Bab 3.5 Adakah Manusia Berasal Dari Beruk?
Kita adalah orang-orang langit, asal kita
adalah dari langit, dan kita semua diciptakan di langit pertama di mana kita
menghadapi ujian pertama kita, ujian di Alam Al-Zharr yang disebutkan di dalam
Quran. Oleh itu, hakikat diri kita yang sebenar adalah kita berasal dari jasad
rohani, bukan sekadar jasad berunsur bumi. Bapa kita, Adam - salam atasnya,
telah dicipta dari tanah lembab yang diangkat ke langit pertama, dan diletakkan
di pintu gerbang syurga.
Abu Abdullah Al-Sadiq (as) bersabda, “Malaikat
kerap melewati Adam ketika beliau dalam bentuk tanah lembab terbaring di
syurga, dan mereka akan berkata, ‘Untuk urusan apa kamu diciptakan?’’[1]
Kemudian ruh ditiupkan kepada tanah yang
diangkat ini dan Adam pun tercipta. Hawa diciptakan dari beliau. Adam dan Hawa
tinggal di syurga duniawi iaitu di Langit Pertama.
﴿وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا
مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا
مِنَ الظَّالِمِينَ﴾
(Dan kami
berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini; maka akan menjadilah kamu dari golongan
orang-orang yang zalim) [2]
﴿فَقُلْنَا يَا آدَمُ إنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلزَوْجكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا منَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى﴾
(Maka, Kami
berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi
isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga,
kerana dengan yang demikian engkau akan menderita.) [3]
Maka Tuhan telah menciptakan kita, anak-anak
Adam di langit pertama, Alam Zharr, dan Dia menguji kita dengan ujian pertama:
﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن
ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ
بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا
بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ
الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ﴾
(Dan dari belakang
mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri:
"Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar, kami
menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat
kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai.) [4]
Kewujudan duniawi kita adalah sebuah kewujudan
yang asing dan sementara, tidak kekal dan abadi. Kita tidak akan kembali ke
dunia yang sama selepas kita mati, selagi kita memilih kemanusiaan, dan menolak
jasad haiwani duniawi yang disambungkan kepada kita untuk menjalani ujian yang
Allah Yang Maha Suci tetapkan pada kita. Jika ini adalah halnya, maka bagaimana
manusia samawi boleh dinisbahkan kepada sifat haiwani bumi yang bersambung
dengan ruhnya untuk menjalani ujian kedua?
Oleh itu, isu berkenaan asal usul jasad kita
dan evolusinya dari makhluk yang lain tidak mengubah hakikat bahawa asal usul
kita adalah dari langit. Apatah lagi, menisbahkan evolusi jasad manusia kepada
mawas moden adalah tidak tepat, dan sesiapa yang menyebutkan sedemikian telah
salah. Jika jasad manusia berevolusi seperti makhluk
_____________________
[1] Sumber (Al Rawandi - Kisah Para Nabi): ms 41
[2] Al-Qur’an Al-Karim - Surah Al-Baqarah - Ayat: 35
[3] Al-Qur’an Al-Karim - Surah ThaHa - Ayat: 117
[4] Al-Qur’an Al-Karim - Surah Al-A’raf Ayat:
172
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 139
hidup yang lain, maka asal usulnya hanya boleh
dinisbahkan kepada benih pertama, seperti firman Allah:
﴿وَاللَّهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ
نَبَاتًا﴾
[Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi,
dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna.] Jasad manusia berevolusi
dari organisme yang lain, maka adalah tidak betul untuk menisbahkan asal
usulnya kepada mana-mana peringkat pertengahan dalam perjalanan evolusinya.
Sememangnya, jasad manusia boleh dinisbahkan
kepada peringkat terakhir sebelum perubahannya kepada manusia sempurna. Dari
segi fizikal, tiada perbezaan antara peringkat tersebut dengan kita. Bentuknya
sama seperti bentuk manusia sempurna.
Oleh itu, diperingkat Homo Sapiens, mereka
telah memiliki jasad sempurna dan bentuk manusia. Malah, Homo Erectus yang
muncul dua juta tahun yang lepas kelihatan hampir serupa dengan kita. Begitu
juga dengan Ardipithecus (Ardi) yang wujud 4.4 juta tahun yang lepas berjalan
dengan dua kaki dan mempunyai gigi taring seperti kita. Secara saintifiknya,
manusia berevolusi dari Ardi, kerana menurut ahli biologi, kita adalah
satu-satunya mamalia yang berjalan tegak dengan dua kaki, maka oleh itu, Ardi
adalah nenek moyang kita. Jika isunya adalah seperti ini, tidak bolehlah
dikatakan jasad manusia berevolusi dari mawas yang wujud di hari ini. Kenyataan
tersebut batil dan tidak selari dengan teori evolusi. Mengapa hanya menghadkan
kenyataan tersebut kepada mawas? Jika isunya adalah menisbahkan manusia kepada
peringkat pertengahan evolusi, mengapa tidak disebutkan manusia berevolusi dari
ikan memandangkan ia adalah satu daripada peringkat pertengahan evolusi? Kenapa
tidak disebutkan manusia berevolusi dari Homo erectus, yang juga merupakan satu
peringkat evolusi manusia, malah lebih dekat dengan sifat manusia berbanding
mawas?
Mengapa mengkhususkan kepada mawas? Adakah
penggunaan mawas adalah satu percubaan untuk menyerang dan memburukkan?! Adakah
ia adalah satu percubaan untuk menjauhkan manusia dari sains dan ilmu serta
mengekalkan mereka dalam kejahilan selama yang boleh? Walaubagaimanapun, kajian
saintifik terhadap evolusi hari ini menafikan manusia berevolusi dari
chimpanzi. Sebaliknya, ia menetapkan bahawa manusia dan mawas besar yang lain
mempunyai asal usul yang sama.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan