Bab 1.8 Kisah Muhammad Al-Shirazi Dan Darwin
Al-Syed Muhammad Al-Shirazi menjawab teori
Darwin di dalam sebuah buku yang berjudul "Antara Islam Dan Darwin".
Beliau menyebutkan dirinya di awal buku tersebut sebagai "Yang Mulia, Al-Marji’
Al-Dini, Al-A’laa Al-Imam Al-Shirazi”,[1] Semoga
ditingkatkan naungannya .
Tidak ada salahnya bagi kita untuk meneliti
penghujahan beliau ke atas sains, sejarah, geologi dan teori evolusi untuk
menentukan samada ia mempunyai nilai saintifik (ilmiah), atau "beliau
telah mendengar secara salah, lalu menjawabnya secara salah". Di dalam
bukunya, dia menulis atas nama Darwin dan mengaitkan kata-katanya itu kepada
Darwin. Kemudian Al-Shirazi akan membalas apa yang dibayangkannya sebagai
kata-kata Darwin itu kepada nama yang dia pilih untuk dirinya sendiri dalam
ceritanya dan nama Al-Shirazi ialah "Muslim":
Di dalam bukunya, Al-Shirazi menulis:[2]
Darwin [Al-Shirazi
membayangkan apa yang diucapkan oleh Darwin]: Pengalamannya adalah: pemeriksaan
dan bukti-bukti yang lain.
________________
[1] Muhammad Al-Al-Shirazi (1928-2001) adalah
seorang ulama Syiah Iran. Beliau menulis banyak buku dalam pelbagai subjek
termasuk politik, sains dan agama.
[2] Muhammad Shirazi. Antara Islam dan Darwin.
Cetakan pertama 1392 Hijrah / 1972 Masihi. Boleh didapati di:
http://www.alShirazi.com/compilations/nirai/darwin/fehres.htm
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 49
Pemeriksaan:
Jika seseorang itu
memeriksa lapisan-lapisan bumi, dia akan mendapati fosil-fosil tumbuh-tumbuhan,
haiwan dan manusia. Fosil setiap lapisan ini adalah saling berbeza antara
setiap lapisan. Selain itu, semakin hampir fosil tersebut kepada lapisan luaran
bumi, maka ia semakin utuh, sementara jika ia semakin jauh dari lapisan luaran
bumi, maka ia semakin kurang utuh.
Muslim [Al-Shirazi memeberi
respon kepada kononnya pendapat Darwin]: Bagaimana ini dapat dikaitkan dengan
evolusi, dan mengetahui asal usul kehidupan dan membuktikan manusia dijadikan
daripada kera?
Darwin [Al-Shirazi
membayangkan apa yang diucapkan oleh Darwin]: Sekarang saya katakan, kaitannya
adalah:
1. Lapisan bawah bumi
mengandungi fosil cengkerang, span, batu karang, udang, ikan, organisme sel
tunggal bercengkerang dan tumbuhan alfalfa.
2. Lapisan kedua
mengandungi pokok pain, pokok palma, reptilia, burung, ikan dan marsupial.
3. Lapisan ketiga
mengandungi ular, ikan paus, mawas dan pohon moden.
4. Lapisan keempat
mengandungi mammoth, kuadraped berbulu, manusia dan semua pokok moden.
..............
Muslim [Al-Shirazi]:
Pertama sekali,
bagaimana anda membuktikan semua lapisan fosil ini wujud? Dan bagaimana anda
membuktikan dakwaan anda bahawa semua lapisan fosil ini berevolusi dari lapisan
sebelumnya?
.....................
Kelima: Jika kita
mengandaikan manusia tidak wujud sama sekali di semua lapisan bawah, adakah ini
perubahan (penggredan) fosil
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 50
menunjukkan evolusi
yang anda dakwa? Dan jika seseorang berkata kepada anda: Tuhan mencipta hidupan
span di lapisan bawah... dan seterusnya, apakah jawapan anda?
Seterusnya, adakah
kewujudan kereta kecil di tingkat bawah sebuah bangunan, kereta yang lebih
besar di tingkat kedua, kereta yang lebih besar ditingkat ketiga dan
seterusnya, kerana mereka mempunyai saiz yang pelbagai, membuktikan kereta ini
berevolusi dengan sendirinya dan setiap satu darinya tidak dibina secara
berasingan?
Dan jika kita
andaikan: ada sebuah tanah runtuh di bandaraya New York, dan 1000 tahun
kemudian, seseorang menemui bangunan tersebut bersama semua tingkat bangunan dan
kereta-keretanya. Adakah dia boleh mengatakan seperti yang anda katakan?
Bagaimana jawapan anda jika dia berkata sedemikian? Apa bezanya di antara artikel
anda dan artikelnya? [1]
Ulasan: Dengan gerakan
pena sahaja dan dengan masalah yang sangat remeh (ringkas), beliau ingin
memusnahkan ilmu sejarah geologi dengan runtuhan tanah dan timbunannya, serta
kemampuannya untuk menentukan umur lapisan-lapisan bumi, dan seterusnya umur
fosil yang berada di dalamnya. Al-Shirazi berkata:
“Bagaimana anda dapat
membuktikan dakwaan anda bahawa semua lapisan fosil ini wujud?”
Kemudian dia mendakwa melalui dialognya bahawa
sains atau Darwin atau pihak lain dalam dialognya tidak mampu dan dia tidak berupaya
menjawab masalah atau persoalan ini!
Berkenaan dengan contoh bangunan tersebut,
nampaknya Al-Syed Al-Shirazi membayangkan ahli geologi mengklasifikasikan
lapisan bumi berdasarkan susunan yang mana berada di atas atau bawah, tanpa
apa-apa standard saintifik atau peraturan untuk mengurangkan risiko kesilapan
secara signifikan (mengikut kepentingan). Jadi beliau membayangkan para geologi
ini akan mengabaikan peristiwa alami seperti tanah runtuh, gempa bumi, letusan
gunung berapi, atau pergerakan plat tektonik bumi tanpa sebarang perhatian
kepada semua ini semasa mereka menetapkan standard saintifik untuk tujuan klasifikasi.
Sepatutnya beliau terlebih dahulu mengenali kaedah geologikal untuk mengklasifikasikan
dan menentukan umur lapisan bumi. Apakah mekanisme dan kaedah pemeriksaan yang
diikuti, dan adakah ia kaedah saintifik yang tepat atau tidak, supaya dia tidak
menimbulkan masalah dengan
________________
[1] Muhammad Al-Shirazi. Antara Islam dan
Darwin: Bab Pemeriksaan. Cetakan pertama 1392 Hijrah / 1972 Masihi. Boleh
didapati di:
http://www.alShirazi.com/compilations/nirai/darwin/part1/2.htm
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 51
tahap kenaifan yang tidak penting ini, namun
pada masa yang sama dia menggelar dirinya sebagai seorang imam dan Ayatullah!
Umumnya, sesiapa yang mencari kebenaran hanya
perlu mengkaji untuk mendapati kaedah saintifik berikut digunakan untuk
mengklasifikasikan umur lapisan-lapisan bumi:
1. Kaedah Pentarikhan Relatif (Relative
Dating Method):
Kaedah ini bergantung kepada beberapa faktor
termasuk: Untuk sebarang giliran lapisan batu yang tidak dirosakkan oleh bukaan
atau lipatan, lapisan bawah adalah lebih tua dari lapisan atasnya, dan
seterusnya. Oleh itu, menentukan lapisan yang lebih tua bukanlah secara rambang
seperti yang dibayangkan oleh Al-Shirazi, ia adalah klasifikasi yang tertakluk
kepada standard saintifik. Pada asasnya, kaedah ini menentukan umur lapisan
batu secara relatif dengan lapisan batu yang lain, tanpa mengetahui umur
sebenar bagi setiap lapisan.
2. Kaedah Pentarikhan Mutlak (Absolute
Dating Method):
Kaedah ini mengguna pakai elemen radioaktif
isotop.[1] Apabila meningkat tua, nukleus sebuah atom itu akan
mereput dan membentuk isotop radioaktif. Pereputan ini berlaku pada kadar tetap
bagi setiap elemen. Oleh itu, tempoh masa bagi lapisan batu yang mengandungi
isotop radioaktif dapat dikira dengan membandingkannya dengan isotop asal yang
diketahui. Kaedah ini telah masyhur selama berdekad-dekad lamanya, dan
diketahui lama sebelum Al-Shirazi menulis bukunya. Sekarang ia digunakan untuk
menentukan umur lapisan batu dengan ketepatan yang tinggi. Beberapa isotop
digunakan untuk menentukan umur batu-batan, fosil dan bahan organik, seperti Isotop
karbon (C) dan isotop argon (Ar) ...... dsb.
Inilah bagaimana Al-Shirazi memberi respon
kepada Darwin dan para Saintis Evolusi:
"Dan bagaimana
anda membuktikan dakwaan anda bahawa semua lapisan fosil ini berevolusi dari
lapisan sebelumnya?”
Jawaban bagi soalan ini sangat mudah. Kita ada
lapisan bumi, setiap satu di atas lapisan yang lain, yang telah diperiksa
menggunakan kaedah saintifik berketepatan tinggi tanpa memberi ruang untuk
kesalahan. Kita telah mendapati lapisan bawah adalah yang paling tua, dan
lapisan atas adalah lapisan yang paling baru, perbezaan umur antara lapisan
sesetengahnya mencapai ratusan juta tahun. Kita dapati bahawa lebih kuno (tua)
lapisan ini,
___________
[1] Jenis atom serupa boleh diubah sedikit
untuk membentuk isotop yang berbeza. Unsur (elemen) mungkin mempunyai beberapa
isotop. Sifat setiap isotop menyumbang kepada sifat elemen.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 52
ia akan mengandungi organisma primitif, dan
semakin kita bergerak ke atas, organisme menjadi semakin maju, berevolusi dan
kompleks. Oleh itu, tidak dapat dikatakan bahawa keseluruhan proses penciptaan
terjadi dalam satu peringkat, kerana sesetengah organisme ini datang selepas
ratusan juta tahun dari organisme yang lain. Malah, kompleksiti dan
kepelbagaian pada jasad makhluk datang setelah jasad yang ringkas selama
ratusan juta tahun.
Kemudian semua itu dianalisis, dikelaskan dan
dibandingkan dengan sains yang tepat seperti Perbandingan Anatomi dan alat pemeriksaan
terkini, dan didapati bahawa mereka adalah generasi maju antara satu sama lain
mengikut bukti saintifik dan penyelidikan.
Sekarang, sesiapa yang menolak keputusan pemeriksaan
dan analisis saintifik ini akan berkata: Ia dicipta secara langsung, setiap
kumpulan pada satu tempoh waktunya, Bagaimanapun dia perlu menjelaskan mengapa
Tuhan menciptanya dalam kumpulan dan menjadikannya seolah-olah mereka
dikembangkan (berevolusi) sebahagian atas sebahagian yang lain, adakah untuk
menipu manusia, jauh Dia Yang Maha Suci dari berbuat demikian?!
Jadi, perkaranya mudah sahaja dan ianya
berkembang (berevolusi) sebahagian atas sebahagian yang lain.
Perkara ini adalah sesuatu yang kini boleh
kita uji di makmal, memanipulasi gen-gen dan mencipta jenis (spesis) organisma
baharu.
Al-Shirazi juga berkata:
Kesembilan: Andaian
bahawa sel pertama adalah sel hidup tidak cukup untuk memberikan kehidupan
kepada jutaan atas jutaan organisme (hidupan). Dari mana datangnya kehidupan yang
wujud pada hidupan ini? Adakah anda melihat jika terdapat sekeping besi, itu
cukup untuk membenarkan kewujudan berjuta-juta tan besi? Semestinya tidak![1]
Ulasan: Saya tidak
pasti samada Al-Shirazi memahami konsep pembiakan atau tidak. Adakah beliau
tahu di dalam makmal, satu sel bakteria tunggal boleh menggandakan diri untuk
membentuk jutaan sel bakteria?! Saya rasa ini sudah memadai untuk menjelaskan penggandaan
hidupan adalah satu perkara yang sangat semulajadi dan biasa, jika bahan mentah
dan syarat yang sesuai ditemui untuk perkara ini. Saya percaya bahawa tidak
dapat dinafikan, bumi menyediakan keadaan yang mencukupi untuk hidupan
berkembang biak, dan masalah ini adalah sesuatu yang boleh
________________
1. Muhammad Shirazi. Antara Islam dan Darwin:
Bab Pemeriksaan. Cetakan pertama 1392 Hijrah / 1972 Masihi. Boleh didapati di:
http://www.alShirazi.com/compilations/nirai/darwin/part1/2.htm
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 53
diuji dengan mudah di dalam makmal. Adapun kepelbagaian
hidupan adalah sangat semulajadi dan tidak dapat dielakkan, jika kita tahu
bahawa kehidupan fizikal ada asasnya iaitu pelan genetik. dan terdapat mutasi
yang sentiasa terjadi dalam pelan ini yang menghasilkan pembezaan (variasi).
Jika variasi, pembiakan dan alam semulajadi yang memilih hidupan yang paling
kuat untuk terus hidup itu wujud, dan organisme hidup mewariskan gennya kepada
generasi seterusnya melalui pembiakan (reproduksi), evolusi tidak dapat
dielakkan terjadi.
Al-Shirazi juga berkata:
Kedua: Jika alam
semulajadi memilih yang terkuat, mengapa tumbuhan dan haiwan primitif masih
wujud? Mengapa alam semulajadi tidak menukarkan mereka kepada bentuk terbaik?
Ketiga: Mengapa anda
melihat[1] haiwan yang kurang kuat menyerang yang kuat dan membunuh
mereka yang lebih kuat? Sebagai contoh, singa membunuh manusia, haiwan berbisa
seperti kala jengking dan ular menyengat dan menggigit manusia iaitu haiwan
yang lebih kuat lalu membunuhnya? Kuman (mikrob) membunuh manusia yang lebih baik.
Keempat: Mengapa
sesuatu yang lebih kuat (baik) berubah menjadi kurang kuat (baik)? Seperti mana
manusia menjadi lemah lalu mati, dan kemudiannya menjadi tanah, perkara yang
sama terjadi kepada tumbuhan dan haiwan?
Kelima: Mengapa wujud
fosil haiwan yang telah pupus, yang tergolong dalam haiwan dari kalangan kelas
atasan, dari sudut saiz badan dan kesempurnaan bentuk........
Keenam: Apakah sifat
semulajadi yang memilih?"
Jika ia mempunyai
akal, pemahaman dan perasaan, maka apakah ia?
Jika ia tidak
mempunyai akal atau pemahaman, maka bagaimana ia memilih?
Tidakah jika
seseorang mengatakan "kepingan besi itu telah memilih batu bata menjadi
pasangannya", bukankah ia kedengaran mengarut dan tidak masuk akal?
_______
[1] Dalam versi elektronik: (anda tidak
lihat), dan ini menjadikan teks bercanggah, jadi ia mungkin ia terjadi akibatsalah
taip atau yang serupa dengannya.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 54
Bagaimana alam
semulajadi boleh disebutkan dengan sifat "pemilihan ini" yang lebih
baik dari pemilihan semua saintis, bijak pandai, para filsuf, ahli ilmu,
pemahaman dan pengalaman?![1]
Ulasan: Kenyataan Al-Shirazi bahawa kera-kera
dan tumbuh-tumbuhan tidak berevolusi adalah batil. Ini adalah perkara sejarah
yang dapat dibuktikan dengan mudah berdasarkan perbandingan fosil, serta
merujuk kepada fakta berkaitan arkeologi dan fosil. Sebagai contoh, telah
terbukti bahawa tumbuh-tumbuhan berbunga tidak wujud di masa silam, jadi tumbuh-tumbuhan
telah berevolusi. Kera-kera juga telah berubah dan berevolusi, kera-kera yang
kita lihat hari ini adalah berbeza sama sekali dengan kera-kera awal. Kera-kera
besar tidak wujud di masa silam, malah 70 juta tahun yang lepas, tidak wujud kera-kera
sama sekali. Yang wujud hanyalah mamalia kecil, yang mana makhluk masa kini,
termasuk kera-kera, berevolusi darinya, setelah dinasor pupus.
Berkenaan dengan kenyataan Al-Shirazi
berkaitan haiwan yang lebih rendah kedudukannya membunuh individu dari kalangan
atasan:
Sebagai contoh, singa
membunuh manusia, haiwan berbisa seperti kala jengking dan ular menyengat dan
menggigit manusia iaitu haiwan yang lebih kuat lalu membunuhnya? Kuman (mikrob)
membunuh manusia yang lebih baik (kuat).
Andaian beliau bahawa contoh ini adalah
penafian kepada pemilihan semulajadi membuktikan beliau tidak mempunyai
pemahaman dalam perkara ini. Singa, kala jengking, ular, bakteria dan virus
semuanya mewakili kaedah alam semulajadi yang mempengaruhi sesuatu spesis yang
sedang menjalani pemilihan – dalam contoh beliau, adalah manusia - Kaedah ini
memilih individu yang terkuat (baik) untuk bertahan daripada spesies tersebut atau
mampu bertahan dan melepasi halangan-halangan tersebut dan mewariskan gen-gen
mereka kepada generasi seterusnya. Malah, sesetengah ahli dari spesis yang sama
kadang kala menjalankan peranan ini dengan lebih agresif berbanding ahli spesis
yang lain, kerana persamaan persekitaran mereka lebih besar sebagai individu bagi
satu spesies
______________
1. Sumber (Al-Shirazi, Antara Islam dan
Darwin): Pemilihan Terkuat (terbaik).
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassa 55
Saya akan persembahkan sebuah contoh
berdasarkan standard Al-Shirazi untuk membantu mereka yang terpedaya dengan
beliau untuk memahami apa yang saya katakan:
Andaikan kita berada 2 juta tahun yang lalu di
mana satu spesis manusia bernama Homo Erectus wujud. Spesis ini mempunyai otak
yang kecil (lebih besar dari chimpanzi namun lebih kecil dari Homo Sapiens,
atau manusia moden). Adalah dipercayai spesis manusia moden, Homo Sapiens,
berevolusi dari Homo Erectus dan menjadi spesis yang berasingan 200 ribu tahun
yang lepas. Sekarang mari kita bayangkan bahawa kita sekarang sedang
memerhatikan sekumpulan Homo Erectus yang terdiri daripada 10 betina remaja dan
10 jantan remaja, yang dikelilingi oleh pemangsa yang merbahaya seperti singa,
haiwan berbisa seperti kala jengking dan ular dan bakteria merbahaya (membunuh).
Ahli kumpulan yang terdiri dari 10 orang remaja ini berbeza antara satu sama
lain, sesetengahnya tinggi, dan ada juga yang rendah. Ada yang mempunyai kaki
yang lurus, dan ada juga yang mempunyai kaki yang bengkok sedikit, sifat-sifat
ini semuanya diwarisi serta akan memperlahankan kelajuan mereka. Sesetengahnya
mempunyai badan yang kuat, ada juga yang lemah. Sesetengahnya mempunyai
ketahanan yang tinggi terhadap bakteria, dan sesetengah yang lain mempunyai
ketahanan yang rendah terhadap bakteria. Ada yang mempunyai otak yang lebih
besar dari yang lain, dan ada juga yang berotak kecil. Maka apabila mereka
diserang oleh pemangsa, Homo Erectus yang terkuat, yang paling laju dan paling
cerdik dari kalangan mereka selalunya akan terus hidup, sementara yang paling
lemah, paling lambat dan kurang cerdik akan mati. Sebagai contoh, mereka yang
cerdik akan menjumpai satu cara untuk menghalang ular dari mematuk lebih kerap
berbanding mereka yang kurang cerdik, dan dengan ini, Homo Erectus yang lebih
cerdik (mereka yang mempunyai otak yang lebih besar dan bagus) akan terus
hidup, menjadi dewasa, membiak dan mewariskan gen-gen-nya kepada generasi baru.
Dengan cara ini, generasi selepas generasi, berdasarkan variasi (kepelbagaian),
pemilihan dan pembiakan (reproduksi), sifat-sifat seperti saiz otak dan
kelurusan kaki akan tertegak lebih kuat, sama juga dengan ketahanan terhadap bakteria
serta sifat yang lain.
Maka begitu juga, manusia, rusa, ular dan
bakteria semuanya akan menjadi sebahagian dari alatan alam semulajadi kepada
singa. Oleh itu, jika kita bayangkan dua ekor singa, salah seekor dari mereka
adalah kuat dan laju, sementara seekor lagi lebih lemah dan lambat, lebih
lambat dari kelajuan purata seekor rusa dan antelop yang tinggal di
persekitaran tersebut, singa itu berkemungkinan besar akan mati, atau menjadi
terlalu lemah sehingga tidak dapat bersaing dengan jantan yang lain, untuk
membiak, melahirkan dan mewariskan gen-gen kepada generasi seterusnya.
Sementara, singa yang kuat dan laju berkemungkinan besar dapat mengawan,
membiak dan mewariskan gennya. Inilah caranya alam semulajadi memilih mereka
yang paling mampu terus hidup dan bertahan di dalamnya.
Kita ambil pula contoh rusa, di mana singa
akan menjadi alatan alam untuk memilih rusa yang laju, yang paling mampu
mengelak dan melepaskan diri dari pemangsa. Dengan cara ini, gen yang paling
mampu bertahan dengan alam semulajadi akan terus diwariskan, sementara gen yang
tidak mampu bertahan akan pupus.
Jadi inilah pemilihan semulajadi dan keterusan
hidup bagi yang paling kuat, dan ianya bukanlah seperti yang difahami oleh Al-Shirazi
– bahawa ahli (anggota) spesis yang kurang maju tidak dapat mengapa-apakan
spesis yang lebih maju. Beliau mempersembahkan hujah beliau berdasarkan kepada
salah faham ini.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 56
Baki penghujahan Al-Shirazi adalah berdasarkan
salah faham beliau tentang pemilihan semula jadi. Jika beliau tahu bahawa pemilihan
semulajadi itu adalah penerusan hidup bagi yang terkuat untuk hidup dan membiak
di dalam persekitaran semulajadi organisme tersebut, maka beliau tidak akan
mempersembahkan penghujahan yang sangat ringkas seperti ini.
Sebagai contoh, makna pemilihan semulajadi
bagi haiwan tinggi yang tinggal di persekitaran yang mana makanan ada pada
ketinggian tertentu bermakna hanya haiwan yang cukup tinggi untuk mendapatkan
makanan akan mewariskan sifat ketinggian kepada keturunan mereka. Ia juga
bermakna, haiwan yang rendah akan samada mati, atau mereka tidak dapat mencari
makanan yang mencukupi untuk membiak dan mewariskan genetik mereka kepada
generasi seterusnya.
Begitu juga, sebuah persekitaran yang dapat
memberikan makanan yang banyak kepada haiwan tertentu akan membenarkan ia
bertambah saiz setiap kali ada mutasi yang memberikan gen-gen untuk pertambahan
saiz.
Oleh itu, pemilihan semulajadi yang terkuat
(terbaik) bermaksud keadaan di dalam alam semulajadi tersebut yang membenarkan penerusan
hidup bagi sesetengah individu dari sesuatu spesis yang mempunyai gen-gen yang
terpilih, dalam masa yang sama keadaan alam itu juga tidak membenarkan penerusan
bagi makhluk yang lain. Ini kerana kondisi ini sesuai untuk individu yang
terselamat, bukan untuk mereka yang mati – iaitu spesis yang tidak mewariskan gen-gen
mereka kepada generasi seterusnya kerana mereka tidak membiak.
Al-Shirazi juga menulis dialog yang dia
bayangkan berlaku antara dia dan Darwin di bawah tajuk evolusi, jadi mari kita
lihat apa yang Muhammad Al-Shirazi tulis tentang ini:
“Darwin: Bukti
kedua adalah evolusi, yang terjadi dalam banyak spesis haiwan. Jadi kita
melihat jika seorang manusia dilahirkan dalam cuaca dingin, dia akan menjadi
putih. Perkara yang sama juga terjadi pada haiwan. Maka satu spesis mempunyai
keadaan, bentuk dan sifat tertentu dalam setiap persekitaran. Sama juga pada tumbuh-tumbuhan.
Oleh itu, jika ianya dicapai, maka tiada beza antara evolusi melintang, yang
mana warna, saiz dan sifat sesuatu haiwan berubah kerana perbezaan cuaca dan
keadaan lain, dengan evolusi menegak, disebabkan satu sel bertukar menjadi
tumbuhan, tumbuhan menjadi binatang dan binatang menjadi manusia.
Muslim [Al-Shirazi]: Alasan anda sangat aneh,
kerana terdapat dua perkara:
1. Seekor haiwan, sejenis
tumbuh-tumbuhan atau seorang manusia hanya berbeza sedikit sahaja mengikut
persekitaran serta cuaca. Selain itu, semua individu ini masih tergolong dalam
spesis yang sama, seperti manusia, ada yang hitam, merah atau kuning.
Atau boleh juga kita
lihat pada spesis beruang, semua beruang polar mempunyai sifat tertentu,
sementara beruang lain di kawasan yang lebih panas mempunyai sifat yang lain.
Atau kita lihat
spesis pohon gandum, gandum Iraq mempunyai sifatnya dan gandum Australia ada
sifatnya tersendiri.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 57
2. Bahawa sesuatu perkara
itu berbeza, mengikut perbezaan pada persekitaran, secara asasnya, seperti jika
yang ini adalah kera, yang itu adalah manusia, dan yang itu pula tumbuh-tumbuhan,
walaupun kesemuanya berasal dari asal yang sama.
Apa yang kita lihat
dan semua orang tahu ia adalah bahagian pertama.
Berkenaan dengan bahagian
kedua, apakah bukti anda atasnya?
Ia seperti anda mengatakan:
Seperti tanah liat
yang boleh digunakan untuk membuat bata, tembikar dan bahan binaan, ia juga
boleh dibuat daripada besi, gading dan air.
Adakah mungkin ada perbandingan
seperti ini?
Darwin: Saya sedang
berfikir!
Muslim [Al-Shirazi]:
Maka pembuktian kedua anda telah dinafikan. Apa bukti kamu yang ketiga?”
Ulasan: Darwin
telah difitnah dalam dialog imaginasi Al-Shirazi. Darwin tidak pernah
membahagikan evolusi secara menegak atau melintang, beliau juga tidak pernah
mengatakan sebuah sel boleh berubah menjadi tumbuh-tumbuhan, tumbuh-tumbuhan menjadi
binatang, atau seekor binatang menjadi manusia. Dia tidak menyebut mengenai
mutasi pada spesis, dan tidak ada ahli biologi evolusi semasa yang mengatakan
mutasi pada spesis dan malah ahli biologi dan punctuationis tidak menyatakan
mutasi pada spesis.
Berkenaan dengan kata-kata Al-Shirazi: “Apa
yang kita lihat dan semua orang tahu ia adalah bahagian pertama.”
Ini bermakna Al-Shirazi telah mengakui
kebenaran evolusi tanpa menyedarinya. Beliau telah mengakui evolusi dalam had
sebuah keluarga spesis, seperti keluarga beruang, sementara beliau menolaknya
apabila ia mencapai tahap pemisahan taksonomi (sains pengelasan hidupan) yang
berbeza. Oleh itu, beliaulah yang harus mempersembahkan bukti bahawa evolusi
terhenti pada had sebuah keluarga spesis. Mengapa ia dianggap mustahil untuk
mencapai taksonomi yang berbeza, sebuah tahap yang pasti dicapai dengan
berlalunya masa, memandangkan ia adalah perkara normal, hasil dari evolusi
terkumpul dalam suatu tempoh masa.
_________________
[1] Sumber sebelumnya.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 58
Kita mempunyai mutasi genetik yang pasti
membawa kepada kepelbagaian. Kombinasi mutasi genetik, pemilihan semulajadi dan
pembiakan akan membawa kepada kemunculan sifat yang baru dan khusus dalam
sesebuah organisme, seperti saiz, bentuk, jenis rambut, kuku dan lain-lain.
Perbezaan sifat ini menjadi jelas setelah beberapa waktu kerana perubahan ini
terkumpul sedikit demi sedikit.
Al-Shirazi dan orang-orang seperti beliau
menerima semua perkara ini namun menghadkannya dalam konteks satu keluarga
spesis sahaja. Ini bermakna mereka menerima fakta bahawa pengumpulan sifat
perbezaan ini terjadi selama lebih ratusan ribu tahun, atau mungkin lebih dari
beberapa juta tahun. Namun Al-Shirazi tidak menerima bahawa perbezaan ini akan
membawa kepada perubahan spesis yang lain, walaupun pembezaan ini tidak dapat
dielakkan akibat daripada pengumpulan variasi dalam tempoh waktu tertentu –
puluhan juta tahun sebagai contoh. Tempoh waktu ini cukup panjang untuk
membuktikan terjadinya perpisahan spesis dengan pembuktian yang kukuh, cukup
untuk menghasilkan klasifikasi biologikal keluarga spesis yang berbeza.
Beliau menerima bahawa adanya modifikasi (penambah-baikan)
secara berterusan dan pengstrukturan semula organisme bergantung kepada
persekitarannya. Pengstrukturan dan modifikasi ini bertanggungjawab ke atas
variasi antara beruang kutub dan beruang matahari, dengan mengambil kira
perbezaan besar antara keduanya dari segi bentuk, saiz, berat, warna, jenis
makanan dan metabolisme. Bagaimanapun, Al-Shirazi menolak penghujahan bahawa
pengstrukturan dan modifikasi ini mencapai tahap variasi sehingga meletakkan
hidupan tersebut ke dalam keluarga spesis yang baru. Jadi Al-Shirazi perlu
memberikan bukti untuk penolakan beliau memandangkan pengklasifikasian adalah
hasil yang tidak dapat dielakkan akibat dari hasil terkumpul pengstrukturan dan
modifikasi. Ia adalah proses yang bergantung kepada mutasi genetik, di
mana secara teorinya adalah tidak mustahil untuk sebuah mutasi genetik
membentuk spesis, genus dan keluarga baru apabila diberikan masa yang mencukupi.
Mengubah struktur genetik adalah persoalan
yang telah dibuktikan oleh makmal, yang boleh dilakukan sama ada dengan cara
yang tidak terkawal, seperti dalam ledakan radioaktif, atau dalam cara
terkawal, seperti yang diamalkan secara meluas pada masa ini.
Malah, kita telah mencapai tahap di mana pelan
genetik bakteria yang lengkap dapat dibina dengan menggunakan bahan kimia yang
bukan hidup. Dengan cara ini, secara teorinya adalah tidak mustahil untuk
menghasilkan manusia di dalam makmal dengan menggunakan ovum dan sperma
Chimpanzi, atau hanya menggunakan sel nukleus seekor Chimpanzi dan ovum seorang
wanita yang dibuang nukleusnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah mengubah
kromosom chimpanzi agar mempunyai nombor yang sama dengan kromosom manusia,
yang mana ianya tidak mustahil secara teorinya.
Kita telah mencapai tahap yang lebih jauh dari
ini. Sama halnya seperti pelan genetik bakteria yang sempurna telah dihasilkan
di dalam makmal dengan menggunakan bahan kimia bukan hidup, dan kemudiannya ia
diimplankan kepada cytoplasma bakteria dan kromosom itu mampu untuk terus hidup
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 59
dan mereplikasi (menggandakan) dirinya.[1]
Begitu juga sebuah pelan kromosom manusia yang sempurna juga boleh dihasilkan
dengan menggunakan bahan kimia bukan hidup, kerana perbezaan antara kromosom
bakteria dan manusia adalah sama seperti perbezaan antara bangunan kecil dan
besar, kerana keduanya mempunyai bahan binaan yang sama.
Perlu diberikan perhatian bahawa klasifikasi
biologi antara manusia, chimpanzi, gorila dan orangutan telah meletakkan semua
mereka dalam satu keluarga yang sama iaitu keluarga Mawas Besar (Pent:
the great apes), seperti halnya semua beruang diletakkan dalam satu keluarga
Ursidae (beruang). Perbezaan antara manusia dan chimpanzi adalah sama seperti
perbezaan antara beruang matahari dan beruang kutub. Bahkan, perbezaan jasmani antara
chimpanzi dan manusia adalah kurang dari apa yang ditemukan antara beruang
matahari dan beruang kutub. Oleh itu, Al-Shirazi menerima evolusi itu wujud,
namun menilainya hanya terhad kepada dalam keluarga sesuatu spesis sahaja,
tanpa menyedari bahawa berdasarkan apa yang dikatakannya, beliau telah mengakui
chimpanzi, bonobos dan manusia telah berevolusi dari asal usul yang sama,
kerana semua mereka adalah adalah satu keluarga yang sama.
Berkenaan dengan kenyataan beliau:
“Ini sama seperti dia
mengatakan:
Bahawa tanah liat
yang boleh digunakan untuk membuat bata, tembikar dan bahan binaan, ia juga
boleh dibuat daripada besi, gading dan air.
Adakah mungkin ada perbandingan
seperti ini?”
Ini tidak mempunyai apa-apa makna kerana
pembuatan bata dari tanah liat tidak mengubah atom pada peringkat partikel
nuklear. Maka kita tidak boleh membandingkan perkara ini dengan perubahan tanah
liat kepada elemen lain seperti besi, sebagai contoh, kerana transformasi
sebuah elemen kepada elemen yang lain memerlukan pengstrukturan partikel
nuklear. Kita mempunyai dua peringkat yang berbeza sama sekali di sini, maka
perbandingan ini tidak mempunyai apa-apa makna. Tiada makna juga bagi Al-Shirazi
untuk membandingkan contoh ringkas ini dengan apa yang terjadi dalam
_________________
[1] Profesor Craig Venter membuat sel hidup
pertama dalam makmal.
[Richard Alleyne (20 May 2010). Scientist
Craig Venter creates life for first time in laboratory sparking debate about
'playing god'.]
Richard Alleyne (20 Mei 2010). Saintis Craig
Venter mencipta hidupan buat kali pertama di makmal mencetuskan perdebatan
tentang 'mempermainkan tuhan'. Telegraf. Boleh didapati di::
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 60
evolusi, kerana variasi (kepelbagaian) dalam
evolusi terjadi pada peringkat molekul tunggal, iaitu pengstrukturan kromosom
yang mempunyai komposisi molekul yang sama dalam semua organisme. Satu-satunya
perkara yang berbeza antara kromosom dalam setiap organisme adalah susunannya.
Hakikatnya, adalah lebih baik bagi beliau jika tidak membuat sebarang
perbandingan. Dan dengan ini saya mengakhiri respon - ulasan - saya, namun
tidak ada masalah untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam:
Nampaknya Al-Shirazi tidak memahami apa yang
beliau katakan kerana apabila kita berbicara tentang evolusi hidupan, maka kita
sedang berbicara tentang pengstrukturan kromosom – iaitu bahan binaan untuk
hidupan. Dan apabila membandingkan kromosom kepada elemen, analogi (perbandingan)
bagi pengstrukturan kromosom adalah pengstrukturan nukleus atom (inti atau pusat
atom) – bahan binaan bagi elemen.
Elemen bahan kimia boleh dibentuk dan
distruktur. Alangkah baiknya jika beliau bertanyakan kepada mana-mana ahli
astrofizik atau ahli fizik, beliau akan mengetahui bahawa besi dihasilkan dari
elemen lain dalam alam semesta di sekeliling kita, dan dihasilkan dalam jumlah yang
besar. Besi dan banyak elemen yang lain dihasilkan dari pelakuran nuklear,
sebuah proses yang terjadi pada bintang-bintang di sekeliling kita. yang
membawa kepada penstrukturan dan pembentukan unsur-unsur (elemen-elemen).
Apabila kita bercakap di peringkat subatom dan
membentuk semula nukleus atom, tidak ada perbezaan antara besi, oksigen,
karbon, helium dan hidrogen, kerana kesemuanya dibina dari bahan binaan yang
sama. Oleh itu, sebuah elemen boleh diubah dan distruktur semula untuk
menghasilkan material lain dari bahan binaan utama yang sama dengan elemen
tersebut. Inilah yang terjadi di dalam bintang apabila mereka membakar hidrogen
dan helium. Akibat daripada gabungan nukleus unsur ringan, nukleus unsur yang
lebih berat akan terhasil lebih banyak proton dan neutron. Dengan cara ini,
karbon, oksigen dan elemen selebihnya dihasilkan sehingga menjadi besi, sebuah
elemen yang paling stabil. Kemudian, apabila letupan bintang supernova
yang besar terjadi, proses pelakuran nuklear memproses lebih stabil dari besi,
iaitu kepada elemen yang lebih berat seperti Uranium.
Maka kita boleh membuat besi dari elemen lain
jika kita dapat mengawal partikel nuklear atomik (proton dan neutron). Apa yang
kita perlukan adalah sejumlah tenaga yang besar untuk membawa partikel-partikel
sedekat yang mungkin supaya tenaga nuklear dapat mula bekerja dan terjadinya
pelakuran nuklear. Jumlah tenaga sebesar ini wujud dalam bintang-bintang di
alam kita. Atas sebab ini, pengeluaran satu elemen dari elemen yang lain
sentiasa terjadi dalam alam semesta di sekeliling kita.
Bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk
menghasilkan nukleus yang lebih ringan dari nukleus yang lebih berat, kerana kita
tidak tidak memerlukan banyak tenaga untuk menyatukan zarah, tetapi kita hanya
perlu menggalakkan nukleus yang tidak stabil, seperti nukleus Uranium-235,
kepada pembelahan. Inilah yang terjadi dalam reaktor nuklear, namun dalam
keadaan yang terkawal. Sebagai contoh, Dengan menambahkan bahan seperti aloi
kadmium untuk menyerap neutron berlebihan, proses pembelahan nuklear akan
diteruskan pada kadar yang boleh diterima, dan proses pembelahan tidak
diteruskan pada kadar eksponen yang tidak terkawal dan menjadi bom nuklear.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan