Selasa, 9 Jun 2015

5) Al-Raj3ah Berlaku Di Langit Pertama

5) Al-Raj3ah Berlaku Di Langit Pertama


Mungkin orang yang jahil menyangka bahawa Langit Pertama adalah Langit Jasmani, atau bahawa ia adalah langit biru yang mengelilingi kita yang kita boleh lihat dengan mata kita, sama seperti yang dipercayai oleh ramai ahli tafsir Syiah dan Sunnah.

Tetapi sebenarnya bukanlah seperti demikian, kerana ia adalah Langit Mitsaliah (unggul) dan tidak boleh dilihat dengan mata.

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata dalam penjelasan beliau dalam kitab (Bersama Abdus Soleh):


[Langit Pertama tidak dapat dilihat oleh mata, semoga Allah memberi anda kejayaan. Langit Dunia dibahagikan kepada Langit Pertama dan Langit Jasmani. Di Langit Pertama tempat diri-diri manusia. Dan di Langit Jasmani terdapat tubuh (badan) jasmani manusia yang dapat dilihat dengan mata. Ini adalah perkara yang saya telah menjelaskan dalam kitab-kitab sebelum ini [43] dan saya juga telah menjelaskannya kepada ramai ansar.

Langit Jasmani adalah galaksi-galaksi dan planet-planet dan matahari-matahari yang anda lihat ini, dan ia juga dikenali sebagai Bumi, yang bermaksud bahawa Langit Jasmani keseluruhannya kadang-kadang dipanggil Bumi.]

Dan ia adalah alam yang lain dan ia tiada kaitan dengan sama ada ruang (tempat) atau masa, dia (as) berkata:

[ .. maka ia tiada kaitan dengan asalan (pendekatan) arah-arah, di mana ia tidak ada ruang (tempat) atau masa, dan ia tiada kaitan dengan ruang (tempat), atau masa ].

Malah kata-kata yang kita gunakan di alam (dunia) kita ini tidak boleh menerangkannya dengan tepat, kerana ia adalah alam yang lain, dia (as) berkata:

[Masalahnya ia adalah dari alam yang lain, jadi kamu tidak boleh benar-benar menyatakan dengan tepat dan lengkap dengan kata-kata yang hakikatnya dari alam (dunia) ini dan menyatakannya mengenai alam (dunia) ini........ di mana alam itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata sepenuhnya tidak kira apa pun hakikatnya, kerana tiada kata-kata yang tersedia untuk menyatakannya, kerana di sini bukan dari sana, sebaliknya, yang sangat asing daripadanya] [44].

Juga: Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) menjelaskan Langit Pertama adalah di antara 7 langit langit yang telah disebut perkataannya di dalam 6 hari penciptaan langit dan bumi, dan menjelaskan bahawa Al-Raj3ah berlaku di dalamnya, beliau (as) berkata:

[... Dan kita harus mengambil perhatian bahawa langit yang pertama adalah akhiran (penghujung) dari Langit Dunia, iaitu Langit Dunia bermula dalam Alam Jasmani ini, dan berakhir pada permulaan alam Malakut kerohanian, iaitu hujungnya adalah bersambungan, dan hujungnya atau sambungan kejadiannya bersambung dengan Langit Pertama, dalam Ziyarah Al-Jami'ah: (.. dan Hujaj Allah atas - penduduk di dunia dan di akhirat dan yang pertama ..) Mafatih Al-Jinan: halaman 620.

Dalam al-Quran:

﴿وَهُوَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُون﴾

((Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan  melainkan Dia, bagi-Nya-lah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nya-lah segala penentuan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.)) [Al-Qasas 28:70]

dan Allah SWT berfirman:

﴿وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ﴾

((Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?)) [Al-Waqi3ah 56:62].      

Dan dalam alam yang pertama: Al-Zhar dan Al-Raj3ah, dan di dalamnya ada diri-diri (Al-Anfus), Allah SWT tidak melihat Alam Jisim-jisim (benda) ini sejak Dia menciptakannya seperti sabda Rasulullah (S),

Tetapi tumpuan bermula dari akhir (hujung) Alam Jisim-jisim (benda), yang merupakan akhir (hujung) dari Langit Dunis dan ia adalah akhiran (hujung), Langit Pertama.

Dan Allah SWT berfirman:

﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعَ طَرَائِقَ وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَلْقِ غَافِلِينَ﴾


((Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan; dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami).)) [Al-Mu'minuun 23:17]

7 jalan ialah: (7 langit-langit) dari Langit Pertama hingga Langit Ketujuh, dan Langit Dunia bukanlah sebahagian daripadanya; kerana ia tidak berada di atas kita tetapi kita berada di dalamnya, ia mengelilingi kita dan ia adalah (di bawah kita dan di atas kita dan dari setiap arah bumi),

﴿وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَوْلَا أَجَلٌ مُّسَمًّى لَّجَاءَهُمُ الْعَذَابُ وَلَيَأْتِيَنَّهُم بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ﴾

((Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Kalau tidaklah karena waktu yang telah ditetapkan, nescaya telah datang azab kepada mereka, dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyadarinya.)) [Al-Ankabut 29:53],

Nanti akan dijelaskan kepada saudara mengapa saya sebutkan ayat ini di tempat ini.

Ini bermakna bahawa langit-langit jika dikira dengan perincian ini, ia akan menjadi lapan dan bukannya tujuh, sebaliknya ia tidak kira (tidak masukkkan) Dunia Jasmaniyah (Jisim-jisim); kerana ia adalah sebahagian daripada Langit Dunia dengan apa yang ada di dalamnya dari Langit Pertama dan Langit Jasmaniyah, jadi jika disebut yang pertama atau dunia maka ia merangkuminya, kerana ia sebahagian darinya atau yang mengikutinya.

Dan Langit Jasmaniyah, sekali ia adalah [Bumi], dan sekali dikira sebagai [Langit Dunia]; Oleh kerana ia adalah bahagian yang boleh. Dan di langit Jasmaniyah Bumi, bahkan kesemua ke tujuh-tujuh lapis adalah bumi-bumi dan yang ketujuh adalah (Jahannam / Neraka). Begitu juga Jannah (syurga) adalah di Langit Kedua, Adapun pada yang pertama terdapat (wujud) [Syurga Dunia] dan inilah Syurga Adam; kerana ia lebih sesuai sebagai yang saya sebutkan itu dan ia adalah sebahagian daripada Langit Dunia, dan ia adalah Malakutnya.

Dari Ali bin Ibrahim dari bapanya dari Ahmad bin Muhammad bin Abi Nashir, dari Al-Hussain bin Muyasir dia berkata: Aku bertanya Aba Abdillah (as) tentang syurga Adam (as) beliau berkata: "Syurga dari Jinan (syurga) Dunia yang padanya terbit matahari dan bulan, jika ia adalah daripada Syurga Akhirat, dia tidak akan keluar darinya selamanya." [45]

﴿وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا﴾

"Kami hiasi langit dunia dengan lampu-lampu (bintang-bintang) dan Kami memeliharanya ":

Bahawa lampu adalah Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan Washiy-washiy (as) yang melindungi orang-orang yang mengikuti mereka (pengikut) dari bisikan syaitan melalui ajaran dan akhlak Ilahiyah (Ketuhanan) yang diajarkan kepada manusia.

Dan penampilan mereka di Langit Jasmaniyah dengan planet-planet dan matahari-matahari sebagai lampu isyarat, kerana terlalu gelap keadaan di langit dan terlalu sedikit bintang-bintang berbanding dengan bahagian yang gelap, sepertimana di bumi, amatlah sedikit Nabi-nabi dan berapa banyak orang-orang yang menentang mereka, memerangi mereka dan berpaling dari mereka serta tidak memberi pertolongan kepada mereka. Maka, sentiasa sedikit para nabi, para washiy dan Ansar (penyokong) mereka, seperti (sedikitnya bintang-bintang di Langit Jasmaniyah).

Pada akhir pergerakan orbit (falak) yang besar (Maksud saya kelok menurun (ke bawah)), dan permulaan kenaikannya ke arah akhirat, akan memberi keutamaan kepada Alam Jasmani ini akan beralih ke Jahim dan terbakar. Jadi, mereka yang memilih perhiasan bumi, hukuman mereka akan adalah kembali kepada apa yang mereka telah pilih dan mereka menderhaka terhadap Allah untuk hal itu atau mengatakan mereka akan kekal di dalamnya, kerana Jahannam (neraka) akan membakar amalan, perbuatan dan kezaliman mereka.

Dan kini ia telah menjelaskan kepada saudara mengenai ayat ini sebelum ini:

﴿يَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ﴾

((Mereka meminta kepadamu supaya disegerakan azab. Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi orang-orang yang kafir,)) [Al-Ankabut 29:54].

Dan semasa permulaan kenaikan dari [kelok menurun (ke bawah)] itu Alam Al-Raj3ah / kiamat kecil akan bermula, dan ia adalah satu lagi alam dan ujian yang lain bagi yang benar-benar beriman dan yang benar-benar Kafir. Dan Alam Al-Raj3ah bermula dengan Raja Mahdi ke-12 dan dia adalah Al-Qaim yang keluar ke atasnya (semasa pemerintahannya) Al-Hussain (as)....] [46]

Dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) juga berkata:

[Saya harap kamu memberi perhatian bahawa Al-Raj3ah berlaku di Langit Dunia; kerana Langit Dunia dibahagi kepada Langit Jasmani dan Langit pertama, dan Al-Raj3ah berlaku di Langit Pertama, dan saya telah nyatakan pemerhatian ini untuk kamu untuk mengambil peringatan; kerana sebahagian orang-orang yang jahil mungkin berfikir bahawa Langit Dunia hanya Langit Jasmani ini sahaja di mana Langit Jasmani hanyalah sebahagian daripada Langit Dunia seperti yang telah dijelaskan sebelum ini di dalam tulisan ini. Semoga Allah memberikan anda kejayaan, juga sebahagian daripada mereka mungkin berfikir bahawa Langit Pertama adalah Langit Jasmani sedangkan ia tidak sama dengannyaa walaupun mereka dikaitkan dalam pembentukan Langit Dunia].

Jika ini adalah jelas, maka kita dapat memahami maksud "dunia" di mana berlaku Al-Raj3ah di dalam riwayat berikut:

Imam Al-Sadiq (as): (Yang pertama yang bumi akan pecah dan Al-Hussain bin Ali (as) akan kembali ke dunia, dan Al-Raj3ah bukanlah suatu yang umum, tetapi ia adalah syatu khusus, tiada siapa yang kembali kecuali yang benar-benar beriman dan yang benar-benar syirik) [47].

Dunia di sini bukanlah alam Jasmani atau langitnya, tetapi ia adalah Langit Pertama, dan ia adalah jelas sekarang mengapa ia telah dipanggil dunia.



✡✡✡✡✡


___________________________
[43] - Lihat pada contoh yang diberikan dalam: Al-Mutasyabihat: Jilid 4 soalan 175, tentang kejadian langit dan bumi.
[44] - Buku Bersama Abdus Soleh, salah satu terbitan (susunan) Ansar Imam Al-Mahdi (as).
[45] - Al-Kafi: Jilid 3 halaman 247.  
[47] - Mukhtashar Bashair Al-Darajat: halaman 24.
         

      


Tiada ulasan: