7)
Al-Raj3ah Adalah Salah Satu dari Alam-alam Lengkok Menurun
Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as) telah ditanya mengenai 3 kegelapan dalam firman Allah SWT:
﴿خَلَقَكُم
مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ
الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ
خَلْقًا مِّن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ذَٰلِكُمُ اللَّـهُ
رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّىٰ
تُصْرَفُونَ﴾
((Dia menciptakan kamu dari
seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan
untuk kamu lapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan
kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat)
demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada
Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?)) (Al-Zumar 39: 6).
Maka adalah jelas dari
jawapannya apakah lengkok-lengkok menaik dan menurun dalam pergerakan manusia
dari awal hingga akhirnya.
Beliau
(as) berkata:
[Ia adalah: Kegelapan Al-Zhar, kegelapan Al-Dunia dan
kegelapan Al-Raj3ah, dan ia pula adalah alam-alam daripada Lengkok Menurun dan alam-alam
dari Lengkok Menaik dalam 3 cahaya-cahaya iaitu: (sebelum fana’ (lenyap), ketika
fana’, dan kembali selepas fana’). Dan ini adalah 3 martabat Muhammad (S)
sebelum terbukanya hijab, selepas fana’ hijab, dan selepas kembali dihijab. Maka
dia tersembunyi di antara fana’ dalam Al-Zhat Al-Ilahiyah maka tidak kekal melainkan
Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Maha Esa lagi Maha Menguasai), dan di antara kembalinya
kepada Al-Ana (Keakuan) dan keperibadiannya. Ini adalah 6 martabat dalam Lengkok
Menaik dan Menurun mewakili semua kewujudan, dan tajalli (tampak) cahaya dalam
kegelapan dan kemunculan kewujudan dengan cahaya dalam kegelapan, dan ia adalah
[huruf Wau menurun dan huruf Wau menaik] yang menunjukkan 6 hari atau 6 martabat.
Huruf wau (6 ) menaik.
Huruf wau (9 ) menurun.
Bulatan pada kepala waw menunjuk
kekeliruan pada Lengkok Menaik dan ia adalah satu kekeliruan di dalam cahaya;
disebabkan oleh ketidakupayaan untuk mengetahui dan mengenal (makrifat) Cahaya
Yang Sempurna yang tidak mempunyai kegelapan di dalamnya, dan ia adalah makrifah
(mengenal) Allah SWT lengkap dan sempurna, maka martabat Lengkok Menaik ialah: sebelum
terbukanya, selepas terbuka dan fana’ (lenyap), dan ketiga adalah ia kembali
kepada Al-Ana (keakuan) dan keperibadian selepas fana’ itu. Adapun kekeliruan
di dalam kegelapan; kerana ia pada ketika martabatnya tidak sedar (tidak kenal)
dan tidak mencapai sesuatu daripadanya, bahkan ia adalah kegelapan dan yang
tidak wujud nasib (peluang) dari kewujudan melainkan kecenderungannya untuk
wujud, dan ini adalah hakikat kebendaan yang gelap dan tidak mencapai sesuatu
daripadanya, dan tidak dikenali (diketahui) sesuatu daripadanya, kalaulah tidak
kerana tajalli (didatangkan) gambaran (shurah) bersifat Malakut di dalamnya dan
menzahirkannya. Maka martabat Lengkok Menurun adalah: Alam Al-Zhar, kemudian
turun kepada kegelapan benda, kemudian naik pula kepada kebangkitan Qaim
sehingga sampai ke Al-Raj3ah, dan ia adalah martabat ketiga, dan ini adalah
gambaran (shurah) lengkok Menaik dan Menurun.
Dan dengan menggabungkan
keduanya atau mencantumkan keduanya akan menghasilkan semua kewujudan dari awal
hingga akhir, dan ia adalah Muhammad (S).
Akhirnya dia (as) berkata.
Dan ini adalah nama Rasulullah
yang mulia selepas penggabungan kedua-dua lengkok Menaik dan Menurun:
والحمد لله رب العالمين.
Dan terima kasih kepada Allah Tuhan sekalian alam.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan