Rabu, 9 Februari 2022

Bab 3.10 Hakikat Penciptaan Adam: Adam Duniawi, Perjanjian, Ujian dan Iman

 

Adam Duniawi, Perjanjian, Ujian dan Iman

 

Para malaikat telah mengangkat tanah liat dari bumi ke langit seperti yang telah diperintahkan Tuhan kepada mereka, seterusnya Tuhan menggunakan tanah tersebut untuk membentuk Adam di Langit Pertama dan ditiupkan kepadanya roh. Maka Tuhan menciptakan Adam, atau jiwa Adam di Langit Pertama. Syurga Adam

                                          

Setelah selesai Allah ingin menurunkan Adam (as), lalu beliau, atau diri-jiwa beliau, telah diperturunkan ke alam ini, bersama Hawa (as). Jiwa Adam (as) seterusnya terus merayau-rayau sambil melaksanakan beberapa amalan yang telah diperintahkan, seperti pencarian Batu Perjanjian, membawanya, memohon keampunan dan melaksanakan tawaf di Al-Bait bersama Hawa. Beliau berterusan dalam keadaan ini, sebuah jiwa yang merayau-rayau di muka bumi, sehingga Allah mahu menyambungkan jiwa ini kepada suatu jasad. Jasad ini bakal dilahirkan dengan membawa jiwa manusia pertama di bumi. Hawa juga melalui proses yang sama.

 

Riwayat keagamaan berikut menunjukkan bahawa pada awalnya, Adam tidak mempunyai jasad materi (unsur benda). Beliau hanya mempunyai jasad halus-ringan (bererti tidak tumpat), atau dengan kata lain, jasad tersebut adalah jiwa manusia. Bagaimanapun, setelah beliau diperturunkan ke muka bumi, beliau disambungkan kepada sebuah jasad fizikal.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 154

 

 

Abu Abdullah Al-Shadiq (as) bersabda: "Apabila Adam diturunkan dari syurga dan memakan makanan, beliau merasakan keberatan dalam perutnya. Beliau mengadukan hal ini kepada Jibrail (as) yang kemudiannya menjawab: "Wahai Adam, duduklah" , lalu beliau duduk dan membuang air besar, maka rasa berat itu hilang dari beliau."[1]

 

Seterusnya, Tuhan berkehendakkan agar Adam dan Hawa bertemu bersama secara fizikal, lalu untuk pertama kalinya, terbentuklah keluarga Adam yang pertama, bertujuan membentuk perkampungan pertanian yang paling awal. Tuhan memerintahkan Adam untuk bercucuk tanam, menternak dan membiakkan haiwan ternakan. Hasilnya dapatlah dikatakan bahawa perjalanan sejarah manusia, pertanian dan penternakan bermula dari Adam.

 

Abu Jaafar (as) menyebutkan bahawa Rasul Allah (S) bersabda: "Apabila Allah Azza wa Jal menurunkan Adam (as) dari syurga, Dia memerintahkan Adam untuk bercucuk tanam dengan tangannya dan makan hasil tanaman tersebut, setelah beliau menikmati keselesaan di syurga. Selama dua ratus tahun beliau bersedih dan menangis disebabkan dibuang dari syurga, oleh itu beliau bersujud kepada Tuhan selama tiga hari dan malam tanpa mengangkat kepalanya."[2]

 

Tempoh masa 200 tahun yang ditangisi oleh beliau ini adalah masa yang diambil oleh jiwa beliau untuk diturunkan ke bumi atas perintah Allah. Ini terjadi sebelum jiwa beliau disambungkan ke jasad materi, dan sebelum beliau mula bercucuk tanam dan menternak haiwan.

 

Riwayat dari Bukair bin A’yan berkata: Aku pernah bertanya Aba Abdillah Al-Shadiq (as): "Mengapa Tuhan meletakkan Rukun di penjuru Kaabah dan bukan di tempat lain? Mengapa ia dicium? Mengapa ia dikeluarkan dari syurga? Dan mengapa perjanjian dan persetiaan para hamba diletakkan di dalamnya, dan bukan di tempat lain? Atas sebab apakah terjadinya ini? Mohon dikhabarkan kepadaku. Semoga Allah menjadikan aku tebusanmu, ia begitu pelik dalam prmikiranku?! Beliau (as) berkata: Engkau bertanya dan bekerja keras pada masalah ini dan menyelidikinya, jadi fahamilah jawabannya: Kosongkan hati mu, dan dengarkan, aku akan memberi tahu kamu, insya Allah. Bahawa Allah TWT telah meletakkan Batu Hitam (Hajar Al-Aswad), sebuah permata dikeluarkan dari syurga kepada Adam (as). Diletakkan di penjuru Ka’bah adalah disebabkan perjanjian tersebut. Ini kerana ketika Allah mengambil anak-anak keturunan Adam dari sulbi Adam, Dia mengambil perjanjian dari mereka di tempat tersebut, dan di situlah diperlihatkan kepada mereka, dari rukun itulah burung-burung akan turun kepada Al-Qaim (as) dan yang pertama membai’ahnya adalah burung tersebut, dan demi Allah, ia adalah Jibrail (as). Di maqam itulah Al-Qa'im akan bersandar dengan belakangnya. 

Dan dia adalah hujjah dan bukti bagi Al-Qa'im, dan dia adalah saksi bagi orang yang bertemu dengannya di tempat itu, dan saksi bagi orang yang melakukannya

 

________________________

[1] Sumber (Al Rawandi – Qishash Al-Anbia): hal.50

[2] Sumber yang sama.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 155

 

 

kepadanyalah persetiaan dan perjanjian yang diambil Allah AWJ atas hamba-hamba-hambaNya. Tujuan mengucup batu tersebut adalah untuk memperbaharui perjanjian dan persetiaan agar mereka dapat memenuhi janji, yang terikat dengan perjanjian tersebut. Mereka datang ke rukun itu setiap tahun dan memenuhi janji serta amanah yang mereka ambil. Tidakkah kamu perhatikan ketika Haji, akan disebutkan: "Aku telah memenuhi amanah dan janji persetiaan, agar Kau dapat bersaksi akan perkara itu." Demi Allah, tiada yang memenuhinya kecuali pengikut kami, dan tiada yang menegakkan janji dan persetiaan melainkan pengikut kami, dan mereka datang kerana mengetahuinya dan membenarkannya. Orang lain juga datang (kepada batu tersebut), namun mereka mengingkarinya dan mendustakannya. Ini kerana tiada sesiapa yang menegakkan perjanjian ini melainkan kamu. Allah bersaksi pada kamu dan Allah bersaksi atas ketidakpercayaan, penafian dan keingkaran mereka. Dan itu adalah hujah yang disampaikan dari Allah kepada mereka pada hari kiamat. Dia akan datang dan dia akan memiliki lidah yang berbicara dan dua mata dalam bentuk pertamanya yang penciptaan mengenalnya dan mereka tidak mengingkarinya. Dia menjadi saksi bagi orang-orang yang bertemu dan memperbarui perjanjian dan persetiaan dengannya dengan memelihara perjanjian dan persetiaan dan memenuhi amanah tersebut. Ia menjadi saksi bagi semua orang yang mengingkari dan menafikan dan melupakan perjanjian dengan kekafiran dan keingkaran.

 

Berkenaan alasan Allah mengeluarkannya dari syurga, tahukah kamu apa batu itu sebenarnya? Batu itu adalah salah seorang dari malaikat yang dekat dengan Allah. Apabila Allah mengambil perjanjian dari para malaikat, yang pertama beriman dan menerima perjanjian ini adalah malaikat tersebut. Maka Allah menjadikan beliau pemegang amanah ke atas semua makhlukNya. Allah telah memberikan kepada malaikat dan mengamanahkan perjanjian, serta menjadikan semua makhluk beribadah dengan memperbaharui perjanjian mereka bersamanya setiap tahun membuat pengakuan perjanjian dan persetiaan yang diambil Allah AWJ  atas mereka, kemudian Allah menjadikannya bersama Adam di syurga, mengingatkan dia tentang perjanjian dan memperbarui pengakuan dengannya setiap tahun.. 

Apabila Adam melakukan kesalahan dan telah dibawa keluar dari syurga, Allah telah membuatkan Adam lupa akan perjanjian dan persetiaan yang diambil Allah atasnya dan keturunannya terhadap Muhammad (S) dan para washinya (as) – yang membuat dia bingung dan keliru. Apabila Allah mengampunkan Adam, Dia menukar malaikat ini kepada bentuk mutiara putih dan mengeluarkannya dari syurga kepada Adam (as) ketika beliau berada di tanah India. Ketika Adam melihat mutiara itu, beliau lupa padanya dan tidak mengenalinya selain daripada dia adalah permata. Allah AWJ membuatkan mutiara itu berbicara, katanya: “Wahai Adam, tidakkah kamu mengenali ku?” Beliau menjawab: “Tidak”. Lalu ia berkata: “Sesungguhnya syaitan telah menguasai mu dan menjadikan kamu lupa akan mengingat akan Tuhan mu.“ Lalu ia terus bertukar kepada bentuk seperti sebelumnya di syurga dan berkata kepada Adam: “Di manakah persetiaan dan perjanjian?“ Adam melompat ke arahnya, terus beliau mengingati perjanjian dan menangis, beliau tunduk padanya, mengucupnya dan memperbaharui ikrar persetiaan dan perjanjian.

Kemudian Allah AWJ menukarkannya menjadi batu permata mutiara putih yang bersinar semula, dan Adam (as) membawanya di bahu beliau atas dasar hormat dan harga diri. Apabila beliau merasa penat, Jibrail (as) akan memikulnya untuk beliau sehinggalah mereka tiba ke Makkah. Beliau menyimpan batu tersebut sebagai pendamping di Makkah, serta memperbaharui ikrar siang dan malam. 

 

Kemudian apabila Allah AWJ membina Kaabah, Dia meletakkan batu tersebut di situ. Inilah sebab Dia TWT telah mengambil persetiaan dari anak-anak Adam dari tempat yang sama. Dan di tempat itulah malaikat itu menelan persetiaan tersebut. Inilah sebabnya ia diletakkan di penjuru (rukun). Adam pergi dari tempat Al-Bait ke Shafa, dan Hawa menuju ke Marwa, dan diletakkan batu itu di penjuru tersebut. Ketikamana Adam memandang dari Shafa di mana batu itu diletakkan, beliau akan berkata:

 كَبَّرَ اللَّهَ وَهَلَّلَهُ وَمَجَّدَهُ

Kabbara Allaha wa Hallalahu wa Majjadahu

Maha Besar Allah, KetuhananNya dan KemuliaanNya!"

Maka oleh kerana itu, telah dijadikan sunnah bertakbir, dan berdiri menghadap penjuru di mana Batu itu (terlihat) dari Al-Shafa.

Allah telah meletakkannya (Batu) Persetiaan dan Perjanjian dan bukan selain daripadanya dari malaikat. Dan itu adalah kerana apabila Allah Azza Wa Jalla mengambil Persetiaan untuk diriNya dengan Ketuhanan (Ar-Rububiyah), dan bagi Muhammad (S) dengan kenabian dan bagi Ali (as) dengan Al-Wasiah, malaikat merebut peluang untuk menyatakannya, jadi yang pertama bergegas untuk berikrar adalah Malaikat, tidak ada yang lebih mereka kasih daripada Muhammad dan keluarga Muhammad (as), dan oleh karena itu Allah memilih malaikat itu daripada kalangan mereka dan dia menelan Persetiaan, dan dia pada Hari kiamat nanti akan berkata-kata, dan kedua matanya melihat, dan menyaksikan bagi orang-orang yang bertemu di tempat itu dan memelihara Persetiaan.[1]

 

_________________________________

1. Sumber (Al-Kulaini - Al-Kafi) jld.4, ms 184-186; Dan (Al-Shaduq – ‘Ilal Al-Syarai’): J 2, ms 429-431

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: