Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 187
Fitrah Manusia dan Sumbang Mahram
Mereka yang mengatakan umat manusia adalah
produk perkahwinan antara keluarga (sumbang mahram / inses) menganggap kelakuan
jijik ini - yang ditolak para Imam (as) - tidak bercanggah dengan fitrah sifat
manusia.
Al-Tabataba’i menyebutkan:
Bukti bahawa sifat
manusia tidak bercanggahan dengan sumbang mahram dari aspek naluri penolakan
adalah, berdasarkan sejarah yang direkodkan, ia diamalkan oleh orang-orang Majusi
untuk suatu masa yang lama. Malah, ia dikatakan sebagai sah dan biasa di
Russia, dan biasa juga di Eropah walaupun diharamkan.[1]
Dengan kata lain, Al-Tabataba’i mengatakan
bahawa, jika wujud sekumpulan manusia mengesahkan dan mengamalkan amalan
tertentu untuk suatu masa yang lama, maka ia menjadi bukti bahawa ia tidak
berkonflik dengan fitrah sifat manusia atau penolakan berdasarkan naluri.
Saya percaya, saya tidak perlu memberi
komentar tambahan berkenaan bukti yang bercanggah antara satu sama lain ini. Namun
begitu, saya ingin membawa kepada perhatian berkenaan tersebar luasnya
perkahwinan sesama jantina (homoseksualiti dan lesbianisme). Ini telah terjadi
di era moden sehingga ia telah dibenarkan di dalam undang-undang sivil di
banyak negara seluruh dunia. Jadi, jika sekumpulan manusia mengamalkan
homoseksualiti atau lesbianisme di negara tertentu, bukankah maksudnya ia tidak
bercanggahan dengan fitrah sifat manusia berkenaan penolakan secara naluri,
dengan menggunakan kaedah kesimpulan Al-Tabataba’i!?
_________________________________
1. Sumber (Al-Tabataba’i - Tafsir Al-Mizan)
tafsir surah Al-Nisa, ayat: 1
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan