Rabu, 2 Februari 2022

Bab 2.13 Bukti Evolusi: Bukti Genetik

Bab 2.13 Bukti Genetik

 

Wujud terlalu banyak pembuktian evolusi dalam bidang genetik, termasuklah:

 

Gabungan Kromosom 2 Pada Manusia

 

 

Ini merujuk kepada percantuman dua kromosom pada manusia yang kekal terpisah pada chimpanzi, orang utan dan gorila. Manusia mempunyai 23 pasang kromosom, sementara mawas besar yang lain mempunyai 24 pasang.

 

“The data we present here demonstrate that a telomere-to-telomere fusion of ancestral chromosomes occurred, leaving a patho-gnomonic relic at band 2q13.

 

This fusion accounts for the reduction of 24 pairs of chromosomes in the great

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 93

 

apes (chimpanzee, orangutan and gorilla) to 23 in modern human and must, therefore, have been a relatively recent event. Comparative cytogenetic studies in mammalian species indicate that Robertsonian changes have played a major role in karyotypeevolution (23,24). This study demonstrates that telomere-telomere fusion, rather than translocation after chromosome breakage, isresponsiblefor the evolution of human chromosome 2 from ancestral ape chromosomes.”

 

[Data yang kami bentangkan di sini menunjukkan sebuah percantuman telomere kepada telomere (yang berada di akhir kromosom) pada kromosom nenek moyang, meninggalkan tinggalan pathognomonik pada band 2q13.

 

Percantuman ini menyebabkan pengurangan 24 pasang kromosom pada mawas besar (cimpanzi, orang utan dan gorila) kepada hanya 23 pasang pada manusia moden, oleh itu menunjukkan kejadian ini masih baru.

Kajian perbandingan cytogenetic terhadap spesis mamalia menunjukkan perubahan robertsonian [Iaitu kromosom yang mempunyai centromere pertengahan (bahagian tengah kromosom) dibentuk dari dua kromosom yang tidak mempunyai centromere pertengahan] telah memainkan peranan besar dalam evolusi karyotype (23,24). Kajian ini  menunjukkan gabungan telomere ke telomere, bukan translokasi selepas perpecahan kromosom, adalah bertanggungjawab untuk evolusi kromosom 2 manusia dari kromosom milik nenek moyang mawas [1].

 

Kajian oleh Dr. Jacob Ejido[2] dari Universiti Iowa, Amerika Syarikat.

 

Juga: Ini adalah video penerangan oleh Dr. Kenneth Miller[3] di mana beliau menerangkan isu gabungan kromosom kedua pada manusia.

 

_____________

[1] Sumber: Ijdo et al., Asal usul kromosom manusia 2: Satu gabungan telomere ke telomere Nenek Moyang Boleh didapati di: http://www.pnas.org/cgi/reprint/88/20/9051.pdf

[2] Dr. Jacob George Ijdo adalah seorang profesor klinikal asosiat yang khusus dalam bidang imunologi di Universiti Iowa. Beliau menerima PhD dari Universiti Amsterdam, di Belanda.

[3] Dr. Kenneth Miller (lahir 14 Julai 1948) ialah ahli biologi selular dan molekular (sel dan molekul) Amerika dan kini Profesor Biologi di Universiti Brown.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 94

 

 

Saluran Video Buku Delusi Atheism  (14/9/2013). Kromosom kedua - Kenneth Miller. Boleh didapati di:

https://www.youtube.com/watch?v=wySVojm2x3Q

 


 Figur 3: Gabungan Kromosom 2 Di Dalam Manusia

 


Virus Retro Yang Sama Terdapat Pada Manusia Serta Primat[a] Yang lain

 

“All but two (CERV 1/PTERV1 and CERV 2) of the 42 families of chimpanzee endogenous retroviruses were found to have orthologs in humans”

 

"Semua (CERV 1/PTERV1 dan CERV 2) kecuali dua daripada 42 keluarga retrovirus endogen cimpanzi didapati mempunyai ortolog pada manusia"[1].

 

Penyelidikan oleh Profesor John MacDonald[2].

Untuk menjelaskan bagaimana perkara ini dapat membuktikan evolusi, mari bayangkan kita mempunyai sebuah rekod peristiwa yang terjadi kepada spesis manusia dan mawas besar yang lain. Apabila kita membaca rekod ini, semua mereka mempunyai tanda kecederaan khusus yang sama. Kecederaan ini meninggalkan jejak kesan jutaan tahun yang lepas. Satu-satunya penjelasan kepada persamaan kesan kecederaan ini adalah kerana ia melibatkan nenek moyang yang sama untuk semua spesis moden ini. Jika tidak, apabila kita menghitung perkiraan kebarangkalian, kita akan mendapati adalah mustahil bagi semua mereka untuk mempunyai kuantiti dan kualiti kecederaan yang sama, serta mewarisi jejak kesan kecederaan pada waktu dan lokasi yang sama.

 

Sebagai contoh, mari kita andaikan ada dua orang, A dan B, dan kita mempunyai rekod sejarah nenek moyang mereka, yang menunjukkan:

 

Salah seorang dari nenek moyang A (kita andaikan moyang ke seratus) mempunyai satu sentimeter luka di tempat tertentu

 

____________________

[a] primat kelas mamalia, antaranya termasuklah monyet, orang hutan, dan manusia.

1. Sumber: (retrovirus endogen cimpanzi) McDonald et al., Pengenalpastian, pencirian dan genomik perbandingan Terdapat di:

http://genomebiology.com/2006/7/6/R51

2. Dr. John MacDonald - PhD. dalam Genetik, Universiti California:

http://www.biology.gatech.edu/people/publications/john-mcdonald

[b] Video illustrasi oleh Dr. Miller, Keruntuhan Rekaan Pintar: kuliah Kenneth R. Miller, menerangkan isu gabungan Kromosom 2 di dalam manusia .2

https://www.youtube.com/watch?v=Ohd5uqzlwsU

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 97

 

 

pada tangan kanannya yang terjadi pada tarikh tertentu.

 

Kita juga mendapati salah seorang dari moyang B (juga moyang ke seratus) mempunyai luka sepanjang satu sentimeter pada tempat yang sama di tangan kanannya, dan ia terjadi pada tarikh yang sama. Kita mendapati seorang dari moyang A (kita andaikan yang ke-70) telah mendapat luka pada mata kirinya pada tarikh tertentu.

 

Kita juga mendapati salah seorang moyang B (yang ke-70) turut mendapat luka di mata kirinya dan bermata satu pada tarikh yang sama. Peristiwa yang sama ini terjadi semula berkali-kali kepada semua moyang A dan B dengan cara ini. Maka, sesiapa sahaja yang melihat sejarah ini akan menyimpulkan bahawa kesemua individu itu adalah nenek moyang yang sama kepada A dan B.

 

Tidak syak lagi bahawa bukti genetik itu terlalu banyak dan saya tidak mahu membincangkan kesemuanya. Oleh itu saya akan akhiri dengan petikan ahli genetik, Dr. Francis Collins, yang membahaskan beberapa bukti yang ditemui oleh beliau sendiri semasa mengkaji pelan genetik manusia, mamalia tertentu dan organisme yang lain.[1]

 

 

“WhenI contracted malaria in West Africa in 1989, that was despite having taken the recommended prophylaxis (chloroquine). Randomly occurring natural variations in the genome of the malarial parasite, subjected to selection over many years of heavy use of chloroquine in that part of the world, had ultimately resulted in a pathogen that was resistant to the drug, and therefore spread rapidly. Similarly, rapid evolutionary changes in the HIV virus that causes AIDS have provided a major challenge for vaccine development, and are the major cause of ultimate relapse in those treated with drugs against AIDS. Even more in the public eye, the fears of a

 

____________________

[1] Dr. Francis Collins (14-4-1950 M) adalah ahli genetik Amerika yang mengetuai Projek Genom Manusia.

Sebagai ahli genetik, dia percaya pada kesahihan teori evolusi, dan pada masa yang sama percaya kepada kewujudan Tuhan dan telah mengarang lebih daripada satu buku dalam usaha untuk mempertahankan kepercayaannya secara saintifik tentang kewujudan Tuhan.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 98

 

pandemic influenza outbreak from the H5N1 strain of avian flu are based upon the  high likelihood that the current strain, devastating as it already is to chickens and a few humans who have had close contact with them, will evolve into a form that spreads easily from person to person. Truly it can be said that not only biology but medicine would be impossible to understand without the theory of evolution.”

 

“Saya dijangkiti malaria di Afrika Barat pada tahun 1989, walaupun telah mengambil prophylaxis yang digalakkan. Seleksi natural yang berlaku secara rambang di dalam genome parasit malaria, setelah ditapis dengan pemilihan selama bertahun lamanya akibat penggunaan berat chloroquine di negara tersebut, telah menyebabkan wujudnya pathogen yang mampu menahan kesan dadah, dan hasilnya menular dengan pantas. Begitu juga perubahan evolusinari yang pantas dalam virus HIV yang menyebabkan halangan besar kepada pembangunan vaksin, serta menjadi penyebab utama pengulangan ketagihan kepada mereka yang telah dirawat dengan dadah bagi mengubati AIDS. Di pihak orang-orang awam pula, mereka lebih risau akan meletusnya pandemik influenza dari H5N1 selsema burung yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk virus tersebut, yang sudah pun bersifat memusnahkan kepada ayam dan beberapa manusia yang mempunyai kontak dengannya, untuk berevolusi kepada bentuk yang tersebar mudah dari manusia ke manusia lain. Sememangnya dapat dikatakan bahawa tanpa teori evolusi, bukan sahaja ilmu biologi, malah ilmu perubatan juga akan menjadi mustahil difahami........... “

 

“The study of genomes leads inexorably to the conclusion that we humans share a common ancestor with other living things.”

 

“Kajian terhadap genome pasti akan membawa kita kepada kesimpulan bahawa manusia berkongsi nenek moyang yang sama dengan benda hidup yang lain… Bukti ini semata-mata sudah pasti tidak cukup untuk membuktikan nenek moyang yang sama...............”

 

“This evidence alone does not, of course, prove a common ancestor; from a creationist perspective, such similarities could simply demonstrate that God used successful design principles over and over again. As we shall see, however, and as was foreshadowed above by the discussion of "silent" mutations in protein-coding regions, the detailed study of genomes has rendered that interpretation virtually untenable—not only about all other living things, but also about ourselves.”

 

“Dari sudut pandangan agama, bukti-bukti ini sahaja, sudah tentu, tidak mencukupi untuk membuktikan asal usul yang sama antara makhluk, dan persamaan (genetik) ini boleh dikaitkan dengan keterlibatan Pencipta

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 99

 

 

telah menggunakan prinsip rekaan yang berjaya secara berulang. Tetapi, kita akan melihat nanti, seperti yang telah dibahaskan sebelumnya berkenaan mutasi “senyap” di dalam kawasan pengkodan protein, kajian terperinci pada genome telah membuatkan semua tafsiran tersebut (yang diterima pakai oleh agama) tidak dapat dipertahankan, bukan sahaja berkaitan semua benda hidup lain, tetapi juga berkait rapat dengan kita sendiri sebagai manusia.

 

“As a first example, let us look at a comparison of the human and mouse genomes, both of which have been determined at high accuracy. The overall size of the two genomes is roughly the same, and the inventory of protein-coding genes is remarkably similar. But other unmistakable signs of a common ancestor quickly appear when one looks at the details.”

 

“Sebagai contoh pertama, mari kita lihat perbandingan antara genome milik manusia dan tikus, keduanya telah ditentukan dengan ketepatan tinggi. Saiz keseluruhan kedua genome tersebut hampir sama, begitu juga dengan inventori gen yang mengkodkan protein. Namun bukti satu nenek moyang yang tidak ada syak lagi akan muncul dengan pantas apabila seseorang itu melihat perinciannya....” (Collins,133-34).

 

“Unless one is willing to take the position that God has placed these decapitated AREs in these precise positions to confuse and mislead us, the conclusion of a common ancestor for humans and mice is virtually inescapable. This kind of recent genome data thus presents an overwhelming challenge to those who hold to the idea that all species were created ex nihilo”

 

“Sesiapa yang tidak menerima kenyataan bahawa Tuhan meletakkan unsur-unsur purba yang berulang-ulang ini di tempat-tempat itu untuk mengelirukan dan menyesatkan kita, kita dapat menyimpulkan tanpa keraguan bahawa manusia dan tikus mempunyai asal usul yang sama. Data genome terbaru seperti ini merupakan sebuah cabaran besar kepada mereka yang berpegang kepada idea semua spesis diciptakan dari tiada..... (Collins,136).

 

“When one compares chimp and human, occasional genes appear that are clearly functional in one species but not in the other, because they have acquired one or more deleterious mutations.”

 

“Apabila seseorang itu membandingkan antara manusia dan chimpanzi, mereka akan mendapati beberapa gen yang jelas berfungsi pada satu spesis namun tidak pada spesis yang lain, ini kerana gen ini telah dirosakkan oleh sekurang-kurangnya satu

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 100

 

 

daripada mutasi genetik.”

 

“The human gene known as caspase-12, for instance, has sustained several knockout blows, though it is found in the identical relative location in the chimp. The chimp caspase-12 gene works just fine, as does the similar gene in nearly all mammals, including mice. If humans arose as a consequence of a supernatural act of special creation, why would God have gone to the trouble of inserting such a nonfunctional gene in this precise location?”

 

Sebagai contoh, gene manusia yang dikenali sebagai caspase-12 (enzim), telah mendapat beberapa serangan KO (pent: maksudnya, telah dipadam fungsi gene tersebut), walaupun ia masih ditemui di lokasi sama dalam chimpanzi. Gene caspace-12 milik chimpanzi berfungsi dengan baik, sama seperti gene lain dalam hampir kesemua mamalia lain, termasuk tikus. Jika manusia muncul akibat dari tindakan ajaib proses penciptaan istimewa, mengapa Tuhan bersusah payah meletakkan gene yang tidak mempunyai fungsi ini pada lokasi yang sangat tepat tersebut?[1] (Collins, 138-39).

 

Selepas ahli genetik Francis Collins menyenaraikan bukti-bukti genetik untuk membuktikan teori evolusi, dia mengulas:

 

“At this point, godless materialists might be cheering. If humans evolved strictly by mutation and natural selection, who needs God to explain us? To this, I reply: I do.”

 

“Orang-orang ateis di sini mungkin sedang berkhayal. Jika manusia berevolusi melalui mutasi genetik dan pemilihan semula jadi, siapa yang memerlukan Tuhan untuk membenarkan kewujudan kita sebagai manusia? Dan saya menjawabnya ....saya perlukan Tuhan untuk menjelaskannya.”

 

“The comparison of chimp and human sequences, interesting as it is, does not tell us what it means to be human. In my view, DNA sequence alone, even if accompanied by a vast trove of data on biological function, will never explain certain special human attributes, such as the knowledge of the Moral Law and the universal

 

___________________

1. Sumber: Collins, Language of God. Excerpts from Chapter 5. Bahasa Tuhan - Francis Collins - Petikan Pilihan daripada Bab 5

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 101

 

 

search for God. Freeing God from the burden of special acts of creation does not remove Him as the source of the things that make humanity special, and of the universe itself. It merely shows us something of how He operates.”

 

Perbandingan antara jujukan chimpanzi dan manusia, walaupun sangat menarik, tidak menunjukkan apa maknanya menjadi manusia. Bagi saya, susunan DNA semata-mata, (walaupun disertakan dengan data fungsi biologikal), ia tidak akan dapat menjelaskan beberapa sifat manusia yang istimewa, seperti pengetahuan undang-undang moral dan mereka semua mencari Tuhan. Memisahkan Tuhan dari tanggapan bahawa Dia menciptakan kita secara istimewa tidak membatalkan kewujudan-Nya sebagai sumber semua perkara yang membuatkan kemanusiaan itu istimewa, Ini hanya menunjukkan kepada kita sesuatu tentang pengurusanNya.[1]. (Collins 2006, 140-41).

 

______________

[1] Sumber : (Collins, Language of God) Excerpts from Chapter 5

Bahasa Tuhan - Francis Collins - Petikan terpilih daripada Bab Lima.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: