Isnin, 28 Februari 2022

5.16 Kesimpulan: Sifat Penting Diri Gen Menghalang Altruisme Sejati

 5.16 Kesimpulan: Sifat Penting Diri Gen Menghalang Altruisme Sejati

 

Bicara Mengenai: Sifat Penting Diri Gen Menghalang Altruisme Sejati

 

Gen-gen itu bersifat mementingkan diri, namun ini bukanlah bermakna badan bertingkah laku mementingkan diri sepenuhnya. Maksud sebenar gen bersifat mementingkan diri adalah badan tidak boleh bertingkah laku altruistik dan menentang sifat penting diri gen. Oleh kerana gen itu mementingkan diri, mereka bersikap berhati-hati untuk membentuk badan yang menjamin keberterusan hidup mereka dan mewariskan gen tersebut merentasi generasi. Atas sebab ini, hukum gen penting-diri meme yang menentangnya, iaitu meme altruisme, yang mahu memusnahkan gen ini untuk berkembang di dalam alam semulajadi. Kewujudan pemilihan semulajadi menjadikan ianya mustahil untuk mereka terlepas, kerana takdir mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai meme ini adalah untuk musnah dan menghilang. Akibatnya, ini bermakna hilangnya sifat altruistik sejati ini dan mustahil untuk ia wujud di dalam alam semulajadi.

Sebagai tambahan, oleh kerana matlamat asas gen adalah keberterusan hidup,  pastilah ia mempunyai gen yang menentang altruisme sejati jika ia muncul di dalam sesuatu spesis. Jika tidak, mereka tidak akan mementingkan diri dan tidak mempedulikan berkenaan keberterusan hidup dan perwarisan gen merentasi generasi seperti yang telah disebutkan sebelumnya. Malah hakikatnya sifat penting diri jasad kita adalah jelas dan terbukti direka untuk menentang altruisme sejati. Kita tidak mempunyai altruisme sejati sebagai suatu sifat asli yang terbina kukuh di dalam badan kita. Sebaliknya, sifat asli yang terbina kukuh dalam badan dan otak kita adalah sifat penting diri. Atas sebab ini, altruisme sejati memerlukan revolusi sejati terhadap badan agar ia dapat mempunyai kewujudan yang signifikan di kalangan kita, seperti yang terjadi hari ini. Samada kita 

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 306

 

 

sebagai individu mengamalkan altruisme sejati atau tidak, majoriti besar dari kalangan kita bersetuju bahawa ia adalah matlamat mulia dan sifat yang inginkan. Keinginan ini bukanlah lahir hari ini, namun sebenarnya ia telah direkodkan sejak zaman awal perekodan manusia, iaitu sejak zaman bangsa Sumer. Ini bermakna revolusi sejati ke atas badan dan sifat penting diri badan telah bermula ribuan tahun yang lepas, dan revolusi ini tidak boleh dijelaskan secara saintifik pada tahap jasad semata-mata, malah ia mustahil seperti yang telah saya sebutkan sebelumnya. Atas sebab ini, kita perlu membawa masuk jiwa dan roh ke dalam persamaan demi untuk menyelesaikan dilema ini. Sesiapa yang mahu menolak hipotesis roh kerana dia membenci agama masih wajib untuk memberi hipotesis yang lain. Maka biarlah dia berhipotesis berkenaan totem atau meme yang tidak diketahui asal usulnya, atau apa sahaja yang dia inginkan. Bagaimanapun pada akhirnya, ia adalah hipotesis yang tidak mempunyai kena mengena dengan badan atau biologi, malah akal sekalipun.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: