4.21 Keseimbangan Hukum Dalam Pemilihan
Keseimbangan
Hukum Dalam Pemilihan
Sememangnya, kewujudan sistem yang seimbang
jelas menunjukkan satu kewujudan yang mahukan ketersusunan tersebut. Ini
kerana, keseimbangan pada titik kritikal bukanlah perkara ringan. Sebaliknya ia
adalah sistem tepat yang sangat penting, kerap digunakan oleh pereka dalam
sistem kejuruteraan. [1] Apabila perkara ini kita temui, ia menunjukkan
kewujudan penyusun atur di sebalik tabir, kerana pastinya ia tidak akan datang
dari kerambangan dan tidak tersusun; dan seseorang yang tidak punya apa-apa
tidak dapat memberi. Kami mendapati sistem evolusi disusun dengan
cara yang dapat memberikan kestabilan ini, yang sangat penting pada waktu
tertentu. Sebagai contoh, proses pemilihan adalah hasil dari keseimbangan
antara pemilihan seksual dan pemilihan semulajadi berdasarkan keadaan
persekitaran. Kadang kala pemilihan seksual membawa kepada perkembangan atau
pewarnaan bahagian tertentu, seperti ekor burung Whydah atau burung merak. Jika
ini dibiarkan semata-mata kepada pemilihan seksual, pertambahan pada
bahagian-bahagian ini tidak akan berhenti selagi mutasi genetik dan variasi
terus menyediakannya, dan selama mana si betina menyukai pertambahan panjang
ekor tersebut yang memberikan jantan dengan ekor panjang kelebihan dalam
mewariskan
_________________
[1] Sama halnya dengan termostat yang mengawal
suhu pada darjah tertentu, jika suhu meningkat, ia akan mengaktifkan sistem
penyejukannya, dan jika suhu menurun, ia akan mengaktifkan sistem pemanasannya.
Dengan cara ini, termostat itu sentiasa bekerja untuk mengekalkan suhu stabil
yang bersesuaian dengan produk tersebut. Sebuah lagi contoh yang boleh
diberikan adalah proses penapaian industri, khususnya kehidupan organisme yang
hidup dalam persekitaran tersebut.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 257
gennya. Namun apabila pertambahan akibat
pemilihan seksual ini mencapai suatu tahap, dan panjang ekor tersebut menjadi
penghalang kepada mendapatkan makanan, atau melarikan diri dari pemangsa, maka
kesan buruk dari pemanjangan tersebut telah menjadi terlalu buruk, menyebabkan
kematian organisme berdasarkan pemilihan semulajadi persekitaran. Pada ketika
itulah pemilihan semulajadi menolak ke arah bertentangan, dan pada titik
tertentu, keseimbangan akan tercapai, dan evolusi terhenti di situ – dalam
keadaan keseimbangan.
Jika tidak kerana pemilihan seksual, evolusi
pada arah ini tidak akan terjadi. Malah, jika tidak kerana pemilihan
semulajadi, keseimbangan pada titik ideal tidak akan terjadi. Dengan kata lain,
di sini, sistem evolusi bekerja seolah-olah sebagai sistem kejuruteraan yang
mengandungi injap keselamatan, yang digunakan oleh para jurutera untuk
menentukan jumlah tekanan atau haba yang dibenarkan. Apabila tekanan atau suhu
mencapai tahap pra-tetap, injap akan menutup jalan keluar dan tidak membenarkan
tekanan atau haba untuk terus bertambah. Jika tidak kerana injap ini, sistem,
enjin atau kilang pasti akan meletup.
Kita perlu mengambil tahu akan satu perkara
penting: walaupun kita mampu untuk memberikan sebuah penjelasan saintifik untuk
sebarang peristiwa dalam persekitaran tertentu, itu tidak bermakna medium ini
tidak bersifat patuh-hukum, atau ia adalah rambang dan tidak bermatlamat, tanpa
sebarang penyebab luaran. Point yang penting adalah, sehingga ke tahap
tertentu, kita mampu untuk mengenali dan memahami pelan patuh-hukum yang
dioperasikan oleh persekitaran ini.
Rajah 15: Gambar menunjukkan Howida jantan, menunjukkan panjang ekornya kepada salah seekor daripada Howida betina.
Sumber: [1] Wilkinson’s World
____________________
[1] Tersedia pada: http://www.wilkinsonsworld.com/2012/02/bird-of-the-week-week-112-pin-tailed-whydah/
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan