Apakah Altruisme Yang Kami Maksudkan?!
Sebagai individu, haiwan-haiwan (termasuk
manusia) selalunya akan bertindak mementingkan diri. Dalam alam semulajadi,
tiada siapa yang memberi makan, atau menjaga individu lain tanpa sebuah harga.
Pada tahap individu, haiwan tidak memberi makan atau menjaga satu sama lain.
Sikap altruisme yang jelas, berbanding sifat penting diri pada tahap individu
adalah sangat jarang dilihat di dalam alam semulajadi. Si jantan mungkin akan
memberikan makanan atau membina sarang untuk betina kerana ia mahu mewariskan
gennya kepada generasi seterusnya dengan mensenyawakan telurnya, selanjutnya si
betina akan memberikan makanan kepada fetus (janin), dan ibu bapa mungkin akan menyediakan makanan dan
perlindungan untuk anak-anak mereka - namun adakah ini altruisme sejati? Dan
jika ini bukan halnya, maka apakah altruisme yang kita maksudkan apabila kita
mahu membuktikan keunikan manusia, iaitu kemampuan mempunyai moraliti (akhlak)
- dan altruisme yang mendasari moraliti?
Di dalam agama, kita bercakap tentang
altruisme sehingga ke tahap tertentu apabila kita membahaskan pertempuran kita
dengan “keakuan” pada tahap kemasyarakatan dan persekitaran kita. Inilah
sebabnya perlu untuk kita mendefinisikan dengan jelas dan terang berkenaan
altruisme yang kita maksudkan, agar kita dapat menghalang orang yang berniat
tidak baik untuk mencapai matlamat menjahilkan manusia melalui hukum palsu
mereka. Ia adalah hukum yang mereka semua gunakan, samada mereka adalah ulama,
ateis atau mereka yang mengambil jalan pertengahan antara keduanya, iaitu hukum
atau falasi (hujah lemah) yang berbunyi, “Lihat, ada walnut di tangan aku dan
ia berbentuk bulat.” Kemudian mereka menunjukkan sesuatu yang berbentuk bulan
di tangan yang lain dan mengatakan, “Lihat, ia bulat, maka ia pasti walnut.”
Umumnya, kita semua terbiasa dengan apa itu
altruisme dan ia bercanggahan dengan sifat mementingkan diri. Kita boleh
mendefinisikan ia sebagai melebihkan individu lain lebih dari diri kita atau
lebih dari kerabat rapat kita dengan tingkah laku tertentu.
Jika kita lihat sekeliling kita, kita akan
mendapati haiwan kadang-kala menunjukkan sifat altruistik. Sebagai contoh, kita
boleh mengenal pasti tingkah laku para ibu dan bapa terhadap anak-anak mereka,
dan tingkah laku lebah pekerja terhadap lebah permaisuri, dan para pekerja yang
lain, serta keseluruhan sarang tersebut. Bagaimanapun, adakah ini adalah
tingkah laku altruistik yang asli? Hakikatnya, ia sebenarnya adalah tingkah
laku genetik penting diri. Ini kerana ia berasaskan sifat genetik penting diri,
sifat pilih kasih semulajadi dan pilihan kelangsungan hidup ke atas jasad yang
membawa gen yang menyebabkan sifat altruistik ini, iaitu, ibubapa yang
memberikan makanan dan menjaga anak mereka, lebah pekerja yang mengorbankan
diri mereka untuk mempertahankan sarang, permaisuri dan saudara betina
permaisuri tersebut. Gen-gen ini membawa sifat keberjayaan dari sisi
mewariskan, meneruskan dan terus hidup merentasi beberapa generasi. Hakikat
sebenar biologikal adalah penjagaan ibu dan bapa ke atas anak-anak mereka
adalah kerana kewujudan gen dalam susunan genetik mereka yang mendorong mereka
melakukannya (sebagai contoh dengan memberi kesan kepada susunan sistem saraf,
otak atau kelenjar dan hormon). Salah satu sebab susunan genetik mereka berjaya
tersebar dan terus hidup adalah kerana kewujudan gen ini yang mendorong tingkah
laku altruistik tersebut.
Penerangan berkenaan bagaimana susunan genetik
ibu bapa mendapat manfaat dari kelangsungan hidup anaknya adalah sangat mudah:
anak-anak membawa peratusan tertentu gen dari ibubapa mereka. Sebagai contoh,
seorang bayi manusia membawa setengah dari gen bapa dan ibunya.
Oleh itu, bagi ibu bapa yang mempunyai susunan
genetik yang mengandungi gen altruisme terhadap anak-anak mereka, yang
memberikan mereka keperluan untuk mencapai umur remaja dan reproduksi, gen
mereka akan terus hidup dan kekal sehingga generasi seterusnya. Altruisme
seperti ini (ibu bapa pada anaknya) mempunyai asal-usul sifat genetik penting
diri, dengan kata lain, ia terbina di atas sifat gen penting diri, dan bukan
altruisme tulen. Berkenaan ibu bapa yang tidak menjaga anak mereka dengan elok,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 280
atau susunan genetik mereka tidak kuat
mendorong mereka ke arah altruisme agar dapat memberikan keperluan kepada
anak-anak mereka (sebagai contoh, sarang, makanan dan perlindungan), mereka
tidak akan mampu mewariskan gen mereka kepada generasi seterusnya. Ini kerana,
ringkasnya, mereka tidak akan berjaya membesarkan anak mereka sehingga mencapai
umur remaja dan reproduksi, serta mewariskan susunan genetik mereka kepada
generasi masa hadapan. Inilah caranya bagaimana ibu bapa dihukum, atau,
bagaimana susunan genetik - pelan genetik ini dihukum: gen yang spesifik kepada
mereka tidak terus kekal dalam hidup ini dan meninggalkan perlumbaan.
Maka isu berkenaan ibu bapa yang menjaga
anak-anak mereka dapat diterangkan sepenuhnya secara genetik.
Jika gen menemui strategi berjaya selain dari
keibubapaan terus pada anak-anak mereka, maka mereka akan menggunakan strategi
tersebut, seperti kes burung cuckoo. Burung ini bertelur pada sarang burung
yang lain dan membiarkan burung tersebut membesarkan anak-anaknya. Cuckoo tidak
mempedulikan anaknya sendiri dan tidak mempunyai rasa sayang pada mereka.
Hubungan antara cuckoo dan anak-anaknya berakhir sebaik sahaja ia memberikan
keperluan mereka, iaitu dengan meletakkan mereka di dalam sarang burung lain
yang tidak mempunyai pilihan melainkan untuk membesarkannya bagi pihak burung
cuckoo. Ini adalah bukti jelas bahawa gen mengawal perkara ini di dalam badan.
Hal yang sama juga dalam kes lebah pekerja.
Lebah ini sangat rapat dengan saudara betina mereka, malah lebih ramai dari
ibu-ibu mereka, kerana mereka semua membawa salinan identikal gen bapa mereka.
Oleh itu, wujud sebab logika mengapa mereka gigih mengorbankan diri mereka
dengan menyerang musuh, walaupun dengan menyengat akan menyebabkan kematian
mereka. Gen altruistik ini berjaya dalam reproduksi dan survival, kerana
ringkasnya, ia lebih mampu untuk mempertahankan sarang secara keseluruhannya.
Seekor lebah pekerja yang mati memberikan manfaat yang lebih terhadap gennya
berbanding jika ia terus hidup, kerana dengan mengorbankan dirinya untuk
saudara betina mereka dan untuk mempertahankan ibu mereka, iaitu permaisuri
lebah, ia telah menyumbang kepada survival sejumlah besar salinan gennya yang
berada dalam badan semua saudara betina lebah pekerja. Ia juga menyumbang
kepada survival gen pada telur dan sperma yang berada di dalam badan permaisuri
lebah. Sudah tentu, susunan genetik seperti ini akan lebih mampu untuk terus
hidup dari gen yang tidak mengorbankan diri mereka. Alam akan memilih gen yang
berani mengorbankan diri, atau dengan kata lain, yang lebih sesuai dan mampu
terus hidup, kekal dan melawan keadaan semulajadi yang mengelilinginya.
Umumnya, sifat penting diri gen dapat
menerangkan sifat altruistik suatu organisme kepada organisme yang lain,
apabila mengorbankan diri adalah lebih bermanfaat kepada gen berbanding jika ia
terus hidup, tanpa mengira hubungan mereka.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 281
Altruisme ibu bapa terhadap anak mereka juga
boleh diterangkan secara genetik. Gen yang menjalankan fungsi ini akan lebih
disukai dan lebih mampu untuk terus hidup berbanding gen yang tidak membenarkan
atau menggalakkan altruisme ibubapa terhadap anak-anak mereka. Dengan cara yang
sama, kita boleh menerangkan tingkah laku altruistik seorang abang sulung
terhadap adiknya, atau tingkah laku seorang anak terhadap ibu bapa mereka. Kita
juga boleh mengetahui mengapa sesetengah haiwan membersihkan antara satu sama
lain, dan mengapa kelawar memberi makan kepada jiran mereka - ini kerana mereka
mengharapkan manfaat di masa hadapan, walaupun tanpa sedar.
Walaubagaimanapun, teori gen penting diri
tidak boleh menjelaskan mengapa seseorang akan mengorbankan diri mereka untuk
menyelamatkan seorang asing atau seorang anak yang tidak berkaitan, atau
mengapa dia memberikan makanan dan minuman kepada orang lain walaupun mereka
memerlukannya. Dalam kes seperti ini, jika ia menyebabkan kematian sang altruis
tersebut - atau sekurang-kurangnya, ketidakmampuan untuk mengembangkan gennya,
atau mengurangkan peluangnya untuk hal tersebut - maka kerugian genetiknya akan
lebih besar dari keuntungannya, jika difikirkan dari perspektif gen milik
individu yang diselamatkan atau diberi makan, atau diberi keutamaan melebihi
dirinya. Ini boleh dijelaskan dengan lebih lanjut menggunakan nombor: hidup
saya adalah bersamaan dengan seratus peratus pindahan dan survival gen
berfungsi saya, sementara kehidupan seorang orang asing adalah bersamaan dengan
pindahan satu bahagian gen berfungsi saya, gen yang kami punyai bersama, lebih
kurang lima peratus, jadi kehilangan nyawa saya jelas memaksudkan kerugian yang
lebih besar terhadap survival gen saya. Oleh itu, teori gen penting diri tidak
dapat menerangkan altruisme seperti ini, di mana gen milik altruis rugi dengan
banyak sekali. Penjelasan tingkah laku altruistik seperti ini tidak boleh
didasarkan kepada sifat penting diri gen.
Malahan, altruisme timbal balik seperti ini,
bukanlah altruisme tulen. Memandangkan ia adalah strategi evolusi yang dipilih,
kita menjangkakan ia untuk menjadi lebih lazim apabila wujud keperluan
kepadanya, seperti halnya sesetengah haiwan yang membersihkan satu sama lain,
atau kelawar yang memuntahkan makanan untuk jiran mereka, kerana kolam gen yang
membawa gen ini akan dipilih oleh pemilihan semulajadi, dan akan menang. Kolam
gen yang tidak membawa altruisme timbal balik seperti ini akan meninggalkan
perlumbaan persaingan, kerana takdir spesis itu adalah kepupusan. Sebagai
contoh, kelawar pontianak tidak boleh hidup lebih dua hari tanpa makanan, dan
altruisme timbal balik adalah satu-satunya talian hayat bagi banyak individu
yang tidak dapat mencari makanan pada satu-satu malam. Atas sebab itu,
altruisme timbal balik adalah talian hayat untuk keseluruhan spesis itu, maka
pastilah ia dipilih oleh pemilihan semulajadi. Umumnya, altruisme timbal balik
dijelaskan dengan baik secara saintifik.
Wujud juga altruisme demi reputasi.
Realitinya, kita boleh sebutkan ini juga adalah sejenis altruime timbal balik,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 282
juga, khususnya jika matlamatnya mengorbankan
makanan untuk kepentingan orang lain adalah demi untuk kebanggaan dan
kedudukan, dan seterusnya memiliki keuntungan yang lebih besar, seperti menarik
perhatian dan mengahwini lebih ramai wanita. Ini bermaksud gen individu
tersebut akan berjaya dipindahkan kepada generasi seterusnya dengan cara yang
lebih luas. Oleh itu, altruisme jenis ini, yang akan diteliti lagi, telah
dijelaskan secara genetik.
Pastinya, altruisme bukan tulen seperti ini
adalah didasarkan kepada sifat penting diri gen. Ini bukan matlamat perbahasan
kita kerana kita sedang membahaskan altruisme moral (akhlak), yang tidak
berkaitan dengan kepentingan diri dan manfaat gen.
Kita tidak bercakap tentang altruisme hubungan
keluarga atau altruisme timbal balik, yang boleh dijelaskan secara genetik.
Kita tidak bercakap tentang altruisme demi menjadi terkenal, yang mana mungkin
kadang-kala boleh juga dijelaskan secara genetik. Semua jenis altruisme ini
boleh memberi manfaat kepada badan yang melakukan altruisme ini kerana ia
memberikan mereka peluang yang lebih untuk survival.
Sebagai tambahan, kita juga tidak bercakap
tentang altruisme yang berlegar di antara para individual dan kumpulan sebagai
unit budaya, yang mempunyai asas kepentingan diri yang dipindahkan di antara
para individu dan kumpulan sebagai unit budaya, seperti sifat menunjuk-nunjuk
dan sifat sepertinya, yang mana motifnya adalah keperluan dan kemahuan sang
altruis itu.
Jika ini adalah halnya, maka apakah jenis
altruisme yang kita maksudkan dan yang kita gunakan sebagai bukti bahawa
manusia itu istimewa dan unik dari sisi moral berbanding keseluruhan haiwan
yang lain?
Kita sedang bercakap tentang altruisme yang
tidak dapat dijelaskan secara biologi dengan mengaitkan ia dengan sifat penting
diri gen, yang mengunakan badan dan anggotanya sebagai mesin ideal untuk
survival dan pemindahan mereka. Kita sedang bercakap tentang altruisme yang
tidak dapat dijelaskan dengan mengatakan bahawa matlamat sebuah budaya adalah
untuk mencapai sesuatu kelebihan psikologikal, walaupun dalam jangka masa
panjang.
Kita sedang bercakap tentang tingkah laku
altruistik yang tidak memberi manfaat kepada gen dan tidak boleh dijelaskan
oleh sifat penting diri gen, atau dianggap hanya sebagai sebuah altruisme tidak
tulen yang dangkal, memandangkan ia tidak didasarkan kepada asal usul sifat
penting diri biologikal. Kita sedang bercakap tentang altruisme yang mana sang
altruis tersebut tidak mengharapkkan sebarang manfaat, pujian malah walaupun
kata-kata penghargaan di masa hadapan sebagai balasan.
Ini membawa kita kepada soalan yang penting:
apa yang membawa kita ke arah altruisme tulen ini? Apa yang menyebabkan ia
muncul di sisi kita secara khusus?
Hakikatnya, ia perlu dimulakan dengan sebuah
kaedah dan individu-individu. Jika kita mengkaji sejarah hal ini -
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 283
kerana sejarah adalah satu-satunya cara untuk
menjawab soalan ini - kita akan mendapati kaedah yang dipenuhi dengan tingkah
laku altruistik yang tulen dan dimuliakan ini adalah kaedah keagamaan, dan para
pahlawan altruisme adalah para nabi dan orang-orang suci. Tulisan tertua yang
kita temui di dalam artifak berkenaan altruisme adalah teks keagamaan dan
seruan yang dibuat oleh individu keagamaan. Ini adalah isu yang telah
diceritakan oleh ketamadunan tertua, seperti Sumer dan Akkad, yang mana
individu-individunya seperti Nuh dan Ibrahim dianggap sebagai asal usul agama
samawi (seperti Yahudi, Kristian dan Islam). Selain itu, agama-agama ini juga
telah meneruskan sistem moral Sumer dan Akkadia yang sama.
Seruan altruisme adalah seruan keagamaan, dan
para pahlawannya di alam ini adalah para Nabi, Rasul dan pembawa risalah
ketuhanan.
﴿وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مسْكِيناً وَيَتِيماً وَأَسيراً﴾
[Mereka juga memberi makan benda-benda makanan
yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang
tawanan.]
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan