Bab 2.14 Rumusan
Bukti yang mengesahkan teori evolusi itu
terlalu banyak dan begitu juga penghujahan logik ke atas dakwaan penciptaan
dalam satu letusan. Ini termasuklah hujah yang telah disebutkan sebelumnya
seperti saraf laryngeal berulang, perbandingan anatomi, sejarah geologikal,
semuanya membuktikan secara tuntas (muktamad) bahawa haiwan dan tumbuhan
semuanya berkembang secara beransur-ansur dalam suatu tempoh.
Telah ditemui bakteria dan selepas suatu
tempoh yang lama ditemui pula eukaryotes yang ber-sel tunggal muncul dan kemudian
terdapat pula organisme multi-selular. Kehidupan berevolusi dengan cara ini
secara beransur-ansur.
Oleh itu, apabila proses penciptaan terjadi
dalam satu letusan, dan Tuhan mahu mencipta manusia, alam sekitarnya, dan
organisme yang berada di sekitar manusia, dan manusia hanya wujud pada tempoh yang
belum lama mengikut sejarah geologi bumi, jadi mengapa Tuhan menciptakan kumpulan
pertama organisme dalam susunan yang menunjukkan setiap kumpulan baru nampak
sama dengan kumpulan sebelumnya namun lebih berkembang dan berubah berbanding
kumpulan lama?
Adakah Tuhan contohnya, menciptakan mereka secara
beransur, sementara dan menaik, ini kerana Dia ingin menipu manusia dan
membuatnya percaya kepada evolusi apabila dia melihat penciptaan disusun secara
progresif dalam lapisan geologi? Sudah tentu tidak. Kerana Tuhan mahu manusia agar
mengetahui kebenaran yang sebenar, dan Dia mahu
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 102
manusia percaya kepada Tuhan dan penciptaan
sebagaimana Tuhan menciptakannya.
Satu-satunya jawaban yang meyakinkan, logik
dan boleh diterima berkenaan apa yang kita lihat dalam sejarah geologi adalah: Kehidupan
mempunyai permulaan yang ringkas, kemudian secara beransur-ansur berkembang dan
maju.
Jika pendukung teori penciptaan mempunyai
jawaban yang logik dan meyakinkan yang punya nilai saintifik dan disokong oleh
penyelidikan genetik, anatomi perbandingan, susur galur organisme moden dan
seterusnya, maka dijemput mereka untuk membentangkannya. Jika bantahan mereka
semata-mata kerana mereka tidak menyukai teori ini, atau kerana sesetengah
ateis mengeksploitasinya untuk menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Suci – Mereka
tidak dapat menolaknya, memegangnya atas kedegilan dan menolak teori evolusi
walaupun dibuktikan berdasarkan kesahihannya. Walaupun terdapat masalah
saintifik yang lengkap dengan kepercayaan kepada penciptaan sekaligus (satu
letusan), dan hakikat yang menunjukkan teks agama sendiri mendukung evolusi. Ini
akan menjadi kedegilan yang sewenang-wenang dan menjijikkan.
Apa yang tinggal oleh mereka yang berbahas (berdebat,
membantah) secara jahil atau degil menolak teori evolusi?! Ia tetap kekal: Sesiapa
sahaja boleh menafikan sesuatu teori yang sama ada ia terkeluar daripada pertimbangan
saintifik atau diubahsuai sebaik sahaja dia menemui pemerhatian yang bercanggah
dengan ramalan teori tersebut. Teori evolusi mencabar mereka yang menolaknya
untuk membawa hanya satu bukti – hanya satu sahaja – yang membantah apa yang
diramalkan oleh teori tersebut. Hakikatnya, teori seperti itu tidak pernah
wujud. Dari saat teori evolusi dipersembahkan sehinggalah sekarang, ribuan
eksperimen dan kajian dalam bidang biologi, anatomi perbandingan, dan genetik
tidak pernah menghasilkan sebarang bukti yang menyanggahi ramalannya. Ini
bermakna, kesahihan teori evolusi telah terbukti dan tidak dapat disangkal, selama
lebih dari seratus tahun dipenuhi dengan ribuan eksperimen dan kajian serta
bukti pemerhatian, yang kesemuanya membuktikan
kesahihan teori tersebut.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan