Reputasi (Kemasyhuran)
"Saya telah sebutkan kekerabatan dan timbal balik sebagai dua rukun
kembar altruisme dalam dunia Darwinian, namun wujud juga struktur kedua yang
berada di atas kedua rukun tersebut. Khususnya di dalam komuniti manusia,
dengan kewujudan bahasa dan gosip, reputasi adalah sangat penting. Seorang
individu mungkin mempunyai sebuah reputasi bersikap baik dan pemurah. Individu
lain mungkin mempunyai reputasi sebagai tidak boleh diharap, menipu dan mengkhianat
perjanjian. Individu yang lain pula mungkin mempunyai reputasi sebagai seorang
pemurah apabila kepercayaan telah terbina, namun menghukum dengan kejam jika
ditipu. Teori altruisme timbal balik yang belum dilahirkan menjangkakan haiwan
dari apa sahaja spesis untuk mendasarkan tingkah laku mereka kepada respon
tanpa sedar terhadap sifat tersebut sesama mereka. Dalam masyarakat manusia,
kita telah menambah kuasa bahasa untuk menyebarkan reputasi, selalunya dalam
bentuk gosip. Anda tidak perlu merasai kegagalan X untuk membelanjanya minum di
pub. Anda ‘terdengar khabar
angin’ bahawa X adalah
seorang yang kejam, atau - untuk menambah lagi komplikasi ironik kepada contoh
ini - bahawa Y juga adalah seorang yang teruk. Reputasi adalah sangat penting,
dan ahli biologi boleh mengiktiraf nilai survival Darwinian bukan sekadar menjadi
seorang penimbal balik yang baik, malah perlu juga membentuk sebuah reputasi
sebagai penimbal balik yang baik.”[1]
____________________
1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God): ms
219. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan