Menunjukkan Kekuasaan, Keberanian dan
Keunggulan
"Ahli ekonomi Norway, Thorstein Veblen dan dengan cara yang berbeza,
ahli zoologi Israel, Amotz Zahavi telah menambah sebuah idea tambahan yang
menarik. Pemberian yang bersifat altruistik boleh jadi merupakan iklan untuk
menunjukkan dominasi atau ketuanan. Ahli antropologi mengenali hal ini sebagai
Kesan Potlatch, dinamakan sempena sebuah adat di mana ketua suku barat laut
pasifik yang bertelagah, bertanding antara satu sama lain dalam pertandingan
jamuan besar yang merosakkan. Di dalam
kes-kes yang ekstrem, serangan balas berterusan sehingga salah satu pihak
menjadi sangat miskin, menyebabkan pihak yang satu lagi
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 295
tidak berada dalam
keadaan yang lebih baik daripadanya
Konsep Veblen
berkenaan ‘pengambilan makanan
yang jelas tampak mendapat persetujuan ramai pemerhati moden. Sumbangan Zahavi,
yang tidak diendahkan oleh ahli biologi selama bertahun tahun sehinggalah
dijustifikasikan oleh model matematikal yang cemerlang oleh ahli teori Alan
Grafen, telah menyumbangkan versi evolusinari kepada idea potlatch. Zahavi
mengkaji burung kicau Arab, burung kecil berwarna coklat yang tinggal dalam
kumpulan sosial dan membiak bersama. Seperti banyak burung kecil yang lain,
burung kicau memberi kicauan amaran serta mendermakan makanan sesama mereka.
Mengikut kaedah siasatan Darwinian yang standard ke atas tindakan altruistik
tersebut, pertamanya akan melihat kepada hubungan timbal balik dan kekerabatan
di antara burung tersebut. Apabila seekor burung kicau memberi makan pada
sahabatnya, adakah ia mengharapkan balasan dikemudian hari? Atau adakah ia
penerima kepada pertolongan kerabat terdekat berdasarkan genetik? Tafsiran
Zahavi adalah sangat tidak dijangkakan dan radikal. Burung kicau yang dominan
akan menunjukkan sifat dominan tersebut melalui menyuap anak buahnya . Kias kepada
contoh yang Zahavi gunakan, seolah-olahnya burung dominan itu berkata, ‘Lihat betapa dominannya aku, aku mampu
untuk memberi kamu makan.’ atau ‘Lihat betapa
dominannya aku, mendedahkan diri aku kepada bahaya helang dengan tinggal di
pepohon tinggi, bertindak sebagai penjaga serta memberi amaran kepada kawanan
lain yang sedang makan di bawah’ Pemerhatian Zahavi dan
rakan sekerjanya mencadangkan burung kicau secara aktif saling bersaing untuk
peranan merbahaya sebagai penjaga. Dan apabila burung kicau bawahan cuba
menawarkan makanan kepada individu dominan, sifat kemurahan hati tersebut
ditolak dengan ganas. Asas kepada idea Zahavi adalah pengiklanan ketuanan
disahkan melalui kosnya. Hanya individu yang lebih superior boleh mengiklankan
melalui pemberian yang berkos tinggi. Para individu membeli kejayaan, sebagai
contoh untuk memikat pasangan, melalui penunjukkan ketuanan, termasuklah sifat
pemurah yang ditunjuk-tunjuk dan mengambil risiko yang tampak pada umum.[1]
________________
1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God): ms
220. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan