Teori Meme (kandungan mental)
Teori meme adalah sebuah tesis yang
dibangunkan oleh Richard Dawkins, dan ia berdasarkan konsep yang berasal dari
George Christopher Williams.[1]
Kita boleh mengatakan bahawa kedua-dua Dawkins
dan Williams terpaksa menggunakan teori meme sebagai percubaan untuk
menyelesaikan ketidakmampuan teori gen penting diri untuk menjelaskan tingkah
laku manusia yang bersifat budaya, seperti altruisme asli, sesuatu yang tidak
dapat dinisbahkan kepada sifat penting diri gen atau altruisme timbal
balik. Oleh itu, ia adalah suatu percubaan mereka untuk menjelaskan dan
membincangkan bagaimana kita boleh mencipta altruisme asli. Ia juga adalah
sebuah percubaan untuk menyelesaikan dilema moral “determinisme” yang menjustifikasikan walaupun jenayah dari sisi pandang
biologikal, memandangkan semua tingkah laku manusia ditentukan oleh gen.
Dawkins mendapati, solusinya terdapat pada tesis meme, atau meme penting diri,
yang beliau cadangkan untuk topik yang gagal dijelaskan oleh teori gen penting
diri dan pemilihan.
Berbeza dengan tesis determinisme genetik yang
disebutkan sebelumnya, tesis meme oleh Dawkins mencanangkan bahawa kita
sekarang mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk mengawal sifat penting diri
genetik. Dengan kata lain, kita sekarang sudah cukup merdeka untuk menghalang
gen dari mengawal kita sepenuhnya sebagai mesin survival yang fana, yang
dipergunakan oleh gen-gen ini untuk terus hidup. Adalah lebih baik jika saya
biarkan Dawkins untuk membahaskan isu ini:
___________________
1. George Christopher Williams (12 Mei 1926 -
8 September 2010), seorang ahli biologi evolusi Amerika, Profesor Emeritus
Biologi di Universiti Negeri New York di Stony Brook.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 287
“Otak, bagi para
reduksionis,[a] (bergenetik ditakdirkan) adalah objek biologi khusus
yang sifatnya menghasilkan tingkah laku yang kita dapat perhatikan dan keadaan
pemikiran atau niat yang kita simpulkan dari tingkah laku tersebut.. Posisi
tersebut adalah, atau sepatutnya, selari sepenuhnya dengan prinsip sosiobiologi
yang dikemukakan oleh Wilson dan Dawkins. Walaubagaimanapun, untuk
memakai prinsip tersebut akan melibatkan mereka dengan dilema membahaskan sifat
bawaan tingkah laku manusia yang mana, menjadi manusia liberal dilihat tidak
menarik kepada mereka (dendam, indoktrinasi dll) dan kemudiannya mereka
terjerat dengan kebimbangan etika liberal berkenaan tanggungjawab untuk
perlakuan jenayah, jika perlakuan ini, sepertimana perlakuan yang lain, telah
ditentukan secara biologikal. Untuk mengelakkan masalah ini, Wilson dan Dawkins
telah menghujahkan kemahuan bebas (free will) yang membolehkan kita untuk
menentang kemahuan gen kita jika kita mahukan... Ini pada asalnya membentuk
kembali kepada Cartesianisme yang tidak tahu malu, kepada penceroboh berganda.”
Saya fikir Rose dan
rakan-rakannya (kalau begitu) menuduh kita menggabungkan dua perkara yang
bercanggah. Sama ada kami (determinis genetik - bergenetik takdiran) atau kami percaya
(kehendak bebas) dan kami tidak boleh mempunyai kedua-duanya. Namun - dan di
sini saya mengandaikan saya bercakap bagi pihak Profesor Wilson dan diri saya
sendiri - hanya di mata Rose dan rakan sekerjanya, kami adalah determinis
genetik (bergenetik takdiran) Apa yang mereka tidak faham adalah (sangat jelas,
namun sukar untuk diberi kredit) sangat berkemungkinan untuk mengatakan gen
memberi pengaruh statistikal ke atas tingkah laku manusia sementara dalam masa
yang sama mempercayai pengaruh tersebut boleh diubah, diatasi atau
diterbalikkan. Gen perlu memberikan pengaruh statistikal terhadap mana-mana
corak tingkah laku yang berevolusi melalui pemilihan semulajadi. Diandaikan
bahawa Rose dan rakan sejawatnya bersetuju yang keinginan seksual manusia telah
berevolusi melalui pemilihan semulajadi, sama seperti perkara lain yang
berevolusi melaluinya. Oleh itu, mereka perlu bersetuju bahawa wujud gen yang
mempengaruhi keinginan seksual - dengan cara yang sama ia mempengaruhi
perkara yang lain. Namun mereka tidak mempunyai sebarang masalah menahan
keinginan seksual mereka apabila perlu berbuat demikian secara sosial. Mengapa
ini disebut sebagai dualis? Hakikatnya ia bukan satu bentuk dualis. Seperti
mana juga ia bukanlah satu bentuk dualis untuk saya memperjuangkan
pemberontakan ‘ke atas kezaliman replikator yang mementingkan diri’, Kita, yakni otak kita, cukup berbeza dan
merdeka dari gen kita untuk melakukan pemberontakan ke atas gen tersebut.
Seperti yang sedia maklum, kita melakukan perkara ini paling sedikit dengan
menggunakan pencegah kehamilan. Tiada sebab mengapa kita tidak boleh
memberontak dengan cara yang lebih besar juga.[1]
Meme itu di sisi budaya adalah ibarat gen di
sisi biologi. Jika gen adalah maklumat yang boleh diwarisi, yang dipindahkan di
dalam kromosom, meme pula adalah beberapa budaya yang dipindahkan di kalangan
makhluk hidup, di mana kumpulan dan individu belajar
___________________
[a] pent. reduksionis: 1. mencerakin
data yngg kompleks menjadi juzuk yg kurang kompleks; 2. teori yg
menyatakan bahawa idea, sistem, dll yg kompleks boleh difahami melalui bahagian
atau komponennya yg kurang kompleks
[1] Sumber (Dawkins - The Selfish Gene - Gen
Keakuan): ms 336
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 288
dari satu sama lain, satu demi satu
generasi. Otak adalah mesin penyimpanan dan pemindahan. Di dalam tesis
meme, ia memainkan peranan sebagai bekas sup primordial (malah mungkin sup itu
sendiri), di mana replikator pertama yang kemudiannya berevolusi kepada DNA
terbentuk.
Oleh itu, Meme adalah beberapa jenis budaya
(lisan atau bukan lisan, perbendaharaan kata bahasa, pakaian, tingkah laku dan
seterusnya) yang ditiru di kalangan individu haiwan atau masyarakat manusia.
Tesis meme telah digunakan untuk menjelaskan perkembangan budaya manusia,
dengan mengatakan bahawa meme yang terpilih akan dipindahkan di kalangan
individu. Sebagai tambahan, sesetengah ahli biologi menganggap meme - contohnya
seperti perbendaharaan kata yang bersifat linguistik atau budaya - sebagai
salah satu sebab mengapa manusia memperolehi otak superior yang membolehkan
mereka meniru meme dengan lebih baik dari segi kuantiti dan kualiti, yang
kemudiannya bergantung kepada saiz dan kualiti otak.
Umumnya, tesis meme boleh dianggap sebagai
satu percubaan untuk menjelaskan loncatan kebudayaan dan ketamadunan di dalam
sejarah manusia yang tidak dapat dijelaskan semata-mata oleh gen dan evolusi
biologikal.
“Saya mempunyai
perasaan simpati terhadap sikap ini, dan saya tidak merasa ragu bahawa wujud
kelebihan genetik hasil dari memiliki otak seperti kita. Walaubagaimanapun,
saya merasakan rakan-rakan sejawat tersebut, jika mereka melihat dengan teliti
asas kepada andaian mereka, maka akan didapati mereka juga punya banyak soalan
seperti saya. Secara asasnya, sebab mengapa ia adalah polisi yang baik untuk kita
cuba menjelaskan fenomena biologikal dari sisi pandang kelebihan gen adalah
kerana gen merupakan replikator. Sebaik sahaja sup primeval menyediakan keadaan
yang mana molekul boleh membuat salinan diri mereka, replikator itu sendiri
akan mengambil alih. Selama lebih tiga ribu juta tahun, DNA adalah satu-satunya
replikator yang layak dibincangkan dalam dunia ini. Namun ia tidak semestinya
memegang hak monopoli pada setiap masa. Apabila muncul keadaan di mana
replikator jenis baharu boleh membuat salinan diri mereka sendiri, replikator
itu cenderung untuk mengambil alih dan memulakan evolusi jenis baharu. Apabila
evolusi jenis baharu ini bermula, ia akan menjadi patuh-perintah kepada evolusi
yang lama. Evolusi lama yang telah dipilih oleh gen, dengan membangunkan otak,
ia telah menyediakan sebuah ‘sup’ di mana meme pertama
tercipta darinya. Apabila meme yang membuat salinan kendiri telah tercipta,
evolusi mereka yang lebih pantas akan bermula. Kami para ahli biologi telah
menggabungkan idea evolusi genetik dengan sangat mendalam sehingga kami
cenderung untuk lupa ia hanyalah salah satu dari pelbagai jenis evolusi.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 289
Peniruan, dari erti
kata yang luas, adalah cara di mana meme boleh membuat salinan.”[1]
Malah, dalam percubaan untuk menjelaskan tempoh
pendek yang dialami manusia dalam pembangunan budaya, dan demi untuk
menjustifikasikan sebarang loncatan dalam budaya dan ketamadunan, Dawkins telah
mengandaikan meme boleh mempunyai kesan yang sangat pantas, tidak seperti kesan
perlahan gen.
“Saya fikir suatu
replikator yang baru telah muncul baru-baru ini di bumi. Ia sedang melihat kita
secara bersemuka. Ia masih diperingkat awal, masih hanyut secara cemerkap di
dalam sup purba, namun ia telah pun mencapai perubahan evolusi dengan pantas pada
kadar yang meninggalkan gen tua jauh di belakang.”[2]
Pemindahan dan pembangunan meme bergantung
kepada konsep peniruan dan pereplikasian. Kemunculan mereka kadang-kala
bergantung kepada penciptaan mereka apabila diperlukan, atau apabila terjadi
ralat ketika proses peniruan, yang seterusnya membawa kepada kemunculan meme
baru. Inilah caranya bagaimana meme menjadi pelbagai dan berpindah antara
individu haiwan atau manusia.
Meme adalah bahan budaya yang bisa
direplikasikan, sementara haiwan dan manusia adalah mesin replikasi yang
melakukan proses replikasi, memuliharanya, bekerja dengannya dan memindahkannya
pada individu yang lain. Mesin-mesin ini berevolusi - apabila mutasi genetik ke
arah penambahbaikan telah tersedia - berdasaran meme dan perkembangan, penggandaan
dan pengumpulan mereka. Ia boleh menjadi salah satu sebab untuk membangunkan
penambahbaikan gen. Ini menjelaskan saiz dan kualiti otak kita, maka bolehlah
dikatakan bahawa perkembangan budaya mempunyai pengaruh ke atas pertambahan
saiz otak serta kualiti evolusinya, kerana ia adalah satu faktor yang membawa
ke arah tersebut.
Perbezaan tingkah
laku kumpulan - kita sangat suka menyebutkan sebutan ini untuk perbezaan budaya
- turut dilaporkan dikalangan cimpanzi, babun, macaques dan banyak primat yang
lain. Sebagai contoh, suatu kumpulan monyet mungkin tahu cara untuk memakan
telur burung, sementara kumpulan lain tidak mengetahui caranya, walaupun dari
spesis yang sama. Primat seperti ini mempunyai beberapa dozen suara atau
jeritan, yang digunakan untuk komunikasi dalam kumpulan, yang mempunyai maksud
seperti “lari, ada pemangsa.” Namun bunyi jeritan berbeza dari kumpulan ke
kumpulan yang lain: wujud loghat berbeza.
_______________________
[1] Sumber (Dawkins - The Selfish Gene - Gen Keakuan): 314-315
[2] Sumber (Dawkins - The Selfish Gene - Gen
Keakuan): ms 313
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 290
Sebuah eksperimen
yang lebih mengejutkan telah dilaksanakan secara kebetulan oleh ahli primat
Jepun yang cuba untuk menyelesaikan masalah lebihan populasi dan kelaparan di
dalam komuniti macaque di sebuah pulau di selatan Jepun. Ahli antropologi telah
meletakkan bijirin gandum pada pantai berpasir. Sebetulnya, adalah sangat sukar
untuk mengasingkan bijirin gandum satu per satu dari butir pasir; usaha itu
sendiri mungkin menggunakan lebih tenaga dari yang dapat diberikan oleh makanan
tersebut. Namun, seekor macaque yang bijak bernama Imo, mungkin, secara tidak
sengaja atau marah, telah membaling segenggam bijirin itu ke dalam air.
Hasilnya adalah, gandum itu akan timbul sementara pasir akan tenggelam, suatu
perkara yang disedari oleh Imo. Melalui proses pengasingan tersebut, ia dapat
memakan dengan baik (walaupun ianya adalah gandum yang basah). Walaupun macaque
yang lebih tua tidak mengendahkan Imo, monyet yang lebih muda nampaknya
memahami kepentingan penemuan Imo, maka mereka menirunya. Di dalam generasi
seterusnya, amalan tersebut tersebar luas; hari ini, macaque di pulau tersebut
sangat cekap melakukan proses penapisan, sebuah contoh tradisi budaya
dikalangan monyet.
Kajian sebelumnya
berkenaan Takasakiyama, sebuah gunung di timur laut Kyushu yang dihuni oleh
macaque, turut menunjukkan corak yang sama di dalam evolusi kebudayaan.
Pelancong Takasakiyama telah membaling karamel dibalut kertas pada
monyet-monyet - sebuah amalan biasa di zoo Jepun, namun tidak pernah dialami
oleh Macaque di Takasakiyama. Ketika bermain-main, beberapa monyet muda telah
menemui cara untuk membuka bungkusan karamel itu dan memakannya. Ilmu tersebut
telah dipindahkan dengan jayanya kepada rakan-rakannya, ibu-ibu mereka,
jantan-jantan dominan (yang mana di kalangan macaque bertindak sebagai penjaga)
dan akhirnya, kepada remaja-remaja mereka yang terasing dari anak-anak monyet.
Proses akulturasi / pembudayaan ini mengambil masa lebih dari tiga tahun.”[1]
Secara umumnya, isu meme dan fakta yang
menunjukkan ianya dicipta atau ditiru dari individu lain apabila diperlukan
bukanlah unik kepada manusia. Bagaimanapun, tesis atau teori meme - yang boleh
menerangkan pemindahan sesuatu budaya - tidak dapat menjelaskan penciptaan
sesuatu budaya khusus jika tidak ada keperluan individu untuk budaya tersebut.
Isu ini menjadi lebih genting apabila budaya ini memberi bahaya kepada individu
dan gennya.
Kami sangat memberatkan soalan berikut:
bolehkah teori meme atau tesis menjelaskan perkara yang paling penting dalam
budaya manusia, khususnya sifat uniknya, seperti altruisme asli, yang tidak
boleh dijelaskan oleh teori gen penting diri?
Hakikatnya, teori meme sama sahaja tidak mampu
menjelaskan altruisme asli, bukan sahaja kerana tidak ada manfaat yang akan
didapati oleh si altruis atas altruismenya sehingga ia menjadi sebuah budaya
ciptaan atas dasar keperluan, namun juga kerana altruisme asli adalah ciri-ciri
yang negatif untuk gen individu. Ia adalah sifat yang tidak boleh dipilih oleh
semulajadi kerana
_____________________
. 1. Sumber (Sagan - Reflections on the
Evolution of Human Intelligence): ms 82
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 290
ia bercanggahan dengan kepentingan gen
individu.
Gen tidak mampu menjelaskan sifat altruisme
asli, kerana ia adalah sifat yang berlawanan dan merupakan musuh ketat kepada
gen individu. Meme juga tidak mampu menjelaskan sifat ini, kerana sebagai
sebuah meme kebudayaan, ia tidak akan mampu untuk wujud, apatah lagi berjaya
tersebar, kerana ia adalah sifat berlawanan dan musuh kepada struktur penting
diri yang telah terbina kukuh pada kita oleh sifat penting diri gen, yang
membentuk kita sebagai suatu entiti yang mementingkan diri, demi menjamin
survival mereka. Tidak wujud sebarang pengecualian terhadap sifat penting diri
para entiti (contohnya, badan kita), kecuali bagi kes altruistik yang
terbina hasil dari sifat penting diri genetik itu sendiri, atau altruisme
timbal balik, yang telah kami jelaskan sebelumnya. Ini termasuklah sifat
altruisme ibu bapa kepada anak-anak mereka, dan kelawar pontianak yang memberi
makan kepada jirannya di dalam gua, yang berdasarkan prinsip, “kau tolong aku
hari ini, aku tolong kau esok”. Altruisme jenis ini tidak mempunyai kaitan
dengan altruisme asli.
Di dalam bukunya, The Selfish Gene (khususnya
dalam bab berkenaan meme), Dawkins tidak membahaskan isu ini, walaupun ia
adalah isu paling penting berkenaan tajuk ini. Ateis ini tidak perlu, demi
membuktikan keabsahan kaedahnya, untuk mencadangkan sebuah teori yang
menjelaskan penciptaan unit budaya apabila ianya diperlukan atau menghasilkan
manfaat, yang kemudiannya ditiru dan dipindahkan. Apa yang diperlukan dari
beliau adalah untuk menjelaskan budaya yang unik kepada manusia, seperti
altruisme, sebab kemunculannya dan prinsip disebaliknya.
“Adalah
berkemungkinan untuk sebuah lagi kualiti unik manusia adalah kemampuan untuk
altruisme yang asli, tidak berkepentingan dan sejati. Saya berharap sedemikian,
namun saya tidak akan menghujahkan kes ini, mahupun berspekulasi berkenaan
kemungkinan evolusi memenya.”[1]
Bolehkah kita menganggap kenyataan ini sebagai
sebuah pengakuan oleh Dawkins bahawa beliau tidak mampu untuk memberikan
penjelasan logika untuk altruisme asli yang berselari dengan teori ateistiknya?
Adakah wajar untuk memikirkan, sebagai contoh, yang beliau mempunyai sebuah
penjelasan untuk isu paling penting yang membatalkan doktrin ateistik beliau,
namun beliau memilih untuk mengabaikannya? Saya tinggalkan soalan ini kepada
para pembaca untuk menjawabnya.
Dawkins meneruskan dengan berkata:
“Point yang saya cuba
nyatakan adalah walaupun jika kita melihat pada sisi gelap dan mengandaikan
individu manusia secara asasnya memang mementingkan diri, pandangan jauh dan
kepekaan kita, kapasiti kita untuk melakukan simulasi masa hadapan
_______________________
[1] Sumber (Dawkins - The Selfish Gene - Gen
Keakuan): ms 323
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 292
di dalam imaginasi
kita, mungkin dapat menyelamatkan kita dari sifat penting diri paling buruk
milik pereplikator yang buta. Kita sekurang-kurangnya mempunyai kelengkapan
mental untuk memperkukuhkan kepentingan diri jangka panjang kita, daripada
sekadar kepentingan jangka pendek. Kita mampu melihat manfaat jangka panjang
dalam melibatkan diri dengan ‘konspirasi merpati’, dan kita boleh bersama-sama duduk membincangkan cara untuk
menjayakan konspirasi ini.”[1]
Di dalam semua kes kita melindungi kepentingan
diri kita, tanpa mengira asasnya adalah budaya dan memik atau genetik, dan
samada kepentingan diri ini adalah bersifat jangka pendek atau panjang,
hakikatnya kita masih bersikap mementingkan diri, dan bukan bersifat
altruistik. Altruism sementara demi kepentingan diri yang bersifat jangka
panjang tidak menukar fakta bahawa ia masih bersifat penting diri dan berniat
untuk mencapai suatu kepentingan, walaupun ia bersifat jangka panjang, seperti
halnya altruisme demi mencapai reputasi. Akibatnya, tingkah laku seperti ini
tidak boleh menjadi penjelasan yang valid bagi altruisme asli, tidak
berkepentingan dan hakiki.
Dawkins menyambung:
“Kita mempunyai
kemampuan untuk melawan gen penting-diri yang dilahirkan bersama kita, dan jika
perlu, meme penting-diri yang mengindoktrinasi kita. Malah kita mampu
membincangkan cara untuk, dengan sengaja, memupuk dan membentuk altruisme asli
dan tidak berkepentingan, seeuatu yang tidak pernah wujud dalam sejarah dunia
ini. Kita dibina sebagai mesin gen dan dididik sebagai mesin meme, namun kita
mampu untuk menentang pencipta kita. Hanya kita, di bumi ini, mampu memberontak
ke atas kezaliman replikator yang penting diri.”[2]
Ya; bagaimanapun,
sebuah sifat yang menentang survival gen individu
tidak boleh berkembang dan terbentuk dalam diri kita seterusnya tertegak dalam
alam semulajadi,
kerana ia adalah sifat yang bercanggahan
dengan sifat penting diri kita sebagai mesin survival yang dibina oleh gen.
________________
1. Sumber yang sama.
2. Sumber yang sama.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 293
Dan ia adalah sifat yang bekerja melawan arus
kepentingan gen individual.
Ini adalah isu yang tidak dapat diberi respon
secara saintifik oleh para ateis.
Sebuah sampan tidak boleh bergerak melawan
arus tanpa mendayung untuk mengatasi arus deras yang menghanyutkan semua
kepingan kayu yang lain - atau kita boleh sebutkan, menghanyutkan semua
organisme lain kecuali manusia- dan pastinya, tiadalah dapat kita mendayung
melainkan wujud seorang pendayung.
Berdasarkan bukti-bukti saintifik, kita
sepatutnya menerima dan mengakui kewujudan seorang pendayung. Kewujudan
pengaruhnya yang sangat kuat telah terbukti kepada kita berdasarkan gerakan
kita melawan arus deras serta pemberontakan kita terhadap kezaliman gen kita.
Apabila kita menyebutkan seorang pendayung,
kami tidak maksudkannya sebagai Tuhan. Malah, pendayung itu adalah jiwa atau
roh. Pastinya, membuktikan kewujudannya adalah salah satu cara membuktikan alam
kerohanian, dan hasilnya, membuktikan kewujudan Tuhan.
Sebab mengapa kita tidak dapat melihat jiwa
dengan mata kasar kita adalah mudah: ia berada di alam yang tidak sama dengan
alam material dan fizikal kita sekarang. Berkenaan bagaimana ia boleh memberi
kesan kepada kita secara fizikal, ia boleh diterangkan secara saintifik,
sekurang-kurangnya melalui tenaga lintas-alam, seperti yang akan kita lihat
dalam Bab 6. Wujud kemungkinan untuk satu alam mempengaruhi alam yang lain,
sebagaimana wujud kemungkinan satu entiti di suatu alam memberi kesan kepada
entiti di alam lain, walaupun tanpa hubungan terus, material yang dapat dilihat
terjadi antaranya. Dengan cara yang sama, kita boleh memahami pengaruh alam
jiwa pada alam material kita ini.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan