Hal-hal Lain
Berkaitan Puasa, Yang Membatalkannya, Penggantian Dan Kafarah
39. Jika seseorang itu berkumur dengan ubat atas sebab-sebab
yang memerlukan (seperti jangkitan mulut), kemudian tertelan ubat tersebut,
apakah hukumnya?
J: Puasa tidak batal jika wujud sebab yang
munasabah. Jika tidak, maka puasa wajib diganti.
40. Apakah hukum bagi seseorang yang tertelan sisa
makanan yang ada di gigi?
J: Haram menelan sisa tersebut. Jika
disengajakan, maka puasanya batal, perlu diganti dan dibayar kafarah. Puasa sah
jika ia tidak disengajakan.
41. Disebutkan sebelum ini, puasa akan terbatal
apabila sesuatu sampai ke perut melalui kerongkong. Bagaimana jika tidak
melalui kerongkong?
J: Sesuatu yang sampai ke perut
membatalkan puasa kecuali suntikan pada otot dan urat. Suppositori cecair
melalui dubur membatalkan puasa.
42: Adakah memasukkan ubat melalui Urethra membatalkan
puasa?
J: Tidak membatalkan puasa.
43: Adakah dibenarkan mencabut gigi ketika berpuasa,
dalam keadaan mengetahui pasti akan tertelan darah jika berbuat demikian?
J: Menelan darah dengan sengaja adalah haram
dan membatalkan puasa jika dilakukan dengan sengaja. Rawatan gigi adalah tidak
dibenarkan ketika berpuasa jika seseorang itu yakin pasti akan tertelan darah
jika melakukan sedemikian.
44: Adakah membatalkan puasa jika menggunakan Inhaler
Asma ketika berpuasa?
J: Ia tidak membatalkan puasa.
45: Adakah sebuah penyakit kronik membolehkan
seseorang itu membatalkan puasanya? Bagaimana jika ia berlarutan untuk satu
tahun?
J: Seseorang yang sakit dibenarkan untuk
berbuka puasa jika beliau tidak mampu meneruskan tanpa rawatan semasa sedang
berpuasa atau tidak dapat dirawat dengan suntikan otot atau saluran urat, dan
memerlukan ubat melalui mulut. Jika penyakitnya berterusan sehingga Ramadhan,
beliau tidak perlu menggantikan puasanya, dan beliau memberikan ¾ kg makanan
untuk setiap hari yang ditinggalkan
46: Apakah jenis makanan untuk dibayar 3/4kg itu?
J: Sebarang makanan ruji seperti gandum,
barli, tepung, beras, kurma, buah dan lainlain. Adalah dibenarkan untuknya
dimasak, seperti nasi, roti, atau makanan tin.
47: Seseorang itu perlu menggantikan puasa dan
solatnya ketika sihat, kemudian jatuh sakit. Apakah hukum untuk penggantian
atau kafarah?
J: Seseorang yang sakit dan perlu
menggantikan puasa dan solat ketika sihat, namun jatuh sakit, namun
menjangkakan kesihatannya akan bertambah baik perlu menunggu sehingga sembuh
agar dapat menggantikan puasa yang ditinggalkan dan untuk membayar kafarah.
Jika kafarah beliau adalah memberi makan orang miskin, maka beliau boleh
memulakannya sebelum beliau sembuh. Jika beliau mengidap penyakit kronik, dan
tidak mampu berpuasa, maka beliau perlu membayar dengan memberi ¾ kg makanan
untuk setiap hari yang ditinggalkan.
48: Apakah hukumnya menelan pil yang tidak memerlukan
air
J: Menelan pil membatalkan puasa
49: Adakah puasa terbatal akibat menelan kahak atau
air liur?
J: Puasa tidak batal selagi ia tidak
keluar dari mulut walaupun dilakukan secara sengaja. Namun jika keluar dari
mulut, dan masuk kembali seterusnya tertelan, maka puasanya batal.
50: Jika fajar muncul dan seseorang itu masih
mempunyai makanan dalam mulutnya, apakah yang perlu beliau lakukan? Dan apakah
hukum menelannya?
J: Wajib mengeluarkannya dari mulut. JIka
tertelan maka wajib menggantikan puasa dan membayar kafarah.
51: Apakah hukumnya bagi seseorang yang membatalkan
puasa kerana hanya beliau seorang yang melihat anak bulan Ramadan?
J: Wajib menggantikan dan membayar
kafarah.
52: Jika seseorang itu ingin berpuasa, sehingga waktu
bilakah seseorang itu dibenarkan berjimak dengan isterinya? Apakah hukumnya
jika beliau mengetahui hanya tinggal sedikit sahaja waktu sehingga fajar, dan
masih bersama isterinya?
J: Beliau dibenarkan berjimak dengan
isterinya, namun perlu cukup ruang masa untuk melaksanakan ghusl sebelum fajar.
Jika tidak, maka puasanya batal dan perlu membayar kafarah.
53: Jika seseorang itu berjimak dengan keyakinan
bahawa cukup waktu untuk ghusl sebelum fajar, namun seterusnya didapati tidak
cukup masa, apakah hukum dalam keadaan ini?
J: Jika beliau berhatihati sebelumnya,
melakukan pertimbangan dan penyemakan terhadap masa serta waktu yang diperlukan
untuk melaksanakan Ghusl, maka puasanya sah. Jika tiada perhatian yang diambil,
maka puasanya batal, dan wajib dibayar kafarah.
54: Adakah kafarah digandakan jika seseorang itu
melakukan sesuatu yang diwajibkan membayar kafarah sebanyak dua kali dalam hari
yang sama?
J: Tidak digandakan. Kafarah hanya wajib
jika sesuatu itu dilakukan pada hari yang berbeza. Contoh, seseorang itu makan
dua kali pada hari yang sama, maka kafarahnya hanya atas satu hari.
55: Jika seseorang itu melakukan sesuatu yang
mewajibkan kafarah, namun kemudiannya berada dalam keadaan yang tidak
diwajibkan ke atas mereka berpuasa, kerana bermusafir atau haid, adakah kafarah
masih wajib?
J: Masih wajib
56: Apakah hukuman bagi seseorang yang degil tidak
mahu berpuasa secara berterusan?
J: Beliau harus disebat. Jika masih
berlaku, perlu disebat kali kedua, jika masih berlaku, beliau akan dibunuh.
57: Apakah hukum ke atas seorang isteri yang dipaksa
melakukan hubungan seks dalam bulan Ramadan?
J: Si suami harus membayar kafarah, namun
tiada apa-apa ke atas isteri.
58: Jika seorang isteri itu bersetuju untuk melakukan
hubungan seks, maka apa hukumnya?
J: Puasa kedua mereka batal, dan membayar
kafarah, serta disebat 25 kali setiap seorang.
59: Jika seseorang itu diwajibkan berpuasa dua bulan
berturut-turut, namun beliau tidak mampu, akah hukumnya?
J: Beliau harus berpuasa selama 18
hari(tidak perlu berturut-turut), jika masih tidak mampu, maka beliau harus
memohon keampunan kepada Allah SWT, dan
itu adalah kafarah ke atas beliau.
60: Jika seseorang itu membayar kafarah dengan cara
bertaubat, namun selepas itu didapati beliau mampu melakukannya kafarah dengan
tiga cara tersebut, adakah wajib beliau melaksanakannya?
J: Seseorang yang sudah melakukan kafarah,
walaupun dengan cara taubat, tidak lagi wajib melakukan kafarah dalam bentuk
yang lain.
61: Adakah dibenarkan untuk seseorang itu secara
sukarela melaksanakan kafarah bagi pihak orang lain?
J: Tidak dibenarkan, melainkan diberikan
makanan atau wang, dan orang yang diwajibkan membayar kafarah itu
melaksanakannya sendiri.
62: Adakah dibenarkan membayar kafarah untuk seseorang
yang sudah meninggal dunia?
J: Dibenarkan.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan