Qadha’ Puasa
Denda Dan Kaffarah
26: Dalam keadaan mana wajib qada puasa, dan dalam keadaan mana wajib
dibayar kaffarah?
J: Adalah wajib membayar kaffarah dan qada puasa dalam
keadaan berikut:
1. Makan dan minum
2. Hubungan Seksual
3. Sengaja berada dalam keadaan junub
sehingga terbit fajar
4. Tidur sehingga terbit fajar dalam
keadaan junub tanpa sebarang niat untuk melaksanakan Ghusl
5. Keluar air mani secara sengaja
(Masturbasi)
6. Habuk masuk sehingga kerongkong
7. Merokok
8. Berdusta atas Allah, Rasul dan Para
Imam serta Mahdi
9. Menyelam di dalam air sepenuh badan
termasuk kepala
27: Adakah kafarah wajib di bayar jika seseorang itu tidak sengaja
melakukan perkaraperkara ini?
J: Kafarah hanya wajib jika seseorang itu melakukan
tindakan di atas secara sengaja
28: Jenis puasa apa yang wajib dibayar kafarah?
J: Puasa berikut adalah yang wajib dibayar kafarah:
1. Puasa Ramadhan, terdapat tiga cara
membayar kafarah, iaitu, membebaskan seorang hamba, berpuasa dua bulan berturut-turut,
atau memberi makan kepada 60 orang miskin
2. Puasa qadha Ramadhan: Wajib bayar
kafarah jika dibatalkan selepas zawal. Kafarahnya adalah memberi makan 10 orang
miskin, atau jika tidak mampu, beliau harus berpuasa selama 3 hari berturut-turut.
Jika seseorang itu membatalkan puasa sebelum zawal, tiada kafarah ke atasnya
3. Puasa Nazar: Jika seseorang itu,
bernazar atau bersumpah untuk berpuasa pada sekian hari, lalu dengan sengaja
tidak menunaikannya, kafarahnya adalah sama seperti kafarah meninggalkan puasa
Ramadhan
4. Puasa Ittikaf, yang merupakan tiga
hari berturutturut. Jika seseorang itu berpuasa dua hari, maka wajib ke atasnya
berpuasa untuk hari ketiga. Jika beliau membatalkan puasa pada hari ketiga,
beliau wajib membayar kafarah.
29: Bagaimana jika seseorang itu diancam nyawa jika tidak berbuka puasa
J: Beliau wajib qada namun tidak wajib kafarah.
30: Adakah sama kafarah bagi orang yang batal puasa di bulan Ramadhan
dengan sesuatu yang haram, seperti berzina atau makan babi, dengan kafarah bagi
seseorang yang batal puasa dengan sesuatu yang halal, seperti jimak dengan
isteri?
J: Wajib melaksanakan ketigatiga jenis kafarah jika
membatalkan puasa dengan sesuatu yang haram. Jika puasa terbatal dengan sesuatu
yang halal, maka boleh memilih salah satu dari tiga.
31: Salah satu dari kafarah adalah membebaskan hamba abdi. Bagaimana
jika kita tidak dapat menemui hamba untuk dibebaskan?
J: Beliau membayar harga setara kepada Imam
32: Berapakah harga membebaskan Imam di zaman ini?
J: Penentuan harganya, pengurangan atau pengecualian
bayaran adalah ditentukan oleh Imam a.s
33: Pilihan lain untuk kafarah adalah dengan memberi makan kepada fakir
miskin. Adakah ada perkara khusus yang diperlukan, atau memadai ianya dalam
bentuk makanan bermasak, jenis roti yang lain, pastri, buahbuahan, hasil
tenusu, sayuran atau perkara lain yang serupa?
J: Ia haruslah dari makanan ruji seperti gandum,
barli, tepung, beras, kurma, buahbuahan dan lainlain. Juga dibenarkan untuk
item ini dimasak, atau dibungkus, ditinkan, seperti makanan dalam tin, pastri
atau nasi yang dimasak.
35: Apakah dibenarkan untuk memberi makan seorang orang miskin lebih
dari sekali untuk satu kafarah?
J: Tidak, namun jika seseorang itu perlu membayar
beberapa kafarah lebih dari sekali, maka dibenarkan mengikut bilangan kafarah
itu.
36: Adakah membatalkan puasa dengan suppositori memerlukan kepada qada
dan kafarah?
S: Suppositori pepejal adalah dibenarkan, bagaimanapun
suppositori cecair adalah diharamkan. Wajib qada puasa namun kafarah tidak
diperlukan.
37: Apakah hukum bagi seorang yang berpuasa melakukan sesuatu yang
menjadikan beliau dalam keadaan junub, dan kemudian beliau tidur dengan niat
melaksanakan ghusl, bangun sebentar, kemudian tidur untuk kali kedua, dan
kemudian beliau tidur untuk kali ketiga sehinggalah terbit fajar walaupun
beliau berniat melaksanakan ghusl?
J. Wajib untuk beliau mengqada’ puasa tetapi kafarah
tidak diperlukan.
38: Apakah keadaan yang memerlukan penggantian puasa, yang mana puasa
yang ditinggalkan itu adalah puasa wajib?
J: Penggantian puasa adalah wajib dalam keadaan
berikut:
1. Apabila seseorang terbatal puasanya
kerana beliau tidak memeriksa kemunculan matahari(waktu solat fajar) walaupun
beliau mempunyai kemampuan untuk memeriksa.
2. Apabila puasa terbatal kerana beliau
bergantung kepada seseorang untuk memberitahu tentang waktu muncul fajar masih
belum sampai, walaupun sebenarnya sudahpun muncul, dan mempunyai kemampuan
untuk menyiasat sendiri.
3. Apabila seseorang tidak mengendahkan
kenyataan seseorang yang memberitahu fajar sudah muncul, dengan menyangka orang
tersebut adalah pendusta.
4. Apabila seseorang itu berbuka puasa
bersandarkan kepada orang lain, bahawa malam sudah bermula, namun kemudiannya
terbukti sebaliknya.
5. Apabila seseorang itu berbuka puasa kerana
kegelapan yang memberi tanggapan bahawa malam sudah bermula(mungkin kerana
cuaca mendung dan nampak seolah-olah malam), namun hakikatnya tidak.
S. Apakah hukum bagi seseorang yang berbuka
puasa dan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa malam sudah bermula, namun dibuktikan
kemudiannya tidak?
J. Puasanya tidak batal juga tidak berbuka.
6. Apabila seseorang itu muntah dengan
sengaja. Muntah secara tidak sengaja tidak membatalkan puasa
7. Apabila seseorang menggunakan
suppository cecair.
8. Jika air masuk ke kerongkong ketika
berkumur atas niat untuk menyejukkan, walaupun secara tidak sengaja,
penggantian adalah wajib dan kafarah juga wajib.
9. Jika seseorang itu berada dalam keadaan
junub, tertidur sehingga muncul fajar, dengan niat untuk melaksanakan Ghusl,
kemudian terjaga dan tidur semula untuk kali kedua dengan niat melaksanakan
Ghusl sebelum fajar, namun fajar muncul sebelum beliau sempat melaksanakan
Ghusl, hukumnya beliau wajib menggantikan puasa.
10. Apabila terjadi ejakulasi akibat
melihat sesuatu yang haram dengan penuh emosi. Namun jika ejakulasi terjadi
kerana melihat sesuatu yang halal, maka puasanya sah dan tidak perlu
menggantikan puasa.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan