Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 186
Pendapat Bahawa Hawa Diciptakan Dari Tulang
Rusuk Adam... Dalam Pendekatan Saintifik:
Dari sisi pandangan saintifik, jika Hawa
diciptakan dari Adam, ini bermakna beliau akan mempunyai pelan genetik Adam
sepenuhnya, dengan kata lain, Hawa akan menjadi seorang lelaki. Oleh itu, suatu
mukjizat diperlukan di sini untuk menukarkan kromosom Y yang menentukan jantina
kepada kromosom X agar ia menjadi perempuan (XX) bukan lelaki (XY).
Malah, oleh kerana mereka yang membuat dakwaan
Hawa dicipta dari Adam mengatakan keturunan manusia berasal secara eksklusif
dari mereka berdua, maka semua manusia sepatutnya sama dari segala segi dan
satu-satunya perbezaan adalah jantina mereka. Ini bermakna kita semua
sepatutnya adalah klon tunggal tanpa sebarang perbezaan melainkan jantina kita,
melainkan jika mereka mengakui mutasi genetik dan evolusi itu adalah benar dan
mengatakan bahawa proses evolusi itu menyebabkan perubahan pada pelan genetik,
dengan kata lain, mutasi genetik dan perubahan sifat anak-anak terjadi selepas
Adam dan Hawa.
Realitinya, tesis mereka berada di jalan mati,
dan ini sahajalah jalan keluar mereka. Walaubagaimanapun, ini bermakna mereka
mengakui kebenaran teori evolusi. Hakikat ini membuatkan mereka menyanggahi
kenyataan mereka sendiri bahawa Hawa diciptakan dari Adam, kerana adalah tidak
mungkin bagi mereka untuk mengakui evolusi hanya terhad kepada jasad manusia,
sedangkan penjenisan spesis dan kepelbagaian adalah hasil yang tidak dapat
dielakkan akibat mutasi dan pemilihan terkumpul secara berperingkat. Oleh itu
sesiapa yang menerima mutasi dan perubahan sifat tidak boleh menafikan yang ia
adalah hasil dari proses pen-spesis-an berperingkat-peringkat. Adalah tidak
rasional untuk menerima suku atau setengah dari prinsip evolusi; sepatutnya anda
harus menerima sepenuhnya atau menafikan sepenuhnya. Tiada alasan yang logik
untuk kenyataan jahil yang menyatakan evolusi hanya boleh terjadi dalam satu
spesis namun tidak boleh membawa kepada kemunculan spesis baru. Sesiapa yang
menyebutkan sedemikian pastinya disebabkan oleh kejahilan mereka dalam ilmu
genetik dan biologi evolusi.
Akhir sekali, wujud mereka yang mengatakan
pelan genetik bahagian badan yang diambil dari Adam telah ditukar sepenuhnya,
dan Hawa diciptakan dari bahagian tersebut. Ini bermakna, jika bahan kimia yang
digunakan untuk membina pelan genetik Hawa diambil dari mana-mana tempat di
bumi ini, ia tidak akan menyebabkan sebarang perbezaan[a]. Jadi
apakah sebabnya dan di manakah rasionalnya untuk mengambil bahagian badan Adam,
kemudian memusnahkannya dan seterusnya membina ia semula? Bukankah lebih logik
jika bahan-bahan asas tersebut diambil dari mana-mana tempat di muka bumi dan
dibina pelan genetik Hawa tanpa perlu untuk memusnahkannya?
Hakikatnya, tiada penyelesaian paling baik
untuk dilema ini kecuali seperti yang telah saya jelaskan dalam tafsir ayat di
atas: penciptaan Hawa terjadi di langit atasan, di Syurga Adam (as), dan ia
merujuk kepada jiwa, bukan jasad fizikal ini.
[a] Penterjemah: Kerana Tuhan boleh membuatkan
bahan asas tersebut berlainan dengan kuasaNya.
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan