3. Sasaran Akhir Atau Matlamat Evolusi
Sebelum kita mendalami topik ini, mari kita
fahami dahulu apa maksud matlamat melalui sebuah contoh. Jika kita mengumpulkan
kepingan-kepingan kayu dan alatan pertukangan untuk membuat sebuah kerusi, maka
sasaran akhir adalah pembuatan kerusi tersebut. Bagaimanapun, tujuan pembuatan
kerusi tersebut adalah agar kita boleh duduk di atasnya. Sama juga kesnya
dengan evolusi mata. Sasaran akhir hasil dari semua bahan dan hukum adalah
untuk menghasilkan mata, namun matlamat mata adalah untuk melihat. Hakikatnya,
Dawkins dan mereka yang mengatakan bahawa
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 100
evolusi tidak bermatlamat, mereka tidak
merujuk kepada tujuan dan objektif evolusi. Sebaliknya mereka sedang berbicara
tentang kesan akhir atau sasaran akhir yang dicapai oleh evolusi. Oleh itu,
perlu diambil maklum bahawa apa yang kami gelarkan sebagai “sasaran akhir”, Dawkins di dalam bukunya,
beliau menyebutnya sebagai sebuah matlamat. Tiada masalah sebenarnya untuk
menyebut sasaran akhir sebagai sebuah matlamat, memandangkan evolusi sentiasa
mencapai target tersebut. Berkenaan hidupan di muka bumi ini, kami akan
buktikan, sasaran akhir jirim dan hukum adalah untuk menghasilkan makhluk hidup
yang waras dan mampu untuk memenuhi muka bumi ini. Berkenaan dengan matlamat
sebenar atau objektif pula, ia adalah untuk berkomunikasi dengan entiti ghaib
dan pennyembahan. Berkenaan subjek evolusi, membuktikan sasaran akhir evolusi
sudah memadai, dan dengan berbuat demikian, matlamat akan terbukti sebagai
akibat kepada sasaran akhir tersebut. Ini kerana membuktikan sasaran akhir akan
membuktikan kewujudan Tuhan, yang mana akan terbukti dengan membuktikan
matlamat.
Kita dapat tahu sesuatu aktiviti itu mempunyai
matlamat melalui beberapa cara, antaranya dengan menganalisis pelan awalnya,
bagaimana ia berfungsi, sehingga kita mengetahui bahawa ia mengikuti hukum dan
tidak bersifat rambang (liar), maka akan terbukti bahawa matlamatnya untuk
mencapai target akhir yang tertentu. Kita juga boleh mengetahui sesuatu
aktiviti itu mempunyai sasaran akhir yang ingin dicapai dengan melihat
hasilnya, serta keputusan terdekat dan akhirnya. Kemudian seseorang itu
bolehlah menyoal samada semua kerja-kerja tersebut bertujuan untuk mencapai
sasaran akhir dari awal, atau ianya hanya keputusan yang tidak bermakna dan
tidak disengajakan, menunjukkan semua kerja-kerja itu tidak bermakna dan tidak
mengikuti suatu hukum.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan