Ahad, 27 Februari 2022

5.15 Membincangkan Hujah Dawkins

 

5.15.1 Mangsa Cuckoo


 

Burung cuckoo adalah burung parasit yang tidak mengeramkan telurnya mahupun memberi makan kepada anak-anaknya . Sebaliknya, ia bertelur di dalam sarang burung yang lain, yang merupakan strategi untuk menyebarkan gennya . Ia boleh menyebarkan gennya dengan secara berterusan meletakkan telur-telurnya di dalam sarang burung yang lain tanpa membuang masa membesarkan anaknya. Oleh kerana burung yang menjadi mangsa cuckoo akan terdedah kepada kepupusan, sebarang mutasi genetik yang membolehkan mereka mengenal pasti dan membuang telur burung cuckcoo akan terbina di dalam kolam gen . Burung yang membawa gen ini akan dapat membiak dan mewariskan gen mereka kepada generasi seterusnya, sementara yang tidak, akan pupus . Burung cuckoo juga memberi respon yang sama dan mengevolusikan telur mereka . Atas sebab itu, telur anak burung cuckoo telah berevolusi dengan masa . Telur tersebut menyamai warna dan corak telur burung mangsa agar hos tidak mampu mengenalpasti telur asing tersebut dan membuangnya dari sarang, dan telur itu juga selalunya menetas dalam masa yang singkat berbanding telur burung hos. Malah, anak burung cuckoo mempunyai sebuah bahagian di belakangnya, maka sebaik sahaja anak burung cuckoo ini menetas, malah sebelum ia membuka matanya, ia akan meletakkan apa sahaja yang berada di dalam sarang tersebut, samada telur atau anak burung, di bahagian belakang tersebut dan menolaknya keluar dari sarang . Akhirnya, ia boleh mengambil makanan yang dibawa oleh burung mangsa, hos sarang tersebut untuk dirinya sendiri.

Apa yang dilakukan oleh burung cuckoo adalah sebuah aksi penipuan, dibina oleh gen. Sifat altruisme burung mangsa terhadap anak burung cuckoo adalah kerana tertipu dengan aksi penipuan tersebut dengan menukar bentuk dan saiz telur lalu meletakkannya ke dalam sarang mangsa . Mangsa kemudiannya memberi makan kepada anak burung tersebut seolah-olah anaknya sendiri . Dengan memberi makan anak burung yang lain, ia adalah mangsa kepada sebuah penipuan, bukannya dermawan sehingga boleh kita kategorikan ia sebagai sifat altruisme. Insiden ini tidak akan menjadi asas kepada perubahan bagi burung ini, sehingga kita menjangkakan burung mangsa ini akan mula mencari sarang burung lain dan memberi makan kepada anak burung yang lain.

Berkenaan dengan ia sebagai sebuah kesilapan bagi hukum yang dibina oleh gen, perlu diambil maklum bahawa wujud proses semak yang berterusan dan pembetulan oleh mangsa . Pertempuran genetik antara burung cuckoo dan mangsanya masih berterusan dan belum selesai. Bagaimana Dawkins dapat melihat hukum ini terlepas matlamatnya sekali kerana penipuan dan kelicikan cuckoo - dan tidak melihat kepada langkah pembetulan yang diambil oleh burung mangsa, dengan kata lain, gen melawan kuat terhadap kesilapan ini dalam memukul sasaran?

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 299

 

 

Malahan, masalah kesilapan pada hukum juga merupakan suatu perkara yang relatif. Di dalam contoh anak burung cuckoo, mangsa mempunyai cara untuk mengenalpasti telur memandangkan ia mempunyai sifat tertentu. Ia mengenal anak burung yang diberi makan sebagai kepunyaannya kerana mereka berada di sarangnya, dan mungkin bertingkah laku seperti anak-anaknya yang lain . Bagaimanapun, sesetengah mangsa telah berjaya mengenalpasti anak burung cuckoo, dan inilah sebabnya, lama kelamaan, gen telah mengevolusikan pergerakan dan bunyi agar lebih menyamai anak burung mangsa. Hasilnya, hukum yang dibina oleh gen burung mangsa untuk mengenalpasti anak-anaknya dan menjaga mereka telah membolehkan cuckoo untuk menipu burung mangsa tersebut. Jika gen telah membina sebuah kaedah identifikasi yang sukar untuk ditipu, atau apa yang berlaku bukanlah suatu proses yang melanggar hukum, maka kita tidak boleh menyebutnya sebagai kesilapan pada hukum. Samalah juga halnya dalam kes altruisme asli tanpa kepentingan dalam manusia. Kita mengenali kaum kerabat kita, bukan kerana mereka berada dekat dengan kawasan kita, sebaliknya kerana kita mengenali bentuk dan sifat mereka dengan tepat, lalu membolehkan kita mengecam mereka dari jutaan manusia lain. Ini membuatkan idea yang dipersembahkan oleh Dawkins (kesilapan hukum apabila individu asing yang tidak berkaitan dengan kita berada berhampiran, maka sifat altruisme diarahkan kepada individu asing tersebut) adalah tidak dapat diterima, idea tidak logik yang tidak dapat diterima akal.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: