Maksud Pengangkatan Tanah Dari Bumi Ke Langit
Pertama
Pengangkatan: Ini adalah pengembalian satu
atau lebih langkah menuju permulaan atau sumber. Ini bermakna jika kita menggambarkan
manusia - serta ciptaan yang lain - sebagai manifestasi (kenyataan) Ketuhanan
di dalam keadaan tiada berupaya untuk wujud, maka akan ada beberapa peringkat /
darjat jika kita bergerak menjauhi sumber manifestasi, dan manifestasi (kenyataan/kewujudan)
tersebut akan mempunyai komposisi cahaya yang lebih sedikit, dan mempunyai
lebih banyak
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 149
kegelapan (yang diresapi ketiadaannya).
Mari kita andaikan dalam alam material yang
kita tinggal di dalamnya ini, terdiri dari 10% cahaya dan 90% kegelapan
(ketiadaan), dan setiap langkah yang diambil oleh cahaya ke arah kegelapan
mutlak (ketiadaan mutlak, kekosongan ilmu dan kesedaran) mewakili nombor bulat.
Mengangkat sebuat objek material (sebagai contoh, unsur tanah Adam) selangkah
akan membawanya ke alam selari yang mana peratusan cahayanya adalah 11% dan
peratusan kegelapannya (ketiadaan) adalah 89%. Dengan kata lain, alam ini
adalah terdahulu dari kita.
Semestinya alam-alam ini dibahagikan dengan
cara yang ideal kerana penciptanya adalah mutlak. Maka alam-alam ini perlu
sedekat mungkin dengan sifat mutlak, kerana mereka mewakili entiti pertama yang
datang dariNya (Muhammad, ciptaan pertama yang mewakili keseluruhan alam). Untuk
menjadikan perkara ini lebih mudah difahami secara matematik, ia bermaksud
pembahagi itu adalah nombor paling kecil yang dapat dibayangkan. Anda boleh
membayangkan nombor yang kecil yang paling menghampiri sifar, namun anda tidak
akan dapat mengetahui nombor perpuluhan ini. Sebagai contoh, jika anda
mengatakan 0.0001 sebagai kecil dan paling menghampiri sifar, maka 0.00001
adalah nombor yang lebih kecil, dan seterusnya. Dengan cara ini, anda akan
mendapat nombor yang disahkan wujud, dan anda tahu sifat-sifatnya, namun tidak
secara tepat. Jika anda meletakkan nombor ini di dalam penyebut mana-mana
pecahan, hasilnya adalah nombor yang paling menghampiri infiniti (∞), kerana penyebutnya adalah nombor yang paling dekat dengan kosong.
Ini bermakna, jika kita dapat melihat seseorang itu diangkat di hadapan mata
kita, maka kita akan melihat ia semakin menghilang.
Dengan kata lain, kita akan melihat jasad,
semakin pudar dan menghilang. Namun orang tersebut bukanlah sebenar-benarnya
menghilang; apa yang terjadi hanyalah jasad tersebut telah bergerak ke arah
cahaya, ke alam yang berselari dengan kita, dan lebih sempurna darjatnya.
Secara alternatif, kita boleh sebutkan ia kembali beberapa langkah ke arah
titik permulaan atau sumber, bergantung kepada cara pengangkatan jasad material.
Bagaimanapun, jumlah cahaya dan kegelapan, atau kewujudan dan ke-tidak-wujud-an,
di luar sumber cahaya atau kewujudan adalah kosong, bermaksud, tiada yang
benar-benar wujud di luar sumber ini.
Sebagai contoh, bayangkan sebuah sumber
cahaya, yang memancarkan cahaya ke suatu arah tertentu. Setiap langkah cahaya
itu bergerak, sesetengah darinya menumpat lalu membentuk helaian jirim yang
ditembusi oleh sesetengah dari cahaya tersebut. Dengan ini, cahaya tersebut
telah membentuk sejumlah skrin dihadapan sumber cahaya tersebut, dan sesetengah
cahaya yang lain menembusi nya. Jumlah skrin ini haruslah sehampir yang mungkin
dengan infiniti. Di antara setiap skrin ini adalah vakum yang dipenuhi dengan
anti zarah (anti jirim) yang sama dengan jumlah jirim skrin-skrin ini dan
tenaga cahayanya. Ini bermakna jumlah jirim dan tenaga diluar sumber cahaya
adalah sama dengan sifar, dengan kata lain, tiada yang wujud di luar sumber
cahaya. Akan ada diskusi terperinci berkenaan hal ini di bab akan datang.
Sebelum✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan