Jumaat, 18 Februari 2022

4.07 Membahaskan Konsep Sebab dan Akibat Berdasarkan Hidupan Di Muka Bumi ini

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 201

 

 

Membahaskan Konsep Sebab dan Akibat Berdasarkan Hidupan Di Muka Bumi ini

 

Tidak diragukan lagi, wujud suatu hukum fizikal sejagat yang dominan di bumi. Oleh itu, ini juga boleh digunakan sebagai suatu bukti, mengenangkan kewujudan hukum ini adalah penyebab kepada terjadinya kemakmuran yang produktif ini, sementara alam semulajadi, yang melaksanakan proses pemilihan, hanyalah suatu hasil dari hukum-hukum ini. Alam semulajadi dibina di atas hukum-hukum yang ketat dan berkod, maka tidak boleh untuk kita mengatakan alam semulajadi ini bersifat rambang (rawak-liar), atau ia bersifat tidak mengikut hukum. Hasilnya, pemilihan alam semulajadi ke atas makhluk yang paling kuat adalah bersifat menuruti suatu hukum atau berdasarkan beberapa hukum. Sekurang-kurangnya, selagi wujud hukum fizikal yang jelas kepada kita pada peringkat atomik dan subatomik yang mana hidupan bergantung kepadanya (sejak hukum ini membentuk kehidupan di muka bumi), maka pastilah wujud sang pembuat hukum, dan inilah yang kami ingin buktikan.

Apa yang kami sebutkan di sini adalah memadai, kerana perkara ini jelas, dan kita boleh berpindah membincangkan perkara yang lain, khususnya, tiga isu lain yang berkaitan dengan kehidupan di muka bumi:

 

1. Pelan Genetik

2. Hukum evolusi dan perkembangan melalui pemilihan semulajadi.

3. Matlamat evolusi dan perkembangan melalui pemilihan semulajadi.

 

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: