Sabtu, 29 Januari 2022

BAB 2: MENERIMA EVOLUSI TIDAK DAPAT DIELAKKAN

Bab 2.1 Teori Evolusi (Abiogenesis - Asal Usul dan Perkembangan)

                                                       

Teori Evolusi sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian - atau dua teori yang hampir berbeza - yang menerangkan tentang kemunculan, perkembangan dan evolusi hidupan di muka bumi ini. Bahagian atau teori pertama adalah berkenaan kemunculan hidupan pertama, atau asal-usul hidupan di bumi dari benda bukan hidup. Bahagian atau teori kedua pula adalah berkenaan menerangkan evolusi dan perkembangan hidupan dari benih pertama tersebut. Maka adalah logik untuk kita membincangkan asal usul kehidupan terlebih dahulu, dan kemudian barulah kita bincangkan berkaitan perkembangan kehidupan.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 66

 

 

Teori Evolusi Asal Usul (Benih Pertama)

 

Ahli biologi percaya bahawa setiap sel hidup mengandungi bahan rahsia kehidupan yang menghasilkan replikasi (gandaan), pertumbuhan dan pembiakan. Rahsia kehidupan tersebut adalah kromosom, tempat di mana maklumat disimpan. Kromosom mengandungi DNA[1] yang terdiri dari urutan bukan homogen empat nukleotida (A-T-C-G). Empat jenis nukleotida ini mewakili huruf-huruf bahasa genetik yang digunakan untuk menulis dan menyimpan maklumat. Maklumat ini disalin (copy) semasa proses replikasi (gandaan) apabila DNA diduakan. Oleh kerana DNA membawa maklumat untuk mereplikasi dirinya serta menghasilkan protein, yang menghasilkan pembiakan dan pertumbuhan, ia bolehlah dianggap sebagai sebuah komponen yang mewakili kehidupan.

 

Dan beberapa pembezaan berlaku akibat percampuran antara DNA jantan dan betina, atau mutasi yang terjadi secara khusus ketika proses replikasi, atau dalam kes-kes tertentu, akibat dari serangan radioaktif.

 

Wujud sejenis lagi asid nukleik yang dikenali sebagai RNA[2], yang digunakan sebagai "orang tengah" untuk memindahkan maklumat semasa replikasi DNA dan penghasilan protein. Maklumat di dalam DNA dibaca oleh RNA seterusnya diterjemahkan kepada samada satu lagi salinan baru DNA agar pembiakan boleh berlaku atau diterjemahkan kepada rantaian protein yang memberi kesan kepada bentuk dan sikap sesebuah sel agar tumbesaran dapat terjadi. Sebagai contoh, apa yang menyebabkan sesuatu sel membezakan diri mereka kepada sel hati atau sel perut adalah gen yang dijadikan sebagai pelan kepada pembinaan sel tersebut. Maklumat ini ditulis dengan cara yang teratur dan bahasa yang tepat agar maknanya dapat sampai dengan sempurna kepada RNA. Seterusnya akan terjadi samada proses replikasi DNA atau penghasilan rantaian protein. Maka kita mempunyai kilang-kilang pembuatan yang didasarkan kepada sebuah pelan yang teratur dan mengikuti satu bahasa (maklumat gen).

 

Wujud lebih dari satu hipotesis atau teori abiogenesis (asal usul), salah satunya adalah sebuah kumpulan meteor membawa asid amino melanggar bumi berbilion tahun yang lepas, membentuk sup primordial yang terdiri dari asid amino kidal di perairan bumi, yang kemudiannya membentuk samada protein  yang mereplikasi sendiri atau RNA. Sebuah teori lagi adalah bahan kimia yang mereplikasi sendiri wujud terlebih dahulu, sehingga mencapai kehidupan, iaitu DNA.

 

______________

[1] Asid deoksiribonukleik (juga dikenali dengan kependekan bahasa Inggerisnya DNA daripada deoxyiibonucrleic acid) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Ia kadangkalanya juga dipanggil molekul warisan atas keadaannya yang boleh mewariskan sifat-sifat daripada organisma induk. Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.

[2] Asid ribonukleik (ribonucleic acid atau RNA) adalah sejenis molekul polimer  penting dalam pelbagai peranan biologi seperti pengekodan, penyahkodan, pengawalaturan, dan pengungkapan gen. Kedua-dua RNA dan DNA ialah asid nukleik. Asid-asid nukleik ini merupakan antara makromolekul penting untuk semua bentuk kehidupan yang diketahui selain juga dengan lipid, protein dan karbohidrat. 

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: