Selasa, 1 Februari 2022

Bab 2.9 Bukti Evolusi: Degenerasi atau Atrofi dan Kehilangan Organ

   Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 90

 

Bab 2.9 Degenerasi atau Atrofi dan Kehilangan Organ

 

Degenerasi (kemunduran) atau Atrofi dan Kehilangan Organ

 

Degenerasi, atrofi (penyusutan) dan kehilangan organ juga menunjukkan bukti untuk evolusi dalam keadaan kesan proses ini sangat mudah dilihat. Ini kerana ia adalah sebuah proses evolusi, dan kehilangan atau terbantutnya sebuah organ adalah kerana kehilangan kebergunaannya. Contoh Degenerasi (kemunduran) :

 

Kehilangan Organ adalah organ yang disusutkan seperti kaki bagi sebahagian ular, dan sayap sebahagian burung yang dibantutkan seperti burung cormorant (Burung Dendang Air), seekor burung yang cekap menangkap ikan dengan menjunam ke dalam air.

 

Satu lagi contoh adalah organ tidak berfungsi atau buta seperti Ikan Gua Buta.

Ikan Gua Buta Meksiko

Sebab terjadinya degenerasi - kemunduran adalah apabila organ itu tidak lagi digunakan, dan secara ekonominya tidak menguntungkan untuk haiwan tersebut, seperti yang telah saya jelaskan sebelumnya. Sebagai contoh, mata ikan gua yang buta tidak mempunyai kegunaan kerana ia tinggal di dalam gelap. Jika dibiarkan terbuka dan berfungsi, ia akan merugikan tenaga kerana ia memerlukan tenaga berterusan. Apabila mata ikan gua terbuka dan berfungsi serta digunakan, ia akan memakan tenaga seperti mana organ badan yang lain. Hasilnya, ikan akan memerlukan lebih banyak makanan, seterusnya menyebabkan kehidupan, keberterusan hidup dan reproduksi (pembiakan) menjadi semakin sukar. Maka, apabila manfaat sesuatu organ itu hilang, spesis haiwan tersebut akan menghapuskan sifat itu sedikit demi sedikit, samada dengan mengurangkan saiznya atau menutup terus organ tersebut dengan pertumbuhan kulit. Ini berlaku apabila mutasi yang bersesuaian wujud. Haiwan yang mendapat mutasi genetik ini akan menghapuskan organ ini dan badan mereka akan menjadi lebih ekonomikal. Ini menjadikan mereka lebih kuat untuk terus hidup kerana mereka memerlukan makanan yang kurang. Oleh itu, apabila makanan tidak banyak, persekitaran akan memilih haiwan yang paling sesuai untuk keberterusan hidup. Beginilah perubahan terjadi dalam spesis haiwan, dan perubahan ini terjadi secara beransur-ansur, sebagaimana proses evolusi yang lain.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: