Mesin Kecerdikan Superior:
Otak Manusia
Sebelum ini saya telah tunjukkan bahawa otak sebagai sebuah mesin kecerdikan (kecerdasan)
memberikan bukti yang kukuh bahawa evolusi itu bermatlamat. Gen terbaik adalah
gen yang membangunkan mesin kecerdikan, kerana ia adalah mesin survival terbaik
dalam persaingan untuk terus hidup. Setiap kali gen akan membina sebuah mesin
kecerdikan muncul dalam kehidupan, evolusi akan menambahbaik gen tersebut
sehingga ia bergerak ke arah kecerdikan yang lebih baik. Ini membuktikan
evolusi itu bermatlamat, dan ini mencukupi untuk membuktikan kewujudan Tuhan di
sebalik matlamat ini.
Banyak teori telah dicadangkan untuk
menerangkan pertumbuhan otak yang pantas dan berterusan pada nenek moyang
manusia dalam beberapa juta tahun yang lepas, sehingga ia mencapai kemampuan
otak Homo sapiens. Semua teori ini merumuskan satu kenyataan: otak adalah mesin
survival yang terbaik. Oleh itu, apabila keadaan yang bersesuaian telah
tersedia,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 266
dan apabila mutasi menyediakan gen untuk
penambahbaikannya, samada dari sisi saiz atau kualiti, tanpa ragu, ia akan
bergerak pantas ke arah penambahbaikan.
Otak adalah mesin survival yang ideal untuk
sesuatu organisme, namun kos ekonomi untuk badan adalah sangat tinggi, kerana
ia memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi berbanding bahagian
badan yang lain. Otak yang lebih berkembang menyebabkan badan secara
keseluruhannya memerlukan jumlah makanan yang lebih besar. Sama juga, wujud
sebuah persamaan yang menyatakan bahawa, bila-bila sahaja penambahbaikan kepada
mesin ini melalui mutasi genetik mampu membantu badan mengumpul lebih banyak
makanan agar mencukupi dan mampu untuk membiak, atau memberi kebarangkalian
yang lebih tinggi untuk selamat dari sebarang ancaman, atau mempersiapkan
kemampuan komunikasi yang lebih tinggi, maka pastinya pemilihan semulajadi akan
gen mutan seperti ini akan dibangunkan secepat yang mungkin. Dengan cara ini,
otak akan berkembang, selama mana mutasi genetik ke arah penambahbaikan
tersedia. Otak adalah mesin survival yang ideal, dan itulah sebabnya ia normal
untuk pemilihan semulajadi untuk terus mengevolusikan mesin kecerdikan milik
organisme, sehingga setiap penambahbaikan yang diberikan oleh mutasi genetik
telah habis digunakan.
Mungkin perkara paling penting yang telah
membezakan nenek moyang manusia di Afrika sejak beberapa juta tahun yang lepas
adalah kehidupan sosial mereka. Mereka memburu dalam masa yang sama, menyatukan
kekuatan mereka dan dapat terus hidup dengan lebih baik dalam kumpulan.
Komunikasi yang baik antara individu adalah penting untuk membina kumpulan
berjaya yang akan terus hidup. Untuk mencapai perkara ini, manusia memerlukan bahasa
yang terus menerus berkembang demi memenuhi keperluan komunikasi tersebut.
Setiap generasi baru akan tercipta lebih
banyak perkataan dan maklumat yang perlu untuk diingat berbanding generasi
sebelumnya. Dengan masa, perkataan itu dan maklumat itu bertambah kerumitannya,
dan mungkin berevolusi dan bertambah. Pada awalnya, bahasa mungkin hanya
terdiri dari bahasa isyarat dan beberapa bunyi yang bertambah sedikit demi
sedikit, serta menjadi lebih kompleks, lalu seterusnya menambah keperluan untuk
menambahbaik mesin memori, iaitu otak.
Bila-bila sahaja mutasi genetik memberikan
penambahbaikan ini, gen penambahbaikan itu tidak dapat mengelak dari dipilih
dan dibangunkan dengan utuh oleh pemilihan semulajadi. Ini kerana individu yang
membawa gen penambahbaikan ini dapat terus hidup, membiak dan mewariskan gen
mereka kepada generasi seterusnya. Gen untuk penambahbaikan otak, samada dari
sisi saiz atau kualiti, telah terus bertambah dan membangun di dalam kolam gen
yang wujud dalam alam semulajadi. Saiz otak bertambah sedikit demi sedikit
dengan cara ini.
Satu-satunya penjelasan tepat yang dipunyai
oleh ahli biologi berkaitan keberadaan mutasi penambahbaikan otak yang banyak
sekali, yang mungkin hanya terjadi pada nenek moyang manusia sahaja, khususnya
beberapa juta tahun yang lepas (dua juta tahun yang lepas secara khusus),
adalah fakta yang terkenal diberikan oleh rekod fosil: kelajuan evolusi secara
umumnya adalah tidak konsisten, bagi sebuah corak yang tampak pada evolusi.
Wujud pemberhentian sementara atau separa pemberhentian, namun dalam masa yang
sama, wujud juga evolusi berkelajuan tinggi, dari standard evolusi, bersama
dengan
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 267
pemberhentian sementara ini. Bagaimanapun,
corak evolusi ini tidak dapat menjelaskan bagaimana mutasi genetik telah
menyediakan mutasi penambahbaikan berturut-turut pada tempoh masa tertentu,
serta pada kepantasan yang tinggi berbanding sejarah evolusi yang perlahan. Ini
kerana, apabila kita bercakap tentang kelajuan evolusi, atau kelajuannya ke
arah penambahbaikan khususnya, ia seolah-olah kita menyatakan wujud mutasi
genetik yang pantas bergerak ke arah penambahbaikan. Kedua-dua isu ini, mutasi
dan evolusi, bergerak selari dan saling berkait, kerana tanpa mutasi genetik,
tidak akan wujud evolusi. Fakta yang menunjukkan mutasi genetik telah melakukan
sejumlah mutasi penambahbaikan yang menakjubkan, tersedia kepada suatu spesis
yang khusus, pada tempoh waktu yang khusus, tidak dapat ditaakul oleh mereka
yang mengatakan mutasi genetik adalah seratus peratus rambang.
Kita boleh mengatakan perkara ini sebagai
bermatlamat dan disengajakan, kerana mutasi genetik telah memberikan
penambahbaikan yang bersifat kualitatif dan kuantitatif khusus untuk otak
manusia, dalam tempoh waktu yang sangat baharu, maka adalah tidak logik untuk
menisbahkan ia semata-mata kepada nasib.
Mengapa mutasi genetik menyediakan begitu
banyak mutasi penambahbaikan kualitatif dan kuantitatif kepada otak manusia,
khususnya dalam tempoh waktu yang baharu (kurang lebih dua juta tahun)?!
Mengapa mutasi penambahbaikan otak tidak
tersedia untuk organisme lain, seperti chimpanzi?!
Seorang ahli biologi evolusinari mungkin akan
memberi jawapan dengan membuat hipotesis bahawa mutasi ini turut diberikan
kepada chimpanzi dan haiwan lain, namun ia sangat berkos tinggi dari segi ekonomi,
kerana otak memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk bekerja. Oleh itu,
sebarang penambahbaikan kepada otak bukan sekadar bermakna suatu organisme itu
lebih mampu untuk memperoleh makanan, melarikan diri dari musuh dan terus hidup
pada umumnya, malah ia juga bermakna lebih banyak tenaga dan nutrisi yang
diperlukan, sekaligus meletakkan haiwan tersebut dalam risiko yang lebih besar.
Oleh kerana chimpanzi tidak tegak pada dua kaki (bipedal), ia tidak dapat
memperolehi manfaat ideal mutasi ini agar mereka boleh terpilih, inilah sebabnya
gen ini tidak dibangunkan di dalam kolam gen chimpanzi. Sebaliknya, disebabkan
manusia tegak pada dua kaki, maka manfaat mutasi ini melebihi kosnya. Oleh itu,
ianya terpilih dan dibangunkan di dalam kolam gen manusia.
Bagaimanapun, jawapan ini masih menunjukkan
evolusi itu bermanfaat dan direka untuk mencapai matlamat khusus memandangkan
berdasarkan respon ini, setiap langkah evolusi terbina dengan cara yang
menyerupai susunan puzzle. Penambahbaikan kuantitatif dan kualitatif berterusan
pada otak demi menghasilkan otak yang lebih superior adalah langkah yang hanya
dicapai pada manusia, kerana ia terbina dari langkah sebelumnya, iaitu
bipedalisme (tegak pada dua kaki). Otak yang superior hanya tercapai setelah
bipedalisme dicapai, maka perkara ini adalah perkara tersusun, bukan rambang.
Evolusi kuantitatif dan kualitatif otak dalam
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 268
waktu terdekat ini (dalam dua juta tahun yang
lepas) memerlukan langkah awal yang perlu dipersiapkan sebelumnya. Tanpa
langkah-langkah ini, pia tidak mungkin akan terjadi, walauun mutasi
penambahbaikan yang sesuai tersedia. Ringkasnya, ini bermakna, tanpa mengira
bagaimana proses evolusi berlaku, ia tetap akan menghasilkan manusia,
atau, makhluk bipedal berintelektual yang mempunyai kecerdikan superior,
kerana mutasi dan proses pemilihan pasti akan menghasilkan haiwan bipedal.
Sebaik sahaja mutasi dan pemilihan menghasilkan haiwan ini, otak akan
berevolusi secara mendadak dari segi saiz dan kualiti, untuk menghasilkan suatu
haiwan dengan otak yang superior: manusia. Oleh kerana mutasi dan pemilihan
mesti akan mencapai peringkat ini lambat atau cepat, kita pasti akan mencapai
hasil ini: manusia moden atau Homo Sapiens.
Jika seseorang itu tidak mahu menerima hasil
ini secara keseluruhan, mereka tidak boleh melarikan diri dari menerima apa
yang telah saya tunjukkan dengan bukti yang kukuh: tanpa mengira apa jalan yang
diambil, kehidupan yang telah melalui proses evolusi pasti menghasilkan
kecerdikan dengan cara tertentu, selagi diberi masa yang mencukupi.
Apa yang tidak dapat dipisahkan dari pendapat
Carl Sagan dan saintis lain berkenaan kecerdikan, samada mereka mengakuinya
atau tidak, adalah kehidupan dan evolusi mempunyai matlamat. Inilah
satu-satunya makna yang boleh diambil dari hakikat bahawa mesin kecerdikan
adalah tujuan yang perlu dicapai semua hidupan yang berevolusi, tanpa mengira
di mana ia wujud dalam alam ini.
“Jumlah peradaban
maju dalam galaksi Bima Sakti hari ini bergantung kepada banyak faktor, dari
jumlah planet per bintang sehinggalah kepada kebarangkalian asal usul
kehidupan. Namun sebaik sahaja kehidupan bermula di dalam persekitaran yang
jinak dan tersedia berbilion tahun masa untuk evolusi, ramai dari kami
menjangkakan kewujudan makhluk cerdik.”[1]
Bagaimanapun, wujud mereka yang menolak mesin
kecerdikan sebagai hasil pasti kewujudan kehidupan. Stephen Hawking[2]
berkata:
“Jadi mengapa kita
tidak mempunyai pelawat dari planet lain? Mungkin wujud makhluk yang maju
diluar sana, yang sedar akan kewujudan kita, namun membiarkan kita kekal
primitif. Bagaimanapun, agak meragukan mereka akan merasa belas kasihan dengan
bentuk hidup
_____________________
[1] Sumber (Sagan - Reflections on the Evolution of Human
Intelligence): ms 136
[2] Professor Stephen Hawking adalah seorang
ahli fizik teoretikal terkenal. Beliau adalah seorang profesor matematik
Lukasian di Universiti Cambridge, kedudukan yang kali terakhir dijawat oleh
Isaac Newton. Antara sumbangan saintifik terbesar beliau adalah berkenaan teori
radiasi lubang hitam.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 269
berdarjat rendah
seperti kita: Adakah kita merasa risau dengan betapa banyak serangga dan cacing
tanah yang kita pijak dengan kaki kita? Penjelasan yang lebih waras adalah
kemungkinan yang sangat rendah berkenaan samada wujud kehidupan yang sedang
berkembang di planet lain atau wujud kecerdikan berkembang dari hidupan
tersebut. Kerana kita mendakwa diri kita cerdik, namun mungkin tanpa sebarang
bukti, kita cenderung untuk melihat kecerdikan sebagai hasil yang pasti wujud
dari evolusi. Bagaimanapun, seseorang itu boleh mempersoalkan perkara ini.
Nilai kecerdikan untuk kelangsungan hidup adalah tidak jelas. Bakteria hidup
dengan berjaya tanpa kecerdikan dan akan terus kekal lebih lama dari kita jika “kecerdikan
kita” menyebabkan kita pupus dalam perang nuklear. Jadi, dalam kita menerokai
galaksi kita, kita mungkin akan menjumpai kehidupan primitif, namun mungkin
kita tidak akan menjumpai makhluk seperti kita.”[1]
Hakikatnya bantahan Hawking dan ramai lagi
tidak boleh digunakan untuk menentang apa yang kami mahu buktikan sebelumnya,
kerana kami tidak mahu membuktikan mesin kecerdikan adalah mesin terbaik untuk
badan terus hidup dalam semua keadaan, termasuk keadaan ekstrem. Sebaliknya,
apa yang kami mahu buktikan hanyalah mesin kecerdikan adalah mesin survival
terbaik dalam persaingan antara makhluk sebaya untuk makanan dan keberterusan
hidup di sepanjang perjalanan proses evolusi, maka evolusi pasti akan
menghasilkan mesin kecerdikan jika masa yang mencukupi tersedia.
Agar diskusi ini kekal secara saintifik dan
tepat, ia perlu dihadkan kepada kesan-akibat yang diberikan oleh mesin
kecerdikan kepada organisme di sepanjang perjalanan evolusi, dan
membandingkannya dengan mesin kecerdikan yang lain dalam persaingan untuk
makanan dan keberterusan hidup. Dalam kes ini, kita pasti akan menyimpulkan
bahawa mesin kecerdikan adalah mesin kelangsungan hidup yang ideal.
Diskusi ini, walaupun bersifat fiksyen, adalah
berkenaan bakteria atau organisme eukaryotik bersel tunggal. Jika mesin
kecerdikan muncul dalam sesetengah organisme kerana mutasi, ia akan mempunyai
kelebihan survival berbanding mesin survival yang lain dari sisi seperti
kepantasan atau senjata biologikal dalam hal mendapatkan makanan dan melepaskan
diri dari musuh. Oleh itu, evolusi akan memilih mesin kecerdikan serta terus
mengevolusikannya dan begitulah seterusnya. Isu ini telah selesai dan tiada
jalan keluar untuk Hawking, Dawkins dan yang lain, melainkan dengan
mengandaikan kewujudan hidupan yang dibekukan di dalam fosil hidup bakteria.
Ini adalah andaian imaginari dan tidak boleh dicapai secara realistik, selagi
wujud mutasi penambahbaikan dan masa yang mencukupi untuk membangunkannya.
________________
[1] Sumber (Stephen Hawking - Alam semesta
dalam cangkerang walnut): ms 156
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 270
Hakikatnya, walaupun pada tahap kekeliruan
yang dikemukakan oleh Hawking dan yang lain, kita boleh mengatakan bahawa
sebaik sahaja bakteria menyertai perlumbaan persaingan untuk survival bersama
dengan organisme yang memadai kecerdikannya, kecerdikan akan menang, tanpa
ragu. Bukti terbaik untuk perkara ini sedang terjadi dalam bidang perubatan.
Adakah Hawking meragui kepintaran kita yang membolehkan kita menang ke atas
bakteria yang menyerang badan kita, dan menghapuskan banyak jenis bakteria di
mana-mana tempat yang kita pilih, contohnya seperti di bilik bedah? Bukanlah suatu
perkara yang mustahil untuk kita membayangkan manusia di suatu hari nanti akan
mampu untuk memusnahkan sebarang jenis bakteria atau mikroorganisma eukariotik di
bumi ini secara keseluruhannya.
Saya percara sekarang isu ini telah selesai, bahawa
selagi wujud evolusi, ia akan mempunyai matlamat dan matlamatnya adalah untuk
menghasilkan mesin kecerdikan. Malahan, selagi wujud matlamat ini, maka pasti
wujud pembuat hukum yang bermatlamat di balik tabir yang mahukan agar matlamat
tersebut dicapai. Walaupun kita tidak dapat melihat Dia dengan mata kita, di
sini kita telah melihat Dia dengan intelek kita dan dengan mesin kecerdikan
yang dihasilkan dari mesej yang dihantarNya - mesej yang mewujudkan kita
sebagai jasad biologi yang berintelek.
Sememangnya bermanfaat untuk manusia
menggunakan mesin kecerdikan ini untuk mencapai teori mekanik kuantum, prinsip
ekuivalensi dan seterusnya, penghasilan tenaga nuklear. Setakat ini, mesin
kecerdikan tidak pernah salah. Jika kita menggunakan mesin kecerdikan, ia tidak
akan menyuruh kita membina senjata nuklear dan meletupkannya di bumi ini. Jika wujud perang nuklear, pastinya ia bukan
hasil dari mesin kecerdikan. Sebaliknya, sebuah perang nuklear tidak akan
terjadi melainkan kecerdikan manusia dibekukan. Mesin kecerdikan tidak
mempunyai sebarang kaitan dengan keputusan tidak bijak yang dibuat oleh
kerajaan Amerika Syarikat untuk menyerang Jepun dengan senjata nuklear.
Saya percaya adalah tidak adil bagi mesin
kecerdikan untuk dipertanggungjawabkan untuk tindakan yang terjadi apabila ia
telah dibekukan.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan