Ahad, 30 Januari 2022

Bab 2.2 Membincangkan Hipotesis Abiogenesis

 Bab 2.2 Membincangkan Hipotesis Abiogenesis

 

Pertama: Membincangkan Teori Abiogenesis

 

Tiada satu pun dari teori abiogenesis (asal usul) telah dibuktikan dengan pembuktian saintifik. Malah semuanya adalah teori-teori dan hipotesis-hipotesis yang tidak terbukti.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 67

 

 

DNA dan RNA wujud di dalam sel hidup dan dianggap sebagai pendua (replicator). DNA, RNA serta protein yang boleh menduakan dirinya, terdiri dari unit atau molekul yang besar. Jika kita menganggap kebarangkalian untuk semua molekul ini untuk membentuk atau berhimpun secara tidak sengaja, hanya sekali, dengan cara betul yang membolehkan replikasi / penduaan, kita akan mendapat hasil jumlah yang tidak boleh dicapai secara saintifik dalam tempoh yang kita ketahui di muka bumi ini.

 

Walaupun jika kita mengandaikan bahawa abiogenesis bermula dengan protein yang paling ringkas, yang dapat memastikan proses replikasi kendiri dapat berlaku (kita andaikan ia sangat ringkas dan terdiri dari asid amino yang terdiri dari 32 urutan), memandangkan wujud lebih dari 20 jenis asid amino yang dapat membentuk urutan ini, jumlah kebarangkalian yang kita akan perolehi adalah (4.294967296e+41) atau lebih kurang 4 x 1041, iaitu nombor 4 diikuti 41 jumlah sifar. Ini adalah bilangan yang sangat besar, dan menunjukkan kebarangkalian terjadi yang sangat rendah.

 

Malah, ini membuatkan Dr. Richard Dawkins membuat andaian yang tidak realistik di dalam bukunya, “The Blind Watchmaker”, dalam satu cubaan terdesak untuk mengurangkan jumlah nombor sifar pada satu bahagian dan meningkatkan jumlah sifar pada bahagian yang lain. Dengan cara ini, kebanyakkan ateis mengurangkan puluhan jumlah sifar di sini dan menambahkan puluhan jumlah sifar di sana secara tidak saintifik dan cuai, membuat andaian khayalan dengan harapan untuk mencapai kebarangkalian yang mereka anggap boleh diterima dan dapat dicapai dalam had masa di bumi, lebih kurang satu bilion tahun maksimal.

 

Sekarang mari kita andaikan terjadinya keajaiban pertama: iaitu asid amino terbentuk di bumi di dalam keadaan luar biasa, yang sesuai dengan kemunculan atau kehadiran mereka, dan asid tersebut berada di dalam persekitaran yang sesuai untuk satu percubaan kemunculan protein mereplikasi sendiri untuk setiap saat selama satu bilion tahun, Bilangan percubaan yang boleh diadakan adalah (31,449,600,000,000,000) atau lebih kurang 3 x 1016  bilangan percubaan. Jika kita menolak nombor ini dari bilangan percubaan yang diperlukan, kita masih memerlukan 3.9999999999999999999999997e+41 percubaan, ringkasnya 3.9 x 1041, untuk ia menjadi kemungkinan yang berjaya. Seperti yang kita lihat, satu percubaan untuk satu saat selama satu bilion tahun tidak mempunyai sebarang kesan kepada nombor ini. Oleh itu jika kita mengira masa yang diperlukan agar kemungkinan itu mencukupi untuk satu percubaan per saat, tempoh waktunya adalah lebih kurang 4 x 1041 saat, atau 1034 tahun, iaitu nombor 1 dengan 34 sifar selepasnya. Ini adalah nombor yang sangat besar, jauh melangkaui umur bumi, malah umur alam semesta ini.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 68

 

 

 

Umur bumi dianggarkan 4.6 bilion tahun, iaitu sebuah nombor bersama sembilan digit selepasnya, sementara umur alam ini adalah 13.7 bilion tahun, iaitu digit bersama 10 digit selepasnya.

 

Jika kita mengiranya dengan cara yang lain, dengan mengira berapa banyak percubaan sesaat untuk satu bilion tahun yang diperlukan bagi mendapatkan protein yang mereplikasikan diri dalam had kebarangkalian, bilangan percubaan sesaat adalah hasil daripada membahagikan bilangan percubaan yang diperlukan dengan masa yang ada, iaitu satu bilion tahun. Hasilnya adalah: 

 

(12,718,762,718,762,718,762,718,762.718763), atau kira-kira 1025 percubaan, bermakna kita memerlukan 1 dengan 25 jumlah sifar, atau hampir 10 juta, juta, juta, juta percubaan setiap saat selama satu bilion tahun dalam usaha untuk menjadikan ia mungkin. Ini adalah nombor khayalan.

 

Bukan itu sahaja, malah kebarangkalian bahawa asid amino yang sedia ada di bumi ini menepati syarat juga sangat rendah. Terdapat dua jenis asid amino: kidal kiri dan kidal kanan. Protein yang wujud di dalam struktur makhluk hidup hanya terdiri daripada asid amino kidal kiri sahaja. Oleh itu, percubaan kita sebelum ini untuk mendapatkan protein hanya akan berjaya dengan pembentukan asid amino kidal kiri.  Ini bermakna bahawa kebarangkalian mendapat protein yang diperlukan adalah satu setengah kuasa kepada bilangan asid amino dalam protein tersebut. Sebagai contoh, jika bilangan asid amino dalam protein yang diperlukan adalah 50, maka kebarangkalian semua daripada protein tersebut protein kidal kiri adalah setengah daripada kuasa 50. Ini adalah kebarangkalian yang sangat rendah. Dengan menggabungkan kebarangkalian yang amat rendah pada setiap peringkat proses yang diperlukan untuk pembentukan sebuah protein, kemungkinannya hampir hilang dan menjadi hampir mustahil.

 

Walau bagaimanapun, terdapat ateis yang mengira secara mundur untuk mendapatkan nombor yang diperlukan supaya akhirnya ia akan menjadi munasabah. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah pertama iaitu kewujudan asid amino, mereka menggunakan hipotesis tertentu yang dicadangkan oleh penyelidik, seperti hipotesis yang mengatakan amino yang terbentuk akibat dari keadaan bumi di waktu yang lepas serta kewujudan banyak kilat di waktu tersebut kerana bumi sedang dalam proses terbentuk.

 

Sebuah lagi hipotesis yang tidak realistik adalah bumi telah dibom oleh meteor-meteor yang membawa asid amino empat bilion tahun yang lalu. Apabila mereka mendapati asid amino ini perlu dalam bentuk kidal kiri, sesetengah dari mereka mencadangkan sebuah lagi hipotesis yang tidak logik, dengan mengatakan meteor-meteor ini terdedah kepada cahaya bintang neutron dalam perjalanan ke bumi dan seterusnya. Oleh itu, keseluruhan pendakwaan mereka dibina di atas hipotesis yang tidak realistik demi untuk membuktikan pembentukan protein mereplikasi sendiri

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 5

 

 

di bumi berbilion tahun yang lepas adalah agak normal. Walaupun semua hipotesis ini tidak realistik, dan peluang untuk hanya satu darinya terjadi adalah berkemungkinan rendah, apatah lagi untuk semuanya terjadi secara berturutan, sesetengah ateis merasakan mereka boleh berkata semua kemungkinan ini logik dan boleh diterima.

 

Bagi para ateis, mereka menerima kemunasabahan sejumlah besar meteor yang membawa sejumlah besar asid amino dan seterusnya memilih bumi secara khusus, iaitu ibarat sebutir pasir di gurun berbanding dengan alam semesta ini, walaupun ia satu kemungkinan yang hampir tidak mungkin.

 

Ateis juga menerima kemunasabahan meteor-meteor ini telah didedahkan kepada cahaya sebuah bintang neutron dalam perjalanan mereka ke bumi lalu membentuk asid amino kidal kiri. Mereka merasakan semua hipotesis, yang hampir mustahil terjadi, sebagai sangat munasabah. Namun, mereka tidak pula merasakan kemunasabahan wujudnya seorang penggubal undang-undang di sebalik perundangan yang mencipta protein yang mereplikasi sendiri atau DNA, serta wujud seorang penutur di belakang bahasa pelan genetik!

 

Saya percaya apa yang telah dibentangkan ini memadai untuk merumuskan isu ini. Adakah seorang yang waras, yang mengetahui sebuah kemungkinan yang hampir mustahil terjadi, walaupun  dengan memfaktorkan umur keseluruhan alam semesta, masih akan mengatakan kejadian ini masih normal untuk terjadi di antara satu hingga satu setengah bilion tahun sebelum kemunculan hidupan di bumi, namun dalam masa yang sama tidak mahu membincangkan kemungkinan bahawa peristiwa ini adalah satu keajaiban / mukjizat?

 

Seterusnya, beliau cuba mencari apa sahaja cara untuk membuktikan hipotesisnya, jadi apabila beliau mendapati bukti saintifik bahawa ada meteor yang telah menghentam bumi pada suatu masa, beliau pergi jauh untuk mengatakan bahawa meteor ini datang dari galaksi jauh dan penuh dengan asid amino. Namun sekadar bersangka begitu tidak memadai, maka mereka menambah bahawa dalam perjalanan ke bumi, meteor yang penuh dengan asid amino ini telah melalui sebuah bintang neutron dan cahaya tersebut telah mengubah asid tersebut kepada asid amino kidal kiri dan kidal kanan. Hipotesis mimpi ini terus bersambung kepada hipotesis yang lain demi untuk melarikan diri dari dilema kebarangkalian.

 

Ada juga hipotesis yang lain berkenaan pembentukan RNA atau DNA, seperti yang diperkenalkan oleh sesetengah ahli kimia dan biokimia, yang mencadangkan bahawa ia tidak bermula dengan protein atau asid nukleik, tetapi bermula dengan bahan kimia tidak hidup seperti polimer dan partikel tanah yang terbentuk dengan cara tertentu yang boleh mereplikasi.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 70

 

 

“Kita boleh mengatakan bahawa alat survival mereka telah diambil alih oleh DNA pada peringkat seterusnya. Jika benar, replikator yang asal telah dimusnahkan, kerana ia tidak meninggalkan apa-apa tinggalan dalam alat survival moden. Berkaitan dengan perkara ini juga, A.G Cairns-Smith telah memberikan pandangan yang menarik bahawa nenek moyang kita, replikator pertama itu, boleh sahaja berbentuk molekul bukan organik, sebaliknya adalah kristal bukan organik seperti mineral, dengan sedikit tanah kering.”[1]

 

Ini adalah hipotesis yang tidak realistik dan akan terus kekal sebagai sebuah hipotesis yang tidak bersandarkan kepada data saintifik yang tepat. Kebergantungan kepada apa yang berlaku dalam tindak balas kimia pada kristal yang nampak seolah-olah mereplikasikan dirinya adalah tidak lebih dari kebergantungan kepada fenomena yang tidak ada kena mengena dengan topik kajian. Hakikatnya replikasi dan perwarisan maklumat tidak berlaku sama sekali dalam tindak balas kimia. Dalam bidang sains teori dan eksperimental, ini tidak lebih dari hipotesis yang masih belum dibuktikan secara saintifik. Tiada beza antara mereka (pent: para saintis yang mempercayai perkara ini) dengan “Roh Agung di langit” yang menyusun batu-batu di pantai, seperti yang dipercayai oleh orang-orang primitif dalam buku Dr. Dawkins.[2] Oleh itu saya tidak melihat sebarang sebab untuk membincangkan atau menafikan hipotesis ini, memandangkan ia hanya andaian yang tidak mencapai peringkat saintifik yang layak dibincangkan atau diberi respon.

 

Dengan mengambil kira semua perkara, jika kita mengubah topik ini ke peringkat sub-biologikal, yakni peringkat tindak balas kimia, adalah lebih baik jika diskusi bersama ateis diubah kepada membincangkan prinsip-prinsip tindakbalas kimia yang telah terbukti, sifat fizik atomik dan partikel sub-atomik, empat daya (pent: interaksi dasar) - nuklear lemah, nuklear kuat, graviti dan elektromagnetik. Oleh kerana kita membincangkan tentang daya atomik dan sub-atomik, diskusi kita perlu berkenaan membuktikan kewujudan tuhan pada peringkat sub-biologikal ini, samada tahap molekular, atomik atau sub-atomik.

 

Menurut hipotesis yang menyebutkan bahawa polimer atau sesuatu yang serupa dengan polimer, mula mereplikasikan dirinya secara tetap dan berevolusi sehingga ia menghasilkan kehidupan seperti hari ini, maka hidupan sepatutnya bermula dari polimer tersebut, bukan dari protein atau pelan genetik. Jika ini adalah perkaranya, maka adalah lebih baik jika diskusi tersebut lebih menjurus kepada asal usul jirim. Kita akan tanggapi perkara ini apabila kita membincangkan topik Dentuman Besar. Kami akan membuktikan kewujudan Tuhan pada tahap

 

________________

[1] Sumber (Dawkins, The Selfish Gene): ms 38

[2] Jika anda berjalan di pantai kerikil ke sana ke mari, anda akan perasan bahawa batu kerikil tidak disusun secara rawak. Petak yang lebih kecil biasanya cenderung terletak di kawasan berasingan di sepanjang pantai, dan petak yang lebih besar di kawasan atau garisan yang berbeza. Batu kerikil disusun, diatur atau dipilih. Suku kaum yang tinggal berhampiran pantai mungkin kagum dengan bukti penyisihan atau organisasi di dunia ini, dan mungkin mencipta legenda untuk menerangkannya, mungkin mengembalikannya kepada hantu gergasi dengan fikiran yang teratur dan rasa tertib (The Blind Watchmaker - Dawkins. Ini akan dibincangkan kemudian dalam buku ini.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 71

 

 

sub-atomik ini, dan ia mencukupi untuk membuktikan kewujudan tuhan tanpa mengira adanya kehidupan fizikal dan evolusinya, samada ia telah wujud melalui campur tangan tuhan atau tidak, samada ia berevolusi secara rawak atau tidak rawak, ada tujuan atau tanpa tujuan.

 

Ada juga teori atau hipotesis yang mencadangkan bahawa hidupan datang dalam keadaan telah sempurna dalam meteor atau batuan tertentu beberapa ratus juta tahun selepas pembentukan planet bumi. Terkait hipotesis ini, beberapa eksperimen telah dijalankan untuk menentukan samada adakah mungkin bagi organisme hidup atau replikator utama untuk terselamat dalam suhu sejuk dan panas yang ekstrem serta pelanggaran yang teruk. Turut terbukti adalah sesetengah organisme multi-selular mampu hidup dalam keadaan hibernasi tanpa air pada suhu rendah yang ekstrem.

 

Teori dan hipotesis yang lain adalah replikator pertama muncul di pinggiran paya dan lautan yang terdedah kepada kitaran kering dan lembab serta pasang-surut teruk akibat dari bulan yang lebih dekat dengan bumi pada waktu tersebut berbanding sekarang. Hal ini ditambah pula dengan matahari, mungkin menyebabkan asid amino untuk terkumpul dalam kolam-kolam kecil, seterusnya membantu pembentukan sup primordial yang sesuai untuk kemunculan replikator pertama.

 

Teori atau hipotesis seterusnya pula berkait rapat dengan persekitaran ekstrem dan mengandaikan abiogenesis terjadi samada di kolam air panas atau persekitaran berasid tinggi. Hipotesis ini diperkenalkan kerana penemuan beberapa bentuk hidupan di kedalaman lautan yang mampu terus hidup dalam persekitaran bersuhu tinggi dan berasid tinggi. Oleh itu, replikator pertama mungkin muncul dalam keadaan yang sama, tambahan pula keadaan ini normal dalam ratusan juta tahun pertama umur bumi.

 

Sebenarnya seorang yang adil dalam penilaian akan nampak dengan jelas bahawa teori abiogenesis yang dipersembahkan sebenarnya bukanlah satu persembahan saintifik yang berdasarkan fakta dan realiti. Hakikatnya ia adalah sebuah penyelidikan yang berdasarkan sebuah asas dan hipotesis bahawa entiti yang benar wujud hanyalah alam ini dan semua perkara lain harus diterangkan dalam had kewujudannya walaupun ia hanyalah beberapa siri hipotesis khayalan, satu demi satu. Kemungkinan untuk mencapai hanya salah satu dari hipotesis tersebut sahaja sudah mustahil, apatah lagi untuk mencapai semuanya dalam bentuk berturutan. Malah logik akal mengkehendaki bahawa jika semua hipotesis berkemungkinan rendah ini dapat dicapai dalam bentuk berturutan, ia menunjukkan satu bentuk keajaiban, yang seterusnya akan menunjukkan sesuatu entiti telah mentadbir dengan jalan ini untuk mencapai hasil yang dikehendaki, iaitu kewujudan kehidupan di muka bumi ini.

 

Oleh kerana tiada satu pun teori saintifik yang menerangkan abiogenesis (asal-usul) dengan penerangan saintifik yang boleh diterima dan didukung oleh bukti yang kukuh, sehingga

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 72

 

 

Dawkins di dalam bukunya “The Blind Watchmaker”, terpaksa membincangkan kemungkinan kejadian separa keajaiban telah terjadi, seperti seseorang yang disambar kilat pada waktu yang tepat seperti yang dijangka, atau seperti seseorang yang disambar kilat enam kali seperti yang direkodkan dalam Buku Rekod Dunia Guinness. Dawkins berkata, sesuatu yang dianggap sebagai keajaiban dalam tempoh pendek tidak semestinya dianggap sebagai ajaib dalam tempoh panjang, dengan kata lain, apabila masa yang mencukupi itu ada.

 

Ini bermakna beliau menganggap kemunculan sel sebagai satu keajaiban, namun keajaiban yang relatif kepada masa. Untuk membantah tanggapan ini, adalah memadai dengan mengatakan kemungkinan kebarangkalian kemunculan organisme yang mereplikasi diri adalah hampir tiada dalam had masa yang kita ketahui. Malah, jika beliau mahu mengira kebarangkalian pada tahap seluruh alam semesta ini, bilangan planet yang berpotensi sesuai untuk kejadian ini tidak akan membantu kerana kita harus menyertakan kebarangkalian meteor membawa amino asid, kebarangkalian ia akan melanggar bumi, kebarangkalian bahawa asid amino tersebut adalah kidal kiri dan kebarangkalian bahawa asid nukleik dan protein mereplikasi diri akan muncul, menjadikan semua ini layak disebut sebagai suatu keajaiban,[1] luar biasa dan tidak alami. Inilah sebabnya, walaupun jika seseorang itu adalah pendukung kuat idea bahawa kemunculan pertama kehidupan moden adalah kejadian alami, beliau akan mengatakan bahawa ia hanya terjadi sekali dan tidak terjadi lagi. Ini adalah pengakuan tidak langsung bahawa abiogenesis adalah keajaiban atau sekurang-kurangnya, sebuah dakwaan yang sukar dicapai.

 

Organisme (makhluk hidup) tidak mungkin tidak berkaitan antara satu sama lain, kerana amat pasti,

 

________________

[1] Mengetahui bahawa semua ini tidak akan menghasilkan sel dengan nukleus sebenar yang layak untuk pembangunan dan kepelbagaian, sebaliknya ia akan menghasilkan protein transcriber untuk dirinya sendiri, dan dalam keadaan terbaik katakan protein ini boleh mencapai melalui evolusi kepada sel bakteria hidup dan bakteria adalah berbeza daripada sel-sel organisma haiwan dan tumbuhan yang lain yang mempunyai nukleus sebenar; Kerana organisma yang diketahui secara saintifik dibahagikan kepada: bakteria, dan nukleus sebenar, yang mengandungi sel-sel kecil kecil, dan transformasi kehidupan daripada bakteria kepada sel dengan nukleus sebenar yang layak untuk pembangunan dan kepelbagaian juga merupakan isu yang kompleks, dan kebarangkalian kejadiannya juga tidak besar, dan kita boleh masuk ke dalam labirin yang sama dengan kemungkinan sebelumnya jika kita mengiranya, teori Margolis berkata: Sel dengan nukleus sebenar seperti kita adalah hasil daripada gabungan jenis bakteria, sebagai dalam sel kita, contohnya, terdapat mitokondria dalam nukleus dan mereka mempunyai DNA mereka sendiri, yang berbeza daripada DNA utama sel, bermakna terdapat kesatuan yang berlaku sebelum ini, Itulah sebabnya terdapat lebih daripada DNA dalam sel, dan mitokondria menyalin dirinya sendiri, bermakna terdapat lebih daripada satu mesin penyalin dalam sel dengan nukleus sebenar, tetapi mitokondria biasanya dihantar dari induk hanya kerana telur mempunyai ruang dan kapasiti untuk pergerakannya, tidak seperti sperma, yang kecil dan tidak mempunyai ruang dan kapasiti untuknya, dan untuk ini ia boleh dikesan nenek moyang wanita melalui DNA terdapat dalam mitokondria, dan nenek moyang lelaki boleh dikesan melalui gen jantina y kerana ia terdapat dalam sperma lelaki sahaja, dan dalam sel tumbuh-tumbuhan dengan nukleus sebenar terdapat bahan Lain yang dipanggil kloroplas juga mempunyai DNA mereka sendiri selain daripada DNA utama.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 73

 

 

bahawa kehidupan yang kita ketahui hanya muncul sekali di muka bumi ini.[1]

 

 

Kesimpulannya, tiada penjelasan logik dan saintifik berkenaan kemunculan kehidupan yang disokong oleh bukti, malahan yang diterima oleh saintis.

 

Mungkin dalam teori sup primordial[a] pula, mengandaikan keajaiban atau campur tangan ghaib untuk menerangkan kewujudan sup primitif (sup purba) yang sesuai untuk kemunculan kehidupan tidak lebih daripada mengandaikan ketersediaan sup dengan cara semula jadi, dan kemunculan protein seterusnya.

 

Dan kita boleh katakan: Penolakan akan lebih logik dalam kes mengandaikan mukjizat ketuhanan - setelah kita buktikan kewujudan tuhan - daripada mengandaikan pengganda kristal atau pengganda tanah liat.

 

Sebaliknya, jika dikatakan ia terbentuk dan digandakan tanpa sebarang campur tangan luar sehingga menghasilkan kehidupan, ini bermakna ia mesti membiak berkali-kali selepas penggandaan pertama itu dan terus menghasilkan kehidupan baru atau sekurang-kurangnya beberapa jenis pengganda utama setiap tempoh masa sehingga hari ini selama mana bahan mentah ada untuk proses tersebut, Ini tidak terjadi sebelumnya, juga tidak terjadi sekarang. Maka andaian ini tidak betul.

 

Perkara yang sama turut terpakai kepada teori sup primordial. Walaupun jika kita cuba mencipta semula sup primordial (sup purba) di dalam makmal, ia tidak dijangka menghasilkan protein yang mereplikasi (mengganda) sendiri, atau asid ribonukleik, tanpa campur tangan kita lebih daripada persediaan sup pertama. Oleh itu, kita harus mengandaikan campur tangan luar menggabungkan bahan-bahan kimia, kristal, partikel tanah atau asid amino kepada gabungan bahan yang mampu mereplikasi sendiri, mengganda dan menghasilkan hidupan pertama. Jika ini berlaku, mengapa tidak kita anggap campur tangan ini bersifat ketuhanan, campur tangan ghaib, terutamanya setelah kita membuktikan kewujudan Tuhan dalam bab-bab selanjutnya?!

 

Maka, masalah Abiogenesis (asal-usul) tidak mempunyai penjelasan saintifik. Ia merupakan satu jurang yang tidak dapat dilangkau sains dan saintis walaupun dengan kecanggihan makmal yang ada pada hari ini, yang mana dalam eksperimen, telah menyediakan semua keadaan yang sesuai untuk meniru apa sahaja tempoh masa yang dijangka oleh ahli biologi dan biokimia akan munculnya kehidupan, seperti mana ketika empat

 

________________

[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 343

[a] Sup primordial adalah teori asal pada sel pertama. Teori ini ialah bahawa molekul anorganik menjadi tertumpu di kolam air hangat yang tertutup. Kemudian daripada kekacauan dan gangguan molekul rawak sel pertama dibentuk.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 74

 

 

bilion tahun yang lepas atau kurang.

 

Berkenaan apa yang telah dibincangkan sebelumnya, objektif saya bukanlah untuk menolak hipotesis abiogenesis atau pembentukan protein pertama yang mereplikasi diri melalui cara tertentu jika wujud bahan, keadaan dan masa. Malah saya mempercayai apa yang disebutkan oleh para Imam (as), dan apa yang diramalkan oleh ahli-ahli kosmologi dan biologi: bahawa alam semesta ini dipenuhi dengan organisme dan kita tidak berseorangan di alam ini. Apa yang saya mahu jelaskan adalah abiogenesis (asal-usul) merupakan sebuah dilema yang tidak dapat diselesaikan oleh sains, kerana sains tidak dapat mencari jalan keluar untuk menyediakan bahan dan syarat yang sesuai untuk kemunculan kehidupan - atau kita katakan, seperti yang kita percaya, perlaksanaan pelan genetik yang pertama atau benih pelan genetik - dari bahan kimia bukan organik yang berevolui sehingga ia mencapai matlamatnya: iaitu penciptaan manusia dan pelan genetik manusia.

 

Kesimpulannya, tidak wujud hipotesis yang mempunyai nilai saintifik untuk menerangkan tentang kemunculan kehidupan di muka bumi ini dengan cara yang logik dan boleh diterima tanpa mengandaikan kejadian-kejadian yang secara saintifiknya mustahil. Oleh itu, wujud penjelasan yang logik dan dapat diterima, sekurang-kurangnya setakat ini, untuk mengandaikan campur tangan Tuhan dalam aspek-aspek yang tidak dapat dilihat, dalam menjelaskan abiogenesis bersama hipotesis mereka yang mustahil untuk terjadi dan bersifat separa-keajaiban.

 

Bagaimanapun, mari kita meneliti hipotesis yang dipegang pihak penentang,  - pihak ateis - iaitu pereplikasi (pengganda) tidak organik, primordial dan kimia, dibuat dari kristal atau tanah, menghasilkan protein, atau bumi adalah seperti kawah yang dipenuhi dengan sup asid amino kidal kiri, dan bilangan percubaan adalah mencukupi (tanpa mengambil kira penjelasan saintifik, logikal dan tidak mustahil berkenaan kewujudan bahan.)

 

Dan seterusnya, kita memperolehi protein yang hanya terdiri daripada asid amino kidal kiri. Jika ini terjadi, adalah ia akan membatalkan kebenaran yang cuba diabaikan oleh Dr. Dawkins dan ateis lain yang serupa dengan beliau? Kebenaran bahawa pelan genetik adalah berbentuk kompoun, kompleks, mengikut suatu peraturan dan mencapai matlamatnya - yang akan kami tunjukkan nanti - maka ia menunjukkan kewujudan pembuat peraturan dan penutur. Jika mereka menolak Dia atau wakilNya adalah penggubal peraturan untuk pelan genetik, dan menolak bahawa Dia adalah sebab tersembunyi kemunculan pelan genetik di bumi ini, dan jika mereka berkeras bahawa sebab kemunculannya hanyalah sebab-sebab semulajadi, maka bagaimana mereka menafikan atau menutup mata terhadap fakta yang memberi sebab kepada matlamatnya, patuh pada suatu peraturan dan menuturkan suatu bahasa, semuanya dalam rangka agar menjadikan ia berfungsi dan menunjukkan suatu entiti bermatlamat yang mencipta dan menuturkan perundangannya?!!!

 

Adakah logik bagi kita untuk mengatakan pelan bagi sebuah bangunan atau jambatan, apabila ia berjaya dilaksanakan, menuruti suatu peraturan, ditulis di dalam bahasa kejuruteraan, maka kita katakan sesiapa yang menulisnya adalah entiti yang waras, namun dalam masa yang sama, kita tidak mengatakan perkara yang serupa apabila melihat pelan genetik dilaksanakan dan berfungsi? Bukankah bahasa kita menunjukkan kesedaran kita dan mempunyai maksud, namun bagaimana pula bahasa genetik tidak menunjukkan kepada penciptanya

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 75

 

 

atau suatu penutur yang sedar lagi waras, yang bertujuan untuk mencapai maksud atau matlamat tertentu dengannya?!!!!

 

Saya percaya mana-mana orang yang rasional akan mengatakan jika bahasa kita menunjukkan kita mampu bertutur, dan berniat untuk mencapai maksud tertentu, maka bahasa genetik juga menunjukkan wujudnya penutur dan entiti bermatlamat di belakangnya, terutamanya apabila ia telah mencapai matlamat jelas yang diketahui oleh kita sekarang, seperti kecerdikan - mesin survival yang terbaik.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: