Bab 1.5 Beberapa Agamawan Sunni dan Evolusi
Universiti Al-Azhar yang mewakili aqidah Sunni
Al-Asy’ari dan Al-Maturidi telah terkenal kerana menolak Teori Evolusi. Berikut
adalah beberapa kenyataan dari ilmuan Al-Azhar yang kononnya menafikan evolusi.
Di dalam kitabnya Al-‘Aqidah Fi Allah [Aqidah Terhadap
Allah] oleh Dr. Umar Sulaiman Al-Ashqar:[1]
_________________
1. Dr Omar Sulaiman Al-Ashqar (1940-2012 M)
adalah seorang ulama Sunni. Beliau memperoleh ijazah kedoktoran dari Fakulti
Syariah di Universiti Al-Azhar. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti
Syariah di Universiti Kuwait dan kemudian sebagai profesor di Fakulti Syariah
di universiti itu.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 30
Al-Ashqar memulakan dengan menjelaskan kefahamannya
pada teori Darwin atau Teori Evolusi dengan mengatakan:
“Darwin” menjelaskan
proses evolusi dan bagaimana ia berlaku:
1. Pemilihan
Semulajadi: Faktor kepupusan memusnahkan makhluk yang lemah dan kurus,
mengekalkan yang kuat. Mereka menyebutkan peraturan ini sebagai
"Keberlansungan Hidup Makhluk Yang Terkuat" (Survival Of The
Fittest). Maka makhluk itu kekal sebagai makhluk yang kuat dan sihat yang
mewariskan sifat kuatnya kepada keturunannya. Ciri-ciri kuat terkumpul dari
semasa ke semasa, membentuk sifat baru dalam organisme. Inilah
"abiogenesis -pertumbuhan" yang menjadikan makhluk yang mempunyai
sifat-sifat utama ini berevolusi kepada organisme yang lebih maju. Dengan cara
ini, evolusi terus berlaku, dan itu adalah perkembangan.[1]
Penolakan: Teori Abiogenesis –
pertumbuhan adalah sebuah teori yang menerangkan permulaan replikator pertama (pengganda
pertama) dan bagaimana ianya muncul di bumi. Ia tiada kena mengena dengan sifat
organisme (benda hidup) atau peraturan pemilihan semulajadi. Ia berkait dengan
bagaimana protein pertama, atau replikator pertama (pengganda pertama), yang
mampu menyalin dirinya sendiri, yang mewakili permulaan kehidupan yang paling
mudah. Bagi evolusi organisme hidup dan pembawaan ciri-ciri baru semasa proses
evolusi, ia tidak dipanggil (Teori Abiogenesis – pertumbuhan), sebaliknya ini
adalah proses evolusi dan perkembangan. Bagi kemunculan organisme baru semasa
proses evolusi selepas ia mempunyai ciri-ciri yang mencukupi untuk memisahkannya
daripada saudara-maranya (kerabat rapatnya), ini dipanggil proses evolusi spesiasi
(spesis) atau diversifikasi (kepelbagaian).
Keajaiban tidak pernah terhenti untuk
orang-orang seperti Al-Ashqar yang menyelami sains dalam keadaan mereka tidak
mempunyai ilmu tentangnya. Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk
membezakan Teori Abiogenesis – pertumbuhan dari teori evolusi, mahupun
perkembangan dari spesiasi (spesis), kemudian beliau datang untuk mengatakan teori
evolusi itu batil dan berkeras menafikannya.
Kemudiannya Al-Ashqar berkata:
Professor Nabeel
George, salah seorang yang boleh dipercayai dalam sains, berkata: "Atas
sebab ini, pemilihan semulajadi tidak menjelaskan aliran teori abiogenesis atau
aliran evolusi. Kerana ia hanya menjelaskan hidupan yang kurang kuat akan mati,
dan muncul kelebihan yang mewarisi. di kalangan individu dan mereka yang
bercakap tentang loncatan evolusi (mutasi) bermaksud sesuatu haiwan yang tidak
mempunyai mata yang terbentuk untuknya
________________
Jordan di Amman Jordan.
. 1. Sumber (Al-Ashqar - Al-‘Aqidah Fi Allah):
ms 85
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 31
tiba-tiba mempunyai mata, kerana tindakan beberapa jenis sinaran.
Sesetengah pakar juga
telah membuktikan sinaran-x boleh menyebabkan beberapa perubahan pada benih-benih,
namun perubahan ini terjadi pada sesuatu yang sudah sedia ada - ia tidak
mencipta sesuatu yang asalnya tidak wujud. Bilangan benih-benih yang ada pada monyet
berbeza dengan bilangan benih-benih manusia. Sinar-X hanya memberi kesan kepada
benih-benih yang sudah wujud; maka bagaimana sinaran ini yang tidak mempunyai
bentuk akal, mencipta kecerdikan pada manusia yang membezakannya dengan monyet
dan haiwan lain?
Sinaran ini mampu
memberi kesan kepada benih-benih, tetapi ia lebih kepada merosakkan dari pembentukan
(pembaikan), seperti yang terjadi dengan sinaran atom (radiasi). Ini dan
sebagai tambahan, sains genetik yang bercanggah (teori Darwin), seperti yang
ditunjukkan oleh pengalaman. Orang-orang Yahudi dan Islam selepas mereka
mengkhatankan anak-anak mereka selama berabad-abad, namun ini tidak menyebabkan
anak-anak mereka dilahirkan di dalam keadaan berkhatan.
Tetapi semua ini
tidak menyebabkan anak-anak mereka dilahirkan berkhatan selepas berlalu selama bertahun-tahun,
dan dengan itu semakin sains berkembang, semakin ia membuktikan ketidaksahihan
teori Darwin[1].
Penolakan: Di sini sekali lagi beliau
menunjukkan salah faham terhadap teori evolusi apabila beliau menyebut perkara
berikut:
Mereka yang bercakap
tentang loncatan evolusi (mutasi) bermaksud sesuatu haiwan yang tidak mempunyai
mata tiba-tiba mempunyai mata, kerana tindakan beberapa jenis sinaran.
Kenyataan ini salah. Menurut teori evolusi,
mata tidak muncul secara tiba-tiba. Pada awalnya ia adalah sel yang mengesan
persekitaran organisme. Sel ini mempunyai pengkhususan merasakan cahaya,
berkembang biak, melengkung dan mengecil untuk membentuk bukaan cahaya,
seterusnya kanta terbentuk. Mata mata yang kita kenal hari ini berevolusi
menerusi langkah-langkah kecil terkumpul yang terjadi sepanjang ratus jutaan
tahun dan banyak generasi.
Ada pun penjelasan Al-Asyqar tentang berkhatan
menunjukkan beliau tidak tahu menahu tentang teori evolusi. Apa kena mengena
berkhatan yang merupakan sejenis tradisi dengan teori evolusi? Evolusi terjadi
dengan kewujudan sifat genetik terpilih yang diperolehi oleh
organisme. Berkhatan bukan sifat genetik, ia merupakan prosedur pembedahan
yang dilakukan oleh sekumpulan orang. Budaya dan prosedur pembedahan tidak
boleh diwarisi. Yang akan diwarisi adalah sifat genetik dan mempunyai
kesan terhadap evolusi.
Demi Allah! Saya hairan dengan seorang yang
tidak faham apa-apa tentang teori evolusi, namun menulis sebuah buku untuk menyangkalnya,
dan beliau menganggapnya sebagai sebuah jawapan Ilmiah (saintifik).
________________
[1] Sumber (Al-Ashqar - Al-‘Aqidah Fi Allah):
ms 89
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 32
Tiada kekuatan melainkan dari Allah.
Al-Ashqar berkata:
Teori ini tidak
didukung oleh realiti:
1. Jika teori
ini benar, kita pasti akan banyak haiwan dan manusia wujud melalui evolusi,
bukan sekadar cara pembiakan semata-mata. Walaupun jika evolusi memerlukan zaman
yang panjang, ini tidak bermakna kita tidak akan melihat kera bertukar menjadi
manusia, sekumpulan demi sekumpulan.
2. Walaupun jika
kita menerima bahawa keadaan atau pemilihan semulajadi menukarkan kera menjadi
manusia lelaki - sebagai contoh - kita tidak boleh menerima bahawa akan ada
juga wanita (yang bertukar dari kera) untuk menjadi pasangan kepada lelaki ini,
agar mereka boleh membiak dan agar ada keseimbangan antara lelaki dan
wanita.
3. Keupayaan
untuk mengadaptasi[1] yang kita lihat dari makhluk seperti sesumpah
(mengkarung, kadal), yang bertukar warna mengikut tempat ia berada, adalah
keupayaan yang berasal dari jasad makhluk tersebut. Ia dilahirkan dengan
keupayaan tersebut, yang wujud pada sebahagiannya dan tidak ada pada sebahagian
yang lain. Setiap makhluk mempunyai had yang ia tidak lewati. Keupayaan untuk
beradaptasi adalah berasal sejak dari kelahirannya, bukan sifat yang
dikembangkan oleh persekitaran seperti yang disebutkan oleh pengikut teori ini.
Jika tidak, persekitaran pasti akan memaksa batu, tanah dan objek tidak
bernyawa yang lain untuk beradaptasi.
4.
Katak berbeza
dengan manusia dalam keupayaan mereka untuk hidup di darat dan air. Sebagaiana
burung berbeza dengan manusia dalam keupayaan mereka untuk terbang dan bergerak
pantas tanpa mesin. Begitu juga dengan hidung anjing lebih sensitif dari hidung
manusia. jadi adakah hidung anjing lebih maju dari hidung manusia? Adakah katak
dan burung lebih maju dari manusia dalam hal tertentu? Unta, kuda dan keldai
mempunyai mata yang melihat dengan baik siang dan malam, sementara mata manusia
tidak dapat melihat dalam gelap. Penglihatan helang adalah jauh lebih tajam
dari manusia, jadi adakah helang dan keldai lebih maju dari manusia? Jika kita
mengambil kira kemadirian sebagai asas kelebihan, maka tumbuhan lebih unggul
dari manusia dan semua haiwan, kerana mereka mencipta sendiri makanan mereka
dan makanan untuk yang lain, tanpa memerlukan khasiat dari tempat lain.
Jika kita mengambil
kira saiz sebagai asas kelebihan, maka unta, gajah dan haiwan
_________________
[1] Adaptasi ialah proses evolusi yang
mana sesebuah populasi mampu mempersuaikan dirinya dengan habitatnya. Proses
ini berlaku selama turun-temurun lamanya, sebagai satu fenomena biologi
yang asas.[
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 31
pra-sejarah (dinosaur
sebagai contoh) adalah lebih unggul dari manusia.[1]
Penolakan: Al-Ashqar mempercayai bahawa
manusia moden, Homo Sapien, berevolusi dari mawas (kera) moden. Ianya
bukanlah seperti itu. Sebenarnya, manusia dan mawas moden berkongsi nenek
moyang yang sama. Oleh kerana kejahilan beliau atau salah faham beliau tentang
evolusi, beliau memerlukan (pembuktian) mawas moden berevolusi kepada manusia,
kerana beliau membayangkan ini adalah apa yang terjadi di masa silam,
malangnya, manusia dan mawas moden berpisah jutaan tahun yang lalu. Ini
bermakna mawas moden dan manusia berkongsi nenek moyang yang sama, namun mereka
terpisah kepada dua keturunan yang berbeza. Atas sebab ini, adalah mustahil
secara saintifik untuk mawas moden berevolusi kepada manusia; kerana jutaan
tahun yang lepas, mawas telah mengambil jalan evolusi yang berbeza dari
manusia. Ianya hampir mustahil untuk membayangkan mawas mengundur ke belakang
dalam jalan evolusi ke titik asal perpisahan dari manusia, dan kemudiannya
mengambil jalan evolusi yang sama dengan manusia.
Berkenaan dengan susur galur yang mana chimpanzi
berpisah darinya, dan manusia berevolusi dalamnya, satu-satunya yang tinggal
dari susur galur ini adalah manusia moden, Homo Sapien, jadi tiada siapa yang
boleh bertanya mengapa semua ahli susur galur manusia tidak berevolusi kepada
manusia. Pada hakikatnya, mereka berevolusi kepada spesis yang berbeza,
termasuklah manusia moden. Berkenaan persoalan samada evolusi masih berlaku
pada hari ini atau tidak, maka jawapannya adalah ya, ia masih berterusan di
alam semulajadi ini - walaupun evolusi pada kebanyakan organisme - tidak
kelihatan pada kita kerana pendeknya umur kita, dan panjangnya kitaran hidup
organisme ini.
Bagaimanapun, adalah mungkin bagi kita untuk
memerhatikan evolusi pada sesetengah serangga kerana kitaran hidup mereka yang
pendek. Melalui pemerhatian sesetengah spesis serangga dalam habitat semulajadi
mereka, kita dapat melihat dengan jelas indikasi evolusi dan perubahan dramatik
dalam sifat mereka. Ini adalah fakta yang diterima dan boleh disahkan oleh
sesiapa pun.
Berkenaan permintaan beliau untuk evolusi
seorang perempuan (seekor betina), ini adalah satu bentuk kejahilan yang paling
ekstrim, kerana evolusi berlaku dalam keseluruhan spesis. Salah satu rukun
dalam evolusi adalah pembiakan, pemindahan gene ke generasi seterusnya. Sebagai
contoh, apabila mutasi[2] yang mengubah kelurusan kaki berlaku pada
betina, ia akan diperturunkan kepada keturunannya, samada jantan atau betina.
Mutasi ini adalah kecil dan tidak mengeluarkan individu itu dari keseluruhan
spesisnya. Oleh itu, satu pasangan yang memiliki mutasi yang sama tidak
diperlukan agar boleh membiak. Individu tersebut masih boleh membiak bersama
yang lain dari spesis yang sama, yang tidak mempunyai mutasi tersebut. Di dalam
kes di mana mutasi itu merupakan sifat terpilih,
________________
[1] Sumber (Al-Ashqar - Al-‘Aqidah Fi Allah):
ms 90
[2] Mutasi adalah perubahan yang berlaku pada
kromosom atau gen yang menyebabkan ciri induk tak dapat diwarisi dengan baik
oleh anak.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 34
pemilihan semulajadi akan menegakkannya dengan jelas. Lama-kelamaan, individu-individu ini yang mempunyai sifat tersebut akan mendominasi keseluruhan spesis.
Disamping itu, tanpa pembiakan, maka tidak
akan ada evolusi. Jadi bagaimana boleh dibayangkan bahawa akan ada evolusi untuk
jantan tanpa betina sehingga ke tahap jantan dan betina menjadi dua spesis yang
berbeza, sehingga Al-Ashqar meminta evolusi seekor betina setelah jantan
berevolusi? Demi Allah, adalah sangat tragis untuk orang-orang ini bertindak
balas (menolak) kepada teori evolusi dengan kejahilan yang tidak bernilai!!
Pada Point ketiga Al-Ashqar dengan jelas
menunjukkan kejahilan melampau beliau tentang evolusi. Beliau tidak faham
apa-apa tentang tajuk yang beliau ingin menolaknya.
Berkenaan perbandingan beliau terhadap
deria-deria antara makhluk, saya tidak tahu mengapa beliau berasa hairan
terhadap mekanisme deria sesetengah haiwan lain lebih maju dari deria manusia.
Ini melangkaui segala penghujahan dan dan tidak ada perselisihan mengenainya.
Sebagai contoh, manusia tidak mempunyai sonar (gelombang bunyi) seperti kelawar,
serta penglihatan yang dimiliki oleh
helang. Adakah dia, sebagai contoh, melihat ada pertentangan dengan fakta
saintifik, eksperimen dan anatomi ini?!
Kemudian Al-Ashqar berkata
lagi:
Oleh itu, sistem
pendidikan kolonial (penjajah), mewajibkan teori ini setelah ia memusnahkan
agama manusia dalam kurikulum pembelajaran, memperkenalkannya di dalam pakaian ilmiah
(saintifik), supaya dapat meyakinkan pelajar akan kebenaran teori ini untuk
memutuskan apa yang dilontarkan kepada pelajar fikiran tentang perselisihan
antara agama dengan ilmu yang mereka reka (buat), membuatkan manusia
meninggalkan agamanya.
Cukuplah untuk para pembaca
mengetahui bahawa melalui teori ini, ramai anak-anak Islam yang terpesong dari
agama mereka. Oleh itu, penjajah sangat berminat untuk mengajar teori ini
kepada kanak-kanak Islam di sekolah kita pada ketika undang-undang Amerika
melarang mengajar teori ini di sekolah sejak tahun 1935 M.
Namun di Eropah,
setelah mereka memberikan pukulan kepada agama sesat mereka, mereka kembali mengumumkan
bahawa teori Darwin, yang mereka gunakan di dalam pertempuran untuk menyokong pendiriannya
bukanlah satu fakta saintifik; ia tidak lebih dari satu teori, yang semakin
banyak kemajuan sains, kebatilannya terbongkar.”[1]
_______________
[1] Sumber (Al-Ashqar - Al-‘Aqidah Fi Allah): ms 92 - 93
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 35
Teori Evolusi adalah sebuah teori saintifik.
Buat masa ini, ia satu-satunya teori yang diiktiraf di semua universiti
terkemuka dan pusat penyelidikan di serata dunia untuk menerangkan kehidupan di
muka bumi. Universiti-universiti di Eropah dan Amerika masih mengajar teori
evolusi hingga hari ini, dan Universiti Eropah dan Amerika mahupun universiti
yang mempunyai penilaian saintifik yang boleh dipercayai tidak berhenti
mengajar teori evolusi.. Jadi saya tidak tahu dari mana Al-Ashqar mendapat
kepalsuan ini: “semakin sains maju, maka semakin jelas kebatilan teori ini.”
Malah, sebaliknya adalah benar, kemajuan dan
bidang genetik telah membuktikan teori evolusi dengan bukti saintifik yang
tidak dapat dibantah, malah tidak dapat langsung dijadikan topik untuk
penghujahan besar. Dua contoh untuk bukti genetik ini adalah virus retro dan
gabungan kromosom
2 dalam manusia.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡
Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan