Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 260
Bagaimana Kita Melihat Tuhan Dalam
CiptaanNya?
Satu lagi cara untuk kita melihat Pembuat
Hukum, setelah kita menemui hukumnya, adalah seperti berikut:
Sememangnya, apabila kami menggunakan kewujudan
hukum sebagai bukti untuk kewujudan Pembuat Hukum tidak dibatalkan hanya kerana
kita tidak melihat Pembuat Hukum tersebut. Ini kerana kewujudan hukum dan
ketersusunan dengan sendirinya menunjukkan kewujudan Pembuat Hukum dan
Pengatur, walaupun kita tidak melihatNya sendiri. Cukuplah bagi kita untuk
menyaksikan dan melihat ketersusunan dan kewujudan hukum yang menunjukkan
kewujudan Dia. Sebagai contoh, mari kita andaikan suatu hidupan cerdik yang
tinggal di sebuah planet ingin memerintah bumi menggunakan komputer dan robot
mereka. Mereka mahukan komputer dan robot ini dibina di bumi. Demi mencapai
matlamat ini, mereka telah menghantar sebuah mesej elektronik, yang sebenarnya
adalah pelan untuk membina komputer dan robot canggih dengan teknologi yang tidak
kita ketahui. Seolah-olah mereka cerdik pada darjat tertentu. Setelah menerima
mesej elektronik tersebut, ia bergerak ke kilang-kilang yang menghasilkan
litar, komputer dan robot, melalui internet, dan mesej itu dilaksanakan secara
elektronik. Walaubagaimanapun, oleh kerana wujud perkara yang mengganggu proses
pemasangan dan pengeluaran, seperti kesilapan manusia, kita pasti akan
menjangkakan beberapa produk yang terhasil dari perlaksanaan mesej elektronik
tersebut adalah komputer yang kurang canggih, rosak dan biasa. Semuanya akan
dihasilkan bersama komputer dan robot canggih yang dirancang untuk dihasilkan
oleh mesej elektronik tersebut. Walaupun jika komputer dan robot yang
cerdik dan canggih dihasilkan - dan seperti yang kita tahu, kecerdikan adalah
hasil dari bahan kimia – dan kemudiannya mereka memerintah bumi sepenuhnya
termasuk proses produksi dan pembinaan di dalamnya, dan kita melihat hasil ini
tanpa mengetahui dari mana asal usul pelan tersebut, maka mungkin ramai dari
kalangan kita mungkin menjejaki kesalahan pada penghasilan komputer tersebut
pada pelan asal. Kesalahan juga mungkin terjadi melalui internet, atau virus
yang menjangkiti sistem kilang, dan seterusnya. Kesimpulan ini mungkin dapat
dijustifikasikan berdasarkan pemerhatian bahawa komputer dan robot yang bergred
rendah dan biasa turut dihasilkan.
Hakikatnya, inilah yang dilakukan oleh
ateis-ateis yang membuat teori seperti Dawkins dan pendukungnya menggunakan
teori Darwin. Bagaimanapun, apabila seorang yang waras melihat hasil terakhir
pelaksanaan pelan tersebut, mereka akan melakukan analisis dan menyiasatnya
secara logik. Melalui isyarat dan tanda-tanda, mereka akan mengenali kewujudan
penyusun atur dan pembuat hukum disebalik pelan tersebut, yang menulis hukumnya
dan menghantarnya untuk dilaksanakan di bumi menggunakan sumber yang tersedia.
Maka, kecerdikan adalah satu matlamat, dan satu cara untuk mencapainya adalah
dengan pelbagai bahan kimia yang banyak wujud di bumi yang menjadi asas utama
sistem saraf kita.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan