Rabu, 16 Februari 2022

Bab 4.02 Menyelesaikan Perdebatan: “Evolusi Itu Bermatlamat”

 

Menyelesaikan Perdebatan: “Evolusi Itu Bermatlamat”

 

Kita mempunyai gen-gen, mutasi genetik dan undang-undang kelangsungan hidup gen terbaik - atau boleh kita sebutkan, organisme terbaik. Perbezaan antara gen dan organisme adalah sama seperti perbezaan antara pelan untuk sebuah rumah dan rumah itu sendiri. Undang-undang kelangsungan hidup gen terpilih akan menambah baik gen-gen terpilih ini. Sekarang kita telah tahu tanpa ragu-ragu, bahawa mesin kelangsungan hidup yang terbaik untuk hidupan di bumi ini adalah mesin kecerdikan (otak). Walaupun kos ekonomi untuk mesin kecerdikan, iaitu otak adalah sangat tinggi bagi sesuatu organisme, kerana ia memerlukan jumlah nutrien yang sangat besar, evolusi jelas telah memilih jalan ini, iaitu untuk mengevolusikan mesin kecerdikan.

Memandangkan mutasi genetik sentiasa wujud, gen untuk membina mesin kecerdikan (otak sebagai contoh) akan menjadi wujud samada cepat atau lambat, walaupun jika mutasi genetik itu bersifat rawak.

Sebagai tambahan, oleh kerana undang-undang kelangsungan hidup bagi gen atau organisme terbaik[1] adalah undang-undang yang mentadbir evolusi, kita boleh sebutkan secara positif bahawa evolusi itu mempunyai tujuan dan matlamat dari awal lagi: iaitu untuk menghasilkan mesin kecerdikan, atau makhluk cerdik. Dengan kata lain, evolusi adalah bermatlamat.

Saya percaya, penjelasan terperinci ini adalah memadai untuk membantah teori ateistik (teori Tuhan tiada) Dr. Dawkins dalam konteks kehidupan di muka bumi, yang berasaskan idea bahawa evolusi itu tidak bermatlamat dalam jangka masa panjang.

 

_______________________

1. Gen-gen dan organisme hidup adalah ibarat pelan dan bangunan itu sendiri. Gen mewakili pelan dan organisme hidup itu boleh diibaratkan sebagai hasil dari sebuah pelan yang telah dilaksanakan.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 196

 

 

Malah jika kita ingin mengembangkan kesimpulan kita sebelum ini dan mengaplikasikannya kepada sebarang bentuk hidupan yang boleh kita bayangkan, kita masih boleh menyebutkan dengan yakin - berdasarkan undang-undang evolusi berasaskan mutasi replikator, atau mesin yang mereplikasi diri, pemilihan spesis yang terkuat - bahawa sebarang hidupan, samada yang sama seperti yang wujud di bumi (terbentuk dari air, karbon, nitrogen dan bahan kimia lain), atau di planet atau alam semesta yang lain, dan terbentuk dari ammonia menggantikan air, atau silikon, menggantikan karbon (kerana silikon juga mampu membentuk rantaian yang panjang seperti karbon), hasil yang tidak dapat dielakkan bagi hidupan tersebut adalah menghasilkan mesin kecerdikan. Berdasarkan undang-undang yang kita tahu, ini adalah matlamat evolusi yang tidak dapat dielakan. Adalah mustahil bagi evolusi dan sebarang bentuk hidupan, replikator atau mesin mereplikasi diri untuk mengelakkan dari mencapai tahap ini samada lambat atau cepat.

Kita juga menjangkakan apa sahaja benda hidup di alam semesta kita ini untuk bergantung kepada air dan karbon, kerana air dianggap sebagai bentuk cecair yang paling sempurna untuk membentuk kehidupan. Ini kerana ketumpatan air berkurangan apabila membeku, menyebabkan ia terapung sekaligus masih membolehkan hidupan terus hidup di bawah ais tersebut. Hidrogen, oksigen, nitrogen dan karbon adalah elemen (unsur) yang paling banyak di alam ini. Malahan, tidak seperti elemen lain, karbon boleh membentuk rantaian lemah yang mudah terurai, ini sesuai untuk metabolisme dan kehidupan, tidak seperti rantaian silikon.

Maka di sini kita telah menyelesaikan perdebatan ini serta menyelesaikan perselisihan berkenaan kebarangkalian membuktikan kewujudan Tuhan melalui Teori Evolusi. Kami telah membuktikan bahawa kehidupan mempunyai sifat bermatlamat, serta kehidupan dan evolusi itu sendiri mempunyai matlamat. Oleh kerana sifat untuk kesan menunjukkan kepada sifat untuk penyebab, ini membuktikan penyebab tersebut adalah bermatlamat, mempunyai kesedaran dan berilmu.

Maka kita telah membuktikan kewujudan Sang Penyebab yang mempunyai matlamat, mempunyai kesedaran dan berilmu. Akibatnya, kewujudan seorang Tuan atau Tuhan terbukti, tanpa mengira samada sebab langsungnya adalah Tuhan atau kesan-kesan dari Tuhan, yang tetap memberi isyarat kepada kewujudanNya kerana Dia mempunyai sifat yang telah kami buktikan, iaitu bermatlamat.

Ini sahaja sudah memadai untuk membantah teori para ateis moden yang terbina di atas asas bahawa evolusi tidak mempunyai matlamat jangka panjang.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: