BAB 1 AGAMAWAN DAN SAINS - Penyu Di Sepanjang Jalan[1]
Para utusan dari langit
sentiasa ditentang oleh "orang-orang agama" yang mengambil keuntungan
dari agama di zaman mereka. Bilakah manusia akan menyedari hal ini agar mereka
tidak jatuh ke perangkap yang sama sekali lagi?
______________
[1] Dikisahkan bahawa seorang ahli astronomi sedang memberi kuliah tentang bagaimana bumi berputar mengelilingi matahari. Seorang wanita tua berdiri dan berjalan ke arah beliau dan berkata: "Apa yang kamu katakan adalah mengarut. Bumi sebenarnya diletakkan di atas seekor penyu." Ahli astronomi itu bertanya: "Lalu, di atas apakah penyu itu berdiri?" Wanita itu mengejek cara berfikir beliau, lalu berkata: "Kamu adalah seorang lelaki muda yang pintar, Bahawa itu semuanya penyu sepanjang jalan ke bawah”
Wanita tua ini dan orang lain yang sepertinya tidak mereka-reka "kisah penyu" ini dari diri mereka sendiri - namun mereka memperolehinya dari agamawan di zaman mereka. "Penyu-penyu" agamawan ini sebenarnya sangat banyak. Mereka berada di setiap jalan, "penyu-penyu" yang diciptakan untuk sesiapa yang tidak mahu menggunakan akal mereka dengan betul untuk mengetahui kebenaran, kebenaran yang hakiki, selain dari apa yang diwarisi oleh nenek moyang mereka, atau yang diberitahu kepada mereka oleh para agamawan di setiap zaman. Di dalam bab yang pertama ini, kita akan meneliti beberapa "penyu" yang telah dijual oleh para agamawan ini kepada kita, dan terus menjualnya dengan cara yang berbeza, atau di dalam samaran baru.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 20
1.1
Giordano Bruno Dan Galileo Galilei
Giordano Bruno (1548 - 1600) adalah seorang ahli falsafah Itali. Beliau mempercayai bahawa bumi berputar mengelilingi matahari, dan beliau menerbitkan teori Copernicus tentang putaran Bumi, Bruno kemudiannya dipenjarakan oleh para agamawan Gereja Kristian. Setelah itu, mereka memotong lidahnya, menyeksa dan membunuh beliau kerana mengatakan bumi berputar mengelilingi matahari, sementara agamawan gereja mempercayai bahawa matahari dan planet-planet berputar mengelilingi bumi.
Galileo Galilei hidup antara (1564-1642).Dia adalah seorang profesor matematik di
Universiti Pisa. Pada permulaan abad ke 17, beliau mencerap langit dengan
teleskop yang dibina oleh beliau, dan beliau mendapati sememangnya bumi
berputar mengelilingi matahari, namun Gereja Katolik melihat teori ini tidak
selari dengan Kitab Suci. Jadi mereka mendakwa Galileo atas kesalahan ajaran
sesat, sebuah dakwaan yang selalunya diberikan kepada sesiapa yang menentang
Gereja. Pada mulanya beliau dipenjarakan, dan kemudiannya diletakkan di bawah
tahanan rumah serta dilarang mengajar atau memberi syarahan. Buku-buku beliau
diharamkan dan beliau meninggal dunia di rumahnya. Ini semua angkara para
agamawan, manusia "cerdik pandai" yang tahu segalanya, dan tahu
dengan yakin bahawa bumi tidak berputar sama sekali!! Adakah mana-mana orang
Kristian di zaman itu akan mempercayai Galileo, yang dikenali sebagai seorang
yang sesat (bid’ah) di sisi Gereja, dia lebih faham daripada ulama agama
Kristian dengan Persamaan Ketuhanan Ajaib yang tidak dapat difahami oleh
sesiapa pun, yang mengatakan: Bahawa Tuhan itu diungkapkan sebagai tiga oknum
(peribadi), setiap satu darinya adalah Tuhan Mutlak, mengutuskan peribadi yang
lain, namun mereka adalah satu?! Persamaan Ketuhanan Ajaib Mereka tanpa warna,
rasa, atau bau yang mereka dapat sampaikan sehingga hari ini kepada lebih
daripada satu bilion orang Kristian, walaupun kebatilannya jelas sejelas 1+1=2!
Maka bagaimana mereka tidak dapat meyakinkan orang Kristian tentang
ketidaksahihan perkataan seorang sesat (bid’ah) yang sangat kecil - yang
mengatakan bahawa bumi berputar - seperti Galileo selama beberapa ratus tahun?!
Akibatnya, Gereja
secara rasmi meminta maaf kepada Galileo, tetapi selepas dia mati ratusan tahun
yang lalu, dan setelah jelas pada semua orang tentang kebenaran bumi berputar,
Gereja akhirnya yakin, walaupun meremehkan bahawa bumi berputar sebelum
pengikutnya meninggalkannya.
Gereja Katolik
meminta maaf kepada Galileo pada abad kedua puluh dan membebaskannya daripada
jenayah terbesarnya, iaitu kata-katanya: "Bahawa bumi berputar."
Setelah hampir
empat abad, hasilnya bahawa Galileo
adalah seorang penjenayah yang telah dibebaskan dari jenayahnya!
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 21
Jenayahnya kerana
dia mengatakan bahawa bumi berputar mengelilingi matahari! Hari ini beliau
bukan lagi seorang yang sesat (pembid’ah)! Sekarang menurut Gereja, kenyataan
beliau bukan lagi bersifat sesat! Jadi Giordano Bruno telah dibunuh kerana
menyatakan kebenaran, dengan kata lain, Gereja adalah pembunuh yang menumpahkan
darah manusia yang tidak bersalah! Kesimpulan yang tidak dapat dielakkan
adalah, kenyataan Gereja yang bercanggahan dengan Galileo. Sehingga kesesatan Gereja
adalah kesesatan selama empat abad.
Persoalannya
sekarang: adakah mungkin wahai pendita Kristian, Gereja kamu juga telah
melakukan kesalahan (kesesatan) berkenaan ketuhanan Jesus Kristus, Roh Qudus
dan Bapa, tanggapan bahawa kesemuanya ada tiga entiti (oknum) pada khususnya,
sedangkan terdapat orang Kristian yang membangkangnya? Dan adakah mungkin suatu
hari nanti kamu akan mendapati bahawa Saint Arius, yang dianggap sesat oleh
Gereja kerana menafikan ketuhanan mutlak Jesus sebenarnya bukan seorang yang sesat?
Ia menerangkan kepada anda bahawa Gereja yang menentang Arius juga sesat,
seperti dalam kes Bruno dan Galileo?!
Perkara yang
ditakuti adalah bahawa hari tersebut mungkin akan tiba terlalu lewat untuk
memperbetulkan perkara ini atau untuk diperbetulkan. Tidakkah bagi setiap orang
Kristian layak untuk mencari kebenaran hari ini semasa dia masih hidup? Carilah
sendiri (kebenaran) dan janganlah mengikuti pendapat Gereja, yang terbukti
berdasarkan pengakuan mereka sendiri, bahawa merekalah yang sesat seperti di
dalam kes Galileo selama hampir empat abad.
Dan seperti seorang
pengembala yang membawa kambingnya untuk meragut rumput ketika matahari
terbenam, sementara pengembala yang lain telah pun pulang, kita menemui semula
kisah yang dialami Galileo pada ulama-ulama besar Wahabi dipertengahan abad
kedua puluh. Walaupun, menurut pendapat saya, mereka tidak tahu apa-apa tentangnya,
jika tidak mereka tidak akan menuduhnya melakukan syirik besar. Kerana dia
tidak sependapat dengan mereka dan mengatakan bahawa bumi yang berputar. Kisah
mereka (aliran Wahabi) disimpulkan dalam fatwa-fatwa yang menggambarkan semuanya
kejahilan mereka belaka. Maka setelah manusia naik ke bulan pada abad kedua
puluh, dan para angkasawan membawa gambar-gambar bumi semasa ia berputar,
jelaslah kepada para ulama besar Wahabi bahawa mereka tetap bertegas bahawa bumi
tidak berputar sama sekali. Berikut fatwanya:
Soalan:
Semoga Allah memberkati kamu. Ini adalah soalan dari seorang pendengar,
Ibtissam Muhammad Ahmad dari Al-Anbar, Iraq. dia bertanya, "Apakah maksud
firman Allah:
﴿وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ
السَّحَابِ ۚ صُنْعَ
اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ﴾
[Dan
kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia
berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan
kokoh tiap-tiap sesuatu.] [Al-Naml:88]. Adakah ayat ini membuktikan kesahihan pendapat
bahawa bumi berputar?
Jawapan: Syeikh Ibn
Utsaimin:
...
Kami katakan bahawa teori berkenaan siang dan malam bersilih ganti adalah
disebabkan bumi berputar mengelilingi matahari adalah terbatal kerana
menyanggahi makna zahir Al-Quran.. Malahan, terbukti bahawa Nabi [Muhammad] (S)
berkata kepada Abu Dzar (semoga Allah meredhainya) ketika matahari terbenam:
"Adakah kamu tahu ke mana matahari pergi?" Abu Dzar berkata, "Allah
dan RasulNya lebih mengetahui." Baginda bersabda, "Ia pergi dan sujud
di bawah Arash."
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 22
Hingga
akhir hadits, dan ini adalah bukti bahawa dialah yang bergerak ke arah bumi,
kerana baginda bersabda: Adakah kamu tahu ke mana ia pergi? Dan dalam hadits
yang disebutkan, baginda bersabda. Jika diizinkan kepadanya, jika tidak akan
dikatakan, "Kembalilah dari mana saja yang kamu kehendaki, maka kamu akan
keluar dari arah barat". Dan ini adalah bukti bahawa ia adalah yang
berputar mengelilingi bumi, dan ini adalah sesuatu yang wajib dipercayai oleh
orang yang beriman, sesuai dengan zahir firman Tuhannya, Yang Maha Mengetahui
segala sesuatu, tanpa melihat kepada teori-teori yang rosak ini akan ditolak
pada masanya. dan berkubur sebagai berkuburnya teori-teori lapuk yang lain.
Inilah yang kita yakini dalam perkara ini.......... Apa yang penting ialah kita
wajib percaya dalam masalah ini bahawa matahari beredar mengelilingi bumi, dan
perbezaan antara malam dan siang bukan disebabkan oleh putaran bumi, sebaliknya
kerana matahari beredar mengelilingi bumi.[1]
Lihatlah Ibnu Utsaimin
pada abad ke dua puluh mengatakan bahawa bumi berputar atau mengelilingi
matahari adalah sebuah teori yang akan ditelan zaman, namun akhirnya, zaman
pula yang telah menelan Ibnu Utsaimin dan menanam beliau. Adapun bumi berputar
mengelilingi matahari, semua manusia hari ini mempercayainya, kecuali
sebahagian orang-orang yang serba kurang yang dilalaikan oleh Ibn Utsaimin dan yang
seangkatan dengannya. Malangnya, sebahagian daripada mereka belajar fizik dan
masih percaya bahawa bumi tidak berputar!!!!
Dan Ibn Baz
menyatakan perkara yang sama seperti yang dikatakan Ibn Utsaimin:
Dari
Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz..... Saya juga mengesahkan artikel dengan
beberapa sebutan dari Allamah Ibn Al-Qayyim (rahimahu Allah) yang membuktikan
bumi ini bulat. Namun berkenaan putaran bumi, saya telah menafikan perkara ini
dan menjelaskan bukti yang mengesahkan kebatilannya, namun saya tidak
mengisytiharkan mereka yang mempercayainya sebagai kafir, saya mengkafirkan bagi
sesiapa yang mengatakan matahari itu statik dan tidak bergerak. Ini kerana ia
bercanggahan dengan teks yang jelas di dalam Al-Quran dan Sunnah yang suci lagi
sahih, yang mengesahkan bahawa matahari dan bulan bergerak pada orbitnya.[2]
Jelas dari
kata-katanya yang dia maksudkan dengan putaran matahari bahawa ia beredar
mengelilingi bumi seperti bulan, kerana dia percaya bahawa bumi adalah tetap
dan ia tidak berputar, dengan kepercayaan bahawa tidak ada cara untuk berlaku malam
dan siang kecuali matahari beredar mengelilingi bumi.
____________________
[1] Laman web Ibnu Utsaimin
(1425 Hijrah - 2004 Masihi). Maktabah Al-Fatwa: Fatwa Noor atas Jalan Tafsiran (tekstual).
Boleh didapati di: http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_6463.shtml
[2] Laman web rasmi Abdulaziz
bin Abdullah bin Baz. Himpunan fatwa dan artikel Syeikh Ibn Baz. Menjawab
fitnah kepada ulama. No. 8640 boleh didapati di:
http://www.binbaz.org.sa/mat/8640
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 23
Sesiapa sahaja yang
mengikuti orang-orang ini dan berkongsi kepercayaan mereka, perlu berfikir
semula. Mereka mengatakan teori bumi mengelilingi matahari adalah rosak (batil)
dan tidak betul, namun sekarang ia telah menjadi jelas bahawa kata-kata dan
kepercayaan merekalah yang rosak. Jadi, tidak mahukah kalian memikirkan semula
sebelum ianya terlambat? Bahkan mungkin kenyataan mereka tentang khalifah Allah
di bumiNya selepas Muhammad (S) juga salah, seperti kenyataan mereka tentang
bumi tidak mengelilingi matahari selamanya.... Bumi yang dikatakan oleh Ibn Utsaimin,
Ibn Baz dan semua ulama Wahabi itu tidak berputar. Berhati-hatilah, kerana pada
Hari Kiamat, di mana penyesalan tidak akan memberi manfaat kepada anda
kesahihan khalifah Allah di bumiNya selepas Muhammad (S), dan apa yang
disebutkan Ibn Utsaimin dan Ibn Baz adalah batil, dan mereka memterbalikkan
perkara itu dan menjadikan matahari beredar mengelilingi bumi, lalu mereka
berkata:
"Apa
yang penting berkenaan perkara ini adalah, kita wajib percaya bahawa matahari
mengelilingi bumi, dan pertukaran siang malam bukan disebabkan oleh putaran
bumi, tetapi ia disebabkan oleh matahari mengelilingi bumi."
Kepada manusia yang
mengikuti mereka, semoga Allah mengubah keadaan kamu. Berhati-hatilah, mungkin
mereka juga telah mempersembahkan agama kepada kamu secara songsang, seperti
yang telah mereka lakukan mengenai bumi dan matahari.
Di sini saya akan
tamatkan perbincangan berkaitan tiga masalah yang terkenal (Galileo - bumi berputar
– agamawan gereja Kristian dan agama Wahabi), dan saya hanya meminta mereka
yang membacanya untuk mengingati pengajarannya apabila kita sampai kepada
perbincangan tentang pandangan agamawan dalam teori evolusi atau kemajuan.
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan