Membahaskan Konsep Sebab dan Akibat
Berdasarkan Hukum Alam Ini
Tidak diragukan lagi bahawa alam ini ditadbir
oleh sekumpulan hukum fizikal. Hukum ini menunjukkan kewujudan pembuat hukum.
Tanpa ragu, kewujudan hukum akan mewujudkan ketertiban (sistem), dan ketertiban
akan menunjukkan wujud suatu pentadbir.
Saya akan berikan contoh untuk menjelaskan
lagi perkara ini:
Apabila kita melihat lampu trafik (lampu
isyarat) yang melancarkan perjalanan lalu lintas di sebuah persimpangan, maka
kita tahu wujud suatu entiti yang arif, berilmu dan tersusun yang mahukan
ketersusunan, lalu meletakkan lampu trafik di situ.
Sama juga dengan hukum graviti, kita boleh
katakan ia menunjukkan kepada entiti yang merangka hukum tersebut, malah
terpakai juga kepada hukum lain, seperti elektromagnetik serta daya nuklear
lemah dan kuat. Maka kesemuanya kena patuh dengan hukum laluan alam semesta (kosmik)
seperti di persimpangan yang disebutkan di atas. Jika tidak kerana ukuran ini,
jirim (benda-benda) tidak akan
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 200
wujud di alam semesta ini, dan begitu juga
dengan kita. Logik mengatakan bahawa apabila kita melihat lampu trafik, kita
akan menyimpulkan bahawa ada pegawai atau badan tertentu yang meletakkan lampu
trafik di suatu persimpangan untuk melancarkan trafik, dan seterusnya wujud
sebuah kerajaan di belakang pegawai tersebut yang mentadbir kerja-kerja
mereka.
Namun mengapa tidak kita menyimpulkan wujud
entiti yang berilmu dan bijaksana merangka hukum-hukum sejagat yang telah
ditemui dan terbukti secara saintifik kepada kita sedangkan hukum-hukum ini
mentadbir pergerakan seluruh alam semesta ini?
Seorang yang berakal wajar, pasti akan
menyimpulkan bahawa wujud suatu pentadbir yang telah merangka undang-undang
yang mentadbir alam semesta. Berkenaan mereka yang berkeras menafikan kewujudan
entiti berilmu dan bijaksana, itu hanyalah kedegilan yang memalukan. Tidak ada
beza mereka dan orang yang berdegil mengatakan bumi tidak berputar.
Adakah kewujudan ketertiban ini boleh terjadi
tanpa pentadbir?! Demi Tuhan, saya hairan dengan mereka yang berfikir sebegini,
namun boleh pula mereka mengatakan lampu trafik telah diletakkan oleh pegawai
trafik atau pentadbir jalan raya. Sepatutnya mereka menjadi lebih adil dan
mengguna pakai prinsip rambang yang sama dalam kes ini dengan mengatakan lampu
trafik itu terbina sendiri di persimpangan tersebut. Adakah munasabah jika kita
mengatakan wujud pentadbir dalam satu kes, namun menafikan kewujudannya dalam
kes yang lain?!
Untuk menyimpulkan bukti perbahasan
"sifat sesuatu akibat akan mengisyaratkan kepada sifat penyebabnya
sekaligus menunjukkan kewujudan entiti penyebab" maka kami katakan:
Di sisi kita ada gologan ateis dan kita semua
telah memasuki mahkamah kepandaian (kewajaran) manusia dengan perkara berikut:
Akibat = Alam semesta ini.
Sifat alam semesta ini = Mempunyai hukum dan
ketertiban
Sifat penyebabnya = Pentadbir yang bijaksana.
Penyebabnya: Tidak diketahui
Kita telah mengkaji alam ini dengan sains
moden dan kita telah mempelajari sifat-sifatnya. Mengetahui sifat-sifat alam
ini telah membolehkan kita mengetahui sifat entiti yang menyebabkan
kewujudannya, iaitu dia adalah suatu pentadbir (pembuat hukum), arif dan
bijaksana.
Telah terbukti bahawa wujud suatu penyebab
yang bersifat arif dan pentadbir yang bijaksana.
Oleh itu, kami telah membuktikan kewujudan
pentadbir yang bijaksana, yang mencipta hukum alam dan bagi kami, inilah yang
ingin kami buktikan.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan