Rabu, 23 Februari 2022

4.19 Kelajuan Evolusi Yang Tidak Konsisten Dan Hukum Genetik

 

Kelajuan Evolusi Yang Tidak Konsisten Dan Hukum Genetik

 

“Hampir semua ahli evolusi akan menolak konsep kelajuan tetap, dan Darwin pasti akan menolaknya. Semua orang yang menolak konsep kelajuan tetap adalah mereka yang berpegang kepada konsep kelajuan berubah.

Di dalam konsep kelajuan boleh ubah, kita boleh bezakan dua jenis kepercayaan, yang boleh kita labelkan sebagai aliran (doktrin) ‘kelajuan yang berbeza’ dan aliran ‘kelajuan boleh ubah berterusan’. Sesiapa yang mengikuti pergantungan yang ekstrem pada aliran (doktrin) kelajuan yang berbeza bukan sahaja mempercayai bahawa evolusi itu berubah pada kelajuannya. Dia juga mempercayai kelajuan itu bertukar secara mendadak, seperti kotak gear kereta. Dia juga mungkin akan mempercayai, sebagai contoh, evolusi itu hanya mempunyai dua jenis kelajuan: sangat pantas dan berhenti dari bergerak. Evolusi yang telah berhenti adalah keadaan tidak aktif yang difikirkan oleh ahli tanda baca sebagai dicirikan oleh populasi yang besar. Evolusi gear tertinggi adalah evolusi yang terjadi semasa pen-spesis-an, dalam populasi kecil dan terpencil, di pinggiran populasi yang besar dan statik dari sisi evolusinya. Mengikut pandangan ini, evolusi adalah sentiasa berada antara salah satu gear, tidak pernah berada di tengah-tengah. Eldredge dan Gould cenderung ke arah diskritisme, dan dari sisi ini, mereka sememangnya asli radikal. Mereka boleh digelarkan sebagai pengikut konsep kelajuan berubah yang diskrit. Secara kebetulan, tiada sebab khusus untuk pengikut konsep ini menekankan pen-spesis-an sebagai masa untuk evolusi dalam gear tinggi. Namun secara amalannya, kebanyakan mereka melakukan demikian.

 

____________________

[1] Sumber (Sagan - Reflections on the Evolution of Human Intelligence): ms 136  -. Dr.. Carl Edward SaganDr. (1934), seorang ahli astronomi dan profesor terkenal di Universiti Harvard, 1996. Dan kemudian di Universiti Cornell, dan banyak bukunya telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, termasuk bahasa Arab.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 250

 

         

Pengikut konsep kelajuan boleh ubah berterusanpula mempercayai kadar evolusi itu berbuai secara berterusan dari sangat pantas sehingga sangat perlahan dan seterusnya berhenti, dengan semua perantaraan. Mereka tidak melihat sebarang sebab khusus untuk menekankan suatu kelajuan lebih dari kelajuan yang lain. Khususnya, keadaan kesunyian pada mereka hanyalah keadaan ekstrem untuk evolusi ultra-perlahan. Kepada seorang ahli tanda baca, stasis itu mempunyai sesuatu yang istimewa tentangnya. Keadaan kesunyian padanya, bukan sekadar evolusi yang sangat perlahan sehingga mempunyai kadar sifar: stasis (sunyi) bukan sekadar keadaan pasif dengan kurang evolusi kerana tiada daya penggerak yang cenderung ke arah perubahan. Sebaliknya, stasis mewakili penentangan positif terhadap perubahan evolusi. Ia seolah-olah spesis telah mengambil langkah aktif untuk tidak berevolusi, walaupun wujud daya penggerak yang memilih evolusi.

Lebih ramai ahli biologi yang bersetuju bahawa stasis adalah fenomena sebenar berbanding dengan bilangan yang bersetuju dengan penyebabnya.[1]

 

Kami tidak mahu mengambil tahu berkenaan perincian kepercayaan ahli evolusi, atau perselisihan mereka berkenaan mekanisme evolusi dan tingkah laku spesis-spesis dalam evolusi. Sebaliknya, saya memetik petikan di atas untuk menunjukkan sebuah isu saintifik yang dipersetujui oleh hampir semua ahli biologi evolusinari iaitu kelajuan evolusi itu tidak konsisten. Wujud beberapa peringkat di mana evolusi berlaku pantas, dan ada juga peringkat ia berlaku perlahan. Perubahan kelajuan ini mungkin menunjukkan isu bermasalah untuk para saintis evolusi berkenaan jurang dalam rekod geologi. Ini kerana pergerakan berkelajuan tinggi dalam evolusi (mengikut standard evolusi) dalam tempoh waktu tertentu menjelaskan ketiadaan fosil tradisional yang dijangkakan untuk dijumpai oleh para penyelidik. Dari perspektif geologikal, jangka masa pendek di mana organisme ini hidup dan wujud menjadikan sukar untuk mendapatkan fosil-fosil peralihan dari tempoh waktu tersebut.

Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama, ini menunjukkan kepada kita isyarat yang jelas berkenaan sifat patuh-hukum untuk pelan genetik. Kelajuan yang tidak konsisten ini pastinya ditadbir, sehingga tahap tertentu, oleh mutasi genetik. Ini bermakna, kelajuan mutasi pastinya berubah sepanjang perjalanan evolusi memandangkan ia pantas dan memecut pada waktu tertentu. Kita dapat melihat bahawa waktu-waktu tersebut sepadan dengan tempoh peralihan antara spesis, atau waktu untuk penspesisan. Ini menimbulkan persoalan besar yang mana para penyelidik evolusi masih tidak menemui jawaban yang wajar untuknya.

Penjelasan yang logik adalah kromosom ini ditadbir oleh sebuah hukum yang menentukan kelajuan mutasinya, sekaligus menunjukkan pelan genetik itu patuh-hukum. Inilah sebabnya ia menghasilkan sejumlah besar mutasi pada arah yang khusus dalam suatu tempoh yang spesifik,


________________

[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 328

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 251

 

 

kemudian memberi tekanan pada jalan evolusi pada tempoh tersebut, dan menjadikan ia memecut dan bergerak pada kelajuan tinggi sehingga ia mencapai matlamat spesifik dalam suatu tempoh waktu evolusi. Kita boleh namakan terma matlamat tersebut sebagai “spesis baru”. Selepas itu, kelajuan evolusi kembali menjadi stasis, atau sangat perlahan, dan evolusi juga turut menjadi stasis kerana ia bergantung kepada mutasi, dan tanpa mutasi maka tiadalah evolusi.

Sebagai tambahan, apabila kita mendapati kelajuan evolusi pada suatu bahagian bertambah pada peringkat tertentu, dan pertambahannya bergerak ke arah penambahbaikan, ini bermakna kelajuan mutasi juga bertambah pada peringkat tersebut dan cenderung ke arah penambahbaikan. Ini sangat normal kerana wujud banyak pilihan untuk kepantasan evolusi ke arah penambahbaikan. Jika kita mengambil jalan evolusi untuk otak manusia moden sebagai contoh, kita akan mendapati, ia telah dipecut dengan laju sekali melalui proses evolusi ke arah menjadi lebih besar dalam tempoh beberapa juta tahun. Pembesaran otak ini mewakili sebuah evolusi yang bermanfaat untuk badan. Malah, tanpa ragu, ia adalah hasil penambahbaikan evolusi yang paling penting. Satu-satunya penjelasan logikal untuk pertambahan besar dalam kelajuan mutasi ke arah otak yang lebih besar pada manusia sejak beberapa juta tahun yang lepas adalah mutasi itu patuh-hukum dan bermatlamat. Ia juga perlu bergantung kepada hukum dalaman pelan genetik yang tidak sepenuhnya rambang dan tidak sepenuhnya bergantung kepada penyebab yang rambang, seperti kesilapan dalam replikasi genetik dan pengeboman radiologi dari angkasa.

 

“Salah satu dari perubahan evolusinari yang terpantas, pembesaran tengkorak manusia dari nenek moyang yang menyerupai Australopithecus, dengan isipadu otak sekitar 500 sentimeter padu (cc) kepada isipadu purata otak milik Homo sapiens moden yang berisipadu lebih kurang 1,400 cc. Pertambahan lebih kurang 900 cc, hampir tiga kali ganda dalam saiz otak, telah dicapai dalam tempoh tidak lebih dari tiga juta tahun. Berdasarkan standard evolusi, ini menunjukkan kadar perubahan yang pantas: otak nampaknya telah mengembang seperti belon dan sememangnya, melihat dari sudut tertentu, otak manusia moden sememangnya nampak seperti belon sfera berbanding tengkorak Australopithecus yang tampak lebih landai.”[1]

 

“Untuk lebih pasti, kita boleh mengesan trend perubahan jangka panjang – kaki menjadi lebih panjang secara progresif, tengkorak menjadi lebih bulat dan seterusnya – namun trend

 

________________

[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 290

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 252

 

 

seperti yang kita lihat dalam rekod fosil, adalah lebih tersentak dan tidak lancar.” [1]

 

Ahli paleontologi, Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould, apabila mereka pertama kali mencadangkan teori “punctuated equilibria” (keseimbangan bernombor) pada tahun 1972, telah memberi syor yang sangat berbeza. Mereka menyebutkan, sebenarnya, rekod fosil bukanlah tidak sempurna seperti yang kita sangkakan. Mungkin sahaja “jurang” ini adalah refleksi sebenar berkenaan apa yang terjadi, bukan sekadar akibat yang menjengkelkan dan tidak dapat dielakkan dari rekod fosil yang tidak sempurna. Mungkin, mereka mencadangkan, evolusi memang memecut laju, memecah keadaan stasis yang telah lama terjadi, apabila tiada perubahan evolusi terjadi dalam keturunan tertentu.[2]

 

Selain itu perlu disebutkan di sini, jika mutasi genetik – yang memberikan variasi yang diperlukan untuk evolusi – bergantung kepada kesalahan tanpa niat dalam transkripsi genetik[3] dan mutasi akibat pengeboman radiologikal pada kromosom, serta hal lain yang bersifat rambang dan tidak patuh-hukum, maka adalah tidak logik untuk kesan mutasi genetik untuk terhenti secara total sehinggakan haiwan, atau ikan (seperti Latimeria), terus tetap tanpa berevolusi selama ratusan juta tahun. Ini sememangnya begitu walaupun kita tahu dengan pasti bahawa persekitaran sentiasa berubah, dan perubahan ini kadang-kala sangat ekstrem, contohnya seperti perubahan yang berlaku 65 juta tahun lepas yang menyebabkan kepupusan dinosaur dan majoriti organisme dari muka bumi ini. Kesalahan dalam proses replikasi dan mutasi disebabkan oleh radiasi sepatutnya akan sentiasa bisa terjadi, selain kewujudan berterusan pengeboman radiasi dari angkasa. Maka apa yang menyebabkan pembekuan evolusi pada organisme tersebut ?!

Fenomena yang aneh ini, seperti yang kita lihat dalam kes ikan Latimeria, belangkas

 

_______________________

[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 292

[2] Sumber yang sama.

[3] Sudah pasti terdapat perubahan genetik yang berlaku akibat penyalinan DNA yang diperlukan untuk pembiakan dan pewarisan, dan perubahan ini boleh dikatakan: Ia disengajakan, bermakna peta genetik adalah sah dan kadang-kadang mutasi gen. dikawal oleh hukum dan tidak rambang, dan boleh dikatakan: Ia tidak disengajakan, sebarang hasil yang salah Dalam transkripsi genetik, dan boleh dikatakan bahawa sebahagian daripadanya bermatlaat dan sebahagian daripadanya tidak. Terdapat tiga andaian dan ia tidak mungkin secara saintifik untuk memastikan bahawa semua mutasi yang berlaku semasa transkripsi adalah mutasi rambang akibat daripada ralat penyalinan atau sebagainya.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 253

 

 

dan Nautilus atau alligator snapping turtle, telah dijelaskan oleh punctuationis sebagai hasil dari organisme melawan evolusi. Dawkins, yang mungkin tidak menerima punctuationism”, menjelaskan fenomena ini sebagai hasil dari sekumpulan gen tinggal dengan harmoni antara satu sama lain dan tidak membenarkan gen baru masuk ke dalam kumpulan. Mengambil kira keduanya, ini menunjukkan wujud sesuatu di dalam pelan genetik yang membiarkan evolusi terus dalam keadaan lengai, sama seperti contoh ikan Latimeria. Kita boleh menyebutnya sebagai hukum dalaman pelan genetik yang mentadbir pelan. Hukum inilah yang sentiasa memilih suatu jalan atau jalan yang lain, atau meletakkan evolusi dalam keadaan stasis untuk suatu masa yang lama, yang langsung tidak berselari dengan kadar standard evolusi yang sangat perlahan.[1]

 

Gen secara asasnya merupakan maklumat yang tertulis di dalam bahasa khusus pada kromosom. Kewujudan hukum-hukum yang mentadbirnya, seperti yang diandaikan oleh Professor Dawkins, menunjukkan kewujudan Pencipta Hukum untuk gen-gen ini, serta menunjukkan Dialah yang menurunkan hukum-hukum agar gen-gen tersebut berfungsi. Oleh itu, jika gen-gen ini bergerak pada arah tertentu, mereka boleh berhenti pada titik dan kedudukan khusus, dan jika ia bergerak ke arah yang lain pula, ia tidak lagi berhenti pada titik tersebut. Perkara ini jelas dalam hal mata Nautilis, yang merupakan sebuah lubang terbuka yang mengandungi sel-sel deria. Ini menunjukkan ia telah membangunkan mata tanpa kanta, sementara saudaranya yang lain, seperti sotong, mempunyai mata berkanta yang canggih.

 

                                                                         

________________

[1] Dengan evolusi yang berkelajuan rendah, haiwan yang bersaiz seperti tikus tidak memerlukan lebih dari 60,000 tahun untuk mempunyai saiz seperti gajah. Walaupun  realitinya, ia memerlukan puluhan juta tahun untuk menjadi sedemikian. Ini bermakna kelajuan evolusi itu adalah samada sangat perlahan dengan kelajuan yang sama atau wujud tempoh stasis yang dilalui oleh evolusi dari semasa ke semasa. Teori-teori telah dicadangkan untuk menjelaskan perkara ini, samada melalui variasi dan kelajuan, atau melalui stasis dan pergerakan dalam evolusi: Stebbins mengirakan bahawa pada kadar perlahan evolusi, 12,000 generasi diperlukan untuk untuk haiwan berevolusi dari berat purata 40 gram seperti seekor tikus untuk menjadi berat 6,000,000 gram (saiz seekor gajah). Dengan menganggarkan tempoh 5 tahun untuk satu generasi, iaitu tempoh yang lebih panjang dari umur tikus dan kurang dari umur gajah, 12,000 generasi akan mengambil masa kurang lebih 60,000 tahun. Dan 60,000 tahun adalah terlalu pendek untuk diukur oleh kaedah pentarikhan geologikal yang biasa untuk rekod fosil. Seperti yang disebutkan oleh Stebbins, Asal usul haiwan baru dalam tempoh 100,000 tahun atau kurang adalah dianggap oleh paleontologis sebagai ‘’mendadak dan segera.” Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 242

 


 

 


Rajah 13: menunjukkan peringkat-peringkat evolusi dan julat kompleksiti struktur mata dengan menyemak imej anatomi mata sotong, nautilus, dan lain-lain

 

Sumber [1]: Encyclopædia Britannica

_____________________

1. Tersedia di http://www.britannica.com/bps/media-view/74661/0/0/0

 

 

 


 Rajah 14: menunjukkan perbandingan antara mata beberapa organisma, yang progresif dalam evolusi dan kompleksiti

 

Sumber [1] Reece dan al., biologi Campbell: konsep & perkaitan

____________________

1. Sumber:

Reece J, Taylor M, Simon E dan Dickey J. 2009. Campbell biology: concepts & connections.

Pearson ed. edisi ke-6. Bab 15:12. Boleh didapati di:

http://wps.pearsoncustom.com/wps/media/objects/5697/5834441/ebook/htm/chp15_12.htm

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: