Bahagian kecil dari mana evolusi bermula, tidak ada faedah sebenar daripadanya untuk dianggap sebagai perbezaan Yang Menyebabkan Proses Evolusi Seleksi Semulajadi Terjadi:
Richard Dawkins:
Apa gunanya jika
mempunyai sayap tunggal? Bagaimana bermulanya sejarah sayap? Banyak haiwan yang
melompat dari dahan ke dahan, dan kadang-kala jatuh ke tanah. Untuk kes haiwan
kecil, khususnya, seluruh permukaan badannya akan merintangi angin dan membantu
dalam lompatan atau memperlahankan kelajuan jatuh dengan bertindak sebagai
aerofoil asas. Sebarang perubahan ke arah menambah nisbah keluasan permukaan
berbanding berat akan membantu haiwan tersebut. Sebagai contoh, satu tutupan
kulit yang membesar di sudut-sudut sendi. Dari sini, akan wujud siri-siri
pengredan berterusan yang bakal menghasilkan sayap meluncur, dan seterusnya sayap
yang mengepak. Sudah pasti ada suatu jarak yang tidak dapat dilompat oleh
haiwan purba yang
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 110
dengan sayap primitif.
Dan sudah pasti juga, untuk apa sahaja saiz dan mentahnya permukaan rintangan
angin versi nenek moyang haiwan ini, pasti ada suatu jarak, se-pendek mana pun
jarak tersebut, yang dapat atau tidak dapat dilompati dengan kepak tersebut.
Atau, jika prototaip
sayap berjaya menghalang kejatuhan haiwan tersebut, anda tidak boleh
mengatakan, “Dibawah saiz tertentu, kepak itu tidak akan mempunyai apa-apa
kegunaan”. Sekali lagi, betapa kecilnya sayap itu atau betapa sayap pertama itu
nampak tidak sempurna tidak akan membawa apa-apa masalah. Pasti ada suatu
ketinggian, kita katakan tinggi tersebut sebagai “h”, iaitu ketinggian yang
akan menyebabkan kematian kepada haiwan yang jatuh dari ketinggian tersebut,
namun haiwan itu akan selamat jika jatuh dari ketinggian yang lebih rendah.
Bagi zon kritikal ini, sebarang penambahbaikan kepada kemampuan permukaan kulit
untuk merintangi angin dan mengatasi dari jatuh, walaupun kecil, akan menentukan
hidup mati haiwan tersebut. Seleksi semulajadi seterusnya akan memilih sayap
prototaip yang kecil. Sayap primitif ringkas dan dengan lipatan ini - sayap
kecil menjadi menjadi norma,
ketinggian kritikal "h"
akan menjadi semakin tinggi.. kini bertambah sedikit lagi dalam lipatan - sayap
akan ada perbezaan antara hidup dan mati dan seterusnya, sehingga kita
mempunyai sayap yang sihat.
Wujud haiwan hari ini
yang menunjukkan dengan begitu indah, setiap peringkat evolusi dalam
keberterusan. Kita dapati ada katak yang meluncur dengan sesawang antara jari
kakinya, ular pokok yang meluncur dengan badan yang dinipiskan untuk merintangi
air, cicak dengan kepak di badannya, dan beberapa jenis mamalia yang meluncur
dengan membran yang ditegangkan antara anggota tubuh mereka, menunjukkan kepada
kita kelawar memulakan perjalanan evolusi mereka. Berlawanan dengan literitur
milik kreasionis, haiwan yang mempunyai “separa sayap” bukan sahaja banyak,
malah begitu juga haiwan dengan suku sayap, tiga suku sayap dan seterusnya.
Idea berkenaan keberterusan evolusi haiwan terbang menjadi semakin berpengaruh
apabila mengingatkan haiwan yang sangat kecil cenderung untuk terapung di
udara, tanpa mengira bentuknya. Sebab utama ia berpengaruh adalah wujudnya
keberterusan yang infinitsimal (terlalu halus untuk dikira) dari haiwan kecil hingga
yang besar.
Idea berkaitan
perubahan kecil yang terkumpul dalam banyak langkah adalah sebuah idea yang
sangat berkuasa, mampu menjelaskan berbagai topik besar yang sebelumnya tidak
dapat dijelaskan.
Bagaimana ular
mendapat bisanya? Banyak haiwan menggigit, dan air liur mereka mengandungi
protein yang mana jika masuk ke dalam luka, boleh menyebabkan reaksi alergik.
Malah ada ular yang tidak berbisa boleh menyebabkan tindak balas menyakitkan
apabila mematuk orang-orang tertentu. Kemudian akan ada perubahan berterusan
dari air liur biasa kepada bisa merbahaya.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 111
Bagaimana terjadinya
telinga? Mana-mana bahagian kulit boleh mengesan getaran jika mereka
bersentuhan dengan objek bergetar tersebut. Ini adalah kesan natural dari deria
sentuhan. Seleksi semulajadi dengan mudah boleh menambah baik deria ini
beransur-ansur sehingga ia menjadi cukup sensitif untuk mengesan getaran
sentuhan walaupun sangat perlahan. Pada peringkat ini, ia sudah cukup sensitif
untuk mengesan getaran di udara pada kekuatan yang minimal dari sumber asalnya.
Seleksi natural kemudiannya akan memilih evolusi organ istimewa, iaitu telinga,
untuk mengesan getaran udara yang berasal dari suatu jarak yang semakin
bertambah. Sangat mudah untuk kita lihat kewujudan penambahbaikan secara
beransur-ansur hingga ke akhirnya.
Persoalan seterusnya,
bagaimana ekolokasi mendapat permulaannya? Setiap haiwan yang boleh mendengar
pasti boleh mengesan gemaan. Manusia yang buta kerap belajar untuk menggunakan
gemaan. Versi asas bagi kemahiran tersebut yang wujud pada nenek moyang mamalia
pasti akan memberikan bahan asas yang mencukupi untuk proses seleksi
semulajadi, menyebabkan penambahbaikan beransur-ansur sehingga sempurna seperti
yang wujud pada kelawar hari ini.
Penglihatan 5% adalah
lebih baik dari tiada penglihatan. 5% pendengaran adalah lebih baik dari tiada
pendengaran. 5% kebolehan terbang adalah lebih baik dari tidak boleh terbang.
Kita boleh mempercayai dengan sangat mendalam bahawa setiap organ atau
apparatus yang kita lihat adalah hasil dari penambahbaikan yang lancar dalam
dunia haiwan, sebuah perjalanan di mana setiap peringkat pertengahan akan membantu
untuk terus hidup dan membiak.[1].
____________________
[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker):
ms 129
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan