Menghasilkan Mesin
Survival Yang Ideal: Mesin Kecerdikan
Semasa proses evolusi:
Terdapat mutasi genetik yang sepatutnya
menyediakan pelbagai kemungkinan, apabila diberikan masa yang mencukupi.
Terdapat pemilihan yang membenarkan kelangsungan
hidup bagi yang terkuat dan terbaik.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 218
Jika kita kembali kepada masa lalu sebelum
wujud sebarang mekanisme yang berurusan dengan cahaya atau bunyi, frekuensi
elektromagnetik atau bau-bauan kimia - dengan kata lain, kita sedang berbicara
tentang hidupan pada peringkat samada bakteria atau organisme eukaryotik yang
tidak mempunyai sel-sel deria yang berperanan untuk merasai persekitarannya –
dan kemudiannya kita menerapkan apa yang berlaku dalam evolusi kepada kehidupan
primitif ini, yang hanya wujud pada satu hari di masa lampau di bumi ini, kita
pasti akan mengatakan bahawa mutasi pasti akan menyediakan mekanisme deria
samada cepat atau lambat, tanpa mengira samada ia adalah mekanisme yang merasai
cahaya atau sesuatu yang lain dalam persekitaran organisme tersebut. Organisme
yang mempunyai mekanisme ini, samada sel mengesan cahaya atau atau sel yang
mengesan gelombang elektromagnetik (atau deria yang lain) akan mempunyai
kelebihan dari organisme yang lain, kerana mekanisme ini memberikan kebolehan
yang lebih baik untuk mendapatkan makanan dan melarikan diri dari musuh. Atas
sebab ini, evolusi pasti akan memenangkan mutasi seperti ini, kerana organisme
itu akan lebih berjaya mewariskan gen kepada generasi seterusnya. Jika ia
bermula dengan sel yang mengesan cahaya sebagai contoh, maka akan dijangkakan sepenuhnya
- menurut hukum - bahawa semua mutasi yang membawa kepada pertambahan efisiensi
akan ditambah kepada sel. Maka adalah normal untuk terciptanya mata di akhir
proses ini. Malah, adalah normal juga untuk mencapai mata seperti helang, yang
mampu melihat dengan jelas semasa menyerang mangsanya pada kelajuan tinggi.
Adalah normal juga untuk menjangkakan mekanisme pendengaran yang efisien untuk
dicapai, seperti sonar pada kelawar dan ikan lumba-lumba yang dianggap lebih
hebat mekanisme pendengarannya.
Secara umumnya, apa yang kami ingin
perjelaskan adalah menghasilkan dan mengevolusikan deria adalah tidak dapat
dielakkan dalam perjalanan evolusi, memandangkan mutasi pasti akan memberikan
mekanisme pengesanan sekitar, dan proses pemilihan pasti akan memenangkan
mutasi itu. Jika deria-deria itu wujud di muka bumi, walaupun sebagai
sekumpulan sel mengesan cahaya dan elektrik yang primitif, maka mekanisme lain
yang mengikat mereka bersama, dan menyusun atur kerja mereka dengan bahagian
lain organisme tersebut, sehingga membuatkan organisme tersebut memperolehi
manfaat darinya, dalam bentuk apa sekalipun, pastinya akan dimenangkan oleh
evolusi. Hakikatnya, mekanisme ini adalah mesin kecerdikan, atau dalam bahasa
yang lebih mudah untuk kita, boleh disebutkan sebagai asas atau asal-usul mesin
kecerdikan. Oleh kerana mesin kecerdikan adalah mesin kelangsungan hidup yang
ideal, ia pastinya akan berevolusi menjadi mesin kecerdikan yang lebih baik.
Sekarang kita boleh menyimpulkan pengenalan
ini - agar kami boleh memperkenalkan fasa seterusnya di mana sifat ideal mesin
kecerdikan akan nampak lebih jelas - dengan mengatakan mesin kecerdikan adalah
mesin kelangsungan hidup yang ideal. Ini kerana, kecerdikan sebagai mekanisme kelangsungan
hidup, jika tersedia, akan memenangi mekanisme kelangsungan hidup yang lain
seperti kekuatan dan persenjataan (taring dan cakar) dan lain-lain. Bukti yang
terbaik ada di hadapan kita, iaitu penguasaan kita dengan peratusan besar di planet
bumi ini, kerana kita mempunyai mesin kecerdikan yang terbaik, jika
dibandingkan dengan organisme lain yang bersaing.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 219
Mutasi genetik pasti akan menyediakan mutasi
untuk mesin kecerdikan. Ia adalah mesin kelangsungan hidup yang paling ideal,
ia pasti akan dipilihkan dalam pemilihan semulajadi, sementara evolusinya pasti
akan berterusan sehingga ia menjadi mesin kecerdikan yang lebih baik, dengan
syarat keadaan yang sesuai untuk evolusi ke arah yang lebih baik ini tersedia,
contohnya seperti berjalan tegak. Sebagai tambahan, semua keadaan ini tertakluk
kepada evolusi, jadi lambat-laun, ia pasti akan tersedia. Oleh itu, kita boleh
katakan evolusi sentiasa bertujuan untuk akhirnya menghasilkan sebuah mesin
kecerdikan yang hebat.
Evolusi tidak akan berhenti memajukan mesin
kecerdikan yang lebih baik, sehingga mesin ini dan hasilnya mencapai suatu
tahap yang menghentikan proses evolusi itu sendiri, seperti yang berlaku pada
manusia hari ini. Kita telah hampir menghentikan proses evolusi,
sekurang-kurangnya yang berkaitan diri kita. Salah satu sebab yang paling utama
mengapa spesis kita telah berhenti berevolusi adalah mesin kecerdikan terbaik
yang kita miliki, yang telah memberikan kita keupayaan agar kebanyakan individu
dari spesis kita dapat terus hidup dan membiak. Hasilnya, hukum pemilihan
semulajadi tidak lagi menguasai kita sehingga menyebabkan kelangsungan proses
evolusi dan tidak lagi menyebabkan mesin kecerdikan yang kita miliki terus
berevolusi. Sesungguhnya ada satu cara untuk kita meng-evolusi-kan mesin
kecerdikan kita, iaitu melalui mutasi genetik buatan. Dengan kata lain, kita
boleh melakukan perkara ini dengan menukar susun atur genetik untuk
menghasilkan manusia dengan otak yang lebih pintar, sebagai contoh.
Berdasarkan apa yang telah kami sebutkan
sebelumnya, kita boleh mengatakan bahawa evolusi akhirnya pasti akan
menghasilkan mesin kecerdikan sebagai matlamat pertengahan. Sebaik sahaja mesin
kecerdikan itu wujud, ia pasti akan mengambil jalan melalui evolusi untuk
mencapai mesin kecerdikan superior, samada lambat atau cepat, kerana ia adalah
mesin survival yang ideal, perkembangannya diingini, dengan syarat keadaannya
bersesuaian untuk perkembangannya.
Oleh itu, matlamat evolusi adalah untuk
menghasilkan mesin kecerdikan terbaik, sebaik sahaja keadaan untuk
penghasilannya menjadi tersedia. Sebagai contoh, di dalam kes kita, keadaan
yang sesuai itu mungkin termasuk kebolehan untuk berdiri di atas dua kaki atau
mempunyai pelvis yang luas pada wanita, yang mana kedua-duanya perlu tersedia
melalui mutasi genetik, samada lambat atau cepat dalam perjalanan evolusi.
Secara umumnya, evolusi mesin kecerdikan
(otak) kepada suatu mesin kecerdikan superior pada manusia adalah disebabkan
oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, selama mana evolusi wujud. Oleh
itu, tanpa mengira bagaimana isu ini ditanggapi, kesimpulannya, matlamat
evolusi adalah untuk mencapai mesin kecerdikan superior pada akhirnya.
Faktor-faktornya termasuk perkara berikut:
- Kewujudan mutasi genetik ke arah yang lebih
baik. Berdasarkan apa yang kita ketahui sekarang, kita boleh katakan bahawa
walaupun mutasi genetik itu bersifat rambang, ia pasti akan mewujudkan suatu
mutasi yang menambah baik mesin kecerdikan, samada lambat atau cepat, walaupun
ketersediaan
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 220
mutasi ke arah penambahbaikan tersebut ditemui
di dalam tempoh masa yang khusus dan sangat signifikan. Kita akan bincangkan
perkara ini dalam masa terdekat. Adapun di sini, kita akan bincangkan senario
paling buruk untuk kita, iaitu senario yang paling baik untuk hipotesis ateis:
mutasi genetik adalah seratus peratus rambang.
Ø Berjalan tegak. Ini membolehkan salur masuk pelvic
untuk melebar, yang membolehkan bayi dengan kepala yang lebih besar (otak yang
lebih besar) untuk dilahirkan. Sebagai tambahan, sebaik sahaja bipedalisme
menjadikan tangan kita lebih bebas, ia telah menjadi alat untuk kreativiti berkualiti
tinggi selain menjadi alatan survival yang bergabung bersama mesin kecerdikan
sekaligus akan membawa ke arah yang tepat dalam evolusi serta mengambil
kesempatan sepenuhnya akan penambahbaikan tersebut. Inilah sebabnya tangan yang
bebas akan membawa evolusi otak ke arah penambahbaikan. Tangan yang bebas akan
membantu setiap mutasi penambahbaikan untuk terus hidup dan menjadi tertegak
dalam takungan gen, kerana ia telah memungkinkan penciptaan alatan buatan
manusia seperti kapak, tombak dan lain-lain, yang membawa faedah besar pada
semua mutasi ini. Perkara ini juga terpakai dalam hal menggunakan alatan ini
sehingga potensi penuh. Atas sebab ini, mutasi penambahbaikan otak akan
diwariskan ke generasi seterusnya, kemudian menjadi teguh di dalam takungan gen,
disebabkan oleh kebolehan berjalan tegak yang membebaskan tangan.
Rajah 10: Graf yang menunjukkan hubungan evolusi mesin kecerdasan (otak) dengan bipedalisme
O'Neil, Homo heidelbergensis : Sumber [1]
_____________________
1. Sumber:
Dennis O'Neil. Homo heidelbergensis. Boleh didapati di:
http://anthro.palomar.edu/homo2/mod_homo_2.htm
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 222
Ø Keperluan komunikasi linguistik. Mesin kecerdikan
dianggap sebagai sebab untuk kewujudan dan perkembangan komunikasi secara
bahasa (walaupun sekadar melalui isyarat), membolehkan ia untuk wujud dan
berkembang. Komunikasi linguistik adalah kaedah berkualiti tinggi untuk kelangsungan
hidup yang membawa mesin kecerdikan ke arah evolusi dan penambahbaikan, kerana
mesin kecerdikan yang terbaik adalah yang paling bagus dalam menyimpan dan
menguruskan maklumat. Individu yang berkemampuan untuk komunikasi yang lebih
baik akan lebih mampu untuk terus hidup berbanding yang lain kerana mereka
mampu melarikan diri dari pemangsa dan memburu mangsa dengan lebih efektif.
Untuk lebih jelas lagi, bahasa akan mendapat manfaat dari mutasi genetik yang
menambah baik otak, kerana setiap individu mampu menguruskan perbendaharaan
kata yang lebih luas dan kompleks, hasilnya mereka dapat berkomunikasi dengan
lebih baik. Ini bermakna, semua individu ini lebih berkemampuan untuk
memperolehi makanan dan pasangan untuk pembiakan, serta mengelak dari pemangsa.
Hasilnya, kemampuan mereka untuk terus hidup dan mewariskan gen kepada generasi
seterusnya adalah lebih tinggi dari yang lain, dan mutasi genetik untuk
penambahbaikan otak akan lebih tertegak. Inilah caranya otak berevolusi di
sepanjang generasi sehinggalah kita memperolehi mesin kecerdikan superior pada
akhirnya.
Ø Ketersediaan jenis makanan yang baik (seperti ikan
yang mempunyai iodine dan omega-3. Makanan ini akan memberi manfaat kepada
otak, dan menjadikan mutasi penambahbaikan otak sangat bermanfaat. Mutasi ini
menjadi ciri-ciri yang layak untuk dipilih oleh pemilihan semulajadi, dan
diperturunkan kepada generasi seterusnya.
Ø Badan menjadi lebih kurang berbulu dengan
penghapusan bulu tebal, dan kewujudan pundi peluh yang membawa kepada mekanisme
penyejukan yang ideal untuk badan serta otak yang superior – sebuah mesin yang memerlukan
banyak tenaga untuk beroperasi serta menghasilkan haba tinggi yang mampu
membunuh organisme melainkan wujud suatu mekanisme yang diperlukan untuk
menyejukkannya.
Saya ulang apa yang telah saya terangkan
sebelumnya: mesin kecerdikan superior yang telah terhasil bagi kita (iaitu
otak), bukanlah bermakna evolusinya telah tamat, atau jalan yang diambil oleh
evolusi adalah satu-satunya jalan yang menghasilkan mesin kecerdikan superior.
Hakikatnya adalah, berkemungkinan wujud jalan lain yang akan menghasilkan
sebuah mesin kecerdikan superior, lebih baik dari apa yang kita lihat hari ini.
Atau, ia mungkin lebih baik atau lebih buruk dalam cara tertentu. Bagaimanapun,
dalam semua kes, wujud matlamat yang mesti dicapai oleh evolusi, samada lambat
atau cepat, iaitu menghasilkan mesin kecerdikan superior.
Oleh itu, perkara ini telah selesai. Evolusi
itu bermatlamat, dan matlamatnya adalah untuk menghasilkan sebuah mesin
kecerdikan superior.
Saya boleh berhenti di sini dalam membuktikan
bahawa evolusi itu bermatlamat, namun tiada salahnya untuk menguatkan lagi
hujah kami dengan
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 223
petunjuk-petunjuk lain untuk mendukung apa
yang telah kami buktikan.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan