Jenis-Jenis Puasa
Ada 4
jenis puasa iaitu: Wajib, Mustahab, Makruh dan haram
Puasa
Wajib ada 6 jenis:
1. Puasa Ramadan
2. Puasa Kafarah
3. Puasa ganti untuk korban dalam Haji Al Tamattu'
4. Puasa Nazar
5. Puasa Ittikaf
6. Puasa
Ganti
87. Apa
itu puasa sebagai ganti korban dalam Haji Tamattu'
J: Ia
adalah sebagai ganti kepada seseorang yang tidak mampu memberi korban
sembelihan dalam Haji Tamattu', maka baginya wajib puasa 10 hari.
88. Apa
itu puasa Ittikaf?
J: Puasa
Ittikaf adalah selama 3 hari. Maka jika sudah 2 hari berittikaf, maka puasa
pada hari ketiga adalah wajib. Namun jika seseorang itu meninggalkan puasa
sebelum berlalu dua hari, maka puasa tidak wajib. Maka jika sudah dua hari
berittikaf, puasa pada hari ketiga adalah wajib.
Puasa
Ramadan
Ada tiga
elemen penting bagi tajuk ini. Iaitu permulaannya, syarat dan ahkam.
Tanda Ramadan
89. Apakah hukum melihat anak bulan bagi orang mukmin?
J:
Hukumnya adalah wajib bagi setiap mukmin. Jika ia telah dilaksanakan oleh
mukmin yang mana kesaksiannya dipercayai, maka ia bukan lagi kewajiban bagi
setiap mukmin.
90.
Bilakah waktunya untuk melihat anak bulan Ramadan?
J: Waktu
melihat bermula dari waktu zawal 29 Shaaban sehingga tengah malam, walaupun
selalunya ia sudah kelihatan saat selepas terbenam matahari.
91.
Apakah sifat-sifat seseorang yang mencerap anak bulan?
J: Beliau
haruslah matang, rasional dan jujur.
92.
Bagaimana kita mengetahui Ramadan sudah bermula?
J:
Ramadan diketahui apabila anak bulan kelihatan.
93.
Bagaimana sekiranya hanya ada seorang sahaja yang melihat anak bulan?
J: Puasa
wajib ke atas orang yang melihat anak bulan walaupun jika hanya dirinya sahaja
yang melihatnya.
94.
Bagaimana sekiranya hanya ada seorang sahaja yang melihat anak bulan Syawal?
J: Beliau
berhenti berpuasa Ramadan, walaupun hanya beliau seorang sahaja yang melihat
anak bulan tersebut.
95.
Bolehkah kelengkapan moden digunakan untuk mencerap anak bulan? Atau hanya
boleh menggunakan mata kasar?
J:
Kelengkapan moden boleh digunakan untuk menentukan lokasi, arah dan ketinggian
anak bulan, bagaimanapun ini tidak dipastikan melainkan anak bulan dilihat
dengan mata kasar.
96. Adakah wajib mempunyai kesaksian pencerapan dari dua orang?
Atau dibenarkan hanya seorang melaporkan kesaksian dua orang?
J: Wajib
kesaksian dua orang. Kesaksian satu orang melaporkan untuk dua orang tidak dikira.
97.
Apakah hukumnya bagi seseorang yang mendengar akan bermulanya Ramadan namun
atas sebab tertentu(dalam penjara contohnya) tidak dapat memastikan kebenaran
berita tersebut?
J: Beliau
dibenarkan beramal berdasarkan berita tersebut melainkan jika diketahui oleh
beliau hakikat sebaliknya di masa akan datang.
98. Jika
anak bulan dilihat di negara tertentu, apakah had geografi untuk penerimaan
pencerapan tersebut?
J:
Pencerapan itu sah bagi setiap kawasan dalam perbezaan zon masa tidak lebih
enam jam.
99.
Bagaimana jika negara tersebut lambat atau cepat melebihi 6 jam?
J: Setiap
negara mengikuti pencerapan masing-masing, atau pencerapan negara yang berada
dalam lingkungan zon masa enam jam. Jika Imam ada, maka pengumuman beliau
melibatkan seluruh dunia.
100:
Andainya kawasan cerapan mendung dan anak bulan tidak dapat dilihat, adakah
kita melengkapkan 30 hari bulan tersebut?
J: Telah
disebut sebelumnya bahawa ada cara lain, antaranya adalah berdasarkan kepada
cerapan kawasan dalam lingkungan masa yang disebutkan.
101:
Bolehkan cerapan anak bulan diberi kesaksian oleh wanita?
J: Boleh.
Tetapi kesaksian cerapan tidak boleh disaksikan oleh seorang lelaki. Kesaksian
dua orang wanita dianggap sebagai satu.
102:
Bolehkah penentuan bulan dilakukan melalui kalendar atau melalui media.
J: Penentuan bulan adalah melalui kesaksian pencerapan anak bulan.
Bukan melalui cara lain.
103:
Bolehkah kesaksian ini diberikan oleh bukan mukmin?
J:
Pencerapan bukan semata-mata oleh orang mukmin.
104:
Apakah niat untuk berpuasa pada 30 Shaaban, dan bagaimana sekiranya didapati
hari tersebut adalah Ramadan?
J: Sangat
mustahab untuk berpuasa pada 30 Shaaban, dan jika didapati hari tersebut adalah
Ramadan, maka ia akan dikira sebagai puasa Ramadan.
105:
Bagaimana jika beliau tidak berpuasa pada 30 Shaaban, dan kemudiannya diketahui
bahawa anak bulan dilihat pada 29 Shaaban?
J: Beliau
wajib menggantikan puasa tersebut kerana satu bulan tidak boleh menjadi 28
hari.
106:
Bagaimana jika anak bulan tidak dapat dipastikan?
J: Bagi
setiap bulan yang tidak dapat dipastikan, ia akan dikira sebagai 30 hari.
107:
Apakah jangka waktu permulaan dan pengakhiran puasa?
J: Puasa
bermula dengan fajar sadiq dan sehingga terbenam matahari. Waktu terbenam
matahari adalah dari tersentuhnya bahagian bawah matahari di ufuk sehinggalah
tersentuhnya bahagian atas matahari di ufuk.
108:
Adakah lebih baik untuk menunggu hilangnya cahaya merah di langit timur?
J: Ya,
adalah lebih baik untuk menuggu hilangnya cahaya merah di timur bagi memastikan
lingkaran matahari hilang sepenuhnya.
109: Jika
seseorang ingin menangguhkan berbuka puasa sehingga selepas terbenam matahari,
adakah ia dibenarkan?
J: Adalah mustahab untuk melambatkan berbuka sehingga selepas
selesai solat Maghrib, kerana doa terbaik adalah doa seorang yang berpuasa
menunaikan solat Maghrib sehingga beliau berbuka. Sudah tentu keadaan ini
terkecuali bagi orang yang laparnya adalah ekstrim, atau jika ada orang sedang
menunggunya.
110:
Bilakah malam al Qadar?
J: 23
Ramadan. Dari terbenam matahari sehingga fajar.
Keadaan
yang mewajibkan puasa Ramadan
Ada 7
keadaan yang mewajibkan berpuasa:
Satu: Akil
Baligh. Tandanya seperti yang telah disebutkan sebelum ini
Dua: Waras.
Kanak-kanak lelaki atau mereka yang bermasalah mental tidak diwajibkan
berpuasa. Jika kewarasan diperolehi sebelum fajar, maka beliau wajib
berpuasa.Sama juga keadaanya bagi seseorang yang pengsan. Jika kewarasan datang
sebelum fajar, maka wajib puasa.
Tiga: Sihat.
Jika seorang yang sakit sembuh sebelum zawal dan masih tidak melakukan perkara
yang membatalkan puasa, maka wajib berpuasa. Jika sembuh selepas zawal, atau
telah melakukan perkara yang membatalkan puasa sebelum sembuh, maka tidak wajib
atasnya puasa pada hari itu. Mustahab ke atasnya menjauhkan diri dari makanan.
Puasa wajib diganti.
Empat: Bermaustatin
atau kerap bermusafir
Seorang
yang bermusafir tidak boleh berpuasa, dan jika berpuasa, ia akan terbatal.
Wajib diganti.
Jika seseorang itu tidak mengetahui hukum ini (puasa batal
jika bermusafir), lalu berpuasa, maka puasanya tidak wajib diganti.
Seseorang yang berniat bermaustatin lebih dari 10 hari, dan
sampai ke destinasinya sebelum zawal, maka wajib berpuasa. Jika sampai selepas
zawal, mustahab menjauhkan diri dari makanan dan wajib ganti puasa
Hukum
ini juga terpakai bagi kategori orang yang kerap bermusafir, seperti pemandu
bas dan sebagainya. Hukum mereka adalah seperti orang yang bermaustatin.
Lima:
Hilangnya darah haid atau nifas Seorang wanita yang sedang haid atau nifas
tidak boleh berpuasa dan wajib menggantikannya.
Keadaan
Seseorang Yang Mewajibkan Ganti Puasa
111:
Terdapat tiga keadaan yang mewajibkan seseorang itu layak menggantikan puasanya
iaitu:
Baligh
Waras
Beragama
112:
Adakah seorang kanak-kanak atau seseorang yang tidak waras wajib menggantikan
puasanya?
J: Tidak
wajib melainkan kanak-kanak itu baligh sebelum zawal. Sama juga halnya untuk seseorang
yang tidak waras.
113: Jika
seorang kafir menjadi Muslim, haruskan beliau menggantikan puasanya?
J: Wajib
menggantikan puasa untuk hari yang mana beliau menyaksikan fajarnya sebagai
seorang Muslim. (Cth: Jika seseorang bershadah sebelum subuh hari Khamis, maka
beliau wajib berpuasa pada hari itu. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan
penggantian puasa adalah wajib)
114: Bagaimana jika seseorang itu menjadi Muslim selepas zawal?
J:
Mustahab baginya menjauhi makanan pada hari itu, dan wajib berpuasa pada
keesokannya.
115:
Siapakah yang wajib menggantikan puasa Ramadan?
J:
Seperti berikut:
Seseorang
yang murtad.
Seorang
wanita yang sedang haid atau nifas
Seseorang yang telah meninggalkan puasa wajib, dan tidak
mempunyai pilihan lain melainkan menggantikan puasanya, yakni contohnya beliau
tidak mampu membebaskan hamba atau memberi makan kepada fakir miskin
116:
Adakah puasa ganti wajib berbentuk terus menerus?
J: Adalah
disukai untuk ia dilaksanakan terus menerus. Bagaimana pun, pada hari yang
berselang juga adalah dibenarkan.
117:
Adakah wajib qada bagi seseorang yang terlepas puasa Ramadan atau beberapa hari
darinya disebabkan oleh masalah kesihatan?
J: Jika
seseorang itu mati akibat dari kesakitan ini, maka tidak wajib menggantikannya,
yakni orang lain menggantikannya, namun hukumnya adalah mustahab. Jika
seseorang itu masih hidup, dan berterusan sakit sehingga Ramadan seterusnya,
maka bayaran fidyah adalah wajib. Jika beliau sihat, maka wajib
menggantikannya. Tiada kafarah ke atasnya.
118:
Bagaimana jika seseorang itu atas kecuaiannya, tidak menggantikan puasanya
sehingga Ramadan seterusnya?
J: Wajib
menggantikan puasanya serta membayar fidyah
119: Jika
seseorang mati tanpa menggantikan puasanya, seperti puasa Ramadan, bagaimana
cara menggantikan puasa tersebut oleh orang lain?
J: Waris
sulung akan menggantikannya, samada puasa Ramadan atau apa sahaja puasa wajib
tanpa mengira sebab tertinggalnya puasa tersebut.
120: Patutkan anak sulung menggantikan setiap puasa yang ditinggalkan
oleh ibu bapanya atau hanya menggantikan puasa yang boleh/mampu mereka lakukan
tetapi ditinggalkan.
J: Waris
hanya perlu menggantikan puasa yang mampu dilakukan oleh ibubapa, tetapi
diabaikan oleh mereka. Sebagai contoh, disebabkan masalah kesihatan, si mati
meninggalkan puasa Ramadan di minggu terakhirnya, lalu meninggal di awal
Shawal. Dalam hal ini, waris tidak perlu menggantikan puasa mereka, kerana
mereka belum mempunyai masa yang cukup untuk menggantikan puasa mereka, dan
bukanlah pula disebabkan oleh pengabaian. Namun pengecualian adalah dalam kes
peninggalan puasa disebabkan oleh bermusafir. Dalam hal ini, waris wajib
menggantikan puasa mereka, walaupun si mati mati dalam perjalanan dan tidak
sempat pulang untuk menggantikan puasa.
121: Jika
si mati mempunyai kafarah yang tidak sempat ditunaikan, maka adakah ia menjadi
tanggungjawab anak sulung untuk menunaikannya?
J: Ia
bukanlah secara khususnya tanggungjawab anak sulung lelaki.
122:
Bagaimana jika anak sulung adalah perempuan, adakah menjadi tanggungjawab
beliau melaksanakan kewajiban yang terabai?
J: Ia
bukanlah satu kewajiban untuk wanita
123:
Apakah ciri seorang waris yang wajib melaksanakan tanggungjawab yang terabai?
J:
Seorang waris adalah anak yang paling tua, walaupun sesaat(jika anak kembar),
tanpa mengira samada si mati mempunyai seorang isteri sahaja atau lebih.
124:
Bagaimana jika ada lebih dari seorang waris yang sama umur, dilahirkan dalam
masa yang sama?
J:
Kesemua mereka wajib melaksanakan tanggungjawab si mati yang terabai. Ia
haruslah dibahagikan sama rata antara mereka, atau boleh sahaja jika salah
seorang dari mereka menawarkan untuk melakukan lebih jika dipersetujui oleh
waris yang lain.
125: Jika
ada seorang atau lebih yang menawarkan diri untuk membantu melaksanakan
tanggunggan si mati, maka adakah waris masih wajib melakukannya? Bagaimana pula
jika ada
adik beradik/saudara lain yang menawarkan untuk melakukannya, dan
katakanlah dia seorang wanita?
J: Si
waris tidak lagi bertanggungjawab melakukan apa-apa tanggungan si mati jika ada
yang menawarkan diri melakukan tanggungjawab mereka. Saudara perempuan
dibenarkan mengambil alih melakukan ibadah yang terabai.
126:
Bagaimana pula dengan saudara-saudara yang lain? Adakah ada apa-apa yang boleh
mereka lakukan untuk menggantikan puasa atau solat yang diabaikan oleh si mati?
J: Semua
anak-anak digalakkan untuk mengganti apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa
mereka, dan ia adalah satu sifat kebaikan terhadap ibu bapa. Meninggalkannya
adalah satu bentuk tidak mengenang budi yang tidak dibenarkan.
127: Jika
si cucu mengetahui bahawa datuk mereka mempunyai tanggungjawab yang diabaikan,
dan mereka tidak mempunyai waris untuk menggantikan amalan tersebut atau membayar
perkara yang perlu dibayar, adakah boleh si cucu melaksanakannya?
J: Adalah
digalakkan si cucu melaksanakannya bagi pihak mereka.
128:
Bagaimana jika si mati tidak mempunyai waris, atau satu-satunya waris mereka
adalah perempuan?
J: Dalam
kes ini, tidak ada kewajiban untuk penggantian dibuat bagi pihak mereka. Dan
3/4 kg makanan, dibayar dari wang si mati, harus disedekahkan untuk setiap hari
yang ditinggalkan.
129:
Bagaimana jika si mati mempunyai dua bulan puasa berturut yang harus
dilaksanakannya?
J: Si
waris harus berpuasa 1 bulan dan kemudiannya bersedekah dari wang si mati untuk
bulan berikutnya.
130: Jika
seseorang sedang menggantikan puasa Ramadannya, adakah dibenarkan untuk berbuka
tanpa sebeb?
J: Tiada
masalah jika berbuka sebelum zawal. Namun haram jika berbuka selepas zawal.
Kafarahnya adalah memberi makan 10 orang miskin, 3/4kg makanan bagi setiap
orang, atau jika tidak mampu, beliau harus berpuasa 3 hari berturut-turut.
131: Apakah hukum bagi seseorang yang terlupa melaksanakan ghusl
janabah untuk beberapa hari atau satu bulan Ramadan?
J:
Puasanya sah, namun beliau harus menggantikan puasanya.
132:
Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang yang berpuasa pada 30 Ramadan, namun
diketahui kemudian bahawa ia adalah 1 Syawal?
J: Jika diketahui
sebelum zawal, maka batalkan puasa dan laksanakan solat Eid. Jika diketahui
selepas zawal, masih wajib membatalkan puasanya, namun tidak perlu solat kerana
sudah melepasi waktunya.
✡✡✡✡✡
✡<<sebelumnya ✡✡✡ Tamat Al-Hamdu Lillah >>✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan