Bab 1.6 – Para Agamawan Syiah Dan Teori Evolusi:
Tidak semua ulama-ulama Syiah telah menolak
teori evolusi. Hakikatnya boleh difahami daripada kenyataan-kenyataan mereka
bahawa sebilangan dari mereka telah pun menerimanya. Bagaimanapun, saya belum
menjumpai sebarang kenyataan tentang penerimaan yang jelas dan nyata daripada
mereka yang menerangkan bagaimana ianya selari dengan agama secara umum, atau
dalam kitab-kitab agama, dan lebih tepatnya dari Al-Quran.
Dalam bab ini, saya akan membincangkan tentang
pendapat-pendapat beberapa pihak yang menentang teori evolusi, seterusnya
menilai isi kandungan kenyataan-kenyataan mereka di atas neraca sains dan
menilai sejauh mana kebenarannya.
Syeikh Jaafar Subhani
Di dalam buku beliau, AI-Manhaj Al-Tafsiriyah
(Kaedah Penafsiran), Syeikh Jafar Subhani[1] menulis:
“Charles Darwin
telah menerbitkan buku beliau berjudul ‘The Tranformation of Species’ pada tahun 1908.
Berdasarkan kajian beliau, beliau membuktikan
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 36
bahawa manusia
adalah spesis yang terakhir dalam rantaian (salsilah) pengevolusian dan
rantaian ini merujuk kembali kepada sejenis haiwan yang menyerupai seekor kera. Lantas beliau
memadankan bapa-bapa dan nenek moyangnya pada satu susur galur yang khusus,
dengan sebuah puisi yang berbunyi:
"Mereka
adalah bapa-bapaku, maka aku juga seperti mereka…”
Ketika teori ini
diperkenalkan, ianya kurang diterima oleh rata-rata kumpulan agama di kalangan
penganut Kristian, Islam dan Yahudi. Mereka bersepakat bahawa manusia adalah
makhluk yang unik di mana rantaiannya (salsilahnya) merujuk kembali kepada Adam, bapa kepada
seluruh umat manusia yang diciptakan dalam bentuk rupa fizikal sekarang tanpa
ada sebarang kaitan dengan haiwan-haiwan.
Tambahan lagi,
sebilangan kelompok yang naif menggunakan pendekatan hipotesis yang sama
sebagai hujah kepada percanggahan antara sains dan agama, dan untuk memisahkan
diantara satu sama lain. Mereka mendakwa bahawa urusan agama adalah berbeza
dengan sains, walaupun ada kalanya bertepatan dan pada masa-masa yang lain
menyimpang darinya.
Terdapat juga
sebilangan yang tidak percaya dalam pemisahan sains dari agama, justeru mereka
cuba untuk mengaitkan Al-Quran di dalam hipotesis tersebut. Dalam menjayakan usaha
ini, mereka telah mentafsirkan pelbagai ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh
kepada penciptaan manusia tidak lain hanya untuk menepati hipotesis tersebut.
Perdebatan ini
menjadi hangat diantara kelompok yang cenderung dalam mengambil hujah-hujah
agama secara literal dan kelompok yang cenderung dalam pentafsiran sahaja. sehingga
masa membuktikan kepalsuan hipotesis dan andaian yang datang selepasnya tentang
penciptaan manusia[2].
Kelihatannya seperti Syeikh Jafar, semoga
Allah menunjukkan beliau jalan kebenaran - juga gemar berseloroh. Beliau telah
menulis, “Mereka adalah bapa-bapaku, maka aku juga seperti mereka,”
tanpa menyedari “bapa-bapa” tersebut, sebagaimana yang telah dibahasakan oleh
Sheikh Jafar, tidak lain dan tidak bukan secara fizikalnya merujuk kepada nenek
moyang yang sama dimaksudkan oleh ahli biologi Charles Darwin. Justeru itu,
sekiranya terbukti mereka adalah nenek moyang kepada Darwin, maka mereka juga
adalah nenek moyang kepada Syeikh Jafar Subhani, malah nenek moyang kepada
setiap manusia di muka bumi ini.
Sebaliknya, sekiranya terbukti bahawa mereka
adalah bukan nenek moyang kepada Syeikh Jafar Subhani, atau “bapa-bapa”, maka
semestinya mereka juga bukan nenek moyang kepada Darwin.
Pembuktian atau penafian perkara ini adalah
berhubung rapat dengan sains, yang mana saya meragui Syeikh Jafar dan pendokongnya dari para Marajik
Syiah mempunyai kredibiliti untuk memperhalusi dan mengolahnya secara saintifik
(ilmiah). Ini ternyata benar jika
dilihat pada kenyataan Sheikh Jafar terhadap teori Darwin yang penuh dengan
ralat (kesalahan).
Beliau mendakwa Charles
Darwin menerbitkan bukunya The Transformation of Species pada
1908, tetapi Darwin hakikatnya telah meninggal pada tahun 1882, dan beliau
tidak pernah menulis buku yang bertajuk The Transformation of Species. Walaubagaimanapun, beliau pernah mengarang
sebuah buku yang bertajuk
_____________________
[1] Shaikh Jafar Subhani, lahir pada
1929, adalah ulama syiah yang menerima pendidikannya dari Pusat Keagamaan Islam
di Qum. Beliau membangunkan Institut Imam Shadiq di Iran dan telah menulis
beberapa buku berkenaan sains Islam.
[2] Sumber (Al-Subhani –
Al-Manahij Al-Tafsiriyah - Kaedah Tafsiran):
ms 46
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 37
The Origin of Species (Asal-usul
Spesis-spesis), diterbitkan pada
tahun 1859, yang mana tidak langsung mengulas perihal asal usul manusia. Beliau
menyentuh tentang asal usul manusia dan hubungannya dengan kera di dalam
bukunya yang lain berjudul The Descent of Man and Selection in
Relation to Sex (Keturunan Manusia dan Pemilihan Berkaitan dengan
Seks). Dalam buku ini, beliau membentangkan asal usul manusia
dan hubungannya dengan kera besar.
Penulis sejujurnya tidak tahu apa lagi yang
perlu diperkatakan. Maka adalah lebih baik saya serahkan kepada pembaca untuk
menilainya sendiri.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡
Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan