Isnin, 31 Januari 2022

Bab 2.7 Bukti Evolusi: Pemerhatian Anggota Badan Dan Naluri Haiwan


Pemerhatian Anggota Badan Dan Naluri Haiwan

 

 

Pertama-tama sekali, di peringkat bahagian badan dan bagaimana ia disusun, kita akan mendapati ikan normal bernafas melalui udara yang larut di dalam air, sementara ikan berparu-paru:

Lepidosiren Paradoxa

 

Seperti Lepidosiren Paradoxa, mampu bernafas melalui udara di atmosfera. Ini dianggap sebagai salah satu langkah awal diambil oleh ikan untuk hidup di darat. Sesetengah ikan paru-paru tinggal di air cetek, sementara yang lain, hidup pada musim panas di dalam lubang lumpur, menutupi diri mereka dengan bahan bermukus (pent: berlendir atau lembap) yang melindungi



  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 86

 

 

badan mereka. Semua ini adalah langkah evolusi untuk hidup di daratan, dibantu oleh kapasiti mereka untuk bernafas di udara atmosfera.

 

Ikan berparu-paru bernafas melalui insang seperti ikan yang lain. Mereka juga mempunyai kantung udara yang asalnya digunakan untuk terapung, namun telah berevolusi untuk bernafas melalui udara atmosfera. Ikan paru-paru telah dianggap sebagai mengambil langkah yang jelas ke arah membentuk dua kantung air menjadi dua paru-paru di masa hadapan, seperti haiwan vetebrata yang menyedut udara dengan dua paru-paru.

 

 

Wujud juga sejenis ikan yang dikenali sebagai ikan puyu (Anabas Testudineus) yang mampu memanjat, merangkak dan tinggal dalam lumpur untuk suatu tempoh yang panjang, dan kemudian pulang semula ke dalam air. Ia adalah ikan yang sebenar-benar ikan. Ia malah menggunakan penutup insangnya untuk merangkak kerana siripnya tidak berevolusi untuk berjalan.

 

Ikan mudskipper (belacak / belodok / belontok) adalah sejenis ikan amfibia yang berjalan dengan siripnya yang berevolusi di atas lumpur dan bernafas melalui kulitnya serta insang yang sudah terbentuk. Haiwan ini, atau ikan ini, tinggal di dalam air dan juga di dalam lumpur. Ia membiak di dalam air dan telurnya juga menetas di dalam air. Jelas, ini adalah langkah pertama ikan untuk tinggal di daratan dan berevolusi dari berenang di atas air hingga berjalan di daratan.

 

Oleh itu, dalam garis keturunan organisme yang wujud di bumi hari ini, kita melihat ada ikan yang berevolusi untuk bernafas melalui udara atmosfera, kemudian ikan yang berevolusi untuk menahan kekurangan air selain dari turut mempunyai kemampuan bernafas dari udara atmosfera, seterusnya, kita melihat ada ikan yang mampu berjalan di atas lumpur, bernafas udara atmosfera dan menahan kekurangan air; dan ikan lain yang mempunyai sirip yang berevolusi untuk berjalan di atas lumpur.

Isu perubahan dan evolusi sebuah organ atau anggota badan haiwan telah terbukti secara saintifik, jadi kita tidak boleh mendakwa evolusi itu tidak wujud sedangkan kita dapat melihat urutan dan tahap-tahap perubahan di hadapan kita. Berkenaan bagaimana evolusi ini terjadi, ia dengan mudah boleh disebabkan oleh kewujudan air berlumpur. Dengan berlalunya masa, persekitaran tersebut akan menapis ikan-ikan agar hanya individu yang mempunyai pembuluh darah luaran yang berhubungan dengan udara atmosfera sahaja - yang mewakili satu bahagian paru-paru bagi membolehkan oksigen diambil terus dari udara atmosfera - dapat melepasi tapisan tersebut. Maka, persekitaran akan menapis ikan-ikan tersebut agar hanya

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 87

 

 

ikan-ikan yang boleh merangkak di atas lumpur sahaja dapat berpindah dari kolam yang berlumpur, di mana kehidupan tidak boleh diteruskan di kolam tersebut, kepada kolam yang lebih baik agar kehidupan dan reproduksi boleh berterusan. Dengan cara ini, proses penapisan akan berterusan sehingga pelan genetik yang sesuai untuk persekitaran ini telah ditegakkan dengan kuat - dengan kata lain, sehingga ikan dengan sifat yang bersesuaian dalam persekitaran tersebut boleh terus hidup, membiak dan memperbaiki sifat mereka ke arah yang lebih baik sedikit demi sedikit. Inilah cara bagaimana evolusi terjadi

 

“Kita boleh melihat banyak kes di kalangan haiwan bawahan, di mana organ yang sama melaksanakan dua tugasan yang berbeza dalam masa yang sama; saluran pencernaan bernafas, menghadam dan membuang najis dari larva pepatung dan ikan tongkol. Pada haiwan Hydra[a], haiwan tersebut boleh dibalikkan luar dan dalam, dan permukaan luarnya akan bertugas menghadam sementara perut akan berperanan sebagai medium pernafasan. Dalam kes-kes ini, pemilihan semulajadi boleh membuat pengkhususan dengan mudah, jika wujud kesempatan yang dapat ditambah, satu anggota atau organ, yang sebelum itu telah melakukan dua fungsi untuk melaksanakan hanya satu fungsi dan maka telah mengubah sifatnya secara menyeluruh dalam peringkat yang tidak logik...... Wujud ikan dengan insang atau branchiae yang bernafas melalui udara yang larut dalam air, dalam masa yang sama ia dapat bernafas melalui udara terbuka dengan pundi apungan, iaitu sebuah organ yang mempunyai ductus pneumaticus untuk bekalan, serta dipisahkan oleh pembuluh darah.

Illustrasi pundi apungan di dalam ikan adalah contoh terbaik, kerana ia menunjukkan kepada kita dengan jelas hakikat bahawa sebuah organ asalnya dibina untuk satu tujuan, iaitu apungan, telah ditukarkan kepada sebuah organ yang mempunyai fungsi berbeza sama sekali, iaitu, pernafasan. Pundi apungan juga telah ditukarkan sebagai sebuah aksesori kepada organ pendengaran beberapa jenis ikan...

Semua ahli fisiologi mengakui bahawa pundi apungan adalah homolog atau serupa secara ideal, di dalam posisi dan struktur dengan paru-paru haiwan vetebrata yang mahu: maka pada saya, tiada kesukaran yang untuk percaya bahawa seleksi natural (pemilihan semulajadi) telah menukarkan pundi apungan kepada paru-paru, atau, organ yang digunakan secara khusus untuk pernafasan.[1]

 

Yang kedua, pada peringkat naluri, terdapat beberapa spesis semut yang mengambil hamba abdi, digunakan untuk berkhidmat pada mereka.

 

___________________

[a] Hydra: ular air, polip air tawar, hidra, sejenis ular zaman dahulu yang sukar dibunuh

[1] Sumber (Darwin - The Origin of Species): ms 301

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 88

 

 

Dalam satu spesis, naluri tersebut telah berevolusi secara sempurna sehinggakan semut-semut itu tidak dapat makan sendiri atau tidak dapat menjaga anak-anak mereka, kerana hamba melakukan semua kerja tersebut, dari membina sarang, menjaga anak-anak semut sehinggalah memberi makan kepada yang tua dan muda. Malah hamba semut ini membawa tuan-tuan mereka dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun di dalam spesis yang lain di mana naluri ini tidak sempurna, kita akan dapati bahawa semut-semut ini hanya bergantung kepada hamba sebagai bantuan untuk kerja domestik sahaja. Kita mungkin akan menjumpai spesis semut lain yang melakukan kerja-kerja lebih dari hamba mereka. Perbezaan ini menunjukkan secara jelas bahawa naluri mengambil hamba abdi bagi semut merah atau semut merah darah (F. Sanguinea dan Formica rufescens) adalah naluri yang berevolusi.

 

“Saya tidak akan mengikuti sangkaan tentang asal-usul naluri F. Sanguinea (semut merah). Namun sebagai semut yang asalnya tidak mengambil hamba, kita melihat mereka membawa pupa spesis lain jika ia berada berhampiran dengan sarang mereka. Wujud kemungkinan pupa tersebut disimpan sebagai makanan, namun ia telah berkembang sempurna; dan semut-semut tersebut seterusnya dibesarkan secara tidak sengaja, dan mengikuti naluri mereka dan membuat apa-apa kerja yang boleh. Jika kewujudan hamba-hamba ini terbukti berguna kepada spesis yang mengutip mereka, atau dengan kata lain, lebih menguntungkan untuk menangkap pekerja dari membiakkan mereka, maka naluri mengutip pupa sebagai makanan boleh diperkuatkan oleh seleksi semulajadi dan dikekalkan dengan tujuan berbeza, iaitu membesarkan hamba. Apabila naluri itu diperolehi, ia telah dilaksanakan dalam kadar yang kurang dari F. Sanguinea dari British, seperti yang kita dapat lihat, tidak banyak dibantu oleh hamba dari spesis yang sama di Switzerland, saya tidak melihat sebarang kesukaran bagi seleksi semulajadi untuk menambah atau mengubah naluri – dengan andaian setiap modifikasi akan bermanfaat kepada spesis tersebut – sehinggalah terbentuknya semut yang terlalu bergantung kepada hambanya, seperti Formica Rufescens (semut merah darah).[1]

 

_________________

[1] Sumber (Darwin - The Origin of Species) ms 419

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

  

Tiada ulasan: