134

 

 

bumi yang pertama diciptakan adalah daripada kumpulan yang unik dan terbaik (saripati). Saripati itu terhenti silsilahnya ke tanah.

﴿سُلَالَةٍ من طينٍ﴾

 

Firman Allah SWT: 

﴿إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ﴾

Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh dan Keluarga Ibrahim dan Keluarga Imran melebihi segala umat.[1]

 

[Sesungguhnya Allah telah memilih Adam]: kerana Adam AS adalah manusia pertama di langit pertama dan mustahil untuk dikatakan bahawa yang dipilih itu adalah jiwanya (nafs), kerana pemilihan itu mestilah terjadi ke atas suatu kumpulan. Pemilihan sebegini tidak mungkin bersesuaian melainkan ke atas fizikal manusia bumi yang berhubung dengan jiwa (nafs) Adam AS. Ini bermakna terdapat makhluk bumi lainnya yang dahulunya wujud dan Tuhan telah memilih jasad Adam dari kalangan makhluk yang menyerupai manusia (keserupaan manusia).

 

Pemilihan itu tidak berlaku melainkan dari kalangan suatu kumpulan yang sama. Adam mempunyai tubuh fizikal yang sama dengan manusia yang melahirkan beliau dan beliau adalah manusia pertama yang disambungkan kepada nafs / jiwa Adam. Ini sekaligus membenarkan pendapat bahawa Dia telah memilih Adam dari kalangan mereka. Adapun pendapat yang mengatakan bahawa Adam telah dipilih berbanding makhluk-makhluk lain adalah tidak benar. Apakah logik jika kita mengatakan seorang manusia dipilih dari kalangan kelompok singa, lembu dan keldai dan seterusnya? Adakah kata-kata sebegini mempunyai makna? Atau mungkin diucapkan oleh orang-orang yang mempunyai kebijaksanaan?

 

Firman Allah SWT: 

 

﴿أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

[Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum, lalu kami pisahkan keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?][2]

 

Lafaz air (Al-Maa’) di dalam ayat ini ditujukan untuk kewujudan keseluruhannya, bukan merujuk kepada air (H2O) yang kita ketahui di bumi, seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini. Walaubagaimanapun, jika kita merujuk secara khusus kepada kehidupan di alam fizikal ini, maka ia akan menjadikan ayat ini menunjukkan hidupan di atas muka bumi ini bermula daripada air tanah (dan kami jadikan daripada air). Ini jelas bermakna bahawa permulaan kehidupan bumi ini dahulunya adalah daripada air tanah, sekaligus ayat ini menjelaskan bahawa benih pertama untuk kehidupan dahulunya adalah dari persekitaran berair dan kandungannya terdiri dari kandungan unsur tanah atau unsur kimia. Ini amat bertepatan dengan teori evolusi. Adapun kelangsungan hidupan di atas muka bumi ini bukanlah daripada air atau apa yang terkandung di dalamnya. Benar, mungkin dikatakan bahawa kelangsungan kehidupan pada air atau melalui perantaraan air, tetapi bukan daripada air. Oleh itu, kehidupan yang dibentuk daripada air dan tanah liat itu meliputi kehidupan pertama sahaja.

 

_______________________

[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Aali Imran: Ayat 33

[2] Al-Qur’an Al-Karim Surah Al-Anbiya: Ayat 30

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

 

Tiada ulasan: