Skriptur Agama Yang
Sahih[1] Tidak Bercanggahan Dengan Teori Evolusi
Teori evolusi adalah teori saintifik yang
didukung oleh banyak bukti-bukti saintifik, termasuklah bukti genetik yang
tidak akan ditolak oleh mana-mana orang rasional yang memahami ilmu
tersebut. Hasilnya, tiada lagi ruang perdebatan berkenaan kesahihan teori
evolusi, malah ia hanya didebatkan oleh mereka yang tidak memahami teori evolusi.
Malangnya, orang-orang seperti ini ramai
sekali bilangannya. Saya percaya Dawkins, seperti yang beliau sendiri sebutkan,[2]
dan ahli biologi evolusi yang lain, merasa senang apabila agamawan berkeras
mengatakan teori evolusi itu tidak bersesuaian dengan agama. Ini kerana,
sebagai ahli biologi evolusi, mereka sebenarnya sangat mampu untuk membuktikan
kesahihan teori ini tanpa sebarang keraguan. Oleh itu, apabila seseorang
mengatakan agama dan evolusi bercanggahan antara satu sama lain, ini bermakna
wujud kecacatan di dalam agama, kerana agamawan mengakui dan berkeras bahawa
agama menyanggahi teori ini yang sudah terbukti sahih dengan pembuktian
saintifik.
Malah, tiada siapa boleh mendakwa sebuah
skriptur agama yang bersifat syubhah dan tidak sahih sebagai bercanggahan
_______________________
[1] Kata-kata kita sentiasa dalam nash agama
yang teguh. Teks-teks riwayat yang bercanggah dengan fakta saintifik samada
terbuka kepada tafsiran dan kemudian ditafsir mengikut apa yang sesuai dengan
fakta saintifik, atau ia tidak sahih.
[2] Kata Dr. Dawkins: (Saya suka idea bahawa
orang mengajar di gereja bahawa evolusi tidak sesuai dengan agama kerana kita
pasti dapat membuktikan bahawa evolusi adalah nyata.)
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 157
dengan teori evolusi serta menganggap
dalil-dalil tersebut sebagai bukti kebatilannya. Ini adalah kejahilan yang
mutlak. Sesiapa yang berhasrat untuk membatalkan teori evolusi secara saintifik
haruslah memberikan bukti-bukti saintifik yang membatalkannya.
Mereka juga perlu memberi jawaban balas kepada
sejumlah besar bukti yang mendukung teori evolusi. Di samping itu, sesiapa yang
berhasrat membuktikan teori evolusi bercanggahan skriptur agama perlu
memberikan teks agama yang sahih, bukan teks yang masih terbuka kepada
penafsiran untuk menyanggah teori evolusi. Namun sudah tentu, mereka harus
membuktikan teori ini tidak sahih dari sisi sains terlebih dahulu, kemudian
mempersembahkan teori saintifik alternatif dan bukti yang mendukungnya.
Pastinya, ini tidak mungkin boleh dilakukan, kerana evolusi adalah fakta
saintifik yang sudah diterima, dan mereka yang menafikannya adalah orang yang
degil dan jahil semata-mata.
Sebab kedegilan mereka, selain dari kejahilan,
adalah mungkin kerana campur tangan berganda idiologi ateisme dan agama ke
dalam urusan saintifik. Ateis membayangkan bahawa membuktikan evolusi sebagai
membuktikan ideologi mereka, sementara para pengikut agama membayangkan
pembuktian evolusi sebagai membatalkan ideologi mereka.
Idea-idea luar biasa ini tidak benar sama
sekali. Kami telah membuktikan dan akan terus membuktikan bahawa evolusi adalah
bukti untuk agama dan kewujudan Tuhan. Hakikatnya, idea bahawa ateisme dan
evolusi tidak dapat dipisahkan adalah tidak tepat dan khayalan (waham) semata-mata,
maka harus ditinggalkan. Walaupun setiap bahagian teori evolusi dan abiogenesis
itu adalah benar, ia masih tidak bercanggahan dengan skriptur agama.
Mari kita andaikan senario bahawa asid amino
telah terbentuk melalui peraturan alami yang terpakai untuk tempoh masa
tertentu bumi, dan telah terkumpul dengan cara yang betul untuk membentuk
replikator / pengganda atau sebuah pelan genetik, kemudian mengambil langkah
yang tepat untuk membentuk sel berkembang sendiri yang pertama, dan selepas itu,
proses evolusi genetik, mutasi genetik dan pemilihan / seleksi telah terjadi
selama berbilion tahun sehingga bumi mencapai peringkat kewujudan makhluk yang
mempunyai jasad manusia. Penerangan seperti ini berkenaan kewujudan manusia
masih tidak bercanggah dengan skriptur agama dengan cara yang tidak dapat
disesuaikan dengan biologi serta apa yang ia ajarkan tentang kemunculan dan
evolusi kehidupan di bumi seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini.
Entiti yang diciptakan dari tanah yang
diangkat di Langit Pertama adalah jiwa Adam, seperti yang dijelaskan oleh teks agama.
Maka tiada masalah dengan sebuah jasad khusus yang berevolusi secara
beransur-ansur di bumi dan jiwa yang disambungkan dengan jasad tersebut.
Begitu juga dalam kes sel yang muncul dari
benda bukan hidup, ia tidak mempunyai sebarang konflik dengan skriptur agama.
Penciptaan sel ini bukanlah proses penciptaan dari ketiadaan, melainkan ia
adalah sebuah proses sintesis dari jirim, daya dan tenaga yang telah dicipta
oleh rantaian penyebab lalu kembali kepada penyebab yang asal, iaitu Tuhan.
Perkara ini akan dijelaskan lagi apabila kita membincangkan tentang Teori Big
Bang.
Sebagai tambahan, pelan genetik adalah
bersifat mengikut suatu perundangan (tersusun) dan oleh itu ia memberi isyarat
kewujudan sang pencipta perundangan (penyusun). Bukan sahaja ia tidak
bercanggahan dengan teks agama, malah ia sebenarnya membuktikan kewujudan
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 158
Tuhan. Saya akan jelaskan perkara ini dengan
lebih terperinci. InsyaAllah.
Kesimpulannya, skriptur agama semata-mata
tidak mempunyai sebarang konflik dengan teori-teori abiogenesis dan evolusi.
Oleh itu agama tidak boleh dinafikan atas alasan Tuhan dan agama menerangkan
kewujudan manusia dalam cara yang bercanggahan dengan biologi, rekod fosil serta
analisis genetik dan Fosil. Kami telah menerangkan dengan jelas bahawa konflik
ini tidak wujud sama sekali.
Apa yang pasti, kita boleh menyebutkan bahawa
sains bercanggahan dengan pendapat mereka yang mentafsir skriptur agama,
termasuklah Sunni dan Syiah, Kristian dan Yahudi. Penghujahan ateis harus
ditujukan kepada mereka, bukan kepada agama Tuhan secara umumnya ataupun
skriptur agama yang sahih. Merekalah yang harus menerima akibat atas pendapat
mereka sendiri. Golongan skeptik dan ateis tidak boleh memaksakan pendapat para
agamawan tersebut ke atas agama Tuhan atau skriptur agama. Ini adalah
pembohongan yang besar dan penipuan yang dilakukan oleh ateis atau mereka yang
skeptikal terhadap kewujudan Tuhan ke atas diri mereka sendiri, iaitu agama Tuhan
dan skriptur agama adalah sama dengan pendapat para agamawan tersebut. Jika
para ateis ingin terus hidup dalam pembohongan ini, dan terus menipu diri
mereka sendiri dengan khayalan kemenangan ateisme ke atas agama, maka itu
adalah urusan mereka. Bagaimanapun saya percaya, dengan cara mereka, tidak ada
bezanya dengan penipuan orang-orang agama yang dikritik oleh mereka.
Teks-teks agama bukan sahaja tidak bercanggah
dengan biologi dan sains moden, malah ia juga menyebutkan kewujudan hidupan
yang mempunyai kesedaran di muka bumi, sesetengah darinya kita kenali hari ini
melalui fosil-fosil hominin seperti beberapa spesis Homo erectus dan Homo
sapiens, serta Neanderthal. Skriptur ini telah menyatakan kewujudan hominin
sebelum manusia dan sesetengah dari mereka adalah makhluk yang rasional dan
mempunyai kesedaran namun kurang dari manusia.
Dari Muhammad bin Ali Al-Baqir (as) bersabda:
“Sejak penciptaan bumi, Tuhan telah mencipta tujuh keserupaan manusia yang
bukan dari keturunan Adam. Dia menciptakan mereka dari tanah bumi dan
menjadikan mereka tinggal di atasnya, saling bersilih ganti, setiap masa dengan
kalangan masing-masing. Setelah itu, Tuhan telah menciptakan bapa umat manusia
ini, dan menciptakan keturunannya darinya.”[1]
Riwayat agama ini dan riwayat yang lain
menunjukkan bahawa hidupan yang mempunyai kesedaran dan kecerdikan telah
berevolusi di bumi. Dalam riwayat ini, telah ditunjukkan bahawa wujud tujuh generasi
keserupaan manusia yang punya kesedaran dan kecerdikan. Jiwa mereka berlainan
dengan jiwa Adam, dan bukan juga dari keturunan Adam. Mereka mendahului Adam
________________________
[1] Sumber (Al-Shaduq - Al-Khishal): ms 359,
dan begitu juga dalam (Al-‘Iyasyi - Tafsir Al-‘Iyasyi) Jilid 2, Halaman 238
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 159
(as) di bumi ini.
Dari Abi Ja’far Muhammad bin Ali bin
Al-Hussein, dari bapanya, dari bapa-bapanya (as) dari Amir Al-Mukminin, Ali (as)
bersabda: “Tuhan mahu menciptakan makhluk dengan tanganNya 7,000 tahun setelah
Jin dan Nisnas wujud di bumi. Dia mahu mencipta Adam….. Aku mahu mencipta suatu
makhluk dengan tanganKu, dan aku mahu menjadikan dari keturunannya para Nabi,
Rasul, Hamba Soleh dan Pemimpin yang diberi petunjuk, serta menjadikan mereka
semua khalifah di kalangan makhlukKu di bumi, yang melarang para makhluk
mengingkariKu, memberi amaran akan hukumanKu, menunjukkan ke arah ketaatan
padaKu dan menunjukkan jalan kepadaKu. Akan Ku jadikan mereka HujjahKu ke atas
yang lain, dan Aku akan hapuskan Nisnas dari muka bumi.” [1]
Riwayat agama ini jelas menunjukkan kewujudan
hominin di bumi sebelum Adam (as). Jelas juga kepada kita, tujuh ribu tahun
yang disebutkan di atas bukanlah unit ukuran yang biasa kepada kita hari
ini. Kita boleh membayangkan beberapa unit ukuran masa yang berbeza kerana ia
diukur dalam dimensi lain di luar alam semesta tempat kita hidup ini.
________________________
[1] Sumber (Al-Qumi 1983 Jilid 1, Halaman 36)
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan