Penciptaan Manusia dalam bentuk Sebaik-baik
Kejadian, dan dia boleh kembali menjadi kera yang hina dan kepada
serendah-rendah peringkat, menurut teks agama!
Sesetengah orang yang mendakwa mempunyai ilmu
agama menggunakan ayat,
﴿لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ
تَقْوِيمٍ﴾
[Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
dalam bentuk yang sebaik-baiknya] sebagai bukti bahawa teori evolusi
bercanggahan dengan teks agama, kerana mereka memahami ayat itu sebagai
bermaksud jasad manusia telah diciptakan dalam bentuk sekarang dari saat yang
pertama. Namun jika mereka membaca ayat ini seterusnya, mungkin mereka tidak
akan menjerat diri mereka dengan kesimpulan yang jahil ini. Allah SWT
berfirman:
﴿لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ
تَقْوِيمٍ * ثُمَّ
رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ﴾
[Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
dalam bentuk yang sebaik-baiknya, Kemudian Kami kembalikan dia ke
serendah-rendah peringkat.]
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 140
Sepatutnya mereka bertanya kepada diri mereka:
jika ayat ini merujuk kepada jasad manusia, bagaimana ia akan dikembalikan ke
serendah-rendah peringkat, dan apakah peringkat tersebut? Adakah mereka
mempercayai bahawa jasad manusia sekarang berada di peringkat terbawah setelah
sebelumnya ia berada di peringkat terbaik? Atau adakah mereka mempercayai,
sebagai contoh, bahawa jasad semua Bani Adam akan berubah suatu hari nanti ke
peringkat terbawah sehingga mereka menjadi mawas atau makhluk seperti mawas?
Hakikatnya, adalah lebih baik bagi mereka
untuk tidak melibatkan diri dalam isu ini. Alangkah baiknya jika mereka
mempelajari kesilapan orang-orang terdahulu.
﴿لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ
تَقْوِيمٍ﴾
{Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
dalam bentuk yang sebaik-baiknya}[1]: “bentuk yang sebaik-baiknya”
bukanlah bermaksud bentuk fizikal. Sebaliknya, ia bermaksud bahawa manusia
dicipta dalam imej Tuhan. Imej Tuhan bukanlah imej fizikal atau percontohan. Ia
adalah penjelmaan / manifestasi nama-nama Tuhan. Oleh itu, maksud seorang
manusia dicipta di dalam imej Tuhan adalah manusia tersebut bersifat
menjelmakan nama-nama Tuhan di kalangan makhluk, seterusnya menjadi “Tuhan
dikalangan makhluk”. Setiap manusia mempunyai keupayaan untuk mencapai tahap
ini dengan kewujudan Roh Qudus yang menjelma dalam diri manusia. Bagaimanapun,
wujud manusia yang membazirkan peluang ini dan kembali kepada sifat asal mereka
atas pilihan diri sendiri:
﴿قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن
ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّهِ ۚ مَن
لَّعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ
وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَٰئِكَ
شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ﴾
{Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada
kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian
itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang
yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut.
Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan
yang betul.} [2].
Inilah kebenarannya: Tuhan telah memberikan
setiap manusia kunci besar yang dapat membuka semua pintu dan membenarkan
kemanusiaan mereka. Mereka boleh membuka pintu-pintu ini satu per satu,
bergerak dari satu cahaya ke cahaya yang lain, sehingga mereka bersemuka dengan
cahaya yang tidak mempunyai kegelapan di dalamnya. Atau mereka boleh sahaja
membuang kunci tersebut dan kembali kepada sifat haiwani mereka, lalu menjadi
setaraf dengan kera, seperti disebutkan dalam Quran: {dijadikan di antara
mereka sebagai kera}!
Tiada kezaliman wujud di sisi Tuhan. Neraka
adalah alam duniawi untuk mereka yang memilihnya dan meminta keabadian di
dalamnya. Hijab akan diangkat untuk mereka dan mereka akan mendapati dunia ini
terbakar dengan amalan mereka, kezaliman, kerosakan dan dipenuhi dengan kala
jengking hasad serta raksasa pemikian, jenayah dan realiti kebinatangan yang
akan ditampakkan dengan jelas kepada mereka. Kemudian mereka akan menyeksa
sesama mereka
____________________
[1] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Tin Ayat: 4
[2] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Ma’idah Ayat:
60
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 141
dengan realiti jahat yang baru jelas kepada
mereka. Sesiapa yang meminta keabadian duniawi akan ditunaikan permintaannya
dan tinggal di situ; hanya saja hijab akan diangkat kepada mereka agar mereka
tahu hakikat sebenar dunia ini:
﴿لَا تَرْكُضُوا وَارْجِعُوا إِلَىٰ مَا
أُتْرِفْتُمْ فِيهِ وَمَسَاكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْأَلُونَ﴾
{Janganlah kamu lari dan sebaliknya kembalilah
kepada kemewahan hidup yang telah diberikan kepada kamu dan ke tempat-tempat
tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa yang berlaku.}[1]
Tuhan itu adil dalam setiap cara. Bukan sahaja
Dia itu adil, malah pemurah dan sangat menolong sehingga ke tahap yang kita tidak
dapat fahami. Inilah sebabnya Dia tidak mengapa-apakan sesiapa. Hukuman paling
berat hanya diberikan berdasarkan apa yang dipilih manusia, kecelakaan abadi
manusia adalah hasil dari pilihan mereka sendiri. Tuhan, Maha Suci dan Tinggi
Dia, berfirman:
﴿وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَواْ مِنكُمْ في السَّبْتِ
فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُواْ قِرَدَةً خَاسِئِينَ﴾
{Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui
orang-orang di antara kamu yang melanggar pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman
kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".}[2]. Dia
juga berfirman:
﴿قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن
ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّهِ ۚ مَن
لَّعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ
وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَٰئِكَ
شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ﴾
{Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada
kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian
itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang
yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut.
Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan
yang betul.}[3] dan juga:
﴿فَلَمَّا عَتَوْاْ عَن مَّا نُهُواْ عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُواْ قِرَدَةً خَاسِئِينَ ﴾
{Maka setelah mereka berlaku sombong takbur kepada
apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka:
Jadilah kamu kera yang hina.}[4].
Maksud ayat-ayat ini adalah mereka telah
membuang kunci-kunci dari tangan mereka, seterusnya kehilangan roh kemanusiaan
yang disambungkan oleh Tuhan kepada bapa mereka, Adam, (salam atasnya), serta
digalakkan kepada manusia untuk memperolehi roh tersebut. Apa yang tinggal pada
mereka hanyalah roh haiwan, kerana mereka telah kembali kepada asal-usul
mereka: haiwan dan binatang buas yang tidak dapat memahami sebarang perkataan.
Jabir berkata: “Aku bertanya kepada Abu Jaafar
berkenaan ilmu seorang alim, dan beliau bersabda: “Wahai Jabir, wujud 5 jenis
roh pada seorang Nabi dan Wasi: Roh Qudus, Roh Iman, Roh Kehidupan, Roh Kudrat
dan Roh Syahwat. Wahai Jabir, melalui Roh Qudus, mereka mengetahui tentang apa
yang berada di bawah Kursi sehinggalah di bawah bumi. Wahai Jabir, empat roh
ini boleh dijangkiti najis, namun tidak bagi Roh Qudus, ia tidak terlibat dalam
gangguan mahupun permainan.” [5].
Sesiapa yang tidak mempunyai Roh Iman di
dalamnya, atau telah dirampas roh tersebut darinya, akan berbaki hanya tiga roh
pada dirinya, atau tiga sisi roh. Tiga sisi roh ini adalah sama seperti roh
haiwan, ini menjadikan tidak ada beza antara manusia (pent: yang hanya
mempunyai tiga roh ini) dan kera serta khinzir. Malah, transformasi mereka
adalah pengembalian kepada asal usul dan realiti mereka, asal usul yang enggan
mereka tinggalkan.
_____________________
[1] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Anbiya Ayat: 13
[2] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Baqarah Ayat:
65
[3] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Ma’idah Ayat:
60
[4] Al-Quran Al-Karim Surah Al-A’raf Ayat: 166
[5] Sumber (Al-Kulaini - Al-Kafi): J 1 ms 272
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 142
Mereka memilih untuk kekal dalam keadaan
tersebut. Jadi Tuhan memanggil mereka di dalam Quran, untuk kekal dalam keadaan
mawas:
﴿فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُواْ قرَدَةً خَاسِئِينَ﴾.
{lalu Kami berfirman kepada mereka:
"Jadilah kamu kera yang hina}
وَجَعَلَ منْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَا زيرَ﴾.
{dijadikan di antara mereka sebagai kera dan
babi.}
Tuhan Maha Berkuasa juga berfirman:
﴿أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ
يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ
هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖ بَلْ
هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا﴾
{Atau adakah engkau menyangka bahawa
kebanyakan mereka mendengar atau memahami? Mereka hanyalah seperti binatang
ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.}[1].
Kita boleh fahami dari ayat-ayat yang merujuk
kepada jasad manusia ini, bahawa Tuhan menyebut mereka sebagai kera, babi dan
lembu. Malah, mereka lebih sesat berbanding haiwan-haiwan tersebut dari jalan
kebenaran. Jika anda mahukan tafsiran {bahkan mereka lebih sesat lagi} dengan
menggunakan contoh haiwan, maka boleh dikaitkan mereka dengan cacing primitif,
lipas, kumbang dan kala jengking. Sebagai tambahan, evolusi juga boleh terjadi
secara spiritual atau dalaman. Suatu entiti yang mempunyai jasad manusia mampu
berevolusi secara spiritual dan bertambah baik sehingga ia menjadi seorang
manusia yang mempunyai Roh Iman dan Roh Qudus, atau beliau boleh sahaja
berdevolusi (pent: maksud berlawanan bagi evolusi) sehingga dirinya
hanya mempunyai roh haiwani seperti seekor mawas, atau lebih rendah dari itu,
seperti cacing, yang mana pemahamannya tidak pergi lebih dari keperluan
jasadnya: keperluan untuk makanan, keperluan untuk membuang najis dan keperluan
seksual. Malangnya inilah yang boleh terjadi kepada jasad manusia pada sesuatu
masa.
Ada tiga jenis roh: kehidupan, kudrat dan
syahwat. Makhluk yang mempunyai tiga roh ini adalah haiwan yang mampu hidup
dalam persekitarannya secara pintar berdasarkan saiz otaknya, komposisinya
serta kadar saiz otak berbanding saiz haiwan tersebut. Semua haiwan,
termasuklah manusia, adalah sama dalam hal ini. Sebagai contoh, mawas mampu
memilih alatan yang bersesuaian untuk memecahkan buah-buahan yang keras, memerang
(berang-berang) mampu membina empangan dan burung kakak tua boleh bersifat
dengan kecerdikan yang dapat dikenalpasti. Sesetengah haiwan juga mempunyai
kehidupan sosial, dan kita dapati melayani sesama mereka dengan belas kasihan.
Ada juga haiwan yang mempunyai sistem kemasyarakatan yang rumit, seperti lebah
dan semut.
Hasilnya, saya percaya bahawa persoalan
terkait samada benar atau tidak jasad manusia berevolusi dari hominin, dan samada
kenyataan ini bercanggahan dengan teks keagamaan, adalah sebuah persoalan yang
sangat penting. Ia layak
_____________________
[1] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Furqan Ayat: 44
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 143
dikaji dan diteliti oleh individu itu sendiri
untuk mengetahui kebenaran.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan