Hasil
Evolusi Dan Matlamatnya
Pertama sekali, saya akan bincangkan terlebih
dahulu kenyataan mereka yang menyebutkan evolusi itu adalah ketidak-rambangan
yang terhasil dari kerambangan.
Dalam perkara untuk mendefinisikan atau
mengenalpasti kerambangan atau ketidak-rambangan, Dr. Dawkins mahu memberi
sebuah contoh dari proses pemilihan semulajadi untuk menunjukkan ia adalah proses
tidak rambang yang berasal dari proses rambang – yang mana mengikut pendapat
beliau, merujuk alam semulajadi dan mutasi genetik atau perubahan genetik.
Beliau menyebutkan perkara berikut:
“Jika anda berjalan
di persisiran pantai, anda akan menyedari batu kerikil tidak tersusun secara
rambang. Kerikil yang lebih kecil cenderung untuk ditemui pada zon berasingan
di persisiran pantai, sementara kerikil yang lebih besar berada di zon lain.
Kerikil ini telah disusun atur dan dipilih. Sebuah puak orang asli yang tinggal
di pinggiran pantai mungkin akan tertanya-tanya berkenaan apa yang mereka lihat
sebagai bukti ketersusunan di alam ini, dan mungkin akan mencipta mitos
untuknya, mungkin menisbahkannya kepada hantu yang sangat besar yang mempunyai fikiran
yang kemas dan berperwatakan rapi. Kita mungkin akan memberikan senyuman sinis
kepada kepercayaan karut tersebut dan menerangkan bahawa susunan tersebut
sebenarnya telah dilakukan oleh kuasa fizik yang buta, dan dalam kes ini, oleh
ombak. Ombak itu tidak mempunyai sebarang matlamat dan niat, tiada minda yang
kemas, malah tiada akal langsung.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 237
Ia hanya menggunakan
kuasanya untuk menolak kerikil ke sana sini, dan kerikil yang berlainan saiz
memberi respon yang berbeza terhadap tindakan ombak tersebut, sehingga akhirnya,
kerikil tersebut berada di tempat berbeza pada pantai tersebut. Sejumlah
ketersusunan telah terhasil dari kecelaruan, dan tiada kecerdikan yang telah
merancangnya.
Ombak dan kerikil ini
telah memberikan contoh ringkas berkenaan sistem yang secara automatik
menghasilkan ketidak-rambangan. Dunia ini penuh dengan sistem seperti ini.
Contoh paling ringkas yang dapat saya fikirkan adalah sebuah lubang. Hanya
objek yang lebih kecil dari lubang itu mampu masuk ke dalamnya. Ini bermakna,
jika anda meletakkan sebuah koleksi objek berlainan saiz secara rambang di atas
lubang tersebut, dan wujud suatu kuasa yang menggoncang kesemua objek tersebut
secara rambang, maka tidak lama kemudian, semua objek di luar dan di dalam
lubang tersebut akan menjadi tersusun secara tidak rambang. Ruangan di bawah
lubang tersebut akan cenderung untuk mengandungi objek yang lebih kecil dari
lubang tersebut, dan ruangan luar pula akan cenderung untuk mengandungi objek
yang lebih besar dari lubang tersebut. Umat manusia, sudah tentu, telah lama
mengeksploitasi prinsip mudah ini untuk menghasilkan ketidak-rambangan, dengan
menggunakan alat yang sangat berguna, yang kita kenali sebagai penapis.[1]
Berkenaan dengan contoh kerikil dan ombak,
saya tidak tahu bagaimana Dawkins telah terlepas pandang bahawa ia adalah
patuh-hukum dan tidak rambang, serta ia telah menghasilkan ketidak-rambangan.
Salah satu dari penyebab pergerakan ombak adalah kesan dari hukum graviti
antara bulan dan bumi, disebabkan oleh dekatnya kedudukan bulan dengan bumi,
dan atas sebab itu, pergerakan ombak adalah ditadbir oleh kuasa graviti yang
bersifat patuh-hukum. Dengan kata lain, pergerakan ombak tidak dijana oleh
kerambangan, namun sebaliknya, oleh sebuah sistem dan hukum graviti. Kerikil di
pantai juga ditadbir oleh hukum graviti, jadi mereka dilemparkan ke sana sini,
serta disusun dekat atau jauh di sepanjang pantai tersebut berdasarkan berat
mereka. Hukum graviti adalah tidak rambang, dan ia tidak berasal dari
kerambangan. Insya-Allah, kita akan bahaskan berkenaan hukum graviti apabila
kita meneliti Teori Big Bang, kerana kedua-dua ruang yang membengkok mahupun
zarah graviton tidak datang dari kerambangan mahupun sifat ketiadaan yang
mutlak.
Dawkins tidak mempunyai hak untuk mengatakan
bahawa kerambangan telah menghasilkan ketidak-rambangan; ini kenyataan yang
sangat batil. Dawkins mungkin akan bertanya, “Apakah matlamat kerikil disusun
pada pantai oleh hukum graviti yang tidak rambang?” Jawaban kepada soalan ini
adalah sangat mudah. Tidak semestinya ia perlu mempunyai matlamat yang khusus
dalam kes tersebut. Apa yang penting adalah ia merupakan sebuah hukum tidak
rambang yang tersusun yang tidak datang dari ketiadaan yang mutlak, maka ia
pasti mempunyai matlamat. Memadai untuk kami katakan bahawa kewujudan matlamat
dalam hukum graviti telah menghasilkan kewujudan bintang-bintang,
galaksi-galaksi dan kluster galaksi, dan malah, kewujudan kita. Oleh itu, ia
bersifat patuh-hukum dan bermatlamat. Tidak semestinya kita perlu tahu setiap
matlamat hukum graviti, kerana kita tidak mewakili satu atom pun berbanding
alam semesta ini yang telah diwujudkan oleh hukum graviti. Semua matlamat hukum
graviti - Apabila kita tidak melihat
____________________
[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker):
ms 73-74
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 238
matlamatnya di suatu tempat, atas sebab, kita
menjadi tidak sedar akan matlamat hukum graviti – contohnya apabila tempoh
waktu matlamat tersebut memakan masa jutaan tahun – itu tidak bermakna hukum
tersebut tidak bermatlamat. Cukuplah kami telah buktikan bahawa ia adalah satu
bentuk hukum dan ia tidak rambang. Ini membuktikan ia bermatlamat dan mempunyai
pembuat hukum yang mahu mencapai suatu matlamat melaluinya.
Saya percaya, adalah jelas sekarang bahawa
suku orang asli primitif dalam cerita Dawkins berkenaan hantu yang sangat besar,
adalah lebih rasional dari Dawkins sendiri, kerana sekurang-kurangnya, mereka
menyedari sesuatu yang jelas: iaitu bahawa keteraturan dan kerambangan tidak
datang dari yang tanpa keteraturan dan dari kerambangan. Seseorang yang tidak
punya apa-apa, tidak akan mampu memberi, jadi bagaimana kerambangan boleh
menghasilkan ketersusunan!!
Begitu juga dengan contoh lubang dan objek
yang ditapis olehnya, ia adalah lebih jelas dari contoh kerikil dan ombak.
Apabila kita meletakkan objek di atas sebuah lubang, maka kita telah
mendedahkannya kepada suatu hukum, menyebabkan objek tersebut ditadbir oleh
lubang itu. Sebagai tambahan, jatuhnya objek ini ditadbir oleh hukum hukum
graviti, jadi kita mempunyai suatu hukum dan ketidak-rambangan yang
menghasilkan ketidak-rambangan dan kertersusunan. Oleh itu, ia mempunyai
matlamat.
Saya tidak merasakan perlu untuk mendiskusikan
setiap contoh yang diberikan oleh Dawkins, antaranya seperti contoh sistem
solar. Semua orang tahu sistem solar ditadbir oleh hukum graviti yang tidak
rambang, oleh itu, ketidak-rambangan hukum graviti telah memberikan sifat tidak
rambang kepada sistem solar.
Selain itu, di dalam contoh yang diberikan
sebelum menjawab salah faham atau hujah kebarangkalian dalam evolusi,[1]
Dr. Dawkins telah menjelaskan perbezaan antara evolusi selangkah – yang tidak
mempunyai kaitan dengan teori evolusi serta dibantah dengan hujah
kebarangkalian yang telah disebutkan sebelumnya – dan evolusi kumulatif, yang
terjadi dalam alam semulajadi, dan merupakan sebahagian dari teori evolusi,
serta tidak dibantah oleh hujah yang telah disebutkan. Walaupun telah
dijelaskan berkenaan perbezaan ini dengan cara yang umum, contoh Dawkins telah
meletakkan beliau dalam kesukaran di mana perubahan genetik, atau mutasi adalah
bersifat tidak rambang. Ini bermakna, berdasarkan contoh tersebut, evolusi
adalah patuh-hukum dan bermatlamat, serta mempunyai pembuat hukum yang mahu
mencapai matlamat ini melalui proses tersebut. Ini membuktikan kewujudan Tuhan
yang cuba dinafikan oleh Dr. Dawkins. Malangnya, beliau sendiri telah
membuktikan perkara ini dengan contoh yang beliau berikan. Walaupun jika
Dawkins mempercayai bahawa contoh beliau tidak menyerupai keadaan sebenar yang
terjadi di dalam alam semulajadi, kerana ia akan menjadikan evolusi sebagai
bermatlamat, namun kami melihat ia sebagai contoh yang sangat membantu memahami
apa yang terjadi dalam alam semulajadi ini, dan kewujudan proses evolusi yang
sentiasa mendedahkan matlamatnya.
____________________
[1] Rujuk: Masalah Kebarangkalian pada Teori
Evolusi - ms 103
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 239
Contoh yang Dawkins berikan berkenaan monyet
dan frasa Shakespeare membuktikan evolusi kumulatif adalah bermatlamat, kerana
di dalam contohnya, beliau menjadikan komputer tersebut, pada setiap waktu dan
generasi, menyemak semula frasa yang ingin dicapai melalui percubaan demi
percubaan, dan membandingkannya dengan apa yang telah dicapai. Ringkasnya, ini
menunjukkan komputer itu mempunyai sasaran untuk dicapai – iaitu frasa yang
dibandingkan pada setiap percubaan – dan frasa yang paling sama dan sesuai akan
dipilih pada setiap percubaan untuk sedikit demi sedikit, mencapai frasa yang dikehendaki.
Komputer tersebut
menyemak frasa yang bercelaru tersebut, ‘keturunan’ frasa asal, dan memilih frasa yang paling sama dengan frasa yang
disasarkan, walau sekecil manapun persamaan tersebut. [1]
Ringkasnya, komputer tersebut mempunyai sebuah
pelan yang sedang dilaksanakan, bukan secara terus, namun melalui beberapa
percubaan dan evolusi terkumpul. Inilah sebenarnya point yang kami ingin capai:
iaitu evolusi adalah patuh-hukum, dan mutasi atau perubahan pada pelan genetik
adalah bersifat tidak rambang (dengan kata lain, patuh-hukum),
sekurang-kurangnya pada sesuatu masa, semasa ia mencapai sasaran khusus. Oleh
itu pasti ada entiti di sebaliknya yang menulis hukum ini untuk mencapai
sasaran tersebut. Secara alternatifnya, kita boleh katakan sasaran tersebut
ditetapkan oleh sang pembuat hukum itu, dan Dia juga menetapkan hukum tersebut
yang apabila dikuatkuasakan, akan menjamin sasaran tersebut akan dicapai.
Sebagai tambahan, komputer tersebut yang
melaksanakan kerja ini mempunyai kemampuan untuk faham, dan ini dapat dilihat
dari komputer tersebut menganalisis keputusan dan membandingkannya dengan
sasaran yang bakal dicapai, dan memilih jalan yang paling bersesuaian untuk
diteruskan:
Komputer tersebut
menyemak frasa yang bercelaru tersebut, ‘keturunan’ frasa asal, dan memilih
frasa yang paling sama dengan frasa yang disasarkan, walau sekecil manapun
persamaan tersebut. [2]
Oleh itu, adalah tidak tepat untuk
menggunapakai contoh ini pada alam semulajadi, yang Dawkins sebut sebagai buta,
melainkan kita mengatakan wujud suatu kuasa yang peka dan berpengetahuan yang
dari luar mengarahkan proses evolusi, walaupun hanya pada tahap tertentu dan
dalam syarat tertentu atau kita katakan, Dia masuk campur apabila perlu. Ini,
diambil dari contoh Dawkins di atas, juga membuktikan apa yang kita inginkan.
Bukti kami berkenaan kuasa yang peka dan
berpengetahuan ini, yang mendominasi proses pemilihan semulajadi adalah, alam
semula jadi – atau persekitaran organisme serta segala sesuatu di dalamnya,
termasuk bahagian organisme itu sendiri – dikawal oleh hukum
___________________
[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 79
[2] Sumber yang sama.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 240
zarah kuantum yang mana merupakan asal usul
elemen untuk segala jasad terbentuk. Zarah-zarah kuantum ini akhirnya boleh
dikesan kembali kepada salah satu dari empat kuasa sejagat (Kita boleh
khususkan kuasa graviti di sini. Seperti yang akan kami jelaskan pada waktunya,
graviti perlu dikesan kembali kepada entiti asli yang bersifat abadi, yang
bebas, ini juga akan dijelaskan.) Ini membuktikan kewujudan aliran yang berasal
dari Sang Bebas Yang Mutlak, bukan sahaja dalam alam sekitar yang mengelilingi
organisme dan melaksanakan pemilihan, malah juga melibatkan setiap bahagian
badan organisme itu sendiri. Semua jasad-jasad ini bergantung pada Nya, kerana
Dia adalah asal usul segala zarah kuantum yang merupakan asas kepada segala
bentuk jirim. Ia persis seperti melarikan sebarang motor elektrik yang
bergantung kepada sumber elektrik yang dihasilkan di stesen janakuasa.
Sebagai tambahan, Dawkins kembali kepada
contohnya dengan komentar berikut:
Walaupun model monyet-Shakespeare
berguna untuk menerangkan perbezaan antara pemilihan langkah tunggal dan
pemilihan langkah terkumpul, ia membawa maksud yang mengelirukan dalam beberapa
cara. Antaranya adalah dalam setiap generasi “pembiakan” terpilih, “keturunan” kepada frasa mutan tersebut akan
dihakimi berdasarkan kriteria persamaan dengan sasaran ideal
“ME THINKS IT IS LIKE
A WEASEL” Kehidupan ini bukan seperti itu. Evolusi tidak mempunyai sasaran
jangka masa panjang. Tiada sasaran jangka panjang, tiada bentuk akhir sempurna
yang dijadikan kriteria untuk pemilihan, walaupun kesombongan manusia meraikan
tanggapan karut bahawa spesis kita adalah sasaran akhir evolusi. Dalam alam
realiti, kriteria untuk pemilihan akan sentiasa bersifat jangka pendek, samada
survival ringkas atau, secara umumnya dikenali sebagai kejayaan dalam membiak.
Jika, setelah suatu masa, apa yang kita lihat seperti sebuah kemajuan ke arah
sebuah sasaran yang jauh, setelah dilihat ke belakang, ini hanyalah akibat yang
terjadi secara kebetulan setelah beberapa generasi pemilihan jangka pendek. ‘Sang
pembuat jam’ iaitu pemilihan
semulajadi secara terkumpul-kumulatif adalah buta kepada masa hadapan dan tidak
mempunyai sasaran jangka panjang. [1]
Dawkins tidak dapat melarikan diri dari
mengakui kewujudan matlamat yang mengarahkan evolusi untuk menjadikan ia tidak
bersifat rambang. Namun beliau mengatakan ia bersifat jangka pendek, bukan
jangka panjang, di mana dia berkata:
____________________
[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker):
ms 82
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 241
“Dalam alam realiti,
kriteria untuk pemilihan akan sentiasa bersifat jangka pendek, samada survival
ringkas atau, secara umumnya dikenali sebagai kejayaan dalam membiak.”
Ini bermakna wujud suatu matlamat. Mahu pun
matlamat ini adalah jangka pendek, dan walaupun ianya hanyalah kejayaan dalam
membiak, ia tetap tidak menafikan kewujudan matlamat, dan evolusi itu
bermatlamat. Untuk lebih tepat lagi, Sang Pembuat Hukum evolusi adalah entiti
yang mempunyai matlamat, maka matlamat akhir adalah hasil yang tidak dapat
dielakkan daripada pengumpulan beberapa matlamat jangka pendek. Ya benar,
beliau mungkin akan mengatakan ia adalah hasil terkumpul tidak rambang yang
berlegar sekitar mutasi yang rambang dan tidak bermatlamat, namun responnya
adalah perkara yang telah saya sebutkan sebelumnya, pengumpulan yang terjadi
adalah hasil dari pemilihan semulajadi dan mutasi genetik yang kedua-duanya
dikawal oleh hukum fizik. Semua hukum ini, hasilnya, membawa kita kepada sebuah
teori bersepadu atau hukum yang bersepadu, yang kemudiannya membawa kita kepada
suatu penyebab yang abadi dan asli kepada jirim, yakni alam semulajadi dan
segala segala yang dikandungnya.
Sebagai hasilnya, penyebab yang asal ini
(Tuhan) mendominasi pemilihan semulajadi yang bergantung kepadaNya. AliranNya
mengalir melalui semuanya menerusi aliran zarah kuantum yang membentuk alam
ini.
Kami akan menerangkan perkara ini melalui
sebuah contoh: Kita punya evolusi yang berlaku berdasarkan matlamat jangka
pendek. Secara alternatifnya, kita sebutkan ia secara umumnya sebagai kejayaan
membiak. Sekarang, mari kita bayangkan matlamat ini sebagai bendera berwarna
merah, dan ‘sang pembuat jam yang buta’ yang disebutkan oleh Dawkins ini, yakni evolusi, mengekori semua
bendera merah ini, satu demi satu. Walaupun sang pembuat jam ini tidak dapat
melihat matlamat akhir, beliau jelas dapat melihat matlamat jangka pendek, dan
mengekori bendera merah tersebut dengan tepat, selari dengan hukum yang
ditetapkan padanya dan hukum persekitaran yang mengarahkan beliau. Hasilnya,
mengikuti matlamat jangka pendek telah membuatkan beliau mencapai matlamat
jangka panjang tanpa beliau sedari. Ini bermakna, siapa jua yang mencipta hukum
evolusi pasti bermatlamat dalam jangka masa panjang, ini kerana hukum ini yang
telah membentuk matlamat jangka pendek adalah yang membawa evolusi kepada
matlamat ini. Oleh itu, kita tidak boleh secara dogma menyatakan hukum-hukum
ini, jika digabungkan bersama dengan kerja-kerja mereka, tidak berniat untuk
mencapat matlamat tersebut. Apa yang tepat untuk kita sebutkan adalah
hukum-hukum ini bermatlamat, dan mereka dicipta untuk mencapai hasil dan
matlamat tersebut, khususnya setelah melihat kepentingannya. Hakikatnya ini
sangat berpatutan mengenangkan matlamat evolusi tidak boleh dilepas pandang.
Adakah mungkin untuk kita mengatakan lingkaran cengkerang siput babi – yang
merupakan persamaan matematik yang tepat – tidak dikawal oleh suatu hukum?!
Hakikatnya, ia dikawal oleh hukum matematik. Malah, setiap quark, elektron dan
zarah kuantum yang wujud dalam jirim sesebuah organisme mengikuti suatu hukum.
Jika kita menjejaki hukum ini sehingga ke akhirnya, kita akan sampai kepada
sebuah hukum bersepadu yang datang dari sebuah penyebab yang abadi dan asli.
Dialah yang menulis semua hukum yang memandu alam dan proses evolusi biologi.
Dalam alam semulajadi, kita melihat kehidupan
dan evolusi adalah patuh-hukum. Metabolisme dan kehidupan
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 242
mempunyai sebuah hukum yang tepat, yang
mewujudkan kedua-duanya. Kedua-duanya berfungsi berdasarkan pelan genetik, yang
mewakili struktur yang kompleks dan disusun dengan berhati-hati. Lebih-lebih
lagi, alam persekitaran, atau alam semulajadi, mempunyai hukum-hukum yang
mentadbir arah tuju pelan genetik secara luaran ke arah yang khusus, atau
matlamat jangka pendek. Apabila kita mendapati semua matlamat jangka pendek ini
telah terkumpul dan membawa kita kepada sebuah matlamat – tidak pula membawa
kita kepada ketiadaan – maka pastikan kita akan menyimpulkan bahawa hukum-hukum
ini adalah bermatlamat, atau untuk lebih tepat lagi, pembuat hukum tersebut
mempunyai matlamat. Lebih-lebih lagi, kita juga mendapati matlamat jangka
pendek ini telah mencapai matlamat yang agung dan penting serta sangat
berharga, iaitu, mesin kecerdikan milik manusia, atau manusia yang telah
mencipta pelbagai benda baharu di bumi ini. Sudah pasti ini adalah bukti yang
memadai bahawa pembuat hukum evolusi, atau entiti yang membangunkan jalan
evolusi, atau kita sebutkan sahaja sebagai entiti yang menurunkan pelan genetik
yang menghasilkan hidupan, telah mempunyai matlamat dan peka akan kerjaNya dari
awal – khususnya setelah terbukti buat kita bahawa Dia adalah sebab asal
kewujudan dan kesinambungan jirim, seperti yang akan kita lihat nanti.
Kebenarannya, tiada orang rasional yang tidak
menganggap manusia sebagai matlamat agung. Adalah sangat menghairankan
bagaimana mempercayai manusia sebagai matlamat berharga dianggap sebagai sebuah
tanggapan yang karut oleh Dawkins. Walaupun jika kita menganggap manusia, atau
mesin kecerdikan miliknya, sebagai matlamat pertengahan, bukan matlamat akhir,
manusia masih lagi merupakan matlamat agung yang tidak boleh dinafikan secara
rasional. Oleh itu, ia bukan sahaja aneh, tetapi merupakan sifat berat sebelah
yang menjijikkan untuk Dawkins berkata,
“Walaupun kesombongan
manusia meraikan tanggapan karut bahawa spesis kita adalah sasaran akhir
evolusi.”
Katakanlah ia adalah matlamat pertengahan dan
bukan matlamat jangka panjang, namun ia masih cukup untuk membuktikan Sang
Pembuat Hukum untuk kehidupan dan evolusi adalah bermatlamat. Walaupun begitu,
kami telah membuktikan dan akan terus membuktikan evolusi itu bermatlamat.
Proses pemilihan semulajadi yang terjadi pada setiap generasi adalah produk
kepada proses ulangkaji berkala yang patuh-hukum, dikenakan secara dalaman[1]
dan luaran[2] demi untuk mewariskan apa yang terbaik untuk
keberterusan hidup berdasarkan hukum evolusi sama yang telah ditetapkan, serta
untuk menghalang apa yang tidak sesuai dengan kelangsungan hidup berdasarkan
hukum evolusi yang sama. Ini jelas menunjukkan bahawa hukum evolusi diturunkan
untuk memberi nyawa kepada hasil tertentu atau matlamat tertentu. Sesungguhnya,
keajaiban tidak pernah terhenti dengan Dawkins dan ateis lain, apabila mereka
melihat semua penciptaan hukum namun mereka mengatakan tiada
____________________
[1] Ia dikenakan dari dalam oleh pembezaan genetik dan
keturunan.
[2] Ia dikenakan dari luar oleh keadaan dan
alam sekeliling.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 243
pembuat hukum, dan mereka melihat matlamat
jangka pendek dan mengakuinya, namun menafikan matlamat jangka panjang,
walaupun matlamat jangka panjang ini tidak dapat dielakkan memandangkan ia
adalah hasil terkumpul untuk matlamat jangka pendek.[a]
Ringkasnya:
Kita mempunyai sebuah jalan yang pergi dari
Point A ke Point Z.
Seseorang telah memulakan perjalanan mereka
dari point A ke point B dengan matlamat untuk mencapai point B.
Beliau memulakan satu lagi peralanan dari
point B ke point C, dengan matlamat untuk mencapai point C.
Beliau meneruskan perjalanannya dari point C
ke point D, dengan matlamat untuk mencapai point D.
Perjalanan diteruskan dengan cara ini sehingga
beliau akhirnya sampai ke point Z.
Point Z pastinya bukannya sasaran orang ini
dari awal. Bagaimanapun, hukum yang menjadikan point-point tertentu sebagai
sasaran orang ini, yang membawa beliau selangkah lebih dekat kepada point Z
pastilah sebuah hukum yang apabila diaplikasikan akan mempunyai hasil terkumpul
untuk mencapai point Z. Jadi, pengumpulan matlamat jangka pendek telah
menghasilkan matlamat jangka panjang, dengan kata lain, pengaplikasian hukum
ini pada setiap masa telah akhirnya membawa kita kepada point Z. Tambahan pula,
point Z perlu dicapai oleh jalan umum evolusi. Bayangkan sahaja point Z itu
sebagai mesin kecerdikan (sebagai contoh, otak), atau mesin pengesan cahaya
(mata). Mutasi akan menawarkan gen-gen penambahbaikan, sementara proses
pemilihan akan membangunkan mereka dan penambahbaikan mereka. Oleh itu, isu ini
telah selesai, dan keputusannya lebih kepada evolusi merupakan proses yang
bermatlamat.
Perlu diambil maklum bahawa evolusi boleh
sahaja untuk menghasilkan organisme yang buta atau tanpa mesin kecerdikan,
namun dalam perjalanan kehidupan secara keseluruhan dan secara umumnya (bukan
sekadar pada individu spesis tertentu sahaja), adalah mustahil untuk kita
membayangkan evolusi tidak akan menawarkan penglihatan atau sebuah mesin
kecerdikan (kecerdasan), atau membangunkan dan memajukannya.
Oleh itu, evolusi adalah bermatlamat dan
bersifat patuh-hukum. Hukum ini mempunyai pembuat hukum yang bermatlamat, dan
berniat untuk mencapai matlamat tersebut melalui aplikasi hukum tersebut.
_______________
[a] Dikenakan secara dalaman berdasaran perbezaan gen
dan perwarisannya. Dikenakan secara luaran berdasarkan alam persekitaran dan
alam semulajadi.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan