Isnin, 7 Februari 2022

Bab 3.7 Hakikat Penciptaan Adam: Permulaan Penciptaan Manusia

 

Hakikat tentang Penciptaan Adam: Awal Penciptaan Manusia oleh Tuhan

 


Tuhan memulakan penciptaan manusia di Langit Pertama (Alam Anfus)[a]. Namun untuk Adam dan keturunannya memenuhi syarat untuk diturunkan ke dunia ini dan disambungkan dengan jasad, tanah liat basah perlu “diangkat” ke Langit Pertama, dan nafs[b] Adam serta manusia lain harus diciptakan dari tanah liat tersebut. Ini perlu, memandangkan roh akan disambungkan ke tanah liat tersebut yang kemudiannya menjadi medium sambungan ke jasad. Roh tidak boleh menyentuh jasad memandangkan keduanya berada dalam dua alam yang berbeza, dan wujud juga alam-alam lain antara kedua alam tersebut. Oleh itu, perlulah ada alat pada setiap peringkat alam di antara Langit Jasmani (alam fizikal) dan Langit Pertama. Apabila jasad diangkat, ia akan mempunyai capaian pada setiap peringkat ini dan kemampuan bergerak dalam had mereka.

 

Tanah liat yang diangkat tersebut (yang mewakili setiap perkara di dunia) memiliki jarak pergerakan ini di antara alam fizikal (jasmani) dan alam roh, atau kita boleh katakan, antara alam fizikal di permulaan Langit Pertama sehinggalah hampir ke permulaan Langit Kedua (atau Langit roh, atau Kerajaan Syurga).  

 

Penciptaan Adam bermula dari unsur tanah bumi dan airnya, untuk menanggung diri (jiwa)-nya, yang akan diciptakan di Langit Pertama, yang mempunyai kudrat dan syahwat di bumi yang membolehkannya membiak dan menetap pada setiap tempat, serta mendominasi bumi ini. Atas sebab itu, atas perintah Tuhan Yang Maha Suci, para malaikat mengambil sedikit tanah dan air dari bumi dan mengangkatnya ke Langit Pertama, dan membentuk darinya jasad yang halus (ringan) Adam dan diletakkan di Syurga Duniawi iaitu penghujung Langit Pertama, atau lebih tepat lagi, di pintu Kerajaan Langit (Langit Kedua). Ia adalah syurga-syurga Kerajaan (Malakut) pertama yang dilewati oleh para malaikat.

 

Abu Abdullah Al-Shadiq (as) bersabda: “Para malaikat akan melewati Adam (as),

 

______________

[a] Pent: Anfus adalah plural kepada Nafs yang bermaksud jiwa (diri). Nafs bermaksud jasad roh yang dicipta di Langit Pertama

[b] Pent: Terma ini akan digunakan bagi menggantikan kata jasad roh. Jasad yang diciptakan di Langit Pertama

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 144

 

iaitu jasadnya, semasa beliau masih dalam bentuk tanah liat di syurga, dan mereka akan berkata: ‘Mengapa kamu diciptakan?[1] Ini bermakna beliau terbaring di syurga yang wujud di Langit Pertama. Al-Baqir (as) bersabda:  

“Tuhan menciptakan Adam dan beliau kekal dalam suatu bentuk yang mana Iblis yang dilaknat sering melewati dan berkata: “Mengapa kamu diciptakan?” [2]

﴿فَقُلْنَا يَا آدَمُ إنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى﴾

{Maka kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka.}

Apabila bumi sudah bersedia untuk menerima Adam, seorang Khalifah Allah, Allah meniupkan roh iman ke dalam jasad ideal Adam yang berada di Langit Pertama. Maka terciptalah jiwa-diri manusia yang pertama, seperti firmanNya, {Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya..... (Al-Hijr:29}, dan juga {Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu.....  (Al-Araf:11)}. Penciptaan ini terjadi di Alam Anfus, atau Langit Pertama.

 

Selepas itu, ditiupkan Roh Qudus kepada Adam seperti dalam firmanNya, {...... dan Aku telah meniupkan ke dalamnya ruhKu (Al-Hijr:29)} dan firmanNya {lalu Kami bentuk tubuhmu (Al-Araf:11)}, iaitu Kami memberikan kamu bentuk berdasarkan Imej Allah (Surah Allah) seperti yang disebutkan di dalam Taurat -

26 [Kemudian Allah berfirman, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita. [3]

27 ”Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. [4]

                         

Di dalam Riwayat Keagamaan:

Muhammad Ibn Muslim berkata: Aku bertanya kepada Abu Jaafar (as) berkenaan maksud Allah menciptakan Adam berdasarkan imej-surahNya. Beliau menjawab: Ia adalah imej baru dicipta yang dipilih Allah dari imej-imej yang berbeza. Dia menisbatkan imej itu pada diriNya sama seperti Dia menibatkan Kaabah dan Roh kepada dirinya. {..dan Aku telah meniupkan ke dalamnya ruhKu} [5]

 

Tuhan memerintahkan para malaikat untuk sujud kepada Adam seperti dalam firmanNya: {maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.} dan

{Dan Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam,"}. Maka ada yang bersujud, dan ada juga yang sombong dan dia diusir.

 

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ 

[Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.] [6]  

 

___________________

[1] Sumber (Al-Rawandi - Qishash Al-Anbia): hal.41

[2] Sumber (Al-Qummi - Tafsir Al-Qumi): Bagian 1 hal 41

[3] 26 Perjanjian Lama, Kejadian - Bab 1

[4].27 Perjanjian Lama, Kejadian - Bab 1

[5] Sumber (Al-Kulayni - Al-Kafi): J 1, hal.134, dan (Al-Shaduq - At-Tauhid): hal.103

[6] Al-Qur'an Al-Karim Surah Al-Hijr Ayat: 29

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 145

 

 

﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ 

[Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu [Adam], lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud.] [1]

Kemudian Tuhan mencipta nafs Hawa dari nafs Adam (as) [2]. Tuhan berfirman:  

 

﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا﴾

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu, dan yang menjadikan daripada itu pasangannya, dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.} [[3] [4]

 

Dari Imam Al-Shadiq (as), dia bersabda, “Allah menciptakan Adam dari tanah liat basah dan menciptakan Hawa dari Adam.” [5]. Kemudian Dia mengeluarkan semua anak keturunan beliau dan menguji mereka di dalam ujian pertama di Alam Zhar. Ujian itu hanya dengan satu soalan:  

 

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ﴾

{Dan, ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka: "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul, kami menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini}[6].

 

Ayat ini jelas, [Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa-diri mereka], bermakna ia adalah alam jiwa-jiwa (anfus). Orang yang mendapat tempat pertama dan memenanginya adalah yang pertama melihat dan mendengar serta yang pertama menjawab.

 

Apabila ujian ini telah berakhir, Tuhan berkehendak agar Adam (as) diperturunkan ke bumi dan diuji di dalamnya. Oleh itu, ujian Adam (as) bertempat di Langit Pertama (Syurga Duniawi), dan beliau gagal dalam ujian seperti yang seharusnya.

﴿فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ ۚ وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ﴾

[Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan.] [7]

Akibatnya, beliau diperturunkan ke bumi, begitu juga dengan ibu kita Hawa – selawat Allah atas mereka, dan semoga Allah mengurniakan syafaat mereka berdua kepada kita di dunia ini dan di akhirat.

 

Teks Quran ini jelas: Adam dan Hawa dicipta dan tinggal pada awalnya di syurga yang wujud Langit

 

___________________

[1] Al-Qur'an Al-Karim Surah Al-A'raf Ayat: 11

[2] Allah tidak menciptakan ruh Hawa secara berasingan seperti penciptaan Adam (as) Ini agar wujud kasih sayang dan belas kasihan antara mereka. Oleh itu, kasih sayang atau cinta dan ketaatan ditujukan dari Hawa kepada Adam, dan belas kasihan ditujukan dari Adam kepada Hawa.

"و منْ آيَاته أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إلَيْها وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إنَّ في ذَلكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ".

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah bahwa Dia menciptakan untukmu dari dirimu berpasang-pasangan Dan Dia menjadikan kasih sayang dan kasih sayang di antara kamu, karena pada itu ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berpikir.”

[3] Al-Qur'an Al-Karim Surah An-Nisa Ayat: 1

[4] Pada tingkatan yang lebih tinggi yang dimaksud adalah ruh yang pertama yaitu ruh Muhammad (S), dan darinya diciptakan kedudukan ruh yang di bawahnya yaitu ruh Ali dan Fatimah. (as).

[5] Sumber (Al-Rawandi - Kisah Para Nabi): hal.42

[6] Al-Qur'an Al-Karim Surah Al-A'raf Ayat: 172

[7] Al-Qur'an Al-Karim Surah Taha Ayat: 121

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 146

 

 

Pertama, yang merupakan syurga duniawi, serta tidak berada di bumi. Malah Langit Pertama alam Anfus.

 

Dia SWT berfirman:

﴿وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ﴾

[Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.] [1]

 

﴿وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ﴾

Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.[1]

 

﴿فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ *  إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعْرَىٰ وَأَنَّكَ لَا تَظْمَأُ فِيهَا وَلَا تَضْحَىٰ فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىٰ  فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ ۚ وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ﴾

[Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu dan tidak akan merasa panas matahari. Setelah itu maka Syaitan membisikkan kepadanya, dengan berkata: Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap? Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan.] [1]

 

Ayat-ayat ini jelas: Adam tidak dicipta di bumi, dan tidak dicipta di bumi pada pertamanya tetapi dicipta di syurga yang terletak pada Langit Pertama. Syurga tersebut bukanlah syurga yang kekal. [janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau akan menderita]. Syurga di mana Adam dicipta ini tidak sama dengan alam ini di mana manusia boleh menjadi lapar, tidak berpakaian, dahaga, atau dibahayakan oleh matahari atau cuaca jika kita tidak bekerja atau mengutip buah, bercucuk tanam, menternak binatang, dan tidak mengambil perhatian untuk menghalang bahaya. Oleh itu, syurga ini tidak bersifat seperti alam ini.

 

Mari kita menyemak ciri-ciri Adam yang disebutkan di dalam ayat-ayat di atas, samada ia berselari dengan ciri-ciri dunia ini dan jasad-jasad yang wujud di dalamnya. Jasad manusia di dunia ini akan menampakkan tubuh mereka jika tidak memakai pakaian, dan pasti akan disedari dirinya dan orang lain. Jika Adam memakai pakaian duniawi ini, ia tidak akan hilang serta merta setelah beliau mengingkari Tuhan. Jika Adam dan Hawa berada di bumi dan tidak memakai pakaian dari awal, maka mereka pasti telah menyedari keadaan mereka itu, bukan hanya setelah keingkaran kepada Tuhan. Jika mereka memakai pakaian di bumi, maka pakaian mereka tidak akan menghilang dari tubuh mereka hanya kerana keingkaran.

 

_____________________

[1] Al-Qur'an Al-Karim Surah Al-Baqarah Ayat: 35

[2] Al-Qur'an Al-Karim Surah Al-A'raf Ayat: 19

[3] Al-Qur'an Al-Karim Surah Taha ayat: 117 121

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 147

 

 

Maka, ciri-ciri alam itu tidak bersifat duniawi, dan begitu juga dengan kisahnya. Apa yang diceritakan oleh Tuhan di dalam Quran, tidak berselari dengan keadaan bumi dan manusia yang tinggal di dalamnya. Jika Adam dan Hawa berada di Syurga Duniawi di Langit Pertama apabila mereka melakukan aksi pengingkaran, maka adalah normal untuk mereka merasa malu selepas melakukan tindakan tersebut, bukan sebelumnya, kerana pakaian yang menutupi rasa malu adalah pakaian taqwa, dipakai oleh diri-jiwa, hasil dari ketaatan kepada Tuhan serta melawan keinginan diri dan syaitan. Pakaian taqwa adalah lebih baik dan penting dari pakaian jasad, kerana Tuhan hanya memandang jiwa dan roh manusia serta apa yang dipakainya, bukan jasad manusia serta pakaiannya.

﴿يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ﴾

[Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda Allah supaya mereka mengenangnya.][1]

Apabila terjadi keingkaran, pakaian ini ditanggalkan, dan perkara memalukan untuk seseorang itu akan terbongkar di hadapan Rabnya[1].  Dengan kata lain, Adam dan Hawa (as) mengenakan pakaian syurga dari awal. Mereka mengenakan pakaian taqwa yang kemudiannya ditanggalkan dari mereka. Bukanlah mereka itu bertelanjang dari awal lalu keadaan itu ditampakkan pada mereka. Apa yang sebenarnya ditampakkan adalah keadaan mereka setelah keengkaran dan penanggalan pakaian taqwa.

 

﴿يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

(Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka. Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.) [3]

 

Ayat ini dengan jelas menunjukkan pakaian Adam ditanggalkan darinya kerana beliau ingkar. {Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka.}. Pakaian ini dikembalikan kepada mereka dengan memohon keampunan : {..lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga }.

 

Ayat ini dengan jelas menunjukkan terkeluarnya Adam dan Hawa (as) dari Syurga Duniawi yang terletak di Langit Pertama ke bumi, dan tidak boleh dikatakan Adam dikeluarkan dari Syurga di bumi ini ke bumi.

 

﴿قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ﴾،

Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak [pula] mereka bersedih hati". (Quran 2:38)

Oleh itu ia adalah penurunan dari Alam / Langit Pertama ke Alam Jasmani (Dunia Fizikal), atau lebih spesifik lagi, planet bumi. Imam Al-Sadiq (as)

 

_____________________

[1] Al-Qur'an Al-Karim Surah Al-A'raf: Ayat 26

[2] Ini terpakai kepada semua manusia, bukan sekadar Adam. Para malaikat dapat melihat perkara ini dan tahu bahawa mereka telah dibuang pakaian taqwa kerana keengkaran mereka. Inilah sebabnya Adam dan Hawa sangat terkesan dengan apa yang berlaku. Ia sangat memalukan kerana ia datang dari Adam, yang mengajar para malaikat. Atas sebab itu, beliau memulakan permohonan taubat, agar pakaian taqwa dikembalikan kepadanya. [lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga] (Quran 20:21)

[3] Al-Qur'an Al-Karim Surah Al-A'raf Ayat: 27

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 148

 

 

telah menjelaskan bahawa Adam telah memohon untuk dikembalikan ke syurga yang pernah diduduki oleh beliau, dan Allah menunaikan permintaannya. Ini jelas merujuk kepada syurga yang akan didudukinya setelah dipisahkan dirinya - oleh kematian - dari tubuh ini sekali lagi dan kembali ke keadaan semula.

 

Abu Abdullah (as) bersabda: "Apabila Adam melakukan tawaf di Al-Bait selama seratus tahun, beliau langsung tidak memandang Hawa. Beliau menangis mengingatkan syurga sehingga wujud dua aliran sungai air mata di pipinya. Kemudian Jibrail (as) datang kepadanya dan berkata: "Semoga Allah memanjangkan umur mu, dan semoga Dia mendekatkan dirimu kepadaNya." Apabila Jibril berkata: "Semoga Allah memanjangkan umur mu", wajah Adam terpancar kegembiraan kerana beliau tahu Allah kini redha padanya. Apabila Jibrail berkata "semoga Dia mendekatkan dirimu kepadaNya.", Adam ketawa kerana ia bermaksud, "semoga Allah membuatmu ketawa." Lalu beliau berdiri di hadapan pintu Ka’bah yang ditutupi oleh kulit unta dan sapi, sambil berkata, "Ya Allah, hapuskan kesalahanku, ampunkan dosaku dan kembalikan aku kepada tempat tinggal yang telah aku dikeluarkan darinya." Kemudian Allah berfirman: "Aku telah hapuskan kesalahanmu, ampunkan dosamu dan akan Aku kembalikan kamu kepada tempat tinggal yang telah Aku keluarkan kamu darinya." [1]

 

Inilah kisah penciptaan Adam dari tanah lembab yang diangkat ke Langit Pertama dan ditiupkan roh kepada jiwanya. Adam diciptakan di Syurga Duniawi yang terletak di Langit Pertama. [2] Maka kita adalah orang-orang langit, dan jiwa kita tercipta dari roh yang ditiupkan kepada tanah lembab yang diangkat agar kita boleh diuji di bumi, dan agar jiwa kita boleh disambungkan ke jasad fizikal (jisim unsur bumi) yang merupakan suatu ruang ujian untuk jiwa kita di alam fizikal dan kebendaan ini.

 

 

_________________

1. Sumber (Al-Saduq – Ma’ani Al-Akhbar): hal.269

2. Langit Dunia terdiri dari dua bagian atau dua peringkat: Bahagian yang pertama adalah Langit Jasmani (Alam Fizikal) iaitu alam material (benda-benda) ini yang mengandungi galaksi, matahari, bulan dan planet bumi yang kita tinggal di atasnya. Bahagian kedua adalah Langit Pertama, iaitu Langit Anfus (alam jiwa-jiwa), di mana Adam dicipta. Di alam ini, terletaknya Syurga Duniawi, di mana Adam dan Hawa diletakkan di dalamnya pada awal penciptaan mereka, sebelum mereka diperturunkan ke bumi akibat keengkaran mereka. Langit Pertama itu juga merupakan alam terletaknya Alam Zhar.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: