Khamis, 24 Februari 2022

5.3 Dua Komentar: Hak-Hak Haiwan

 

Dua Ulasan: Hak-Hak Haiwan

 

Persoalan berkenaan hak-hak haiwan dan menghormati haiwan telah disebutkan oleh Dr. Sagan - malah kemampuan mereka untuk memahami agama sehingga ke tahap tertentu, yang membuatkan mereka layak menerima petunjuk agama pada darjat mereka - ini diakui oleh Islam dan Quran, atau sekurang-kurangnya aliran ajaran Keluarga Muhammad (as). Di dalam Quran dan Sunnah Nabi serta para Imam (as), telah diajarkan bahawa haiwan-haiwan juga adalah umat-umat seperti kita, dan mereka harus dihormati.

﴿وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ﴾

[Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.] [1]

 

Keluarga Muhammad (as) menyebutkan bahawa adalah suatu perkara yang dibenci (makruh) kepada seseorang yang membesarkan seekor biri-biri dengan kasih sayang namun kemudian menyembelihnya, kerana biri-biri tersebut telah terbiasa menerima kasih sayang dari mereka. Ini buktinya bahawa Islam sebenar seperti yang diajarkan oleh Ahl Al-Bayt menganggap biri-biri mempunyai perasaan dan emosi yang mesti dihormati.


“Dari Muhammad bin Al-Hasan dengan sanadnya, dari Muhammad bin Al-Hasan Al-Shaffar, dari Ya’qub bin Yazid, dari Yahya bin Al-Mubarak, dari Abdullah bin Jabalah, dari Muhammad bin Al-Fudhail, dari Abi Al-Hasan (as) Dia berkata: Aku memberitahunya: Aku mempunyai seekor biri-biri (domba) jantan yang aku gemukkan agar aku boleh menyembelihnya, dan apabila aku merebahkannya

 

____________________

[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Al-An’am ayat 38

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 276

 

 

untuk menyembelihnya, ia melihat pada ku, dan meminta belas dan kasihanku, namun aku tetap menyembelihnya.” Lalu (Abu Al-Hassan (as)) berkata kepadanya, “Aku tidak menyukai tindakan kamu. Jangan membesarkan seekor darinya dan kemudian menyembelihnya.”[1]

 

Adapun penyampaian agama, di peringkat para nabi (as) dan Washi, sudah pasti banyak binatang yang mendengar seruan mereka. Di dalam Quran kita mempunyai kisah-kisah seperti burung hud-hud dan semut dalam kisah Sulaiman (as).

 

____________________

[1] Sumber (Al-Hurr Al-Amili Wa Saail Al-Syi’ah), jilid 24, halaman 92

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: