2. Hukum Evolusi Atau Perkembangan Melalui
Pemilihan Semulajadi
Evolusi atau perkembangan melalui pemilihan
semulajadi mempunyai tiga rukun, iaitu variasi (pembezaan), pemilihan dan
perwarisan. Faktor-faktor dalamannya adalah pembezaan dan perwarisan, sementara
faktor luarannya adalah kelangsungan hidup makhluk paling kuat. Oleh kerana
evolusi yang berlaku melalui proses pemilihan semulajadi mempunyai beberapa
hukum yang mentadbirnya, kita boleh katakan ia sebagai sebuah proses yang berkod
hukum. Kita juga boleh katakan ia adalah proses yang sangat tepat, ditadbir
oleh suatu perlembagaan yang mempunyai beberapa hukum.[1] Dengan
izin Tuhan, kami akan membuktikan bahawa ia adalah hukum yang sangat tepat dan
merupakan sebuah perlembagaan, dan pastinya wujud sang pembuat hukum yang
menulisnya untuk mencapai suatu matlamat yang jelas dan pasti.
______________________
[1] Setiap perlembagaan
perundangan, samada untuk pemerintahan atau untuk apa-apa aktiviti tertentu,
mempunyai beberapa hukum. Kadang-kala pada waktu tertentu, hukum-hukum ini akan
saling bercanggahan. Sebagai hasilnya, salah satu darinya akan dibenarkan untuk
diluluskan, sementara satu lagi akan digantung, atau kedua-duanya akan
diluluskan sebahagiannya, atau kedua-duanya akan digantung, lalu akan membawa
kepada hukum ketiga di dalam perlembagaan untuk menyelesaikan masalah
perlembagaan ini. Oleh itu, perlembagaan adalah sekumpulan hukum untuk
mentadbir aktiviti tertentu. Perlembagaan tidak boleh dikritik atau dianggap
tidak mempunyai matlamat hanya kerana jika ia menyebabkan kerugian kepada
mana-mana pihak apabila terkait dengan isu-isu terkecuali, dan ia bukanlah
kerana wujud permasalahan dengan pencipta perlembagaan tersebut.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 207
Pemilihan semulajadi terjadi melalui
persekitaran, samada alam semulajadi - seperti keadaan cuaca panas, sejuk,
kelembapan, salji, kedalaman air, air cetek, kesucian air atau lumpur -
atau melalui pemangsaan atau melalui keinginan / pemilihan seksual.
Pemilihan melalui keadaan alam semulajadi,
atau cuaca bergantung kepada hukum fizikal yang memberi kesan kepada bumi dan
alam semesta secara keseluruhannya, dan hukum-hukum ini mengisyaratkan kepada
suatu pembuat hukum.
Sementara pemilihan semulajadi berdasarkan
mekanisme pembunuhan, atau pemangsaan, ia juga mengikuti suatu hukum dan
menunjukkan kewujudan pembuat hukum. Pada peringkat herbivor, mereka mempunyai
sistem nutrisi dan penghadaman yang telah berevolusi sesuai dengan makanan yang
mereka makan. Sama juga dengan tumbuhan yang mempunyai mekanisme pertahanan
seperti duri. Haiwan karnivor pula mempunyai mekanisme pemburuan yang telah
berevolusi, seperti kepantasan, gigi taring, penglihatan yang sangat berkuasa
dan penyamaran. Di pihak mangsa pula, mereka telah berevolusi untuk menyamar,
bergerak pantas dan memilih masa yang terbaik untuk makan. Oleh itu, anda akan dapati,
organisme saling menguatkan antara satu sama lain dan saling berevolusi, yang
mana jika dilihat sebagai sebuah unit yang integral, tidak boleh disebutkan
sebagai rambang. Malah, ia mewakili suatu sistem berhukum, dan oleh itu
menunjukkan ada suatu pembuat hukum.
Sebuah contoh berkenaan pemilihan seksual pula
adalah apabila burung betina tertentu yang memilih jantan yang berbulu yang
paling panjang atau berwarna warni.
Apabila kita melihat peralatan yang kompleks
dan canggih seperti teleskop atau mikroskop, kita akan menyimpulkan bahawa ada
seorang pereka yang menciptanya, serta satu hukum yang mentadbir penghasilan
alatan tersebut. Oleh itu adalah tidak logik untuk kita tidak membuat
kesimpulan yang sama apabila kita melihat sebuah lagi instrumen yang kompleks
dan canggih pada tahapnya, iaitu mata. Saya akan serahkan kepada ahli biologi
ateis, Richard Dawkins, seorang pakar untuk menceritakan kepada kita berkenaan
mata:
Tahap pembesaran ini
menunjukkan mata sebagai alat penglihatan. Persamaan dengan kamera adalah
jelas. Iris bertanggungjawab untuk perubahan berterusan apertur dan titik fokus.
Kanta, yang sebenarnya hanya sebahagian daripada sistem kanta kompaun,
bertanggungjawab untuk perubahan bahagian dalam pelarasan fokus jauh. Fokus
berubah dengan penyempitan kanta oleh otot, "atau dalam bunglon dengan
menggerakkan kanta ke hadapan dan ke belakang, seperti dalam kamera yang dibuat
oleh manusia."
Imej itu terletak
pada retina di bahagian belakang, di mana ia merangsang sel fotovoltaik. Sel
sensitif cahaya bukanlah yang pertama terkena cahaya...... Sel peka cahaya
bukanlah "sel fotovoltaik" yang pertama kali terkena cahaya,
sebaliknya ia tertimbus ke dalam, jauh dari menghadap cahaya....... Dan perkara
pertama yang dipengaruhi oleh cahaya itu, sebenarnya
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 208
neuron yang membentuk
"pemisah permukaan elektronik" antara otak dan sel cahaya.
Malah, sel ganglion
bertanggungjawab untuk menyelaraskan maklumat dengan cara yang bijak sebelum ia
dihantar ke otak, dan dalam erti kata perkataan "permukaan pecah"
bukanlah perkataan yang adil untuk itu. Mungkin perkataan komputer hamba akan
lebih adil. Wayar berjalan dari sel ganglion pada permukaan retina ke
"titik buta" di mana ia tenggelam melalui retina untuk menjadi batang
kabel utama menuju ke otak, iaitu saraf optik. Terdapat kira-kira tiga juta sel
ganglion dalam "permukaan pemisahan elektronik" yang mengumpul data
daripada kira-kira 125 juta sel fotovoltaik.........
Apabila anda melihat
arkitektur yang sangat indah untuk sel-sel ini, anda harus ingat bahawa semua
kerumitan ini diulang sebanyak 125 juta kali dalam setiap retina. Dan
kompleksiti ini diulang ber-trillion kali di bahagian lain dalam badan kita secara
keseluruhan.
Bilangan 125 juta sel
fotovoltaik (sel suria) adalah kira-kira 5,000 kali ganda bilangan titik
yang boleh dianalisis dalam gambar berkualiti berbanding dalam majalah, dan
membran terlipat fotosel ialah struktur yang sebenarnya mengumpul cahaya. Dan
pembentukan sel fotovoltaik dalam lapisan meningkatkan kecekapannya dalam
menangkap foton (unit kuantum cahaya), "zarah asas yang membentuk
cahaya."
Jika sebuah foton itu
tidak ditangkap oleh membran pertama, maka ia akan ditangkap oleh membran
kedua, dan seterusnya. Hasilnya, sesetengah mata mampu mengesan foton
tunggal. Emulsi filem yang paling pantas dan sensitif, yang tersedia kepada
jurugambar memerlukan 25 kali ganda jumlah foton untuk mengesan poin cahaya.
Objek berbentuk lozenge yang berada di bahagian tengah sel kebanyakannya adalah
mitochondria. Setiap satu darinya boleh dianggap sebagai kilang kimia yang
mana, dalam prosesnya menghasilkan tenaga yang boleh diguna, ia memproses lebih
dari 700 bahan kimia yang berbeza dalam satu proses pengeluaran yang panjang
dan saling berkait di sepanjang permukaan bahagian dalam membran terlipat.
Setiap nukleus, seperti yang akan kita lihat dalam bab 5, mengandungi sebuah
pangkalan data yang terkod secara digital, yang mana saiznya lebih besar dari
keseluruhan 30 jilid Ensiklopedia Britanika. Perlu diingat bahawa saiz ini
adalah hanya untuk satu sel, bukan keseluruhan sel dalam badan.. Apabila anda
makan stik, maka anda sedang menghancurkan lebih dari 100 bilion salinan
Ensiklopedia Britanika. [1]
Kerumitan, kecanggihan dan ketelitian dalam
susunan organ tersebut telah memaksa Dr. Dawkins untuk mengakui, walaupun
beliau adalah seorang ateis, wujud suatu tatanan dan ketiadaan kerambangan
mahupun kebetulan dalam semua ketelitian dan kecanggihan
________________________
[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker):
ms 36
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 209
yang indah ini. Namun oleh kerana beliau
adalah seorang ateis, beliau telah membahagikan mekanisme evolusi dengan niat
untuk melemahkan bukti bahawa evolusi adalah suatu proses yang mengikuti hukum
dan bermatlamat jika diambil kira proses keseluruhannya, dan beliau telah
menolak matlamat tersebut.
Jadi beliau boleh mengatakan wujud seorang “pembuat jam” yang mencipta jam-jam yang
canggih dan kompleks berdasarkan sebuah hukum yang tepat. Namun oleh kerana
Dawkins tidak mahu melihat matlamat tersebut, beliau mengatakan “pembuat jam” tersebut tidak mempunyai
kesedaran, atau buta. Jadi “pembuat jam” tersebut hanyalah alam semulajadi ini sendiri.
Kebenarannya adalah, dengan mengiktiraf hukum tersebut, Dawkins telah
meletakkan dirinya pada posisi yang tidak ada pilihan melainkan mengiktiraf
pembuat hukum, dan entiti itu mempunyai kecerdikan. Oleh itu, telah terbukti
wujud suatu “pembuat jam” yang
mempunyai kesedaran, atau tuhan. Kami telah menjelaskan sebelumnya berkenaan
matlamat evolusi, yang mana Dawkins tidak dapat melihatnya, dan kami akan terus
membahasnya dengan lebih dalam lagi. Jika diizinkan Tuhan.
Nilsson
et al., A pessimistic estimate of the time required for an eye to evolve
[Nilsson et al.,
Anggaran pesimis masa yang diperlukan untuk mata berkembang]
_____________________
1. Sumber:
Nilsson D & Pelger S. "Anggaran pesimis masa
yang diperlukan untuk mata berkembang".
Sains Biologi Jld 256:1345. Apr 1994, PP
53-58. Boleh didapati di:
http://philoscience.unibe.ch/documents/educational_materials/Nilsson1994/Nilsson1994.pdf
Rajah 9: Gambar yang menunjukkan peringkat perkembangan (evolusi) mata dengan sebutan bilangan generasi yang dijangkakan untuk setiap perkembangan yang boleh dilihat dalam gambar.
Sumber 1: [1]
______________________
1. Sumber: Curt Deckert, PhD., Buku Reka
Bentuk Mata. Boleh didapati di : http://eyedesignbook.com/ch6/fig6-01cBG.jpg
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 212
Apabila kita melihat sonar atau ultrasound,
kita akan menyimpulkan wujud seorang pereka yang mencipta alatan kompleks dan
canggih yang mampu mengesan kapal selam atau batu di dalam hempedu manusia.
Adakah logik untuk kita tidak membuat kesimpulan yang sama apabila kita melihat
sonar pada ikan lumba-lumba atau kelawar? Ikan lumba-lumba Atlantik mampu
mengenali bentuk sasarannya dan jarak antara dua sasaran yang berada sangat
dekat bersama. Teknologi sonar atau ultrasound yang canggih pada kelawar
membolehkan mereka bergerak di waktu malam, dengan lancar melepasi halangan dan
membezakan antara frekuensi mereka sendiri dan kelawar lain, atau bunyi-bunyi
yang lain. Dengan menggunakan sonarnya, kelawar mampu dengan mudah memburu
mangsanya di waktu malam, malah ada sesetengah spesis kelawar seperti kelawar
ladam mampu mengira kelajuan relatif pergerakan antara mereka dan mangsa mereka
yang sedang bergerak menggunakan Kesan Doppler. Ini bermakna mereka menggunakan
teknologi radar yang lebih canggih dari radar trafik statik yang digunakan
untuk menganggar kelajuan kereta di jalan raya. Malah kelawar telah memiliki
kebolehan sonar mereka jutaan tahun sebelum kita.
Jika kita boleh menyatakan bahawa sonar sebuah
kapal, pengimbas ultrasound yang digunakan doktor atau radar trafik sebagai
direka oleh seorang pereka berdasarkan hukum yang tepat dan konsisten untuk
mencapai matlamat ia dicipta, maka kita sepatutnya menyatakan bahawa sonar
kelawar juga telah direka secara efisien oleh suatu pereka dan berdasarkan
hukum yang tepat demi mencapai matlamat penciptaannya. Kelawar menggunakan
teknologi canggih untuk ekolokasi. Dr. Dawkins berkata:
“Kelawar-kelawar ini
adalah seperti pesawat pengintip mini, sarat dengan peralatan canggih. Otak
mereka adalah pakej yang telah ditala dengan teliti sebagai aneka peralatan
elektronik yang dikecilkan, diprogram dengan perisian yang teliti untuk
menyahkod dunia gema pada waktu sebenar. Wajah kelawar acap kali dianggap hodoh
oleh kita semua sehinggalah kita menyedari hakikat sebenar keupayaan mereka,
iaitu sebuah peralatan yang direka indah untuk memancarkan ultrasound pada arah
yang dikehendaki.”[1]
______________________
[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker):
ms 42
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 213
Oleh itu, sistem sonar pada kelawar telah mensahihkan
sebuah fakta penting, iaitu, ia tidak direka secara rambang. Sebaliknya, wujud
sebuah sistem dan hukum yang mentadbir dan menyempurnakan cara penghasilannya,
bertujuan mencapai suatu objektif dengan cara yang paling baik.
Darwin telah mencapai suatu kesimpulan yang
penting setelah membincangkan naluri dan evolusi mereka:
“Adalah lebih
memuaskan untuk melihat naluri-naluri ini, seperti apabila burung cuckoo muda
yang menendang adik-beradik angkatnya,[1] atau semut-semua yang
menggunakan perhambaan, atau larva ichneumonidae yang memakan dari dalam badan
ulat beluncas, bukan sebagai naluri yang dikurniakan atau yang diciptakan,
sebaliknya ia harus dilihat sebagai hasil dari satu hukum yang umum, membawa
kepada kemajuan semua makhluk organik, iaitu untuk berkembang biak, untuk
mempunyai variasi serta untuk membenarkan yang kuat terus hidup, dan yang lemah
mati.” [2]
Kesimpulan yang dicapai oleh Darwin ini
menunjukkan sebuah kenyataan yang jelas bahawa Teori Evolusi dengan sendirinya
menunjukkan kewujudan Tuhan, kerana teori evolusi ini, menurut kesimpulan di
atas merupakan sebuah hukum perkembangan yang sangat tepat. Sebaik sahaja kita
melihatnya, kita tidak akan boleh mengabaikan kewujudan suatu pembuat hukum
disebalik proses evolusi ini yang berilmu, bijaksana malah mempunyai matlamat,
seperti yang akan kami jelaskan. Ini membuktikan tanpa ragu, kewujudan Tuhan.
Dawkins juga berkata:
“Jika anda merasakan
Darwinisme hanya berdasarkan nasib, maka anda akan mendapati mudah untuk
menolak Darwinisme! Salah satu tugas saya adalah untuk memusnahkan mitos bahawa
Darwinisme adalah teori nasib”. [3]
Di sini Dawkins mempercayai pemilihan
semulajadi adalah sebuah proses yang mengikuti suatu hukum dan bukan bersifat
rambang tetapi terdapat sistem yang mengawalnya. Namun Dawkins sebagai seorang
ateis, telah menafikan kewujudan matlamat itu dan percaya bahawa penolakannya
terhadap matlamat itu selepas pengiktirafannya terhadap undang-undang
_________________________
[1] Apabila anak cuckoo itu menetas, dengan
segera ia akan melaksanakan nalurinya untuk menendang keluar telur-telur lain,
atau anak-anak burung lain yang telah atau sedang menetas. Dengan cara ini,
anak cuckoo itu telah mengambil alih sarang tersebut, dan pemilik sarang itu
akan memberi makan hanya kepada anak cuckoo tersebut yang dianggap sebagai
anaknya sendiri, padahal anak cuckoo tersebutlah yang telah membunuh
anak-anaknya yang lain dengan menendang mereka keluar dari sarangnya.
[2] Sumber (Darwin - The Origin of Species): ms 442
[3] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker).
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 214
dan sistem itu akan mencukupinya untuk menafikan
kewujudan Tuhan yang dikodifikasikan dan dikawal selia.
Dr. Richard Dawkins berkata:
Paley[1]
membandingkan mata dengan peralatan yang direka seperti teleskop, dan
menyimpulkan bahawa ‘wujud bukti yang sama bahawa mata dicipta untuk penglihatan, sama
seperti teleskop yang dicipta untuk membantunya’. Mata mesti mempunyai penciptanya, sama seperti teleskop
mempunyai penciptanya.
Hujah Paley dibuat
dengan keikhlasan serta dikhabarkan oleh ilmuan biologi terbaik di zamannya,
namun ia jelas salah tanpa ragu. Analogi antara teleskop dan mata, antara jam
dan organisme hidup, adalah salah. Sebaliknya, satu-satunya “pembuat jam” dalam alam semulajadi adalah
hukum fizik yang buta, walaupun ia dijalankan dengan cara yang istimewa.
Seorang pembuat jam yang sebenar mempunyai pandangan jauh, dia membuat rekaan
roda giginya dan spring, serta merancang kaitan antaranya, dengan matlamat
dalam fikirannya. Pemilihan semulajadi, sebuah proses yang buta, tidak mempunyai
kesedaran dan bersifat automatik seperti yang ditemui Darwin, yang mana kita
ketahui sebagai penjelasan kepada kewujudan semua bentuk hidupan yang
bermatlamat, adalah entiti yang tidak mempunyai sebarang matlamat. Ia tidak
mempunyai rancangan untuk masa hadapan. Ia tidak mempunyai visi, pandangan jauh
atau pandangan apa sekali. Jika ia ingin disebutkan dengan peranan sebagai “pembuat jam” di dalam alam semulajadi,
maka ia adalah sang pembuat jam yang buta.[2]
Sepertinya amat jelas sekali, Richard Dawkins menerima
kewujudan sebuah produk yang kompleks, sebuah hukum untuk menciptanya dan
seorang pereka. Masalahnya beliau tidak melihat sebarang matlamat, maka beliau
menyebutkan si pereka tersebut tidak mempunyai matlamat dan mengambil pendirian,
pereka tersebut tidak mempunyai kesedaran dalam apa yang dilakukannya, atas
sebab itu, si pereka itu hanyalah alam semulajadi. Dengan kenyataan ini,
Dawkins menafikan kewujudan Tuhan.
Dengan hujah ini, Dr. Dawkins mahu menafikan
kewujudan Tuhan.
Walaubagaimanapun, oleh kerana Dawkins adalah seorang ahli biologi yang dihormati dan bukan seorang ahli falsafah - seperti yang didakawa oleh sesetengah orang - beliau telah terlepas pandang beberapa perkara kecil. Cukuplah untuk beliau mengakui kewujudan sebuah hukum dan sebuah produk kompleks yang mengikuti suatu hukum untuk membuktikan kewujudan sang pencipta yang mengadakan hukum dan punya kesedaran. Malah, hanya kerana beliau tidak melihat matlamat bukanlah bermaksud tiada matlamat. Untuk menafikan kewujudan kewujudan matlamat, beliau perlulah secara muktamad membuktikan ia tidak wujud, ini sesuatu yang tidak dapat beliau lakukan. Kami telah membuktikan kewujudan matlamat, dan jika diizinkan Tuhan, kami akan terus melakukan sedemikian, sekaligus menutup sebarang jalan keluar untuk ateisme melalui alasan pemilihan semulajadi.
“Pendengaran gema
dalam kelawar hanyalah satu daripada beribu-ribu contoh
_______________________
1. William Paley (1743-1805) dikenali sebagai ahli
teologi pada abad kelapan belas, dan dia mempunyai risalah tentang teologi yang
dipanggil (Teologi Alam) diterbitkan pada tahun 1802 AD, dan Dawkins memetik
beberapa petikan daripada bukunya.
[2] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker):
ms 19
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 215
yang boleh saya
berikan untuk memberikan hujah berkenaan rekaan yang baik. Haiwan-haiwan telah
memberikan gambaran bahawa mereka telah direka oleh ahli fizik atau jurutera
yang bijaksana secara teorinya dan genius secara praktikalnya, namun tiada
bukti bahawa kelawar sendiri mengetahui atau memahami teori tersebut dengan
cara yang sama seperti yang difahami ahli fizik. Kelawar tersebut perlu
dianalogikan kepada alat perangkap had-laju yang digunakan oleh polis, bukan
orang yang mereka peralatan tersebut. Pereka alat perangkap had-laju memahami
teori Kesan Doppler, kemudian mengeluarkan teori ini dalam bentuk persamaan
matematik, secara jelas ditulis di atas kertas. Pemahaman pereka tersebut
ditunjukkan pada rekaan alatan tersebut, namun alatan itu sendiri tidak
memahami bagaimana dirinya berfungsi. Peralatan tersebut mengandungi komponen
elektronik, yang bersambungan wayarnya, agar ia secara automatis membandingkan
dua frekuensi radar dan menukarkannya kepada unit yang mudah – kilometer per
jam (km/j). Pengiraan yang terlibat adalah sangat rumit, namun masih dalam
batasan kemampuan sebuah kotak kecil yang mengandungi komponen elektronik
moden, yang diwayarkan dengan cara yang betul. Sudah tentu, sebuah otak yang
canggih dan punya kesedaran telah melakukan pewayaran tersebut, namun otak
tersebut tidak terlibat dengan pekerjaan alat tersebut pada setiap saat.
Pengalaman kita
bersama teknologi elektronik telah mempersiapkan kita untuk menerima idea
bahawa sebuah mesin yang tidak punya kesedaran mampu bertindak seolah-olah ia
memahami idea matematik yang kompleks. Idea ini secara langsung boleh digunakan
pada tatakerja mesin-mesin yang bernyawa. Seekor kelawar adalah sebuah mesin
yang mana elektronik dalamannya begitu bersambungan sehingga otot sayapnya
membolehkan ia menyasarkan serangga, sebagaimana misil berpandu menyasarkan
pesawat terbang. Setakat ini, gerak hati kita tanpa teknologi adalah tepat.
Namun pengalaman kita bersama teknologi juga mempersiapkan kita untuk melihat
akal waras dan pereka bermatlamat dalam penciptaan jentera yang canggih. Gerak
hati yang kedua inilah yang kita salah dalam kes mesin-mesin bernyawa. Dalam
kes mesin yang bernyawa, “perekanya” adalah pemilihan semulajadi yang tidak punya kesedaran,
pembuat jam yang buta.[1]
Hakikatnya, sesiapa yang membaca kata-kata Dawkins
di atas memahami bahawa saintis pakar ini mengakui sonar semulajadi pada
kelawar tanpa ragu adalah hasil dari kewujudan hukum dan pembuat hukum. Dan
jika interaksi yang begitu tepat antara mekanisme kelawar yang lain, seperti
sayap ditambah kepada sonar semulajadi, maka isu pembuat hukum menjadi seratus
peratus yakin. Sebagai tambahan, wujud interaksi antara bahagian-bahagian
kelawar, seperti sayapnya dan sonar semulajadi mereka, pada ketepatan yang
sangat jitu, menjadikan isu ini seratus peratus sahih akan kewujudan hukum dan
pembuat hukum.
Oleh itu, Dawkins mengakui kewujudan pereka,
namun menafikan pereka itu sebagai bermatlamat. Atas sebab ini, beliau
menggelarkan pereka tersebut sebagai pembuat jam yang buta. Dawkins benar-benar
memaksudkan setiap perkataan tersebut, termasuklah segala percanggahan yang
ditanggung. Beliau mendakwa bukunya, “The Blind Watchmaker” (Pembuat Jam yang Buta) menyelesaikan kontradiksi
ini.
______________________
[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker):
ms 58
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 216
Malah, ia tidak menyelesaikan apa-apa,
sebaliknya ia hanyalah percubaan untuk membahagikan kilang besar atau industri
besar (evolusi) kepada peringkat-peringkat dengan kilang-kilang kecil atau
saluran pengeluaran kecil semasa proses mengkaji kilang besar atau industri
besar ini untuk menyembunyikan matlamat industri besar ini atau kilang besar
melalui penyebaran ini.
Sebagai contoh: Dengan cara yang sama,
mana-mana industri boleh dibahagikan untuk dikatakan bahawa ia tidak bertujuan
untuk mencapai matlamat akhir. Industri bulu atau kapas, jika kita ingin
mengikutinya dari pembersihan dan penyediaan kapas atau bulu untuk dipintal,
boleh mereka yang melihat sebagai bahagian proses dari luar kilang atau barisan
pengeluaran yang berasingan, bahawa dikatakan: Industri ini tidak bertujuan mencapai
matlamat akhir dari awal, dan semua yang wujud adalah matlamat jangka pendek
untuk setiap barisan pengeluaran dan barisan seterusnya mendapat manfaat
daripada matlamat baris sebelumnya.
Apa yang terjadi pada langkah pertama adalah
proses pembersihan, penyediaan dan pengasingan antara bahan berguna dan tidak
berguna. Setelah itu, kilang pintalan akan menerima produk dari bahagian
pembersihan dan penyediaan yang sesuai untuk pintalan menjadi pelbagai gred.
Setiap gred boleh digunakan untuk pembuatan tekstil yang berbeza. Setelah itu,
kilang fabrik yang khusus akan hanya memilih hanya satu dari produk yang telah
dipintal, dan menganyamnya menjadi fabrik khusus. Akhir sekali, sebuah kilang
jahitan akan hanya memilih satu fabrik untuk dijadikan baju. Sesiapa yang hanya
melihat setiap barisan pengeluaran secara individu boleh mengatakan setiap
proses tidak mempunyai matlamat jangka panjang, dan produk akhir adalah
bersifat kebetulan dan tidak disengajakan, seperti yang disebutkan Dawkins.
Namun sesiapa yang melihat proses ini sebagai aliran kerja yang saling berkait
akan dapat melihat matlamat yang jelas dari awal, iaitu untuk menghsailkan
baju, selimut dan tirai. Visi kami berkenaan matlamat akhir tidak terkesan
dengan proses industri yang mempunyai banyak cabang dengan matlamat jangka
pendek, kerugian dan kerosakan material di sepanjang perjalanan proses
pembuatan.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan