Bukti
Pertama Kewujudan Tuhan Mutlak: Sifat Sesuatu “Akibat atau hasil” Akan Menunjuk Kepada Sifat Sesuatu “Penyebab”
Ia termasuklah bukti kodifikasi undang-undang: ini melibatkan pembuktian kewujudan
pembuat undang-undang: Kewujudan satu bentuk undang-undang di dalam suatu “akibat atau hasil” akan menunjukkan “penyebabnya” adalah suatu entiti pembuat
undang-undang, secara langsung mengisyaratkan kepada suatu entiti penyebab yang
bijaksana, dan inilah apa yang kami ingin buktikan.
Termasuklah juga melibatkan pembuktian
kewujudan suatu sistem: Wujudnya ketersusunan (sistem) di dalam “akibat atau hasil” akan mengisyaratkan “penyebabnya” adalah entiti yang
mengorganisasi, lantas menunjukkan kepada suatu entiti “penyebab” yang bijaksana, dan inilah apa yang kami ingin buktikan.
Termasuklah juga melibatkan pembuktian
kewujudan matlamat: Wujudnya matlamat untuk “kesan” akan mengisyaratkan kepada penyebab matlamatnya, lantas
menunjukkan kepada “penyebab” yang bijaksana, dan inilah apa yang kami ingin buktikan.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 199
Termasuklah juga pembuktian kebijaksanaan: disifati
dengan (akibat atau hasil) kebijaksanaan samada dalam perkataan atau
tindakannya yang menunjukkan “penyebabnya” adalah bijaksana dan berilmu, dan inilah apa yang kami
ingin buktikan.
Ringkasan dalil-dalilnya ialah sebagai
berikut:
Apabila kita melihat sesuatu benda yang
tersusun (bersistematik), kita akan segera mengetahui bahawa penyebabnya adalah
entiti yang berilmu dan mempunyai kemampuan untuk menyusun atur, sekaligus
membuktikan kewujudan suatu entiti penyebab yang menyusun atur dan berilmu.
Apabila kita mendapati suatu kata-kata atau tindakan yang bersifat bijaksana,
maka kita akan tahu bahawa ia datang dari sumber yang bijak, sekaligus
membuktikan suatu penyebab yang bijaksana.
Sebagai contoh, apabila kita dapati bahawa
sekumpulan pokok buah-buahan ditanam dengan cara yang tersusun kemas, kita menilai
bahawa penanamnya adalah bersistematik dan mempunyai matlamat, oleh itu kita menilai
bahawa dia berpengetahuan dan arif atas apa yang dia lakukan. Maka kita
katakan: Bahawa dia adalah seorang manusia, sebagai contoh.
Dan apabila kita jumpa hutan yang di dalamnya
terdapat sekumpulan pokok liar dan tidak teratur, sifat liar (rambang-rawak) pokok-pokok
tersebut menunjukkan bahawa manusia tidak menanamnya.
.
Secara umumnya, bukti ini dapat digunapakai
dalam had semua kehidupan di muka bumi ini. Wujud terlalu banyak contoh,
khususnya dalam keadaan kehidupan spesis manusia, kerana mereka disifatkan
dengan sifat istimewa yang mengisyaratkan bahawa penyebab asal mereka adalah entiti
yang bijaksana, berkemampuan untuk menyusun atur dan bermatlamat. Adalah
mungkin bagi bukti ini untuk mempunyai hubungan dengan Teori Evolusi.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan