Bab 1.4 - Agama Wahabi Salafi Dan Evolusi
Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz menjawab soalan berikut tentang evolusi:
Soalan: Saya sentiasa
terdengar dan terbaca bahawa manusia adalah monyet pada mulanya, kemudian
melalui beberapa peringkat dan bertukar menjadi manusia moden yang kita ketahui
hari ini. Adakah ini diterima akal atau tidak? Dan adakah asal usul manusia
adalah kera dalam erti kata, asal usul pembentukan jasadnya adalah sama dengan
manusia? Bantulah kami, semoga Allah memberi ganjaran pada tuan dengan
kebaikan,
Jawapan Syeikh Abdul Aziz bin Baz:
بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله،
وصلى الله وسلم على رسول الله،
وعلى اله وأصحابه ومن اهتدى بهداه، أما بعد :
Kenyataan yang
disebut oleh si penanya adalah tertolak dan terbatal. Ia bertentangan dengan
Kitab Allah AWJ dan Sunnah RasulNya – ‘alaihi shalatu was-salam - serta
kesepakatan kumpulan salaf (generasi awal selepas Nabi Muhammad). Dan kenyataan
ini adalah terkenal dari seorang yang bernama Darwin - dan beliau adalah seorang
pendusta dalam apa yang beliau katakan.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 28
Bahkan asal usul
manusia adalah diketahui. Asal usulnya bukan kera atau haiwan lain. Asal usul
kita adalah manusia - berdiri tegak, cerdik - Allah menciptakan beliau dari
tanah liat, dari tanah bumi. Itulah bapa kita, Adam – ‘alaihi shalatu was-salam
- Allah menciptakan beliau dari tanah, seperti firman Allah Jalla Wa ‘Alla:
وَلَقَدْ
خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati dari tanah.” (Al-Mukminun 23 :12)
Beliau yang diciptakan
dari tanah ini, Allah menciptakan beliau berdasarkan imejNya - tinggi beliau
adalah 60 hasta (90 kaki). Iaitu, enam puluh hasta di langit, Kemudian ciptaan
ini mula berkurangan ketinggiannya sehingga sekarang........ Jadi anak-anaknya seperti
bapa mereka, dicipta mengikut penciptaan bapa mereka. (Adam). Mereka mempunyai
pendengaran, penglihatan, mereka mempunyai akal dan mereka mempunyai perawakan
yang kamu lihat sekarang, mereka berjalan dengan kakinya. Mereka bercakap,
mendengar, melihat dan makan dengan tangan mereka........
Mereka tidak
berbentuk seperti kera, atau bersifat sepertinya. Manusia mempunyai bentuk
khusus yang bersesuaian dengan mereka. Dan begitu juga setiap umat (spesis): Kera
adalah umat yang berbeza, dan khinzir adalah umat yang berbeza. Dan begitu pula
dengan anjing, keldai, kucing dan umat-umat (spesis) lain.
وَمَا
مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ
أَمْثَالُكُم ۚ مَّا
فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ
إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ
"Dan tidak
seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang
terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat seperti kamu.
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Al- Kitab; kemudian mereka semuanya
akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.” (Al-An’am 6:38)
Spesis-spesis ini -
semuanya akan dihimpunkan di hadapan Allah dan dikumpulkan bersama di Hari Kiamat,
sebahagiannya akan memberikan kesaksian kepada sebahagian yang lain.
Kemudian akan
dikatakan kepada mereka (haiwan-haiwan) itu: Jadilah tanah! Maka mereka semuanya
akan menjadi tanah - kecuali jin dan manusia - mereka mempunyai urusan yang
lain. Mereka akan dihisab dan diberi balasan atas amalan mereka. Maka sesiapa
yang mentaati Tuhannya akan ke syurga. Manakala, sesiapa yang kafir pada
TuhanNya akan ke neraka. Berkenaan haiwan-haiwan ini pula, mereka adalah umat yang
bebas (merdeka). Kera adalah umat (spesis) yang bebas, Kera adalah bangsa
merdeka yang mempunyai realiti (hakikat), asal usul, dan ciri-cirinya yang
tersendiri. Dan begitu pula dengan khinzir, anjing, keldai, unta, lembu dan
bebiri. Begitulah spesis-spesis mempunyai penciptaan dan kelebihan yang tersendiri
yang Allah tetapkan atas mereka - Maha Suci Dia - dan Dia Maha Bijaksana, Maha
Mengetahui, dan Dia mempunyai pandangan yang paling mendalam (perincian) yang
terbaik........
Dan kehalusan
pembentukan semua itu, Dialah yang paling mendalam pandangan dan sangat mengetahui
tentangnya - Maha Suci dan Maha Tinggi Dia. Namun adalah wajib bagi seorang
hamba mempercayai penciptaan Adam bukan seperti penciptaan kera. Dan asal usul
Adam mempunyai asal yang sama seperti manusia hari ini - asal beliau bukan
seekor kera, bukan juga haiwan lain. Malah beliau adalah manusia yang tegak
badannya........
Dia dikurniakan akal,
pendengaran, penglihatan, dan deria bau, sentuhan, rasa, dan benda-benda lain
yang telah terkenal Allah ciptakan untuknya. Jadi kenyataan bahawa asal usul
beliau adalah kera adalah satu kenyataan yang mungkar dan batil. Dan jika mengatakannya
bahawa orang yang menyebut perkara ini telah kafir, maka pengkafiran ini
mempunyai asas yang kuat. Apa yang jelas - Allah lebih mengetahui - sesiapa
sahaja yang menyebutkan perkara ini sedangkan beliau mengetahui syariat (Quran
dan Sunnah), maka dia adalah seorang kafir kerana telah mendustakan Allah dan
utusanNya serta kitab Allah - SWT. [1]
Ibn Baz, seperti yang dialami oleh ramai syeikh-syeikh
Wahhabi, malangnya, masih di peringkat akhir kemampuan mereka untuk memahami.
Beliau cuba untuk memberi jawaban balas kepada sebuah masalah saintifik yang
terbukti dengan bukti-bukti saintifik dengan menggunakan teks-teks agama yang
tidak jelas, yang boleh difahami dengan cara yang secucuk dengan sains. Dan ini
adalah pengulangan yang sama seperti kenyataan Ibn Baz dalam hal putaran bumi.
________________
[1] Laman web rasmi Abdulaziz bin Abdullah bin Baz. Himpunan fatwa-fatwa dan artikel Menjawab fitnah kepada Teori Darwin evolusi manusia dari kera kepada manusia. No. 17800 boleh didapati di: http://www.binbaz.org.sa/mat/17800
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 29
Apa yang patut disebutkan tentang perkara
ini?!
Walaupun Ibn Baz menolak Teori Evolusi, beliau
menerimanya secara tidak sengaja apabila beliau menyebutkan tentang
manusia seperti berikut:
“Beliau yang diciptakan
dari tanah ini, Allah menciptakan beliau berdasarkan imejNya - tinggi beliau
adalah 60 hasta (90 kaki). Iaitu, enam puluh hasta di langit, Kemudian ciptaan
ini mula berkurangan ketinggiannya sehingga sekarang.”
Apapun kenyataan ini penuh dengan kejahilan
dan tidak benar, apa yang menarik minat saya di sini adalah Ibn Baz mengatakan
ketinggian manusia telah berubah dari 60 hasta kepada ketinggian kita sekarang.
Dengan itu, beliau telah menerima Teori Evolusi, khususnya kerana perubahan
saiz badan ini adalah kesan langsung dari evolusi. Saya ulangi:
“Jika ketinggan manusia sebelumnya adalah 60
hasta” ia adalah salah tidak dan benar, seperti mana kenyataannya “Bahawa jasad
Adam dicipta dari imej Allah” adalah menyifatkan (menjisimkan)[1] secara
batil, dan sesiapa sahaja yang mempercayainya telah menyimpang aqidahnya.
Saya rasa tidak perlu untuk menyatakan selebihnya dari kenyataan para ulama Wahabi seperti Ibn Utsaimin kerana mereka berkeras mengatakan teori evolusi batil, dan mereka mengkafirkan sesiapa yang mengatakannya, walaupun mereka tidak memberikan sebarang bukti saintifik (ilmiah) yang bermutu untuk membatalkannya, dan ini tidak pelik bagi mereka, kerana ini adalah cara syeikh-syeikh Wahhabi yang biadab dan kejam dalam mengkafirkan orang lain dan memberi kebenaran kepada pengikut mereka menyembelih dan membunuh untuk mengorbankan orang lain. Ia adalah bukti terbesar bahawa mereka kalah dari segi aqidah, pemikiran dan ilmiah (saintifik), dan mereka tidak mempunyai apa-apa keupayaan untuk memahami apa yang dicadangkan oleh seluruh umat manusia, apatah lagi boleh bertindak balas secara ilmiah (saintifik).
___________
[1] Pent: menjisimkan = mencirikan
sesuatu dengan sifat atau bentuk manusia, dalam kes ini, mencirikan Tuhan
dengan bentuk manusia
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡
Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan